Wednesday, May 18, 2011

Sambil menyelam minum air..

Sejak akhir-akhir ini, aku bukan sahaja bergelar full time PhD student di Canberra ini..malahan, aku turut memulakan bisnes kecil-kecilan..bisnes apa? hmm, bisnes makan..sungguh tak ku sangka..idea ini datang secara tiba-tiba..memanglah aku dah banyak kali terlibat dalam event universiti yang memerlukan aku memasak nasi lemak (specialty aku..hehe), tapi semua keuntungan memang tak masuk pun poket aku..semuanya masuk ke dana kelab..

Selain sibuk dengan aktiviti penyelidikan, aku turut berlatih sebagai atlit untuk ke NCG (National Conference and Games) yang akan diadakan di Melbourne pada awal Julai ini..sekarang aku ada latihan intensif futsal bersama team mates yang diadakan setiap Jumaat dan Sabtu..itu tak termasuk badminton dan frisbee..memang sibuk gila aku ini..sampaikan housemates aku semua menggelarkan aku ini YB (Yang Berhormat katanya) sebab aktiviti aku ini cukup padat..haha

Gara-gara dek NCG inilah yang menjadi titik tolak bermulanya bisnes ini..kami atlit-atlit di Canberra ini terpaksa membayar sebanyak $250 (dollar Australia, bukan Ringgit Malaysia ya!) untuk penginapan, makan dan sewa court sepanjang 4 hari 3 malam di Melbourne..bukan sikit bayaran pendaftaran..langsung kami tidak mendapat subsidi..kalau aku, masih aku mampu untuk membayar walaupun aku terpaksa mengikat perut sedikit..namun, kesian aku pada adik-adik lain yang tidak mendapat biasiswa selumayan aku..duit yang ada hanya cukup untuk keperluan diri..maka, dengan keperluan yang mendesak untuk mengumpul wang untuk dibuat bayaran pendaftaran, maka aku bergabung tenaga bersama tiga lagi adik-adik undergrad menamakan diri sebagai Banana Pudding..

Banana Pudding menjalankan perniagaan berasaskan makanan melalui pre-order dari facebook..kami menjemput bakal pelanggan melalui event invites yang mana pelanggan akan membuat tempahan berapa pek yang mereka mahu beserta lokasi..kami hanya membuat free delivery di 3 kawasan..event pertama kami yang mana kami menjual nasi lemak, memang sangat menguntungkan..satu pek nasi lemak berserta ayam, ikan bilis, sambal, telur, kacang dan timun kami jual pada harga $6..jumlah tempahan menjangkau sehingga 190 pek..nasi sahaja aku terpaksa masak sehingga 3 kali menggunakan periuk nasi besar yang boleh masak untuk 60 orang sekali gus..penat memang tak terkata..nasib kami berempat..kalau tidak, entah siap entah tidak lah nasi lemak tu kalau aku seorang sahaja yang memasaknya..

Nasi lemak ini kebanyakannya ditempah oleh pelajar Malaysia berbangsa Cina..boleh dikatakan hampir 90% tempahan datang dari mereka..macam minggu lepas pula, kami membuat nasi kerabu..tempahan kami hadkan kepada 100 tempahan terawal sebab takut susah nak manage..alhamdulillah, 70 pek berjaya dijual dan diperhatikan majoriti tempahan datang dari orang kita sendiri..mungkin kerana pelajar berbangsa lain kurang didedahkan dengan makanan yang berasal dari Kelantan ini..

Apa pun, seronok jugak dapat duit poket setiap minggu..boleh lah nak menyimpan sikit..mana tidaknya..sejak aku dah berkereta ini, banyak pulak perbelanjaan aku untuk repair kereta..almaklumlah, kereta lama kan..maka, perlu lah ada reserve untuk kes kecemasan yang tidak diduga..beringat sebelum kena..

p/s: terkejut Mama bila dengar aku jual 1 pek nasi lemak harga 6 dollar..hehe

Sunday, May 8, 2011

For someone so special in my entire life..

"Semoga cerdik mu secerdik Aisyah, cantik mu secantik Ainul Mardiyah, pengorbananmu setinggi Sumaiyah, ikhlas mu seikhlas Rabiatul Adawiyah, perjuangan dan kesetiaan mu seteguh Siti Khadijah, kasih sayang yang tiada bandingan umpama Fatimah dan semoga tempat mu di syurga al-Jannah.."


Salam Hari Ibu buat Mama tersayang, Puan Hawiyah binti Yusop..to the person who matters the world to me, thank you so much for the unconditional love, guidance and so much more..I can't thank you enough! thank you for all your endless prayers whom have shaped me to be the person I have become today..I really appreciate what you have done for me and may Allah bless you always for all your good deeds..Amin...

I love you sooooooo much Mama!

Thank you again.

Saturday, April 30, 2011

Hanna di Canberra!

Nikmat sungguh bercuti minggu lepas..seluruh Australia cuti panjang gara-gara cuti Good Friday, Easter Sunday dan Anzac Day..bayangkanlah cuti umum bermula dari hari Jumaat sehingga Selasa..memang aku tak melepaskan peluanglah kan..nak pulak sepupu aku dari Melbourne sudi melawat aku bersama suaminya dan semestinya anak kecilnya yang bernama Hanna Maria..Hanna baru berusia 3 tahun Ahad lepas dan sangat fasih berbahasa Inggeris slanga OZ..kalah lah aku ni..

Bermula dari hari Sabtu, kami ke Cockington Green Garden di mana terdapat display of miniature houses dari beberapa negara di seluruh dunia..ada juga steam train ride yang Hanna sangat enjoy naik..aku pun layan kan aje..kemudian kami ke Parliament House, salah satu daripada landmark yang wajib dikunjungi di Canberra..

Hari Ahad, kami ke Corin Forest, main bobsled..ini memang pertama kali aku naik..sangat best..lain daripada yang lain..aku memang jarang sekali menggunakan brek walaupun ada papan tanda suruh brek di selekoh..bila lagi nak tunjuk skill kan? hehe..kira lepas gian lah sebab tak dapat merempit atas jalan raya kat OZ nih..bayangkanlah kat jalan utama dari rumah nak ke universiti, sepanjang-panjang jalan tu 60 km..maksimum pun 80 km sejam bila dah kat jalan besar..punyalah berhemah aku memandu di sini..hehe


Selesai bermain bobsled, kami ke Tidbinbilla Nature reserve pula..di sini lebih kurang macam safari..haiwan-haiwan dibiarkan lepas bebas..dapatlah tengok kangaru secara live..sampai nangis-nangis si Hanna kerana takut dengan kangaru sedangkan kangaru tu nun jauh di atas bukit..tapi memang cantik bergambar di sini..awan biru, rumput pula agak kuning kehijauan..menimbulkan kontras yang sangat menarik..

Hari Isnin keesokannya, kami melawat Australian War Memorial bersempena ANZAC Day..ANZAC membawa maksud Australia and New Zealand Army Corps yang mana pada tanggal 25 April setiap tahun, hari ini disambut di kedua-dua negara..ANZAC Day ini lebih kurang macam Hari Pahlawan kalau di Malaysia..ada perbarisan, ucapan dan penghargaan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban di medan perang dan banyak lagi jasa mereka dalam mempertahankan kemakmuran negara..

Apa pun, aku memang seronok dapat berjalan bersama Hanna dan melayan karenah dan telatahnya yang semakin bijak..sepupu aku pun enjoy berjalan di Canberra sampaikan suami dia siap ada rancangan untuk settle down di Canberra meskipun dia sudah melawat banyak tempat di Australia yang jauh lebih baik pada pendapat aku berbanding di Canberra..hmm, bagus juga..sekurang-kurangnya, aku dapat mengubah persepsi orang yang mengatakan Canberra ini bosan, tiada apa-apa, tak ubah seperti Putrajaya..


p/s: seronok berjalan bersama Hanna yang sangat keletah

Friday, April 15, 2011

Amalan murah rezeki..

Kali ini, aku nak berkongsi sedikit apa yang aku tahu..taklah banyak mana, cuma tak salah rasanya kalau aku kongsikan ilmu yang boleh dimanfaatkan..yang pastinya bukan ilmu hitam..haha..cuma, aku pernah ditanya apa petua yang aku guna sebab rezeki aku selalu murah..mana taknya, dari zaman master sampai lah sekarang masa aku buat PhD aku mendapat biasiswa..biasiswa pulak bukannya dari JPA..kedua-duanya biasiswa oversea..satu dari UK dan sekarang dari Australia pula..dahlah dapat cuti belajar bergaji penuh..memang masyuk..hmm, kalau dah namanya rezeki, alhamdulillah..syukur sangat pada Allah..

Sebenarnya, banyak amalan yang boleh kita buat untuk mendapat kemurahan rezeki..bergantung pada individu..kalau rajin, lebihkan amalan..Allah tidak memerlukan manusia walau sedikit pun..hanya manusia sahaja yang memerlukan Allah..bayangkan kita tidak mendapat udara untuk beberapa minit..berapa lama kita boleh hidup? kalau kita tidak mendapat air atau makanan, kita mungkin boleh bertahan selama beberapa minggu..udara itu memang di luar jangkauan manusia..tidak boleh dicipta langsung walau sehebat mana sekali pun manusia itu..Maha Agung ciptaan Allah..

Maka, aku kongsikan amalan murah rezeki yang aku tahu dan aku dapat dari blog yang aku pun dah tak ingat yang mana satu..

1. Amalkan membaca surah al-Waqiah

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kefakiran"
(Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al -Azkar, al-Jami al-Soghir)

2. Ayat seribu dinar

Ayat ini memang paling popular..sebab apa? kalau kita perhatikan, ayat ini banyak digantung di kedai-kedai mamak untuk menjadi pelaris rezeki..kalau kita perhatikan maksud ayat ini, Allah akan memberikan kita rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..apa yang penting, kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah..sesungguhnya kita ini hanya manusia yang lemah..

3. Doa-doa murah rezeki

Berikut aku kongsikan himpunan doa yang boleh diamalkan di samping kedua-dua amalan di atas:


Aku memang amat terkesan sangat-sangat dengan doa yang paling akhir ini..menunjukkan bahawa kita sangat bergantung harap kepada hanya Allah sahaja dan bukan selain dari-Nya..

p/s: semoga bermanfaat!

Tuesday, April 12, 2011

Lab demonstrating

Semester ini, aku diambil bekerja selaku lab demonstrator yang mana aku diiktiraf sebagai sebahagian daripada casual academic staff di universiti..mula-mula, aku bertanya pada supervisor aku kalau-kalau ada mana-mana lecturer yang perlukan demonstrator..dia lantas memberikan aku email seorang assistant profesor yang kebetulan memang memerlukan orang untuk menjadi lab demonstrator..aku terkejut juga apabila terpilih kerana aku ini tiada pengalaman mengajar dan aku bukannya bekerja di universiti sebagai tutor..mungkin memang rezeki aku, pemilihan aku dibuat semuanya secara maya..tiada interview dan course convenor bersetuju dengan pemilihan aku semuanya melalui beberapa email ketika aku balik bercuti di Malaysia beberapa bulan yang lalu..

Gaji yang dibayar memang berbaloi..$36.70 sejam..aku perlu peruntukkan 2 jam untuk setiap sesi dan aku hanya bekerja untuk 6 jam setiap minggu..Alhamdulillah, dapatlah jugak duit poket..berbanding kalau bekerja di pasaraya, gaji dahlah sikit ($20 sejam), kena pulak punggah barang, kira stok, buat kerja berat..yang ini taklah susah sangat..kerja aku hanya menunjukkan pelajar first year apa yang mereka perlu lakukan ikut manual makmal..ada situasi di mana aku perlu tunjukkan apa yang perlu dibuat..kadang-kadang, mereka buat sendiri dan apabila tidak pasti, mereka akan panggil aku..

Position aku meskipun selaku demonstrator, aku lebih tepat dikenali sebagai floater..demonstrator lain semuanya mempunyai sekurang-kurangnya 20 pelajar untuk setiap sesi dan perlu menanda lab report (untuk marking, mereka dapat $18 ekstra)..bersyukur juga aku kerana tak perlu menanda kertas..pening dibuatnya..

Tugas aku boleh tahan penat juga kerana untuk sesi lab selama 2 jam, aku perlu sentiasa berjalan di kedua-dua kumpulan yang dipimpin oleh 2 orang demonstrator yang berlainan..demonstrator lain hanya menjaga pelajar yang berada di dalam kumpulan mereka..dalam satu sesi, maksimum akan ada 40 orang pelajar..bayangkan aku perlu perhatikan apa yang mereka buat dan dalam masa yang sama menjawab persoalan yang diutarakan..

Yang menariknya, pelajar-pelajar mat dan minah salleh ini gemar memanggil aku untuk bertanya soalan..alasan mereka kerana aku suka melayan mereka..macam sesi petang tadi, seorang minah salleh menghampiri aku..

Minah Salleh: Could you please help me with this question? I don't really understand.

Aku: Why don't you ask Ashraf? (Ashraf merupakan demonstator dan juga assistant professor dari Mesir)

Minah Salleh: I would rather ask you because you are more helpful.

Aku hanya tersenyum..bukan itu sahaja, ada seorang lagi student pun suka juga tanya aku soalan...asal aku lalu sahaja kat lab bench dia, mesti dia tanya, "Zura, am I doing this correctly?" "Could you please check my answers if they are correct?" walaupun aku dah berkali-kali maklumkan kat dia yang aku tidak menanda sebarang kertas, dia masih nak suruh aku semak lab report dia sebelum dia hantar pada Ashraf..

Menarik sebenarnya jadi floater lab ini..di samping aku dapat menimba pengalaman baru, dapat juga aku pendapatan sampingan..almaklum sahaja lah, sejak dah menggunakan kereta, asyik perlu diisi sahaja tangki minyak..

p/s: maysuk jadi floater, tapi lenguh kaki bila ada sesi lab 4 jam dengan hanya setengah jam sahaja gap in between..cuma sempat solat dan tahan lapar..huhu

Wednesday, April 6, 2011

Memang tak sangka..

Handphone BlackBerry aku menimbulkan masalah kepada aku sejak 3 minggu lepas..mula-mula tu, dia dengan sesuka hati tanpa aku suruh terpadam sendiri..bukan sekali dua sahaja, malahan banyak kali sampai aku pun naik muak..tak lama selepas itu, aku selalu tak dapat coverage meskipun labmates aku yang menggunakan service provider yang sama didapati mendapat coverage penuh..bila orang telefon pulak, aku memang tak boleh bercakap lebih 5 minit..haish, aku memang dah tak boleh nak bersabar..

Selang beberapa hari, BB aku buat hal lagi..kali ini, lebih teruk daripada biasa..tiba-tiba keluar skrin putih menyuruh aku reset..aku pun reset..tapi, tak jadi apa-apa..aku bukak bateri, cabut sim card dan cuba on beberapa kali, masih jua BB ku mengeluarkan skrin putih..kali ini, lagi kronik..aku tak sempat nak save semua contact number dalam telefon..aku pula tak buat backup..memang hilang lah nampaknya semua nombor-nombor..

Maka, selang beberapa hari setelah aku mengalami masalah reset dan BB ku masih tidak memberikan sebarang respon, aku pergi ke Vodafone untuk membaiki telefon aku yang agak mereng itu..seperti yang termaktub di dalam kontrak, aku boleh menghantar telefon aku untuk dibaiki sepanjang tempoh aku masih terikat dengan kontrak (24 bulan)..tanpa banyak soal, warga kerja Vodafone mengambil telefon aku untuk dibaiki..kata mereka, dalam 2-4 minggu aku akan dapat semula telefon aku itu..

Dahlah mereka tak meminjamkan aku sebarang telefon untuk kegunaan sepanjang tempoh membaiki, nasib baik aku ada telefon ekstra..kalau tak, aku rasa susah nak hidup pada zaman sekarang ini tanpa telefon..telefon bimbit ini ibarat 'extended arms'..memudahkan perhubungan..

Setelah menunggu hampir 2 minggu, semalam aku menerima panggilan dari Vodafone yang menyatakan bahawa telefon aku sudah siap dibaiki..habis sahaja demonstrating di lab, aku bergegas ke Canberra Centre..sesampai sahaja aku di sana, mat salleh itu beritahu mereka tak baiki, sebaliknya memberikan aku set telefon bimbit yang baru..aku macam tak percaya..aku minta mereka baiki, mereka beri aku yang baru..Alhamdulillah..dahlah aku pakai BB tu baru 9 bulan..

Bagus sungguh servis Vodafone di OZ nih..kalau di Malaysia, jangan haraplah mereka akan bagi yang baru..tak sia-sia aku ambil plan 24 bulan..

p/s: harap-harap telefon aku tak menimbulkan masalah lagi..

Mamak Nite

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, aku memang sibuk dengan aktiviti..bukan sahaja dengan aktiviti penyelidikan, malahan aku juga terlibat dengan aktiviti persatuan..al maklum sajalah aku ni kan terlibat dengan MASCOM dan UCMC..

Jumaat lepas lebih kurang jam 8 malam, MASCOM menganjurkan 'Mamak Nite'..first time aktiviti sebegini diadakan..mana ada kedai mamak kat Canberra ini..semua kedai makan tutup awal..kalau ada pun, tiada yang berkonsepkan mamak..sebab itulah diadakan acara ini bagi menghidupkan kembali suasana mamak..

Kami AJK MASCOM memang berhempas-pulas menyediakan makanan seawal malam Khamis..banyak yang perlu kami sediakan..roti jala, popia, puff curry, pasembor, roti paratha, nasi lemak, teh tarik dan cendol..itu semua kami sediakan dengan tenaga 11 AJK yang ada (tolak 5 AJK lelaki yang ditugaskan menyediakan meja dan kerja-kerja lain)..

Kami menjual kupon pada hari Selasa..maka komuniti di Canberra yang telah dihebahkan melalui Facebook invite dan hebahan mulut ke mulut telah membeli kupon sejak awal lagi..cukup murah kami jual..harga 10 kupon cuma 5 dollar..dan semua makanan hanya 2 kupon dan minuman 1 kupon..

Mula-mula kami mensasarkan sebanyak 70 kupon sahaja yang terjual..2 hari sebelum event, bilangan kupon yang terjual mencecah 90 lebih..terus kami semua berasa cuak..kami terpaksa menambahkan portion makanan terutama bagi makanan yang dijangka akan habis seperti nasi lemak (kerja aku lah tu)..

Pada awalnya, kami bersetuju untuk memasak 5 kilogram beras untuk nasi lemak (meskipun aku mencadangkan supaya ditambah, cadangan aku tidak diterima sebab AJK lain memikirkan terdapat banyak lagi makanan lain)..aku pun terus sahaja memasak 5 kg beras untuk nasi lemak berserta sambal kosong..walaupun nasi lemak berharga 2 kupon (iaitu 1 dollar), nasi lemak tersebut lengkap dengan ikan bilis, telur, kacang tanah dan timun..

AJK lain menyediakan makanan lain dan aku memang fully in charge of nasi lemak..skill aku dah meningkat sekarang ini..untuk Harmony Day pada bulan Mac di UC, aku menjual 42 pek nasi lemak and sold out (sungguh tak sangka..)..kali ini, aku masak 5 kilo beras pulak..alhamdulillah, nasi lemak aku just nice..tak keras, tak lembik..aku risau juga sebab ini kali kedua masak guna periuk nasi besar yang boleh masak sampai 60 cawan beras..

So, pada malam event, kami berbesar hati kerana Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia sudi menghadirkan diri untuk event kami yang tak seberapa ini..malahan, beliau dan isteri merupakan antara orang yang terawal sampai..dahlah sejuk sekarang ni waktu malam, bukak table kat luar pulak..open air, mana nak pasang heater kan? t

nak dijadikan cerita, time management kami memang hancur..itu pun gara-gara tak cukup AJK untuk uruskan logistik..dahlah aku dan AJK perempuan lain kena masak, aku juga yang kena transport kan semua makanan ke tempat event..banyak trip aku kena buat dan sesampai sahaja kami, orang ramai dah beratur depan makanan..alamak, memang tak terkawal..betul-betul dah macam kat kedai mamak pulak..memang lari dari perancangan kami..patutnya kami semua AJK ni jadi waiter dan waitress datang ambil pesanan di meja..tapi, bila dah kucar-kacir begini, memang tak menjadi lah perancangan itu..

Apa pun, makanan paling hot malam itu sudah semestinya nasi lemak..tak sampai setengah jam, nasi lemak bungkus habis..diikuti oleh pasembor, roti jala, popia dan puff curry..cendol pun laku..yang tinggal hanya roti paratha yang dimasak on the spot..kesian aku tengok orang-orang yang datang..semua beatur menunggu makanan..bila sampai sahaja, makanan yang diidamkan habis..

Memang penat sangat malam itu..baru aku teringat yang aku memang tak breakfast, lunch ataupun dinner..meskipun ramai yang tak dapat makan semua, tapi kami menerima banyak feedback positif..semua puji makanan MASCOM sedap walaupun time management memang gagal..apa pun, kawan-kawan aku cerita yang aunty-aunty masa malam itu dok puji nasi lemak aku sedap..ada rasa macam kat kampung lah..macam-macam lah..hilang rasa penat bila orang puji sedap..

p/s: kawan-kawan aku cadangkan aku buat bisnes nasi lemak..biar betul diorang nih..huhu

Tuesday, March 29, 2011

Photomarathon di Canberra

Sabtu lepas, aku diajak oleh seorang adik yang baru sebulan tiba di Canberra untuk mengikuti Canberra Photomarathon.. ia merupakan suatu pertandingan fotografi di mana peserta yang mendaftar dikenakan bayaran sebanyak 48 dollar dan akan diberikan sebanyak 12 tema..maka, setiap peserta harus menghantar 12 keping gambar mengikut tema yang diberikan di dalam memory card selepas tamat tempoh pertandingan..pertandingan bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 8.30 malam..

Pertandingan ini memang sangat mencabar..seumur hidup, aku tak pernah masuk pertandingan fotografi..meskipun minat aku semakin bercambah setelah berkecimpung di dalam dunia DSLR sejak setahun yang lepas, ini memang satu pengalaman yang aku rasa sangat bermakna walaupun aku tak mendaftar sebagai peserta..

Kami bertiga (budak junior yang aku namakan A berserta housemate aku) bergerak ke tempat pendaftaran tepat jam 7.15 pagi..sesampai di sana, A mendaftar dan diberikan 6 tema iaitu: Your entry number, Life's a journey, A moment in time, This is me, No worries, Free range..kami bebas untuk ke mana saja untuk mendapatkan shot yang menarik..maka, habis kami jelajah sekitar Yarralumla, Glebe Park dan Kingston sambil meminjam props seperti basikal, guinea pig, dan akuarium ikan..

Tepat jam 2 petang, kami bergerak ke check point di Cockington Green Garden untuk mengambil 6 lagi tema iaitu: A new perspective, Bread and butter, Procrastination, Concrete jungle, Black and white dan Twilight..Enam tema pertama meskipun agak sukar, kami dapat melontarkan idea-idea yang bernas dan tidak kliche, namun enam tema yang kedua memang memecahkan kepala kerana semakin susah dan semua sudah penat memandangkan sudah separuh hari menghabiskan masa di luar..yang paling mencabar sekali adalah semua gambar harus diambil mengikut turutan tema..maka, selagi tema pertama tidak dihabiskan, maka tema kedua tidak boleh diteruskan..

Apa pun, A dapat menghabiskan cabaran dalam tempoh masa yang ditetapkan..keputusan akan diumumkan dalam masa 2 minggu lagi..kita tengok lah samada A berjaya atau tidak nanti..berikut aku kongsikan sedikit gambar yang aku ambil (bukan hasil A) di sekitar kembara photomarathon tersebut..

Tema: Free range


Tema: No worries (kesian guinea pig ini menjadi subjek)


Tema: Life's a journey

Tema: Your entry number

p/s: banyak ilmu baru aku belajar hari itu..gembira sebab dah ada 'kaki' yang boleh sama-sama berkongsi ilmu dan 'menembak' :)

Friday, March 18, 2011

Kesibukan yang melanda..

Hmm, sejak akhir-akhir ini, kesibukan mulai melanda aku..ini lah yang dikatakan rebut waktu lapang sebelum sampai waktu sibuk..dulu aku bising tak ada kerja, banyak waktu senggang..yelah, pergi lab pun jarang-jarang..semua gara-gara sampel aku yang masih belum sampai..bila sampel sampai, aku pula balik bercuti 2 bulan kat Malaysia..la ni, aku memang teramat sibuk..as busy as a bee la bak kata orang putih..hari-hari aku akan pergi lab..setakat ini, tak pernah miss pergi lab..

Aku balik dari Malaysia haritu dengan semangat baru..tu yang aku penuh bersemangat membuat kerja lab..sampai kadang-kadang tu, aku balik lagi lewat daripada lab technician aku, si Frank tu..Frank siap pesan suruh aku tutup semua lampu sebelum aku balik..hehe, punya semangat aku membuat semua proses yang tedious mengerjakan sampel ikan aku tu..

Tak cukup dengan kerja lab yang berlambak-lambak, aku menyibukkan diri dengan aktiviti riadah pulak..setiap jumaat, mesti aku akan main futsal selama 2 jam dengan budak-budak UC..pastu sabtu or ahad, sewa court main badminton..hari selasa pi kelas zumba (ni semua gara-gara hasutan housemate aku)..pastu untuk hari-hari lain, main badminto depan rumah..uncle lan siap pasangkan net untuk kitorang..sungguh sihat aktiviti harian aku..

Esok, sabtu ada picnic day AMMF plak di Lake Ginninderra (harap cuaca baik dan tidak hujan)..aku jadi sub-committee secara paksa rela..sedangkan aku ni member pun tidak..nak tak nak, aku iya kan aje..hari ahad hari yang aku paling tunggu-tunggu..ada MASCA Sports Carnival..aku masuk single badminton dan mixed double..tak cukup dengan itu, aku masuk volleyball pulak..hari Isnin haritu sempat berlatih volley sampai bengkak-bengkak lah tangan aku sebab bola tu baru dipam..

Apa pun, I am keeping my fingers crossed..harap ade luck untuk badminton nanti..untuk volleyball, I guess it's a slim chance sebab praktis baru sekali..apa lah..tak ada semangat kesukanan betul la team aku..

p/s: looking forward to the weekend..especially Sunday!

Thursday, March 3, 2011

Selesai juga akhirnya..

Setelah berhempas pulas selama seminggu 'mengerjakan' sampel ikan dari Malaysia, akhirnya berjaya juga aku selesaikan tadi dengan jayanya..kesemua 112 sampel ikan yang telah siap di'freeze-dry' telah berjaya aku grind menggunakan electric mill..Alhamdulillah, berbaloi penat lelah dan segala konsentrasi yang aku curahkan..mana tidaknya, sejak daripada minggu lepas, aku mula merendam botol dengan acid bath dan kemudian dikeringkan di dalam laminar flow..dahlah hari isnin dan selasa aku sibuk dengan kerja selaku demonstrator lab..maka, hari rabu baru aku berkesempatan untuk memulakan kerja meng-grind sampel ikan..mula-mula aku menggunakan electric mill, aku hanya dapat siapkan 10 sampel dalam masa 4 hingga 5 jam..itu pun sebab aku tak menggunakan teknik yang betul..mill menjadi panas dan aku terpaksa menunggu mill menjadi sejuk sebelum boleh menggunakannya kembali..

Electric mill

Mungkin melihat aku berhempas-pulas menggunakan mill, Frank (lab manager di lab aku yang sangat baik hati) menunjukkan aku cara untuk mengelakkan mill menjadi panas..kerja aku menjadi bertambah efisien..aku dapat menyiapkan 5 sampel dalam 1 jam..peningkatan yang sangat signifikan..thanks a lot Frank!

Itu pun, aku memang duduk dan tidak bergerak langsung dari tempat duduk selama 4-5 jam setiap kali memproses sampel untuk mengelakkan pembaziran masa..sehinggakan lab mate aku dari Amerika tadi menegur aku, "You seem to be doing this forever. Aren't you going to take a break?" Mana tak nya..dia aku tengok beberapa kali keluar masuk lab..aku juga yang menjadi penunggu setia..tahan kencing, tak lunch semata-mata untuk menyiapkan kerja..kedua-dua supervisor aku pun asyik menegur aku, "You are 'killing' yourself"..haha..memang busuk sangat sampel ikan, udang dan sotong tu..aku dengan tak pakai mask selamba sahaja grind semua sampel..kesian labmates aku sebab terbau sekali..tapi nak buat macam mana kan..tak ada tempat lain..sorry mate!

p/s: esok aku plan untuk berehat di rumah sebab target achieved..minggu depan sambung proses digestion pulak..


Sunday, February 27, 2011

Bebas bergerak..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..minggu lepas, aku telah berjaya membeli kereta second hand atas bantuan Uncle Lan (landlord rumah yang aku sewa sekarang ini)..aku tak sangka pula dapat beli sepantas itu...mana tak nya, baru 3 hari aku di Canberra dan menyuarakan pendapat untuk membeli kereta second hand (itu sahaja yang aku mampu buat masa ini), terus pagi Sabtu lepas Uncle Lan meneliti iklan di dalam Classifieds dan terus membuat panggilan telefon..dahlah pagi Sabtu itu aku masih sedap tidur..tiba-tiba aku dikejutkan oleh Auntie Anoi dengan bunyi ketukan di pintu bilik..auntie cakap uncle nak ajak tengok kereta..aku dengan terpisat-pisat terus berjumpa uncle yang rupa-rupanya sudah membuat senarai kereta yang sesuai dengan bajet ciput aku..

Destinasi pertama kami pagi Sabtu itu adalah Spence..tak jauh pun dari rumah..kira-kira 20 minit perjalanan, kami tiba di rumah empunya kereta dengan bantuan GPS jenama Tom Tom..first time dengar brand GPS ni, nak tergelak pun ada..sebab tak pernah dengar..kalau Garmin tu memang glamor lah kan? apa pun, setibanya kami ke destinasi, seorang perempuan dalam lingkungan umur 60-an menyambut kedatangan kami..tanpa berlengah, uncle menyuruh aku memandu kereta tersebut untuk test drive..setelah 5 minit memandu, uncle pula membuat test drive..sekejap dipandu laju, sekejap dipandu perlahan..sekejap dicuba brek kecemasan..setelah berpuas hati dengan kondisi kereta, kami menanyakan harga..perempuan itu mendapat arahan dari suaminya bahawa harga hanya boleh dikurangkan setakat 50 dollar..aku menggunakan reverse psychology..aku meminta pengurangan sebanyak 100 dollar dengan alasan aku masih belajar dan perlu banyak duit untuk perbelanjaan lain..perempuan tua itu yang teragak-agak memberi kebenaran menelefon suaminya untuk meminta izin..alhamdulillah, apabila mendengar bahawa kami akan membayar secara tunai, si suami terus bersetuju..

Akhirnya, kereta tersebut menjadi milik aku dengan harga 1300 dollar..jimat aku 100 dollar..aku memang sangat beruntung kerana rego kereta itu (rego=pendaftaran kereta secara online) masih valid selama setahun..sebenarnya kalau nak diikutkan, harga kereta aku 500 dollar sahaja kerana rego kereta bernilai 752.40 dollar..memang rezeki aku..ada sesetengah empunya kereta yang menjual kereta dengan rego yang berbaki 2 -3 bulan dan menjadi tanggungjawab pemilik kereta yang baru untuk memperbaharui rego sendiri..

Senang aku pergi ke lab sekarang ini..aku sudah tidak perlu menunggu bas yang mana aku memerlukan 1 jam untuk ke school berbanding dengan 10 minit jika aku memandu kereta..aku pun boleh balik lewat dari lab tanpa perlu risau ketinggalan bas..




p/s: bergumbira dengan kereta 'baru' beli..hehe







Thursday, February 17, 2011

Setelah sekian lama..

Dah bersawang dah blog aku ini..tak sedar yang aku rupanya sudah 2 bulan lebih tak update..punyalah seronok balik Malaysia sampai aku tiada masa langsung untuk menulis..ada-ada saja rancangan bersama keluarga dan sahabat handai..mana tidaknya, balik-balik sahaja aku membantu makcik aku menyiapkan persiapan perkahwinan sepupu..memang aku sibuk..kalah pengantin..haha..majlis sebelah perempuan pada tanggal 25 Disember, yang majlis sebelah lelaki pula 1 Januari..selesai majlis, aktiviti aku sudah kurang sibuk..hanya meluangkan masa balik Melaka untuk berjumpa keluarga terutamanya mama, baby, nenek, lang dan ahli keluarga lain..sempatlah aku stay 2 minggu di Melaka..nenek dan lang pun cukup gembira bila aku tidur di rumah nenek selama 4 hari 3 malam..selebihnya, aku berjumpa saudara-mara dan juga teman rapat..sempat juga aku menjenguk anak angkat aku yang sudah semakin chubby..:D

Paling menarik, kali ini aku berpeluang bercuti bersama keluarga ke Universal Studios, Singapore..percutian yang tidak dirancang..memang betul-betul last minute..selalunya, kalau dirancang, jarang yang jadi..alhamdulillah, berbaloi percutian ini..merapatkan lagi silaturrahim antara kami sekeluarga..


Sekejap sahaja aku rasa cuti dua bulan ini..semalam, aku sudah selamat sampai di bumi Canberra, 'kampung halaman' aku untuk 2 tahun 3 bulan berikutnya..punyalah ramai manusia di Melboure Tullamarine Airport..sejam lamanya aku terpaksa berdiri untuk custom clearance..siap ada anjing pengesan yang dibawa oleh pegawai kastam kerana terlalu ramai orang mendarat serentak..nasib baik anjing itu hanya lalu di sebelah aku tanpa berbuat apa-apa..ada orang yang anjing itu jilat dan tarik beg..hikmahnya, kerana terlalu ramai orang sehinggakan pihak kastam hilang kawalan, beg aku yang mengandungi makanan seperti ikan bilis, maggi kari, shuttlecock langsung tidak diperiksa..malahan pegawai hanya mengecop kad dan membiarkan sahaja aku melepasinya tanpa bertanya apa-apa..alhamdulillah..

Harapan aku, semoga aku dapat kembali fokus kepada sampel dan projek PhD aku yang telah ku 'ignore' sepanjang aku berada di tanah air ku yang tercinta..cukup tidak suka apabila terpaksa kembali ke rutin asal menjadi pelajar..

p/s: reality check..

Friday, December 3, 2010

Syukran Allah..

Alhamdulillah, minggu lepas pada tanggal 25 November, usiaku bertambah setahun lagi..syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas kurniaan-Nya kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara tanpa henti dan tetap bernafas..terima kasih juga aku ucapkan kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mengirimkan sms dan juga ucapan melalui facebook..memang aku tak sangka ucapan melalui facebook sahaja berjumlah hampir 100 daripada saudara-mara dan kawan-kawan di Malaysia dan juga Australia..meskipun kali ini aku menyambut ulangtahun kelahiran di bumi Canberra, kemeriahannya tetap terasa bersama kawan-kawan yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir penggal..

Apa pun, aku berdoa semoga Allah memudahkan kembara aku dalam meniti pengajian PhD yang sungguh mencabar dan berliku..semoga aku diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah..semoga jodohku juga dipermudahkan..Amin..

p/s: special thanks to my dearest families and friends, near and far for the birthday wishes..may the wishes bloom into reality..insya-Allah

Wednesday, November 24, 2010

Seminggu sahaja lagi..

Alhamdulillah, sampel yang aku tunggu sejak lebih dari tiga bulan sampai jua akhirnya Sabtu lepas dari Malaysia meskipun lewat sehari daripada jangkaan..sepatutnya, sampel tersebut tiba pada hari Jumaat petang, namun kerana masalah dengan pihak kastam di Sydney, sampel hanya dapat dihantar pada pagi Sabtu..nasib baik sampai juga sampel aku tanpa sebarang masalah..aku hanya bimbang jika sampel aku tidak dibenarkan memasuki negara Australia memandangkan pihak kastam mereka agak tegas dengan kemasukan apa sahaja barang dari negara luar..apa pun, aku bersyukur semuanya berjalan lancar dan kini, sampel darah telah selamat aku simpan di dalam freezer -20 darjah Celcius manakala sampel ikan yang telah siap 'freeze-dry' aku simpan kemas di dalam laci di bilik pelajar pasca sarjana..

Apa pun, minggu ini yang berbaki hanya dua hari (esok dan Jumaat) aku manfaatkan dengan mengemas bilik kerana hari Isnin dan Selasa aku menyelesaikan kerja-kerja yang perlu aku siapkan sebelum pulang bercuti..aku sempat juga berjumpa Bill tadi sambil meminta beliau mengisi borang performance appraisal yang perlu aku hantar ke JPA awal tahun hadapan..sempat juga Bill mengucapkan selamat jalan dan selamat bercuti kepada aku..sebelum beransur, Bill meminta aku berjumpa Simon untuk mengucapkan adios..aku terserempak dengan Simon ketika aku hendak keluar dari makmal..katanya, dia sibuk hari ini dan dia meminta aku berjumpa dengannya esok..arghh, hancur rancangan ku..aku malas mahu ke school esok tapi apakan daya..mungkin ada amanat yang ingin disampaikan sebelum aku bercuti..

Balik ke bilik, kepala ku pening..bilik ku macam tongkang pecah kerana barang-barangku bersepah-sepah..esok adalah hari terakhir aku tinggal di New Ressies..alhamdulillah, tahun hadapan aku akan berpindah ke rumah Aunty Anoi dan tinggal bersama-sama kawan-kawanku yang juga sedang mengikuti PhD di ANU..seronok kerana aku tidak perlu lagi pening kepala dengan perangai kawan serumah ku yang agak pengotor dan bising itu..juga, aku tidak perlu lagi menghadapi bunyi bising dari parti yang mereka anjurkan di rumah bersama kawan-kawan mereka sambil mereka bergembira sakan dan mabuk-mabuk..

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum aku menjejakkan kaki ke Malaysia, tanah airku..bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"..walau bagaimana seronok pun berada di perantauan, aku tetap mendambakan kehidupan di tanah kelahiranku..alangkah seronoknya tidak perlu mempunyai catuan makanan dan bebas untuk makan di restoran yang menyajikan hidangan halal yang menepati selera..aku dah terbayang-bayang ikan bakar di Pernu..

p/s: habislah diet ku nanti..mesti berat aku naik lagi..

Resipi: Roti jala dan kari ayam


Dah lama dah aku teringin nak makan roti jala..maka, aku pesan pada sepupu aku yang bertandang ke Melbourne tempoh hari untuk membawa bekas untuk membuat roti jala yang dikirim oleh mama ku..alhamdulillah, menjadi roti jala aku..sedang elok..senang je nak buat..jom, tengok resipi..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara:

1. Ayakkan 2 cawan tepung gandum. Masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan air ke dalam bekas yang berisi tepung tadi sambil dikacau perlahan-lahan. Pecahkan sebiji telur. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan garam dan pewarna kuning.

4. Kisarkan adunan di dalam pengisar untuk mendapatkan batter yang tidak bergentel.

5. Panaskan non-stick pan dengan minyak yang dicelup di atas kertas tisu.

6. Masukkan adunan di dalam bekas dan jala adunan sehingga habis satu-persatu.

7. Hidangkan bersama kari ayam.

Thursday, November 18, 2010

Usaha tangga kejayaan!

Beberapa hari kebelakangan ini, aku pergi ke lab dengan misi baru..setelah analisis awal yang aku lakukan dengan sampel darah Simon tempoh hari, keputusan analisis menggunakan ICP-MS agak kurang memberangsangkan..mana tidaknya, standard untuk total mercury yang aku sediakan menunjukkan bacaan negatif..ertinya, dalam kata lain, tiada merkuri langsung di dalam standard itu..

Keadaan ini boleh terjadi disebabkan oleh:

1. Merkuri (dengan simbol kimia, Hg) mempunyai kecenderungan untuk melekat pada dinding centrifuge tube. Maka, meskipun standard telah dipipet dengan betul, merkuri masih boleh melekat di hujung tips menyebabkan bacaan standard kurang daripada yang diingini.

2. Teknik pipet yang kurang tepat (meskipun aku yakin bahawa sebab nombor 1 lebih utama, tetapi aku hanya manusia biasa..cenderung untuk melakukan kesilapan)

Maka, setelah berbincang dengan Frank (lab manager) yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad di dalam bidang kimia analitikal, aku mengambil keputusan untuk memperbaiki teknik aku menggunakan pipet..bermula dari hari Isnin sehinggalah hari Khamis, aku memperuntukkan masa selama kira-kira 2 hingga 3 jam dengan berlatih menggunakan pipet..

Pemerhatian aku adalah:

-aku mengakui kesilapan aku selama ini menggunakan pipet kerana meskipun aku menggunakan pipet 1 ml untuk mendapatkan 1 ml larutan, bacaan yang aku dapat adalah melebihi 1 ml.. (bacaan yang aku perolehi adalah 1.0126 ml..kadang-kadang ada yang terlebih daripada ini..nampak sangat teknik aku silap)

-Frank menunjukkan aku cara sebenar menggunakan pipet (basahkan tip sebanyak 3 kali dengan larutan yang dikehendaki dan kali ke-4 barulah larutan disedut dengan perlahan untuk mengelakkan gelembung udara)

Aku hanya menggunakan air paip untuk latihan menggunakan pipet ini..setelah mencuba beberapa pipet 1 ml yang terdapat di makmal, aku telah berjaya menemui pipet yang paling jitu dan tepat untuk aku gunakan..dengan syarat, teknik aku betul..maka, pipet yang lain aku nyahkan dari pandangan..

Latihan ini memang memerlukan kesabaran..aku hampir putus asa kerana setiap kali aku pipet, aku mendapat variasi pada bacaan..sekejap lebih 1 ml, sekejap kurang pula dari 1 ml..aku sempat juga bertanya pada Encik Google untuk tips menggunakan pipet..jari-jemari aku pula menjadi lenguh..kondisi yang boleh dinamakan sebagai repetitive stress injury..tetapi belum serius..hehe..lantas, aku meneruskan latihan setiap hari tanpa jemu meskipun kadang-kadang aku berasa malu kerana student lain semuanya dah mulakan eksperimen mereka dan aku pula terkedek-kedek berlatih menggunakan pipet..tidak mengapa, untuk mendapatkan keputusan yang tepat, latihan amat perlu..

Bak kata orang putih, practice makes perfect..akhirnya, hari ini, aku berjaya mendapat bacaan yang tepat, iaitu 1 ml..dan apabila aku mengulangi beberapa kali, aku berjaya mendapat bacaan yang sama dan variasi bacaan semakin mengecil..alhamdulillah..tak sia-sia aku berlatih meskipun jari aku menjadi merah-merah kerana aku yakin aku telah mengulanginya lebih daripada 1000 kali..

Yup, I made it mate! Finally..

Aku gembira dan berasa yakin sekarang untuk menggunakan pipet kerana aku telah mengetahui teknik yang betul untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jitu..I am ecstatic and tomorrow, my long awaited blood and fish samples will arrive from Malaysia..hampir 3 bulan lebih aku menunggu sampel yang perlu di 'freeze-dry' terlebih dahulu..harapan aku, agar sampel aku yang dijadualkan penerbangannya pada jam 8 malam ini (waktu Malaysia) akan sampai di tangan ku esok dengan selamat agar aku tidak perlu risau lagi..

Kenapalah sampel aku sampai lambat sangat? Tinggal minggu depan sahaja sebelum aku terbang pulang ke Malaysia selama 2 bulan..rasa bersalah pun ada pada Simon dan Bill..tetapi, bak kata Bill, "we are not your mother"..maka, aku punya projek, aku punya suka lah bila nak siapkan..haha

p/s: tunggu tahun depan baru aku kerjakan sampel kesayangan aku itu..hehe

Friday, November 12, 2010

Mentaliti bangsa maju dan bangsa membangun

Beberapa hari lepas, aku membuat 'groceries shopping'..di Belconnen Mall..aktiviti yang aku gemar lakukan..dan juga aku lakukan agak kerap bergantung pada ketebalan poket ku..(eh silap, aku di sini amat jarang memakai wang tunai..aku lebih suka menggunakan kad debit..jadi, bergantung pada wang di dalam akaun..hehe)..kiranya aktiviti ini berkadar langsung dengan wang di dalam akaun aku..aktiviti ini aku lakukan lebih kerap jika stok bahan segar (e.g sayur, buah-buahan) hampir habis ataupun jika aku terasa ingin mengambil udara segar di luar ataupun kadang-kadang aku menganggap groceries shopping ini sebagai satu aktiviti riadah yang sihat..mana tidaknya..sejak akhir-akhir ini, kemalasan merajai diri untuk aku melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh..tambahan pula, walaupun aku masih boleh melakukan aktiviti riadah (Kathy Smith, zumba, etc) di dalam bilik aku yang agak luas ini, aku memang malas..maka, perjalanan ke mall yang mengambil masa 15 minit berjalan kaki dan 15 minit untuk pulang ke bilik, ditambah pula dengan 'perjalanan' di dalam mall yang kadang-kadang aku habiskan kira-kira sejam atau dua jam untuk mencari barang, itu sudah cukup untuk membakar kalori dan lemak degil di dalam tubuhku..yippi!

Di dalam kesibukan mencari groceries, aku membeli jajan yang sudah lama aku tidak beli..jajan yang aku cuba elakkan kerana tidak penting langsung dan tidak memberi apa-apa nilai nutrisi..tetapi apakan daya..aku hanya manusia..nafsu makanku meluap-luap untuk membeli kerepek jagung Doritos..ada pula pek promosi..dua bungkus untuk 4 dollar..aku tidak melepaskan peluang kerana satu bungkus berharga 3 dollar..dengan promosi ini, aku jimat 2 dollar..aku pun lantas memilih Doritos Cheese Supreme dan Nacho Cheese..


Seperti biasa, jajan ini sedap dimakan ketika menonton filem..barulah terasa macam menonton di panggung wayang..aku pun membuka pek Nacho Cheese..setelah dibuka, perkara pertama yang aku perasan adalah warna kerepek jagung itu seperti warna Cheese Supreme..ini kerana warna Cheese Supreme adalah lebih oren kerana mengandungi lebih banyak keju berbanding Nacho Cheese yang agak kekuningan..aku tidak puas hati..aku membuka pula Cheese Supreme..sahih lagi benar tekaan aku..kedua-dua pek mempunyai warna dan rasa yang sama..

Aku terus online dan mencari website Doritos Australia..aku mencari bahagian customer service atau pengaduan atau komen yang boleh dihantar melalui emel jika tidak puas hati dengan produk yang dibeli..aku terus menghantar emel menyatakan ketidakpuasan hati aku yang telah membeli produk dari syarikat mereka dan sangat kecewa apabila kandungannya tidak seperti yang digambarkan..tambahan pula, ianya datang dari syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi...I am not expecting this from a reputable company..all my life, even syarikat yang so-so kat Malaysia pun tak pernah salah dalam pembungkusan..

Sehari kemudian, emel aku dijawab oleh pihak pengurusan..katanya di dalam emel itu, mereka amat menghargai komen aku dan akan menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam..mereka juga sedang dalam proses menyediakan surat dan juga reimbursement yang akan dialamatkan kepada aku..

Bukanlah aku kisah pun wang aku dikembalikan atau pun tidak kerana apa yang penting pada aku adalah mereka harus dimaklumkan tentang produk yang mereka jual itu secara teknikal telah mengalami kesilapan dalam pembungkusan..aku sangat-sangat mengagumi sikap profesionalisma mereka dalam mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan sangat mengambil berat akan isu-isu sebegini yang boleh menjejaskan pelanggan mereka pada masa akan datang..alangkah baik jika bangsa Malaysia dapat mencontohi sikap profesionalisma mereka dan bertindak serupa jika mengalami masalah sebegini..aku tidak hairan dengan kemajuan yang dicapai bangsa maju dengan mentaliti kelas pertama yang sentiasa mengutamakan pelanggan dan menganggap 'customer is always right'..tidak seperti orang kita yang kononnya sedang membangun tetapi mempunyai mentaliti kelas ketiga..

p/s: corak pemikiran harus diubah jika ingin mempunyai mentaliti kelas pertama!

Wednesday, November 10, 2010

Resipi: Ayam tandoori & Naan


Salam semua..sejak bermastautin di negara orang putih ini, aku selalu teringin hendak menjamah makanan-makanan yang sedap-sedap di Malaysia..manalah tak gemuk kan? apa pun, tekak aku ini terasa seperti mahu makan roti naan dan ayam tandoori yang selalu aku makan bersama abang aku di Restoran Dikayu, USJ Taipan..aku selalu order cheese naan manakala abang aku tak pernah lupa memesan garlic naan..tandoori tu memang wajib seorang satu..sesiapa yang teringin makan naan, datanglah sini..roti naannye memang lembut..banyak tempat aku dah pergi pun tak dapat roti naan selembut itu..(aik, promo lebih pulak..bukannya aku dapat makan free pun kalau makan kat situ..hehe) punyalah makan tak ingat kalau di Malaysia..so heavenly..

Maka, untuk memuaskan seleraku, aku telah menyediakan ayam tandoori dan roti naan versi aku..jangan malu-malu untuk mencuba ya..

Bahan-bahan:

dada ayam (basuh dan toskan)
rempah tandoori (jenama Shan)
plain yoghurt (250 ml)
roti naan ( jenama Mission)
limau kasturi
bawang merah
timun
tzatziki dip

Cara-cara:

1. Buatkan garis menegak sebanyak 4 bahagian pada dada ayam tanpa memotong sehingga habis. Gaulkan dada ayam dengan rempah tandoori dan juga plain yoghurt. Perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

2. Setelah diperap, keluarkan ayam dari peti sejuk. Bakar ayam pada suhu 180 darjah Celcius selama kira-kira 20 minit atau sehingga ayam masak.

3. Panaskan roti naan di dalam ketuhar pada suhu yang sama kira-kira 5 minit pada setiap bahagian.

4. Hiris bawang merah, limau kasturi dan timun.

5. Hidangkan ayam tandoori bersama roti naan dan pencicah tzaziki (campuran mayonis, timun, perahan lemon dan daun kucai).


Thursday, November 4, 2010

Penyelia aku yang 'cool'

Kelmarin, seperti biasa aku menghabiskan masa di makmal untuk initial experiment sebelum aku memulakan eksperimen dengan sampel dari Malaysia yang mengikut jangkaan aku akan tiba dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi (harapan aku agar sampel aku akan tiba dengan selamat pada pertengahan November ini, amin!)..

Kebiasaannya, penyelia pertama aku, Simon akan datang menjenguk aku di makmal meskipun dia sedar bahawa aku amat independent dan mampu melakukan eksperimen sendiri..mungkin Simon sibuk dengan tutorial di makmal di tingkat tiga menyebabkan dia tidak dapat 'memerhatikan' aku di makmal..sebaliknya, aku didatangi oleh Bill, penyelia kedua aku yang usianya jauh lebih tua daripada Simon..aku kira Bill umpama bapa aku sendiri kerana rambutnya rata-rata telah dipenuhi uban dan beliau juga mempunyai anak dalam lingkungan usia 20-an..

Bill suka mengutarakan soalan "Are you happy?" Minggu lepas, aku terkejut apabila Bill masuk ke makmal dan mula mengemas dan membuang sampel-sampel lama yang sudah tidak digunakan lagi..ada di antara sampel tersebut yang berusia 4 tahun..mana tidaknya, sampel pelajar undergraduate dari tahun 2006 yang hanya dibiarkan tersadai di dalam laci..dengan pangkat Bill yang mempunyai gelaran Professor, beliau lebih banyak mengarahkan sahaja orang bawahan untuk melakukan sesuatu..sebab itu, aku agak pelik apabila beliau sendiri 'turun padang' untuk mengemas sampel-sampel lama..rupa-rupanya, anak perempuannya akan memasuki makmal selama 3 minggu untuk menganalisa sampel bagi projek final year..anaknya menuntut di ANU, tetapi datang ke UC untuk menggunakan fasiliti makmal yang aku pasti kurang canggih berbanding di ANU..ah, biarkanlah..selesai mengemas lab bench untuk kegunaan anaknya, Bill juga membersihkan satu kawasan untuk aku gunakan kerana selama ini, aku hanya menggunakan sahaja ruang yang ada tanpa mempunyai tempat kerja aku sendiri..setelah berpuas hati dengan ruangan yang dikhaskan untuk aku, Bill mengajukan soalan lazimnya, "Are you happy?" Aku mengangguk seraya berkata, "Yup, I am happy"..

Kelmarin, aku ditanya lagi oleh Bill..

Bill: How are you?

Aku: I am good. How are you?

Bill: I am fine. So how's your samples from Malaysia?

Aku: My colleague told me that she has obtained the approval from the Director and has arranged for the delivery of the samples. I am expecting the samples to arrive in two weeks time.

Bill: That's good. Since my daughter is going to be around for 3 weeks, you can ask her to help you with your samples.

Aku: Cool. I'll ask her to help once the samples arrive.
(Dalam hati, aku berkira-kira..dahlah aku ini buat PhD, hendak minta pertolongan daripada anak penyelia pula..sungguh tak masuk akal)

Bill: Will you be around until end of the year?

Aku: Actually (suara aku macam tersekat di kerongkong..aku sudah memaklumkan pada Simon tentang ketiadaan aku selama 2 bulan 2 minggu bermula pada 1 Disember 2010..tetapi, aku masih belum memberitahu Bill..alamak, macam mana ni?), I am leaving for Malaysia on the 1st of Dec 2010 and I'll be back only in mid-Feb 2011. Are you fine with the dates? If not, I'll come back early (dalam hati aku berdoa agar Bill tiada masalah dengan 'my absence'..aku tidak mahu pulang awal!!)

Bill: Yup..I don't mind as long as you can finish your work and you know what you have to do..We are not your mother you see..

Aku: Thank you very much..

Dalam hati, aku menarik nafas lega..kedua-dua penyelia aku sangat 'cool' dan tidak berkira..ada sesetengah penyelia yang sangat 'particular' dengan pelajarnya yang kalau tak datang satu hari sudah kelam-kabut ditanya mengapa tidak hadir..ini berlaku kepada kawan aku yang kini mengambil PhD di ANU..syukur Simon dan Bill sangat-sangat bertolak-ansur dalam perkara sebegini..mudah-mudahan, mereka juga bermurah hati dalam pemarkahan di akhir peringkat PhD aku nanti..amin..

p/s: menghitung hari...detik demi detik..nak balik Malaysiaaaaaa!!

Monday, November 1, 2010

Sebulan lagi..

Cepat benar masa berlalu..tanpa ku sedari, sudah setengah tahun aku bermastatutin di bumi Canberra..arghh, tak sabarnya nak balik bercuti di Malaysia..kalau dulu di Birmingham, aku tahan tidak balik setahun..tetapi di Canberra ini, situasinya agak berlainan..jarak perjalanan yang tidak jauh meskipun di benua yang berbeza ditambah pula dengan jangka masa perjalanan yang hanya separuh daripada jumlah perjalanan dari UK ke Malaysia membuatkan aku tergamit-gamit untuk pulang..tambahan pula, tambang perjalanan juga semestinya jauh lebih murah..juga, kadar tukaran matawang Australia lebih rendah berbanding matawang British..bukan itu sahaja, sepupu aku sebenarnya akan berkahwin pada hujung tahun ini..maka, alang-alang ada majlis perkahwinan, elok rasanya aku mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai yang meskipun jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati..

Untung juga aku akan menghabiskan masa di Malaysia..kira-kira 2 bulan 2 minggu..agak lama sebenarnya..tetapi apakan daya, hanya pada tarikh itu sahajalah harga tiket agak murah dan mampu aku beli..nasib baik supervisor aku tidak kisah aku akan bercuti lama..lagipun, summer di Canberra amat panas..lebih panas daripada di Malaysia kerana cuaca di Malaysia lebih lembap (humiditi tinggi)..tetapi, tidak di sini yang mana ianya panas dan kering..supervisor aku sendiri pun beritahu bahawa suhu pada musim panas mampu mencecah 40 darjah Celcius..tidak dapat aku bayangkan kepanasan sebegitu kerana telah terbiasa dengan cuaca panas di Malaysia yang suhunya jarang melebihi 35 darjah Celcius..

Apa pun, aku kini menghitung hari..hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku meninggalkan bumi Canberra sementara aku bercuti dengan gembiranya di Malaysia..aku juga amat berharap agar sampel dari Malaysia akan sampai awal November ini agar aku berpeluang untuk menganalisa jika bukan semua sampel pun (ini agak mustahil melainkan aku bawa tikar bantal ke makmal), sekurang-kurangnya dapat juga aku mulakan seberapa banyak yang aku mampu..setidak-tidaknya, aku tidak akan dihambat rasa bersalah kerana bercuti lama di Malaysia meskipun aku memang boleh berbuat demikian kerana aku kini di fasa pembelajaran secara kendiri..aku tidak perlu menghadiri kelas formal dan aku juga tidak mempunyai sebarang peperiksaan..maka, aku perlu mengatur jadual aku dengan bijaksana agar semua sampel dapat aku analisa dengan selengkapnya dalam tempoh masa yang tertentu..

Apa pun, motivasi aku kini agak meningkat kerana sudah terbayang-bayang tanah air sendiri..meskipun aku seronok mengembara di bumi asing, tanah air tempat tumpah darahku tidak pernah aku lupa..bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"..


p/s: semoga Allah permudahkan urusan aku di sini sebelum pulang 'berfoya-foya' di Malaysia..amin