Thursday, August 15, 2013

Salam Lebaran 2013

Assalamualaikum,

      Bersawang sungguh laman aku ini..punyalah sibuk sampai aku tak sempat nak update berita terbaru..apa pun, hari ini 8 Syawal 1434 H. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali diri ini. Ini Syawal keempat aku di perantauan dan semoga tahun hadapan aku dapat beraya di Malaysia. Tak perlu susah-susah pakai jaket..biar berpeluh pulak..huhu..kalau nak ikutkan, sebenarnya ini Syawal ke-5 aku di oversea (termasuk Syawal pertama di UK tahun 2006)..Alhamdulillah, Syawal kali ini disambut dengan meriah sebab aku sempat balik Malaysia beberapa hari semasa Ramadhan apabila stopover dari Spain atas urusan konferens..(nanti aku ada masa aku update cerita Europe..perjalanan yang sangat-sangat mencabar keimanan..fuhh)..maka, apabila balik Malaysia yang aku rasakan sangat singkat itu, aku berpeluang juga untuk membeli dua pasang baju ready-made..selama ini aku hanya menempah baju untuk raya tetapi memandangkan masa amat suntuk, aku hanya dapat beli yang sudah siap dijahit..boleh lah kan daripada tiada langsung..smpat juga aku pergi bazar Ramadhan setelah tak balik raya dari tahun 2010..dapat juga aku berterawih di masjid kat USJ dan Melaka..alhamdulillah..

    So, seperti biasa di pagi raya, aku berserta housemates ke Dewan Merdeka, Kedutaan Malaysia di Yarralumla. Solat sunat Aidilfitri berserta takbir raya dilakukan di sini..memang ini kebiasaan yang merupakan acara tahunan setiap kali menjelang Aidilfitri..usai solat, kami berempat photoshoot (hobi waktu lapang kami..hehe)..cadangan asal nak photoshoot di ANU dekat dengan tasik, tetapi raya kan masa hari bekerja, maka parking sangat penuh..akhirnya kami ke Telstra Tower untuk photoshoot..photoshoot tahun lepas lagi menarik sebab ada cherry blossom yang mekar tumbuh..kali ni agak bosan kerana hanya ada Telstra Tower sebagai backdrop..apa pun, lepas photoshoot, kami ke Rumah Malaysia untuk jamuan raya di rumah Ambassador Malaysia, Dato' Salman..

    Makanan kali ini tidak sebanyak tahun lepas..dapat juga lah merasa juadah yang pelbagai..ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang ayam, ayam kurma, satay, ketupat, lemang dan macam-macam lagi yang aku pun tak sempat nak rasa semua..yang bestnya sebab dapat kumpul ramai-ramai dan bersilaturrahim..open house kali ini pun lagi banyak dari tahun lepas..setakat seminggu raya ni, kami dah pergi 9 open house..nasib baik berat masih maintain..tak naik pun..tu pun sebab terus buat puasa enam..

     Minggu ni, land lady aku pulak buat open house dari pagi sampai lebam..haha..rumah dia ni dahlah tumpuan student dan PR kat sini..aku takut aku tak larat je nak melayan tetamu yang ramai itu..huhu..apa pun, enjoy tengok gambar raya aku dan kawan-kawan kat Canberra ni..ko mampooo? (bak kata seorang kawan aku nih..haha)

Ni pre-raya photoshoot haritu..hehe..depan Parliament House

    Ni antara gambar raya yang dah di'collage'kan..


Ni gambar dalam Dewan Merdeka lepas solat sunat Aiilfitri



Ni dengan BFF dalam Dewan Merdeka

Ni untuk jiwa muda mcm kami yang dah lama tak main bunga api;)

p/s: treasuring every precious moments..nanti dah balik Malaysia pasti aku rindu saat-saat begini..sob sob

Wednesday, March 13, 2013

Nak kurus dan kekal langsing?

       Aku pasti ramai wanita di luar sana yang menginginkan susuk tubuh yang cantik dan langsing. Sememangnya fitrah manusia suka kepada kecantikan. Siapa yang tak suka tubuh badan yang cantik kan? Tipulah kalau ada orang yang suka badan yang gempal dan gemuk. Aku pun tak terkecuali jugak. Selalu menginginkan tubuh badan yang langsing dan menawan. Sejak berada di alam pekerjaan, berat badan aku yang suatu ketika dahulu pernah mencecah sehingga 48 kg sewaktu di tahun kedua pengajian degree, kini sudah tidak lagi sekurus dahulu. Berat badan aku biarlah rahsia...haha (tapi tidak lah terlalu gempal cuma aku masih tidak lagi mencapai berat badan ideal untuk ketinggian dan saiz badan aku).
 
       Meskipun aku aktif bersukan, aku juga aktif mendapatkan kembali tenaga selepas sukan dengan makan. Betul, aku ulang sekali lagi. MAKAN. Tak tipu. Dulu lepas kerja memang aku akan aktif bermain badminton sehingga sebelum maghrib dan selepas maghrib melantak nasi berserta tomyam di kedai feveret aku di Kampung Baru. Apalah guna aku bersenam kan? Buang masa aku je buang kalori. Sampailah satu tahap yang aku rasa jeans aku dah ketat dan itu petanda aku perlu berdiet. Aku pun terus meninggalkan tabiat makan yang tidak sihat. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Aku lebihkan yogurt, makan nasi sekali sehari dan menambahkan aktiviti fizikal waktu petang seperti skipping. Alhamdulillah, berat aku turun sehingga 5 kg. Sempat aku kurus sebelum best friend aku melangsungkan perkahwinan. Orang lain yang kahwin, orang lain pula yang excited kurus. Haha!
 
      Itu cerita lama. Kini, aku masih di Australia. Agak sukar untuk menurunkan berat badan jika tidak berdisiplin. Tambahan pula cuaca sejuk, maka aktiviti hibernasi akan lebih mendominasi. Aku sejak datang ke OZ kelihatan lebih kurus berbanding semasa aku di Malaysia. Mungkin kerana di OZ, aku lebih aktif. Masakan tidak, hari-hari aku kerja cleaning di sekolah lebih kurang sejam setengah; vakum, angkat sampah, mop, cuci toilet. Itu semua dikira sebagai aktiviti yang dapat membakar kalori. Summer tahun lepas memang panas. Aku punyalah bersemangat membeli running shoes Adidas untuk jogging. Terbang AUD 120. Tetapi, kasut tu untuk kegunaan jangka panjang. Aku boleh bawa balik untuk guna di Malaysia. Hari-hari aku jogging/berjalan sejauh 5 kilometer. Mula-mula, memang rasa susah. Bila dah biasa, dari 5 km jadi 6-7 km. Memang seronok bila berpeluh. Badan jadi lebih segar dan sihat.
 
      Baru-baru ini juga, aku menemui website Kevin Zahri. Terjumpa ebook "Panduan Kurangkan 5 kg dalam 5 Minggu". Aku memang pantang bab kuruskan badan. Terus aku beli. Tak mahal mana pun. Bagus panduan ni. Diterangkan cara-cara untuk kurus sekilogram seminggu, cara pengiraan Basal Metabolic Rate dan Daily Calorie Intake. Kalau dah faham perkara asas ini, pelangsingan badan akan jadi lebih pantas. Sesiapa yang berminat nak beli ebook ni, boleh klik link di blog aku ni.
 
p/s: Jangan beli je pastu tak amalkan..sampai bila pun tak kurus (peringatan untuk diri sendiri juga)

Tuesday, February 12, 2013

Lagi cerita pasal emas

Assalamualaikum semua,

      Semoga semua berada dalam kesejahteraan..Alhamdulillah, di kala ini aku masih bernafas dan menghidup udara ciptaan Tuhan..hmm, nampaknya aku telah lama melupakan kewujudan blog ini setelah mempunyai blog satu lagi..kira dianaktirikan lah blog aku ni..bukan apa, tak ada masa nak manage sampai dua blog dengan kesibukan sebagai pelajar dan masa yang terhad sebagai cleaner sekolah yang berjaya..hehe..

        Apa pun, ni aku nak kongsi serba sedikit macam mana dengan membeli emas, aku dapat menyimpan sehingga RM 5000 dalam masa tujuh bulan..ini semua dengan perancangan..setelah celik emas, aku jadi lebih aware dan bijak mengurus kewangan..nak baca lanjut, boleh pi ke blog aku yang satu lagi nih: 

http://goldemasperaksilver.blogspot.com.au/2013/01/bagaimana-saya-menyimpan-sehingga-rm.html

      hah, baca jangan tak baca...kalau aku boleh, korang pun boleh jugak kan? Tidak semestinya beli dinar..emas kan ada dalam pelbagai bentuk..boleh pelbagaikan simpanan macam gold bar, barang kemas..terpulang pada kesukaan masing-masing..yang penting, setiap bulan wajib ada simpanan..SIMPAN dahulu, baru BELANJA..bukan sebaliknya: belanja dahulu; kalau ada lebih baru simpan..sampai ke tua lah tidak akan ada simpanan...JANGAN percaya cakap aku..buat aje..SIMPAN DAHULU, BARU BELANJA..

        Ni aku sertakan link facebook page aku kalau ada yang berminat nak tahu lanjut pasal emas..jangan malu-malu ya..malu bertanya sesat jalan..hehe






      


Tuesday, September 4, 2012

Emas, emas, emas...

Salam semua..

      Lama aku tak menjenguk blog ni..dah bersawang dah pun..satunya, memang aku sibuk..jadi tiada masa nak update..banyak post gmbr kat facebook je..yg keduanya, aku dah ada blog baru..www.goldemasperaksilver.blogspot.com..blog baru ni memang fokus pada simpanan emas untuk masa depan..

      Kenapa emas? mesti ramai yang tertanya-tanya kan? Emas ini bukannya benda asing dalam kehidupan manusia..malahan, emas banyak disebutkan di dalam al-quran..dinar (emas) dan dirham (perak) pernah digunapakai semasa zaman Rasulullah s.a.w dalam urusan muamalat..sehingga kini, dinar dan dirham masih digunakan, cuma penggunaannya masih belum meluas..

       Ada ke sesiapa yang nak tahu kenapa emas yang menjadi pilihan hati? Sebenarnya, aku berniat nak kongsi ilmu kenapa emas tu penting sebagai simpanan..selain bertindak sebagai pelindung kewangan, emas juga kalis inflasi..senang je nak faham pasal inflasi ni..aku bagi contoh..kalau 10 tahun dulu, kita boleh beli kuih karipap dengan harga RM 1 untuk 4 keping, sekarang ni tahun 2012, sekeping karipap harganya mencecah 40 sen sekeping..harga barang semakin meningkat dan wang kertas semakin tidak bernilai..sama jugak macam harga rumah..kalau dulu sebuah rumah teres boleh dibeli dengan harga katalah RM 50 000, kini sebuah rumah teres mencecah RM 100 000..tetapi, lain pula dengan emas..kalau dulu satu gram emas harganya dalam RM 40 segram. kini harga emas dah naik jadi ~RM 160 segram..sebab itu lah disyorkan beli emas..lagipun emas ni aset yang mudah dicairkan...

      Aku rasa tak perlu cerita panjang kot..jom singgah blog aku ni dan baca..


Thursday, May 3, 2012

Tabung Ahmad Sufi

Salam semua..adalah diharapkan agar anda semua berada dalam keadaan kesihatan yang optimum dan senantiasa dirahmati Allah..saya dengan rasa rendah hati ingin memohon bantuan anda semua yang budiman untuk membantu anak rakan saya ini yang menghadapi masalah paru-paru sejak lahir 2 bulan yang lalu di Canberra, Australia..

Anak sulung kepada pasangan Ahmad Sufi bin Romi Agus Syumadi dan Adlina Abdullah telah dilahirkan dengan masalah pernafasan yang kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan semenjak dilahirkan..apabila masalah pernafasan Ahmad Sufi dikesan oleh pihak doktor di Canberra, maka Ahmad Sufi telah diterbangkan dengan menaiki helikopter ke Sydney..kos penerbangan berserta kos rawatan sehari di Children Westmead hospital, Sydney mencecah sehingga 3000AUD sehari (bersamaan dengan RM 9000) dan mereka telah berada di Sydney selama hampir dua bulan sebelum kembali semula ke Canberra beberapa hari yang lepas..bayangkan lah kos rawatan yang terpaksa mereka tanggung demi menyelamatkan anak mereka ini..

Saya berkesempatan untuk melawat Ahmad Sufi pada hari Sabtu lepas..Ahmad Sufi tidak meragam walaupun kami tiba agak lewat..sempat juga saya bertanya kepada ayah Ahmad Sufi iaitu Abang Romi untuk penjelasan lanjut berkenaan keadaan Ahmad Sufi..semoga Allah memudahkan penderitaan mereka..

Justeru, saya ingin memohon kepada semua pembaca untuk sama-sama dapat menyumbang dan meringankan beban yang dihadapi mereka sekeluarga ini..berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..mungkin sumbangan kita amat kecil, tetapi percayalah walau sekecil mana sekalipun sumbangan kita, pada mereka tetap besar...sekiranya kita meringankan beban seseorang, mudah-mudahan Allah meringankan beban kita pula..marilah kita sama-sama membantu..

Untuk keterangan lanjut, saya sertakan link di facebook berserta nombor akaun untuk mereka yang ingin memberi bantuan kewangan..


BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)


JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

NO.AKAUN: 516015402261




Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)

CIMB: 14100000462201



Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)

Bank: St George Bank

Branch: 112 908

Account No: 411178305


Aku kembali menulis...

Hmm, lama sungguh aku tidak menjenguk blog aku ini..dah bersawang rupanya..hampir 4 bulan aku tak update sebarang berita disebabkan kesibukan aku..mana tidaknya aku baru sahaja kembali semula ke OZ setelah 5 minggu time off untuk bertemu keluarga tercinta di Malaysia..13 bulan aku tak balik and it feels good to be home..walaupun aku balik selama 5 minggu, tetapi 2 minggu aku habiskan masa untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah..alhamdulillah, dapat juga aku menjejakkan kaki ke tanah haram setelah selama ini hanya berangan-angan untuk menjadi tetamu Allah..syukur segala urusan aku dan keluarga dipermudahkan sedari awal perjalanan lagi..

Perjalanan kami dari Kuala Lumpur dengan penerbangan Saudi Arabia Airlines memakan masa hampir 8 jam setengah terus ke Madinah al Munawwarah..kami cuma berhenti di Riyadh selama sejam dan menunggu di dalam kapal terbang untuk membolehkan penumpang dari Riyadh terbang ke Madinah..setibanya di Madinah, aku terus diselubungi perasaan sebak apabila mutawwif menyarankan untuk berselawat sebanyak-banyaknya kerana di Madinahlah jasad Baginda Rasulullah saw disemadikan..walaupun tak pernah bersua, namun air mata aku tetap mengalir kerana jika tidak kerana Rasulullah yang gigih menyebarkan agama Islam, aku mungkin bukan menganut agama yang Allah redha ini..

Alhamdulillah, hotel penginapan kami yang diuruskan oleh Andalusia Travel and Tours hanya sekitar 5-7 minit sahaja berjalan kaki untuk ke Masjid Nabawi..memang sangat dekat..apabila menjejakkan kaki di hadapan pintu masuk Masjid Nabawi, sekali lagi aku mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah di kalangan ramai lagi umat manusia yang lain..aku memang sangat kagum dengan kawasan eksterior dan interior Masjid Nabawi yang sangat cantik dengan binaan yang hampir keseluruhannya disaluti emas..sempat juga aku menggunakan iPhone untuk merakam keindahan sekitar masjid meskipun kamera tidak dibenarkan dibawa masuk..

Memang sangat indah apabila dapat berjemaah di masjid..di sini, semua kedai akan tutup apabila azan dilaungkan dan peniaga-peniaga akan terus bergegas untuk berjemaah di masjid..alangkah seronoknya jika keadaan itu berlaku di Malaysia..setiap waktu solat, solat diutamakan dan semua kerja ditinggalkan..apa yang paling seronok ketika berada di Madinah adalah pengalaman berada di Raudhah, di mana ia merupakan salah satu tempat mustajab untuk berdoa..aku berpeluang bersolat dan memohon hajat sebanyak 2 kali di Raudhah meskipun jemaah terlalu ramai..semoga Allah memakbulkan semua doa ku..

Setelah berada di Madinah selama 5 hari 4 malam, kami bertolak ke Mekah al mukarramah untuk menunaikan ibadah umrah..kami miqat di Masjid Bir Ali dan menaiki bas ke Mekah yang mengambil masa selama 8 jam..perjalanan yang bermula sekitar jam 3 petang disertai dengan rehat, makan dan solat memungkinkan kami tiba di Mekah pada jam 12 tengah malam..setelah check in di hotel, kami dibenarkan oleh mutawwif untuk berehat selama sejam sebelum diarahkan untuk berkumpul di lobi pada jam 1 pagi untuk menunaikan umrah..

Di Mekah, hotel kami menginap agak jauh sedikit untuk menuju ke Masjidil Haram berbanding semasa di Madinah..tepat jam 1.30 pagi, kami tiba di depan Masjidil Haram..sebaik sahaja melangkah masuk dan melihat Kaabah dengan mata kepala aku sendiri, perasaan sayu, hiba dan sebak terus menyelubungi diri..air mata aku mengalir laju kerana sekali lagi aku bersyukur dapat dijemput menjadi tetamu Allah meskipun aku tahu diri aku ini sangat hina di sisi Tuhan yang Maha Agung..mana tidaknya, aku ini bukan manusia yang sempurna, malahan penuh dengan noda dan dosa..moga-moga Allah terima taubat dan amalan aku..

Apabila semakin menghampiri Baitullah untuk melakukan tawaf, kami melakukan umrah secara berjemaah yang dibimbing oleh mutawwif..tujuh pusingan tawaf diiringi dengan doa yang sangat-sangat menyentuh hati..Alhamdulillah, selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat tawaf di Maqam Ibrahim dan berdoa..antara tempat mustajab berdoa di sini adalah di Maqam Ibrahim, Hijr Ismail, di multazam dan di bawah pancur emas..usai solat dan berdoa, kami minum air zam-zam..terus rasa bersemangat setelah meneguk air dari syurga yang tak akan pernah kering ini..kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Safa untuk menunaikan Saie..perjalanan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah ini adalah sebanyak 7 kali yang bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah sebelum kami bertahallul untuk melengkapkan aturcara umrah..selesai bertahallul, kami mendengar azan pertama dilaungkan pada pukul 4 pagi..adalah menjadi kebiasaan di mana azan Subuh akan dilaungkan sebanyak dua kali..pertama, untuk membangkitkan manusia yang enak diulit mimpi dan azan kedua menandakan waktu Subuh telah masuk..kami kemudiannya menunggu untuk Subuh berjemaah meskipun badan telah terlalu letih sejak menunaikan umrah pada pukul 1.30 pagi..syukur kerana kami dapat juga berjemaah Subuh sebelum kembali ke hotel untuk bersarapan dan berehat..

Pihak Andalusia membimbing umrah wajib sebanyak 3 kali dan syukur alhamdulillah aku dapat menyempurnakan kesemuanya..1 umrah optional (jemaah boleh memilih untuk melakukan umrah atau tidak) juga aku lakukan yang mana aku niatkan pahala umrah tersebut untuk arwah ayahku..selain dari mengerjakan umrah, kami juga berpeluang ziarah ke ladang unta, mendaki Jabal Nur dan Gua Hira' (tempat di mana Rasulullah saw mendapat wahyu pertama) selain ke Hudaibiyah..

Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata pengalaman berada di Tanah Haram..meskipun aku telah berpeluang melawat banyak negara, tak akan sama macam pengalaman berada di Tanah Suci..rasa betul-betul dekat dengan Allah..rasa Allah dengar semua doa kita..semoga Allah makbulkan semua doa aku dan doa orang yang mengirimnya kepada aku..semoga Allah menjemput aku lagi untuk menjadi tetamu-Nya..Amin...

p/s: nak jadi tetamu Allah biar di usia muda, kerana ibadah umrah perlu kudrat..bayangkan kalau ibadah haji nanti dengan jemaah yang mencecah 4 juta orang dan semuanya melakukan ibadah serentak..semoga Allah menyeru kita semua untuk ibadah umrah dan haji..insya-Allah


Thursday, January 19, 2012

Chocolate chip cookies

Berita baik buat penggemar biskut cip coklat atau lebih dikenali dengan nama omputihnya; chocolate chip cookies..aku nak promo sikit bisnes abang aku bersama kawan-kawannya..tak sangka abang aku pun ada bisnes sendiri sekarang ni..terbaeekkk la bro! mereka menggelarkan diri mereka sebagai Royal Aroma Flavour..maka, aku dengan sukarelanya telah mereka bentuk flyer untuk tujuan promosi di fan page facebook Royal Aroma Flavour..so, inilah hasilnya..tadaaaa...

 
Mereka menerima tempahan untuk sebarang majlis..sebelum ini ada tempahan untuk majlis kahwin, pertunangan, majlis harijadi dan juga hamper untuk menziarah orang sakit..untuk maklumat lanjut, sila hubungi mereka di nombor yang tertera pada flyer..ada 4 nombor yang boleh dihubungi..pilih sahaja mana satu yang berkenan di hati..boleh juga dihubungi melalui fan page Royal Aroma Flavour di http://www.facebook.com/royalaromaflavour


p/s: order jangan tak order..gerenti sedap dan menggiurkan:)

Wednesday, January 11, 2012

Kembara New Zealand:D

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua..harap aku masih tidak terlambat untuk wish semua meskipun kini sudah masuk hari ke sebelas di tahun baru ini..apakah azam tahun baru anda? semoga kita akan berjaya mencapai apa yang kita impikan..insya-Allah..

Aku nak kongsi cerita kembara aku ke New Zealand baru-baru ini..kira masih hot story lah..macam pisang goreng panas..hmm, sedapnya kalau dapat makan pisang goreng sekarang ini..tak sabar nk balik cuti ke tanah tumpah darahku..oh Malaysia, aku rindu..berbalik pada cerita NZ aku ni sebelum aku melalut..hmm, kami bercuti selama 10 hari ke South Island, NZ..dari Sydney kami ke Wellington dan bermalam di rumah kawan kepada housemate aku selama 4 hari sebelum kami bertolak ke Napier..kami sewa kereta sepanjang 10 hari tersebut dan meneruskan perjalanan ke Rotorua dan Taupo dan destinasi terakhir kami adalah Auckland..

Dalam banyak-banyak destinasi kat NZ ni, aku paling suka kat Wellington..bandarnya cantik..rumah-rumah banyak yang di atas bukit..rasa macam kat Spain or Italy pulak..(destinasi idaman tu..pasni kena pergi..huhu) Alhamdulillah cuaca baik sepanjang kami berada di Wellington..tau sahajalah cuaca di NZ ni..lebih kurang di OZ jugak..nama sahaja summer, tapi masih hujan..macam musim tengkujuh pun ada aku rasa..haha..selepas menghabiskan masa di Wellington, kami bergerak ke Carteton (ada Stonehenge macam kat Bath, UK), Hastings dan bermalam di Napier..agak sukar untuk kami mendapatkan makanan halal..kedai kebanyakannya tutup, dan kalau adapun, semuanya fine dining..kami nak jimat bajet, maka fine dining is an absolute no no..solusinya, kami beli roti dan makan dengan tuna..itulah makanan ruji kami sepanjang percutian 'mewah' kali ini..selain tuna, maggi goreng pun antara makanan ruji kami..

Yang bestnya kat NZ, kemudahan toilet ada di mana-mana..toilet yang disediakan kebanyakannya untuk disabled..maka, mudahlah kami untuk mengambil wudhu'..takde lah orang nak jeling-jeling bila masukkan kaki kat sinki untuk berwudhu'..toilet pun sangat bersih berbanding OZ..aku sangat suka..tak kisahlah orang tak disabled masuk toilet disabled pun..hehe..                                                                                   

Kembara ke NZ kali ini kami gelarkan sebagai percutian mewah..mana taknya, admission fee untuk semua tempat yang kami pergi agak mahal..minimum 30 NZ dollar..contohnya macam yang kami naik Huka Falls Jet, kami bayar $101..Gannet Safaris Tour ($30), Orakei Korako Geyserland (geothermal park) $36, Mount Pukaha Wildlife Park ($20), Wai-o-tapu Thermal Wonderland ($32.50), Tamaki Maori Village ($82), Yacht tour ($36)..highlight of percutian aku kali ini semestinya bungy jumping yang aku buat di Auckland Bridge..bungy jump sahaja $150, belum termasuk gambar dan DVD ($80)..bungy jumping tu memang antara wish list aku..konon nak buat skydiving..tapi disebabkan kekangan bajet, lupakan jelah..insya-Allah kalau ada kesempatan nanti, aku akan buat jugak..

Di New Zealand, pemandangannya lebih cantik berbanding di OZ..segala-galanya hijau..saujana mata memandang..latar belakang gunung-ganang berserta sheep dan cow yang ada di mana-mana memang menarik..punyalah tak ramai orang di NZ ni sehinggakan sheep dan cow lebih banyak dari manusia..ladang mereka sangat luas...sepanjang jalan memang akan nampak lembu dan biri-biri meragut rumput..yang kami punyalah jakun nak bergambar dengan lembu NZ, sanggup berhenti tepi highway semata-mata nak berposing dengan lembu-lembu gemuk tu..hehe..macam lah kat Malaysia takde lembu..

Harga petrol di NZ juga lebih mahal berbanding di OZ..kalau di OZ, seliter petrol berharga $1.50 paling mahal pun..di NZ, seliter sampai $2.06..sibuk kami komplen harga minyak mahal di OZ..pergi tempat orang,  harga petrol lagi mahal walaupun currency OZ lebih tinggi dari NZ..

Pengalaman bungy jumping memang aku takkan lupakan sampai bila-bila..memandangkan kami memilih untuk buat di Auckland Bridge, maka kami berkesempatan untuk naik Auckland Bridge untuk ke destinasi bungy jumping..tiba di destinasi, lompatan dimulakan mengikut berat badan..fuhh, nasib baik..aku dah risau kalau aku yang kena buat dulu..mereka lepaskan yang berat dulu..maka, aku ada peluang untuk tengok cara mereka melompat..antara kami bertiga, seorang sahaja yang tak buat..takut katanya..hehe..tapi kawan aku cerita, aku cool je bila nak lompat..sempat posing-posing dan tak ambil masa lama pun untuk lompat..sebenarnya aku cuak jugak bila dah ada kat hujung plank tu..punyalah terkumat-kamit berdoa minta Allah selamatkan aku..nasib baik jugak aku kena buka cermin mata..jadi, aku tak nampak apa-apa..perasaan takut hanya bila nak melompat sebab kalau macam naik roller coaster, walaupun kita melayang terbang, kite masih ada tempat duduk dan seat belt untuk berpegang..yang ni memang kita lompat solely berpaut pada tali yang diikat pada kaki..syukur semuanya selamat sebab kelmarin ada laporan orang yang bungy jumping di Zimbabwe talinya terputus dan di bawah telah menunggu buaya-buaya untuk menerkam..nasib baik perempuan tersebut mempelajari survival skills dan hanya cedera ringan..kalau nak harapkan penyelamat, mungkin dia sudah menjadi mangsa bahaman buaya-buaya dalam sungai tersebut..ekstrim sungguh..

Apa pun, kembara NZ memberikan aku banyak kenangan manis..melawat geyserland, hot springs, mud pool..masuk gua tengok glow worm..naik yacht..bungy jumping..walaupun duit aku habis hampir 2000 AUD, it's priceless..pengalaman takkan boleh dibaya dengan wang ringgit..

p/s: nanti nak pi South Island pulak..kena kumpul duit dari sekarang..huhu

Monday, December 19, 2011

Kehidupan tiga dekad ku..

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, aku telah diberikan kesempatan untuk mencecah umur 30 tahun pada tanggal 25 November lepas..(maaf kerana agak sibuk untuk update blog ini)..hmm, diam tak diam aku telah bernafas selama 3 dekad dan kini telah melangkah ke era 30-an..orang kata, zaman 30-an adalah zaman kemuncak kejayaan seseorang..moga-moga aku akan beroleh kajayaan itu..insya-Allah..

Apa pun, aku amat berterima kasih kepada housemates ku yang telah menyambut ulang tahun kelahiran aku..(ini kali kedua aku menyambut birthday di perantauan)..meriah sambutan birthday aku kali ini..penuh dengan kegembiraan dan ucapan selamat hari lahir dari sahabat handai dan kaum keluarga yang membuat ucapan sama ada melalui laman muka buku (facebook) atau pun sms..hehe..

Tiup lilin
Birthday aku jatuh pada tanggal hari Jumaat..aku tidak ke lab kerana sudah berjanji dengan housemate untuk keluar membeli barang untuk persiapan bbq keesokan harinya..alhamdulillah, housemate aku belanja lunch sempena birthday aku..kami makan Nando's..petangnya seperti biasa aku pergi kerja dalam pukul 6 dan kembali semula ke rumah pada jam 8 malam..selesai kerja, aku terus mandi dan menunaikan solat Maghrib..selalunya, hari Jumaat kami berlima akan makan malam bersama-sama kerana malam-malam lain aku bekerja dan tidak berkesempatan untuk dinner bersama..walaupun kami semua duduk dalam satu rumah yang sama, kami sangat-sangat menghargai kecanggihan teknologi sedia ada sekarang..kami akan berkomunikasi samada melalui YM, Viber atau pun whatsapp..mana tidaknya, nama je kami serumah..tapi bilik kam kan lain-lain dan terpisah kepada dua wing yang berbeza..



Happy potong kek
Maka, usai solat aku whatsapp housemate yang satu lagi bila nak dinner sebab aku dah kelaparan..dia cakap nak tunggu yang seorang lagi balik dari lab..dalam 10 minit kemudian, aku menerima mesej whatsapp mengatakan semua dah ada dan boleh keluar makan..aku pun terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur..bila aku keluar, aku kehairanan kerana dapur sangat gelap sedangkan housemate aku yang berempat itu kecoh je bila aku solat tadi..serius aku tak nampak apa-apa..selang beberapa saat, muncul lah 4 lembaga dari sudut dapur menjerit "surprise!" sambil menyanyikan lagu happy birthday untuk aku..aku terharu..lampu dibuka dan aku lihat di dapur sudah ada kek, hadiah, belon helium dan kad ucapan..what a surprise..makanan pun sangat menggiurkan..ada pancake yang housemate aku buat berserta turkish pide yang amat banyak (macam tau-tau aje aku teringin pide)..pide ni macam pizza tp filling dia di dalam roti..sedap, aku suka..:)

Yang aku paling suka sekali adalah hadiah yang aku dapat dari housemates aku yang berempat ni..aku memang ada bagitau kat seorang housemate aku yang aku ada suka satu buku fotografi ni..tak sangka pulak diorang belikan betul-betul yang macam aku nak..itu pun aku cakap sekali je..sungguh tak ku sangka memori housemate ku ini kuat..thank you very much Fifi (bukan nama sebenar..hehe)..thank you juga kepada housemates ku yang lagi tiga itu..sayang kamu semua! muaahhh!

Apa pun, syukran Allah kerana telah memberi aku kesempatan untuk mencecah umur 30 tahun..semoga umur ku diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-ruah, dipanjangkan umur untuk aku penuhi dengan kebaikan dan dipermudahkan dengan kejayaan..Amin.. 

Family portrait bersama housemates..hehe:)





 p/s: Terima kasih Ya Allah atas kesempatan mencecah 3 series..


Friday, November 11, 2011

Setelah sekian lama menyepi..

Hmm, agak bersawang blog aku ni..dah lama aku tak update dengan berita terbaru..sebenarnya aku agak sibuk sejak kebelakangan ini..bermula selepas aidilfitri 2 bulan lepas sehinggalah sekarang, ada sahaja aktiviti aku..almaklumlah, kawan-kawan aku di Canberra ini menggelar aku dengan gelaran YB (Yang Berhormat katanye..hehe) dek kerana kesibukan aku..mana tidaknya, setiap hujung minggu, aku ada event samada keluar photoshoot (aktiviti utama merangkap hobi yang aku tak pernah jemu bersama housemates), aktiviti sukan (badminton..taklah jaguh mana pun) atau pun aktiviti UCMC..kat Malaysia pun aku tak seaktif ini..hehe

Apa pun, dalam kesibukan aku beberapa bulan kebelakangan ini, sempat juga aku berjalan-jalan hujung minggu ke Sydney bersama dua housemates baru aku yang datang ke Canby ini untuk PhD..aku dan housemate aku yang seorang lagi menjadi pengurus projek percutian bajet..hehe..kami habiskan seharian berjalan dan photoshoot di Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Circular Quay, Darling Harbour, Chinatown...


Keesokan harinya kami ke The Three Sisters di Blue Mountain, salah satu tourist attraction yang paling terkenal di New South Wales..ada pakej menarik untuk melihat panorama indah di sekitar Three Sisters ini..kami memilih pakej Scenic Railway dan Scenic Skyway..Scenic Railway merupakan pengangkutan untuk membawa pelombong ke tempat perlombongan dan sangat curam (52 darjah kecuraman)..bagi mereka yang fobia tempat tinggi, dinasihatkan jangan naik..tak pasal-pasal pulak sakit jantung nanti..hehe..Scenic Skyway pula umpama cable car tetapi ada transparent glass di bahagian lantai yang mana kita boleh melihat lanskap dari tempat tinggi..Three Sisters ini takda apa yang boleh dibanggakan pun melainkan bentuk tiga batu mewakili tiga adik beradik orang asli (Aborigine) yang disumpah menjadi batu..serupa juga macam Tasik Dayang Bunting yang mana terdapat bukit berbentuk menyerupai wanita bunting..walau bagaimanapun, tempat ini memang cantik..bertambah koleksi gambar lanskap aku..hehe


tak sah berjalan kalau tak photoshoot..hehe

p/s: Dua housemate baru aku amat berpuas hati dengan projek percutian bajet ini..hehe..lepas ni boleh lah aku cari makan jadi travel agent..haha

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..semoga kita semua dapat beristiqamah dalam beribadah..teruskan melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, berzikir, solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya..jangan hanya menjadi seperti 'malaikat' di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan lain seperti syaitan..semoga kita diberi kekuatan untuk melawan nafsu dan dapat meneruskan beribadah kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam..

Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, aku menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan kepada semua yang mengenali aku..sesungguhnya aku ini hanya manusia yang lemah..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai walau di mana pun berada..semoga lebaran ini membawa seribu keberkatan..

Salam dihulur pengganti diri,
Tanda ingatan di Aidilfitri,
Ku susun jari sepuluh ini,
Memohon maaf kekhilafan diri.
p/s: Aidilfitri kali ni aku sambut di Melbourne bersama keluarga sepupu...taklah sedih sangat jauh dari keluarga..:)

Friday, August 19, 2011

Happy Birthday Mama...

Tiga hari lepas bersamaan 16 Ogos 2011 adalah tarikh ulangtahun kelahiran Mama..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia Mama dan mengurniakan Mama kesihatan yang baik..aku telah membuat kad sendiri seperti yang tertera di bawah..aku agak-agak kad ini akan sampai betul-betul pada hari Selasa, malangnya perkiraan aku silap..kad aku tiba sehari lewat..tahun ni aku hanya kirim duit sebab tak tahu nak beli apa untuk Mama..yang penting, Mama terharu dapat kad aku..dia nak frame kan kad aku ni katanya..(haish, malu la aku camni..hehe)



Muka depan kad birthday mama



Halaman kedua kad

Specially dedicated to Mama:

To a person I treasured the most in the whole wide world, may Allah grant you good health and happiness, always and forever..thank you for moulding me into who I am today..I am nothing without you..thanks a million..Happy birthday Mama..I luv you so much...xoxo


p/s: gembira bila Mama pun gembira:)


Monday, August 15, 2011

Gandakan rezeki dengan bersedekah


Alhamdulillah, sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..ini bermakna, Ramadhan hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum kita meninggalkan bulan mulia ini..bagaimanakah amal ibadat kita setakat ini? Adakah kita semakin seronok dan berlumba-lumba mengerjakan ibadat sunat seperti solat terawih, membaca al-Quran, Qiyamulail, bersedekah dan bermacam-macam lagi atau adakah kita semakin tidak sabar untuk meninggalkan Ramadhan dan sibuk memikirkan persiapan Aidilfitri? Alangkah ruginya sekiranya kita tidak meraih kesempatan yang ada untuk melipatgandakan pahala melalui amalan kita..Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"


Salah satu amalan yang aku ingin kongsikan di kesempatan ini adalah amalan bersedekah..ramai orang yang sebenarnya takut untuk bersedekah...mengapakah demikian? ini kerana, apabila bersedekah, kepunyaan kita samada wang ringgit atau apa sahaja yang disedekahkan seperti pakaian atau barang-barang akan berkurangan..memang betul..tidak dinafikan, apabila bersedekah akan berkuranganlah kepunyaan atau harta kita..tetapi, percaya atau tidak, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – ayat 39).

Sesungguhnya, sedekah itu dipandang tinggi di sisi Allah dan mempunyai ganjaran yang besar. Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 261:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Bayangkan ganjaran yang kita akan terima apabila bersedekah..jika kita melabur di dalam bank sekalipun, kadar faedah yang kita dapat untuk setahun sangat sedikit..tetapi jika kita bersedekah ke Bank Allah, dengan sifat Allah yang Maha Kaya (Ya Ghani), kita akan mendapat sekurang-kurangnya 700 kali ganda..Subhanallah..siapa yang mampu beri kita sebanyak itu? tentu lah hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran sedemikian..

Seperkara yang perlu diingatkan apabila bersedekah..sedekah yang dilakukan secara sembunyi adalah lebih afdal sebagaimana tangan kanan memberi, tanpa diketahui langsung oleh tangan kiri..ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk yang seterusnya boleh merosakkan amalan sedekah..sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita kerjakan meskipun amalan kita itu sekecil biji sawi..

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – ayat 271).

Sedekah juga tidak terhad kepada kebendaan atau harta sahaja malahan ia lebih luas daripada itu..jika kita tidak mampu untuk memberi sedekah harta, kita masih boleh bersedekah dengan tenaga atau kudrat, mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, sahabat handai dan sesama umat Islam, menjadi volunteer untuk program keagamaan, membuang kaca di jalan raya, membantu mereka yang sakit dan kurang upaya dan bermacam-macam lagi..malahan, jika kita tidak mampu untuk membuat satu pun daripada yang telah disenaraikan, mungkin kita boleh memberikan senyuman kerana senyuman itu juga merupakan suatu sedekah..dan yang paling mudah sekali adalah dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu akbar)..

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. [HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]

Mudah sungguh untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah Taala..apa yang penting, kita mestilah melakukannya dengan hati yang ikhlas..Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa manusia kecuali dosa syirik..jadi, apa yang ditunggu lagi..marilah kita menggiatkan amalan sedekah..bukan sahaja sedekah material, malahan sedekah spiritual dan juga sedekah fizikal..mudah-mudahan Allah redha dengan amal ibadat kita..

p/s: Ramadhan sudah hampir ke penghujung..hibanya


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan kedua di Canberra..

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini..cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 11 Ramadhan..buat sesetengah orang di Canberra, mereka baru berpuasa sebanyak 10 hari..ini semua gara-gara perselisihan faham di antara Canberra Islamic Centre (CIC) dan juga imam masjid..CIC bertegas bahawa anak bulan tidak kelihatan dan Ramadhan bermula 2 Ogos manakala imam masjid mengisytiharkan 1 Ogos sebagai permulaan Ramadhan..memang konflik..sehinggakan kami pelajar-pelajar Malaysia di sini terpinga-pinga dan tidak tahu mahu mengikut yang mana satu..akhirnya, aku ambil keputusan untuk tetap berpuasa pada 1 Ramadhan..biarlah terlebih, jangan terkurang pula..

Ini Ramadhan kedua aku di perantauan..kali ini, aku lebih bertuah kerana sudah tidak lagi tinggal di kampus universiti..Ramadhan kali ini meriah kerana aku dapat berbuka puasa bersama teman serumah dan juga Uncle dan Aunty yang diibaratkan seperti parents angkat kami di sini..Alhamdulillah, buka puasa memang meriah..dapat jugak menghilangkan rasa rindu berpuasa di Malaysia..mana tidaknya, Isnin baru-baru ini Aunty masak ketam goreng cili..memang aku dah teringin nak makan ketam beberapa hari sebelum itu..tengok-tengok Aunty masak ketam..apalagi, memang rezeki lah kan..syukur..udang besar memang selalu juga dijamu..itu belum termasuk durian, pengat durian, kuih tradisional (kuih seri muka, kuih lapis, bingka ubi dan macam-macam lagi)..kiranya aku amat bertuah duduk di rumah Aunty..dapat makan sedap..asal teringin sahaja, mesti akan dapat..kalah orang mengidam..hehe

Kali ini juga aku belum tertinggal solat terawih..bila Aunty jemput student berbuka puasa bersama, pasti akan ada student lelaki yang akan mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah..macam hari-hari lain, samada aku dan teman serumah pergi ke musolla ANU atau aku mengimamkan solat bersama teman serumah perempuan aku..memang nikmat solat berjemaah..moga Allah redha..

Sisa-sisa Ramadhan yang berbaki 19 hari lagi akan terasa cepat berlalu terutama apabila kita selesai 15 hari berpuasa..aku harap aku akan terus dapat beristiqamah dalam bulan Ramadhan dan memanfaatkan Ramadhan dengan solat terawih, bacaan Al-Quran, solat tahajjud, solat hajat, sedekah dan sebagainya..semoga kita terus dapat beribadat dan menggiatkan usaha mencari Lailatul Qadar, malam yang lebik baik daripada seribu bulan..

Nasib baik juga aku di sini..tak ada rasa pun hendak bershopping seperti di tanah air sendiri..nak baju baru, seluar baru, kasut baru..syukur shopping kompleks tutup pukul 5 petang..kalau di Malaysia, aku pasti akan shopping sakan..nak pula dapat bonus setengah bulan gaji ini..bukanlah tak boleh bershopping..cuma kebiasaannya, orang kita ni akan terus lupa untuk solat terawih dan lebih menumpukan kepada persiapan raya..dapat pula shopping kompleks buat jualan mega dan waktu perniagaan sehingga larut malam..meskipun syaitan diikat, nafsu kita masih bermaharajalela..

Apapun, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan dengan perkara-perkara berfaedah..kurangkan tidur, elakkan daripada mengumpat, buat yang wajib, tambahkan yang sunat..

p/s: nasib baik masih winter..5.30 petang dah buka puasa..hehe

Saturday, August 6, 2011

Hmm, diam tak diam sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini..semoga kita semua dapat menjalaninya dengan cemerlang dan merebut peluang-peluang yang ada untuk melipatgandakan pahala..aku sekadar ingin berkongsi luahan rasa Wardina Safiyyah yang aku petik dari facebook yang aku rasa boleh dijadikan panduan untuk kita lebih mencintai Al-Quran..sama-sama kita renungkan:

Ayat sebegini membuat hati saya sayu..membuat saya tertunduk layu..membuat saya bersemangat untuk bangkit kembali... Thank you Allah for the Quran! I Love you....Penawar bagi segala penyakit di dlam dada Yunus:27

Petikan dari Surah Ali 'Imran

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumiyang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133

CEPAT..jangan DITANGGUH...CEPATLAH WAHAI SEMUA..LIKE NOW..YES... SEKARANG...OK, LEPAS BACA NOTA INI!

SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????

"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134

LETS BE THEM!!! Mari jadi antara mereka yang bertaqwa :-

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...

Teringat kisah cucu Rasulullah Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.

Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu2 baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...

ALLAH! Saya hampir menangis membaca kisah ini.. Kita makan penuh satu meja! Sungguh hebat mereka ini.... Sungguh hebat keluarga pemimpin agung ini.... tidak akan terjadi begini dewasa ini... Insaf betul saya...

2. Orang yang menahan MARAH!

Allah, saya cuba dan cuba Ya Allah..dan setelah dekat dengan Quran... memang iainya turut reda.... Apa itu menahan amarah? Iaitu bila kita rasa nak meletup...bila rasa nak marah sangat..at that point of time....WAKTU ITULAH kita Tahan dan sabar..bukan lepas..tapi sebelum, - ITULAH KEMENANGANNYA..Itulah orang yang bertaqwa... Dan tidak mungkin kita dapat kekuatan sekiranya kita tidak dekat dengan Quran... Quran itu melembutkan hati... Orang-Orang yang keras jiwanya dan hatinya, mampu dijinakkan dengan Quran tetapi kita harus benar-benar berserah dan menghadap Quran dengan penuh rendah hati dan kejujuran....

3. Maafkan lah orang yang menyakiti kita!

Ya Allah.... :) It does wonders to yourself.. I shall do this everyday.... Lets do this everybody... :) Maaf kan saja mereka yang telah menyakiti kita..lagi senang dari mengangkat beban dengki dan benci di bahu! Ya, saya maafkan anda semua dan semua yang bencikan saya...yang mencaci dan mengeji saya.... :) Maafkan segala kesalahan saya yang lalu juga ya?

4. BUAT BAIK! ALLAH WILL LOVE YOU!

Allah CINTA...bukan setakat sayang atau suka, TAPI - CINTA!! Apa dia "buat baik"? Ya Allah, terlalu mudah... senyum pada orang, tanya rakan kita yang nampak sugul dan sedih masaalahnya- dengarkan luahan hatinya, berikan sokongan padanya, angkatlah sampah yang merata di KL dan Malaysia ini, bantulah orang lain, wanita atau ibu mengandung misalnya, tau orang yang ramai anak, yang kadang-kadang ber bag-bag kena angkat...nak jaga anak lagi. Ya tolong orang lain angkat barang lepas ber'shopping' di Giant...(kadang-kadang tu banyakya barang, tak ada orang nak tolong, bukak pintu pun tak mahu), tolonglah orang-orang yang perlukan pertolongan..its endless! Terlalu banyak contoh!

Oh I so want Allah to LOVE me! You don't love me its ok, NO Problem AT ALL...I don't really mind you see... I just want Allah to love me..I'll be safe....Selamat diri ini... Allah layakanlah diriku untuk dicintamu!

"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang apat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui" :135

Allah tahu hambanya ini lemah - dhaif...kita akan melakukan kesilapan dan tergelincir... MasyaAllah...Allah is so kind..Ayat ini benar-benar membuatkan saya terduduk dan sedih, terlalu hiba rasanya...

Tatkala kita melakukan kesilapan dan dosa....(yang pasti semua kan lakukan) baik besar atau kecil. Kemudian, kita INGAT pada Allah! Kita berhenti! Kita minta maaf...kita minta ampun , kita MENYESAL...baik dalam hati sekalipun.... kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati.... Maka kita TINGGALKAN atau kita berjanji pada diri, mahu berubah.... Allah AKAN AMPUNKAN... dan balasannya ialah "syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya...":136

WHAT ELSE CAN YOU ASK FOR? NAK APA LAGI?

MasyaAllah, tell me your heart didnt skip a beat? Tak mungkin hati kita tak terusik sedikit pun apabila membaca dan cuba memahami Al-Quran....

Jangan takut dengan Quran....Ramai yang nak pegang pun ta,ut..macamlah payah sangat Quran ni...Quran BUKAN hanya untuk para Ustaz dan Ustazah..Quran ini untuk KITA SEMUA! Untuk saya dan anda..BUKALAH... its NOT that hard to understand...mungkin ada ayat-ayat yang perlukan penjelasan yang lebih mendalam, ya memang benar... NAMUN hakikatnya The Quran speaks straight to you....right at you...

Quran ini BERCAKAP dengan kita.... ianya mudah untuk difahami..pasti ada ayat yang akan meninggalkan kesan pada hati kita yang sering tercari-cari ubat dan penawar...kita pergi ke disko, pergi minum, pergi merokok..Ianya TIDAK membantu whai rakanku...sekejap mungkin 'masalah' kita hilang, kemudian hati kita yang kosong itu kembali mencari sesuatu, kita engisinya engan 'hiburan sementara' yang cuma menyakitkannya lagi, lalu esok hari dan hari-hari mendatang ianya timbul lagi dan lagi dan lagi..

Setiap kali kita buka Al-Quran (walau dah 1000 kali) ada saja ayat dan pelajaran baru yang kita dapati dari Mukjizat Agung ini. GUARANTEED!

YA! AL QURAN untuk DIBACA DAN DIHAYATI, untuk DIINGATI dan DIAPLIKASI... bukan hanya hiasan hantaran atau hiasan di dinding mahupun dibiarkan berhabuk di rak buku - takut benar kita mahu memegang Al-Quran.

Read the Quran anywhere... In the bus or plane, on a sailing ship or even a discovery trip! Under a shady tree or by the deep blue sea...Subhanallah! Read the Quran Anywhere... Bukan hanya atas sajadah selepas solat!

Thank you Allah for giving us The Quran....

Ameen.

Lets Read It. Lets UNDERSTAND it the best we can! Lets MEMORIZE it! Just DO IT!

Love,

Wardina Safiyyah

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan datang lagi..bersediakah kita?

Terasa cepat benar masa berlalu..pejam celik, pejam celik Ramadhan datang lagi..baru sahaja aku rasa kita semua menunaikan rukun Islam ketiga ini tahun lepas, kali ini ia menjelma kembali..maka, bersediakah kita untuk merebut peluang dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita kali ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Q.S. Al-Baqarah [2]:183).

Sesungguhnya, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa..namun, puasa yang bagaimanakah yang patut kita laksanakan? Adakah berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga? Jika begitulah cara kita berpuasa, memang sia-sia kita berpuasa selama berjam-jam lamanya..

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Hadis di atas jelas sekali menerangkan bahawa ramai yang berpuasa dan tidak memperolehi apa-apa disebabkan oleh kelalaian kita berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha untuk menjaga tingkah laku dan perbuatan kita..boleh jadi niat kita berpuasa itu sudah betul, tetapi kita masih mengumpat, mencaci, mengata serta membuat segala jenis kemaksiatan dan dosa yang lain..mungkin juga kita berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram atau memakan makanan yang syubhah..maka, sia-sia sahajalah sekiranya kita tonggang-tonggek beribadat dan solat malam tetapi masih juga terpedaya dengan pujuk rayu syaitan..

Alangkah ruginya sekiranya kita tidak merebut peluang yang Allah berikan selama sebulan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kembali kepada-Nya..tinggalkan segala yang dilarang..tingkatkan ibadah..jaga kelakuan dan peribadi dan berdoa semoga Allah menerima amalan kita..

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku" (Al Hadith)

"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya" (Al hadith)

Aku yakin ramai yang sedia maklum dengan kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan..maka, marilah sama-sama kita bersihkan diri dan tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini..moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan dapat kita istiqamah untuk terus menggiatkan ibadat di bulan-bulan berikutnya..

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara serta sahabat handai yang berada di Malaysia..semoga Ramadhan ini membawa keberkatan..

p/s: jangan beribadat di bulan Ramadhan sahaja, bulan-bulan lain kita kembali menjadi sahabat syaitan


Wednesday, July 20, 2011

Cara baru aku ke sekolah..

Hmm, aku sekarang dalam proses menjual kereta Daihatsu Charade berwarna turqoise aku itu..sungguh tidak ekonomikal langsung untuk aku terus menggunakan kereta itu kerana walaupun aku baru sahaja membeli dan menggunakannya hampir 5 bulan, aku telah membelanjakan sejumlah 800 dollar Australia hanya untuk kos membaiki kereta tersebut..2 minggu pertama aku guna, aku terpaksa tukar ekzos baru berserta dua tayar belakang untuk membolehkan aku melepasi ujian kelayakan kereta bagi proses penukaran nama..bulan Mei lepas, aku tukar master brake cylinder yang baru..tak pernah lah aku tau apa benda master brake cylinder tu..itu pun, spare part tersebut aku beli menerusi ebay Australia yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran..bayangkan, aku beli di ebay melalui peniaga yang berasal dari Australia dengan harga $157..semua kedai kereta yang ada di Belconnen dan sekitar city aku survey semuanya mahal..julat harga dari $280 hingga $400..itu belum termasuk upah pasang..nasib baik Uncle Lan ada pomen yang bersetuju untuk memasangkannya untuk aku..

Memandangkan kereta aku asyik buat hal (almaklumlah kereta aku ini sudah 'berusia'-dah 20 tahun umurnya), aku mengambil keputusan untuk menjual sahaja kereta ini..aku sudah tidak sanggup untuk mengeluarkan belanja yang tidak sepatutnya..kos spare part kereta di Australia sangat mahal..ini pun, kereta aku mengalami masalah alternator sekarang ini..mungkin kereta aku merajuk sebab nak kena jual..entah berapa pula kos nak baiki itu..lantas, aku membeli skuter yang harganya lebih kurang dengan harga kereta aku itu..meskipun agak mahal, skuter ini dijaga dengan baik..aku adalah owner ketiga..skuter ini akan berusia 5 tahun oktober ini..kilometer juga masih rendah..baru 13000 km..skuter juga diservis setiap 3 bulan sekali..maka, aku yakin dengan pelaburan aku membeli skuter ini, aku akan dapat berjimat untuk jangka masa panjang..lagipun aku akan berada di Canberra lagi 2 tahun..takkan aku nak habiskan wang aku hanya untuk kos membaiki kereta!

Maka, secara rasminya, aku telah membawa skuter ke sekolah pada hari Isnin buat pertama kalinya..seronok juga naik skuter..tak perlu ke tepi seperti di Malaysia..di sini, skuter atau motor dianggap mempunyai hak yang sama di jalan raya seperti pemandu kereta..aku bebas untuk menunggang di lane biasa..sejuk, memang tak payah cakaplah..aku siap memakai glove, scarf sebagai protection tambahan untuk melawan kesejukan winter di Canberra yang diakui antara negeri di Australia yang paling sejuk ketika musim winter..yang menariknya, aku baru sahaja membeli helmet baru semalam..helmet yang aku rasakan sepadan dengan jiwa aku dan sedondon juga dengan warna skuter aku..hehe..helmet yang aku dapat daripada owner sebelum ini agak besar meskipun saiznya XS..dahlah helmet tu full face, susah aku hendak memakainya..kena buka cermin mata dulu baru boleh pakai..dengan helmet baru, aku sarungkan sekali sahaja..cermin mata pun aku tak perlu buka..senang sikit..

Scooter aku yang sedondon dengan warna helmet..hehe

Meskipun sejuk untuk membawa skuter winter ini, aku tabahkan hati..lagipun tak lama lagi dah nak masuk spring..dah tak sejuk sangat nanti..yang penting, aku dapat berjimat dan tak perlu pening fikir pasal kereta..cuma sekarang ini, aku perlu mencari buyer untuk kereta aku itu..

p/s: harap-harap adalah yang berminat untuk membeli kereta Daihatsu Charade aku itu..Amin

Thursday, July 14, 2011

NCG Victoria 2011

Minggu lepas bermula dari 4-7 Julai 2011, aku bersama atlit dari ACT (Australian Capital Territory) berangkat ke Melbourne dengan menaiki bas untuk menyertai National Conference and Games..tahun lepas, Canberra menjadi tuan rumah..kali ini, giliran Melbourne pula..kembara 8 jam kami ke Melbourne dimulai dengan hiruk-pikuk atlit-atlit yang teruja untuk bertanding kali ini namun setelah sejam perjalanan, semua atlit melelapkan mata memandangkan perjalanan kami bermula seawal jam 12 pagi..seperti biasa, aku hanya mampu untuk tidur-tidur ayam..

Sesampai di RMIT, kami terus bergegas ke meja pendaftaran..selesai mendaftar, kami bersepuluh (team perempuan ACT) terus ke apartment di St Kilda Road..walaupun hanya 4 orang sahaja dibenarkan secara sah untuk mendiami bilik apartment selama 3 malam, kami sengan selamba membawa lagi 6 orang untuk berkongsi 2 bilik apartment yang berserta dengan lounge dan kitchen..

Malam 4 Julai, kami ke RMIT untuk Opening Ceremony..ada briefing untuk game keesokan harinya..kami disaji dengan nasi putih yang berlauk kari ikan untuk dinner malam tu..esok, 5 Julai adalah hari yang kami tunggu-tunggu di mana games bermula...untuk NCG kali ini, aku menyertai 4 games yakni badminton beregu wanita, bola tampar, futsal dan frisbee..sesi badminton clash dengan bola tampar..memandangkan bola tampar bermula lewat setengah jam dari badminton, aku dan partner terus bermain badminton dahulu..game pertama badminton menentang Queensland, kami kalah di set pertama dan ketiga..mana tidaknya, tangan aku menggigil bila servis..partner aku pun begitu juga..perasaan di hari pertandingan memang sangat berbeza bila dibandingkan dengan hari latihan biasa..nasib baik juga aku dan Saida berlatih bersungguh-sungguh untuk badminton kali ini, maka kami berdua saling menenangkan diri masing-masing..game kedua menentang Western Australia, kami menang kedua-dua set..namun begitu, game ketiga menentang tuan rumah, Victoria kami kalah kedua-dua set..

Aku dan Saida semasa game badminton

Di pertengahan break untuk badminton, aku dan Saida telah dipanggil untuk membantu team bola tampar..first game ACT kalah..game kedua, kapten bola tampar memanggil aku dan Saida untuk membantu..Alhamdulillah, kami membantu kemenangan ACT untuk game kedua..

6 Julai 2011: masa yang kami sangat dambakan..the moment of truth..futsal wanita berlangsung tepat jam 1.30 petang..sesi latihan futsal yang kami adakan sejak bulan Mac 2011 bakal menguji kami..aku dimasukkan dalam 5 yang pertama menentang Victoria 1..kami menang..game kedua menentang Queensland, kami menang lagi..memandangkan kami dimasukkan di dalam Kumpulan B, kami terus layak ke semi-final..aku tidak risau dengan kemampuan ACT kerana kami mempunyai striker hebat iaitu Melissa yang juga bermain soccer di Canberra..juga, kami mempunyai sub player yang hebat yang mampu menggantikan player utama sekiranya terdapat kecederaan atau keletihan..

Meskipun futsal lelaki kalah di semi-final, kami terus bersemangat untuk menggondol pingat emas..di peringkat semi-final, kami menentang Victoria 2..kami menang dan terus menempah tempat ke finals menentang Queensland yang telah kami kalahkan di peringkat kumpulan di awal pertandingan..rezeki memang berpihak kepada kami..akhirnya, ACT Futsal wanita berjaya menjadi johan di NCG 2011..berbaloi usaha kami menjalani latihan setiap minggu selama berbulan-bulan tanpa jemu..meskipun kami dianggap team underdog, kami berjaya membuktikan bahawa meskipun kami tidak mempunyai penyokong seramai tuan rumah, kami berjaya juga menjadi johan di tempat orang..kudos ACT Futsal Team! aku juga sangat kagum dengan goal keeper bidan terjun kami yang sangat kebal dan tidak bolos sebarang gol langsung sepanjang pertandingan melainkan satu penalti akibat terkena tangan pemain ACT..well done Rina!!


Kami terpaksa bergambar untuk memuaskan hati sponsor, Figos
(Thank you Figos!)




Senyum bangga selaku juara futsal wanita

Akhirnya, aku tak sempat langsung untuk bermain frisbee kerana futsal diadakan di dalam indoor court manakala frisbee dianjurkan di padang..nasib baik juga kami kalah frisbee..kalau tidak, percuma sahaja aku dapat medal..hehe..

Kesimpulannya, aku berjaya menggondol pingat gangsa untuk badminton, pingat perak untuk bola tampar dan pingat emas untuk futsal..memang berbaloi..macam-macam ada..

p/s: bangga team wanita ACT menang futsal kali ini..even team lelaki macam tak percaya kami menang..

Monday, June 27, 2011

Cuba selagi terdaya..

Bulan lepas, aku kena saman sebab speeding yang tak melebihi 10 km sejam pun daripada had laju yang dibenarkan..punyalah aku tak puas hati, aku pun buat surat rayuan untuk mendapatkan pengurangan bayaran saman..mana taknya, 157 dollar tu memang tak masuk dek akal..maka, aku pun mengarang surat yang sungguh berbunga-bunga menyatakan bahawa aku memohon agar saman aku dapat dikurangkan..aku pun google untuk melihat contoh surat yang lebih kurang serupa dengan kes aku...

Cari punya cari, aku pun dapat contoh surat yang aku rasa memang sesuai dengan aku..apalagi, tanpa berlengah, aku pun mengarang surat rayuan mengikut contoh sedia ada di samping menambah mana-mana yang patut..alasan aku adalah aku merupakan international student dan aku tidak mampu untuk membayar jumlah saman tersebut..aku juga menyatakan bahawa selama aku memandu di Australia, aku memang mematuhi had laju..mungkin pada hari tersebut, aku agak cuai dan tak perasan bahawa aku telah melebihi had laju 60 km sejam itu..

Setelah menghantar surat melalui emel, dua hari lepas aku mendapat respon bertulis dari Australian Federal Police..Alhamdulillah..sungguh tak ku sangka, saman aku telah ditarik balik..ini mesti gara-gara gaya bahasa surat aku yang berbunga-bunga sehinggakan polis yang membaca surat aku tak sampai hati untuk menyuruh aku membayar saman..hahaha..syukur sangat-sangat..dapatlah aku kumpul duit untuk membeli scooter..

Surat rayuan untuk kesalahan aku parking di loading zone pun dah aku emelkan..sekarang ini, aku menunggu respon bertulis dari pihak polis..harapnya, mereka juga bersimpati dengan aku dan menarik balik saman tersebut..Amin..housemate aku yang pernah disaman kerana tidak mempamerkan tiket parking berasa cemburu dan ralat kerana tidak membuat rayuan, sebaliknya beliau terus membayar sahaja..moral of the story, kita kena berusaha selagi terdaya..dapat tak dapat belakang kira..itu semua kerja Allah...yang penting, kita mencuba..macam kes aku, nasib baik juga aku mencuba membuat rayuan..kalau aku membayar membuta tuli, bukankah aku juga yang rugi?

p/s: surat polis tu pesan 'to maintain previous good driving behaviour'..maksudnya aku ni pemandu yang berhemah lah kan? hik