Tuesday, March 29, 2011

Photomarathon di Canberra

Sabtu lepas, aku diajak oleh seorang adik yang baru sebulan tiba di Canberra untuk mengikuti Canberra Photomarathon.. ia merupakan suatu pertandingan fotografi di mana peserta yang mendaftar dikenakan bayaran sebanyak 48 dollar dan akan diberikan sebanyak 12 tema..maka, setiap peserta harus menghantar 12 keping gambar mengikut tema yang diberikan di dalam memory card selepas tamat tempoh pertandingan..pertandingan bermula seawal 8 pagi dan berakhir jam 8.30 malam..

Pertandingan ini memang sangat mencabar..seumur hidup, aku tak pernah masuk pertandingan fotografi..meskipun minat aku semakin bercambah setelah berkecimpung di dalam dunia DSLR sejak setahun yang lepas, ini memang satu pengalaman yang aku rasa sangat bermakna walaupun aku tak mendaftar sebagai peserta..

Kami bertiga (budak junior yang aku namakan A berserta housemate aku) bergerak ke tempat pendaftaran tepat jam 7.15 pagi..sesampai di sana, A mendaftar dan diberikan 6 tema iaitu: Your entry number, Life's a journey, A moment in time, This is me, No worries, Free range..kami bebas untuk ke mana saja untuk mendapatkan shot yang menarik..maka, habis kami jelajah sekitar Yarralumla, Glebe Park dan Kingston sambil meminjam props seperti basikal, guinea pig, dan akuarium ikan..

Tepat jam 2 petang, kami bergerak ke check point di Cockington Green Garden untuk mengambil 6 lagi tema iaitu: A new perspective, Bread and butter, Procrastination, Concrete jungle, Black and white dan Twilight..Enam tema pertama meskipun agak sukar, kami dapat melontarkan idea-idea yang bernas dan tidak kliche, namun enam tema yang kedua memang memecahkan kepala kerana semakin susah dan semua sudah penat memandangkan sudah separuh hari menghabiskan masa di luar..yang paling mencabar sekali adalah semua gambar harus diambil mengikut turutan tema..maka, selagi tema pertama tidak dihabiskan, maka tema kedua tidak boleh diteruskan..

Apa pun, A dapat menghabiskan cabaran dalam tempoh masa yang ditetapkan..keputusan akan diumumkan dalam masa 2 minggu lagi..kita tengok lah samada A berjaya atau tidak nanti..berikut aku kongsikan sedikit gambar yang aku ambil (bukan hasil A) di sekitar kembara photomarathon tersebut..

Tema: Free range


Tema: No worries (kesian guinea pig ini menjadi subjek)


Tema: Life's a journey

Tema: Your entry number

p/s: banyak ilmu baru aku belajar hari itu..gembira sebab dah ada 'kaki' yang boleh sama-sama berkongsi ilmu dan 'menembak' :)

2 comments:

  1. OWOww..kak aby so impressed with your not-so-hidden talent. beautiful art work zura!

    ReplyDelete