Saturday, April 30, 2011

Hanna di Canberra!

Nikmat sungguh bercuti minggu lepas..seluruh Australia cuti panjang gara-gara cuti Good Friday, Easter Sunday dan Anzac Day..bayangkanlah cuti umum bermula dari hari Jumaat sehingga Selasa..memang aku tak melepaskan peluanglah kan..nak pulak sepupu aku dari Melbourne sudi melawat aku bersama suaminya dan semestinya anak kecilnya yang bernama Hanna Maria..Hanna baru berusia 3 tahun Ahad lepas dan sangat fasih berbahasa Inggeris slanga OZ..kalah lah aku ni..

Bermula dari hari Sabtu, kami ke Cockington Green Garden di mana terdapat display of miniature houses dari beberapa negara di seluruh dunia..ada juga steam train ride yang Hanna sangat enjoy naik..aku pun layan kan aje..kemudian kami ke Parliament House, salah satu daripada landmark yang wajib dikunjungi di Canberra..

Hari Ahad, kami ke Corin Forest, main bobsled..ini memang pertama kali aku naik..sangat best..lain daripada yang lain..aku memang jarang sekali menggunakan brek walaupun ada papan tanda suruh brek di selekoh..bila lagi nak tunjuk skill kan? hehe..kira lepas gian lah sebab tak dapat merempit atas jalan raya kat OZ nih..bayangkanlah kat jalan utama dari rumah nak ke universiti, sepanjang-panjang jalan tu 60 km..maksimum pun 80 km sejam bila dah kat jalan besar..punyalah berhemah aku memandu di sini..hehe


Selesai bermain bobsled, kami ke Tidbinbilla Nature reserve pula..di sini lebih kurang macam safari..haiwan-haiwan dibiarkan lepas bebas..dapatlah tengok kangaru secara live..sampai nangis-nangis si Hanna kerana takut dengan kangaru sedangkan kangaru tu nun jauh di atas bukit..tapi memang cantik bergambar di sini..awan biru, rumput pula agak kuning kehijauan..menimbulkan kontras yang sangat menarik..

Hari Isnin keesokannya, kami melawat Australian War Memorial bersempena ANZAC Day..ANZAC membawa maksud Australia and New Zealand Army Corps yang mana pada tanggal 25 April setiap tahun, hari ini disambut di kedua-dua negara..ANZAC Day ini lebih kurang macam Hari Pahlawan kalau di Malaysia..ada perbarisan, ucapan dan penghargaan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban di medan perang dan banyak lagi jasa mereka dalam mempertahankan kemakmuran negara..

Apa pun, aku memang seronok dapat berjalan bersama Hanna dan melayan karenah dan telatahnya yang semakin bijak..sepupu aku pun enjoy berjalan di Canberra sampaikan suami dia siap ada rancangan untuk settle down di Canberra meskipun dia sudah melawat banyak tempat di Australia yang jauh lebih baik pada pendapat aku berbanding di Canberra..hmm, bagus juga..sekurang-kurangnya, aku dapat mengubah persepsi orang yang mengatakan Canberra ini bosan, tiada apa-apa, tak ubah seperti Putrajaya..


p/s: seronok berjalan bersama Hanna yang sangat keletah

3 comments:

  1. salam. awak study di canberra ye? saya nak tanya pasal student sana. berapa ramai student kat sana ye? kenal tak siapa2 yang bernama shahrul ikmal ghazali? dia budak dentistry katanya. maaf sangat ganggu tapi saya perlukan bantuan dari student dari canberra. tq :)

    MNSKAOAB

    ReplyDelete
  2. Salam..maaf, sy x knl plak student dengan nama tu..

    ReplyDelete
  3. hye, i heard that Canberra is quite racism. is it true?i hope they're not :)

    ReplyDelete