Monday, December 19, 2011

Kehidupan tiga dekad ku..

Alhamdulillah, syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, aku telah diberikan kesempatan untuk mencecah umur 30 tahun pada tanggal 25 November lepas..(maaf kerana agak sibuk untuk update blog ini)..hmm, diam tak diam aku telah bernafas selama 3 dekad dan kini telah melangkah ke era 30-an..orang kata, zaman 30-an adalah zaman kemuncak kejayaan seseorang..moga-moga aku akan beroleh kajayaan itu..insya-Allah..

Apa pun, aku amat berterima kasih kepada housemates ku yang telah menyambut ulang tahun kelahiran aku..(ini kali kedua aku menyambut birthday di perantauan)..meriah sambutan birthday aku kali ini..penuh dengan kegembiraan dan ucapan selamat hari lahir dari sahabat handai dan kaum keluarga yang membuat ucapan sama ada melalui laman muka buku (facebook) atau pun sms..hehe..

Tiup lilin
Birthday aku jatuh pada tanggal hari Jumaat..aku tidak ke lab kerana sudah berjanji dengan housemate untuk keluar membeli barang untuk persiapan bbq keesokan harinya..alhamdulillah, housemate aku belanja lunch sempena birthday aku..kami makan Nando's..petangnya seperti biasa aku pergi kerja dalam pukul 6 dan kembali semula ke rumah pada jam 8 malam..selesai kerja, aku terus mandi dan menunaikan solat Maghrib..selalunya, hari Jumaat kami berlima akan makan malam bersama-sama kerana malam-malam lain aku bekerja dan tidak berkesempatan untuk dinner bersama..walaupun kami semua duduk dalam satu rumah yang sama, kami sangat-sangat menghargai kecanggihan teknologi sedia ada sekarang..kami akan berkomunikasi samada melalui YM, Viber atau pun whatsapp..mana tidaknya, nama je kami serumah..tapi bilik kam kan lain-lain dan terpisah kepada dua wing yang berbeza..



Happy potong kek
Maka, usai solat aku whatsapp housemate yang satu lagi bila nak dinner sebab aku dah kelaparan..dia cakap nak tunggu yang seorang lagi balik dari lab..dalam 10 minit kemudian, aku menerima mesej whatsapp mengatakan semua dah ada dan boleh keluar makan..aku pun terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur..bila aku keluar, aku kehairanan kerana dapur sangat gelap sedangkan housemate aku yang berempat itu kecoh je bila aku solat tadi..serius aku tak nampak apa-apa..selang beberapa saat, muncul lah 4 lembaga dari sudut dapur menjerit "surprise!" sambil menyanyikan lagu happy birthday untuk aku..aku terharu..lampu dibuka dan aku lihat di dapur sudah ada kek, hadiah, belon helium dan kad ucapan..what a surprise..makanan pun sangat menggiurkan..ada pancake yang housemate aku buat berserta turkish pide yang amat banyak (macam tau-tau aje aku teringin pide)..pide ni macam pizza tp filling dia di dalam roti..sedap, aku suka..:)

Yang aku paling suka sekali adalah hadiah yang aku dapat dari housemates aku yang berempat ni..aku memang ada bagitau kat seorang housemate aku yang aku ada suka satu buku fotografi ni..tak sangka pulak diorang belikan betul-betul yang macam aku nak..itu pun aku cakap sekali je..sungguh tak ku sangka memori housemate ku ini kuat..thank you very much Fifi (bukan nama sebenar..hehe)..thank you juga kepada housemates ku yang lagi tiga itu..sayang kamu semua! muaahhh!

Apa pun, syukran Allah kerana telah memberi aku kesempatan untuk mencecah umur 30 tahun..semoga umur ku diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-ruah, dipanjangkan umur untuk aku penuhi dengan kebaikan dan dipermudahkan dengan kejayaan..Amin.. 

Family portrait bersama housemates..hehe:)





 p/s: Terima kasih Ya Allah atas kesempatan mencecah 3 series..


Friday, November 11, 2011

Setelah sekian lama menyepi..

Hmm, agak bersawang blog aku ni..dah lama aku tak update dengan berita terbaru..sebenarnya aku agak sibuk sejak kebelakangan ini..bermula selepas aidilfitri 2 bulan lepas sehinggalah sekarang, ada sahaja aktiviti aku..almaklumlah, kawan-kawan aku di Canberra ini menggelar aku dengan gelaran YB (Yang Berhormat katanye..hehe) dek kerana kesibukan aku..mana tidaknya, setiap hujung minggu, aku ada event samada keluar photoshoot (aktiviti utama merangkap hobi yang aku tak pernah jemu bersama housemates), aktiviti sukan (badminton..taklah jaguh mana pun) atau pun aktiviti UCMC..kat Malaysia pun aku tak seaktif ini..hehe

Apa pun, dalam kesibukan aku beberapa bulan kebelakangan ini, sempat juga aku berjalan-jalan hujung minggu ke Sydney bersama dua housemates baru aku yang datang ke Canby ini untuk PhD..aku dan housemate aku yang seorang lagi menjadi pengurus projek percutian bajet..hehe..kami habiskan seharian berjalan dan photoshoot di Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Circular Quay, Darling Harbour, Chinatown...


Keesokan harinya kami ke The Three Sisters di Blue Mountain, salah satu tourist attraction yang paling terkenal di New South Wales..ada pakej menarik untuk melihat panorama indah di sekitar Three Sisters ini..kami memilih pakej Scenic Railway dan Scenic Skyway..Scenic Railway merupakan pengangkutan untuk membawa pelombong ke tempat perlombongan dan sangat curam (52 darjah kecuraman)..bagi mereka yang fobia tempat tinggi, dinasihatkan jangan naik..tak pasal-pasal pulak sakit jantung nanti..hehe..Scenic Skyway pula umpama cable car tetapi ada transparent glass di bahagian lantai yang mana kita boleh melihat lanskap dari tempat tinggi..Three Sisters ini takda apa yang boleh dibanggakan pun melainkan bentuk tiga batu mewakili tiga adik beradik orang asli (Aborigine) yang disumpah menjadi batu..serupa juga macam Tasik Dayang Bunting yang mana terdapat bukit berbentuk menyerupai wanita bunting..walau bagaimanapun, tempat ini memang cantik..bertambah koleksi gambar lanskap aku..hehe


tak sah berjalan kalau tak photoshoot..hehe

p/s: Dua housemate baru aku amat berpuas hati dengan projek percutian bajet ini..hehe..lepas ni boleh lah aku cari makan jadi travel agent..haha

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..semoga kita semua dapat beristiqamah dalam beribadah..teruskan melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, berzikir, solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya..jangan hanya menjadi seperti 'malaikat' di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan lain seperti syaitan..semoga kita diberi kekuatan untuk melawan nafsu dan dapat meneruskan beribadah kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam..

Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, aku menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan kepada semua yang mengenali aku..sesungguhnya aku ini hanya manusia yang lemah..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai walau di mana pun berada..semoga lebaran ini membawa seribu keberkatan..

Salam dihulur pengganti diri,
Tanda ingatan di Aidilfitri,
Ku susun jari sepuluh ini,
Memohon maaf kekhilafan diri.
p/s: Aidilfitri kali ni aku sambut di Melbourne bersama keluarga sepupu...taklah sedih sangat jauh dari keluarga..:)

Friday, August 19, 2011

Happy Birthday Mama...

Tiga hari lepas bersamaan 16 Ogos 2011 adalah tarikh ulangtahun kelahiran Mama..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia Mama dan mengurniakan Mama kesihatan yang baik..aku telah membuat kad sendiri seperti yang tertera di bawah..aku agak-agak kad ini akan sampai betul-betul pada hari Selasa, malangnya perkiraan aku silap..kad aku tiba sehari lewat..tahun ni aku hanya kirim duit sebab tak tahu nak beli apa untuk Mama..yang penting, Mama terharu dapat kad aku..dia nak frame kan kad aku ni katanya..(haish, malu la aku camni..hehe)



Muka depan kad birthday mama



Halaman kedua kad

Specially dedicated to Mama:

To a person I treasured the most in the whole wide world, may Allah grant you good health and happiness, always and forever..thank you for moulding me into who I am today..I am nothing without you..thanks a million..Happy birthday Mama..I luv you so much...xoxo


p/s: gembira bila Mama pun gembira:)


Monday, August 15, 2011

Gandakan rezeki dengan bersedekah


Alhamdulillah, sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..ini bermakna, Ramadhan hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum kita meninggalkan bulan mulia ini..bagaimanakah amal ibadat kita setakat ini? Adakah kita semakin seronok dan berlumba-lumba mengerjakan ibadat sunat seperti solat terawih, membaca al-Quran, Qiyamulail, bersedekah dan bermacam-macam lagi atau adakah kita semakin tidak sabar untuk meninggalkan Ramadhan dan sibuk memikirkan persiapan Aidilfitri? Alangkah ruginya sekiranya kita tidak meraih kesempatan yang ada untuk melipatgandakan pahala melalui amalan kita..Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"


Salah satu amalan yang aku ingin kongsikan di kesempatan ini adalah amalan bersedekah..ramai orang yang sebenarnya takut untuk bersedekah...mengapakah demikian? ini kerana, apabila bersedekah, kepunyaan kita samada wang ringgit atau apa sahaja yang disedekahkan seperti pakaian atau barang-barang akan berkurangan..memang betul..tidak dinafikan, apabila bersedekah akan berkuranganlah kepunyaan atau harta kita..tetapi, percaya atau tidak, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – ayat 39).

Sesungguhnya, sedekah itu dipandang tinggi di sisi Allah dan mempunyai ganjaran yang besar. Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 261:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Bayangkan ganjaran yang kita akan terima apabila bersedekah..jika kita melabur di dalam bank sekalipun, kadar faedah yang kita dapat untuk setahun sangat sedikit..tetapi jika kita bersedekah ke Bank Allah, dengan sifat Allah yang Maha Kaya (Ya Ghani), kita akan mendapat sekurang-kurangnya 700 kali ganda..Subhanallah..siapa yang mampu beri kita sebanyak itu? tentu lah hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran sedemikian..

Seperkara yang perlu diingatkan apabila bersedekah..sedekah yang dilakukan secara sembunyi adalah lebih afdal sebagaimana tangan kanan memberi, tanpa diketahui langsung oleh tangan kiri..ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk yang seterusnya boleh merosakkan amalan sedekah..sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita kerjakan meskipun amalan kita itu sekecil biji sawi..

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – ayat 271).

Sedekah juga tidak terhad kepada kebendaan atau harta sahaja malahan ia lebih luas daripada itu..jika kita tidak mampu untuk memberi sedekah harta, kita masih boleh bersedekah dengan tenaga atau kudrat, mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, sahabat handai dan sesama umat Islam, menjadi volunteer untuk program keagamaan, membuang kaca di jalan raya, membantu mereka yang sakit dan kurang upaya dan bermacam-macam lagi..malahan, jika kita tidak mampu untuk membuat satu pun daripada yang telah disenaraikan, mungkin kita boleh memberikan senyuman kerana senyuman itu juga merupakan suatu sedekah..dan yang paling mudah sekali adalah dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu akbar)..

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. [HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]

Mudah sungguh untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah Taala..apa yang penting, kita mestilah melakukannya dengan hati yang ikhlas..Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa manusia kecuali dosa syirik..jadi, apa yang ditunggu lagi..marilah kita menggiatkan amalan sedekah..bukan sahaja sedekah material, malahan sedekah spiritual dan juga sedekah fizikal..mudah-mudahan Allah redha dengan amal ibadat kita..

p/s: Ramadhan sudah hampir ke penghujung..hibanya


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan kedua di Canberra..

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini..cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 11 Ramadhan..buat sesetengah orang di Canberra, mereka baru berpuasa sebanyak 10 hari..ini semua gara-gara perselisihan faham di antara Canberra Islamic Centre (CIC) dan juga imam masjid..CIC bertegas bahawa anak bulan tidak kelihatan dan Ramadhan bermula 2 Ogos manakala imam masjid mengisytiharkan 1 Ogos sebagai permulaan Ramadhan..memang konflik..sehinggakan kami pelajar-pelajar Malaysia di sini terpinga-pinga dan tidak tahu mahu mengikut yang mana satu..akhirnya, aku ambil keputusan untuk tetap berpuasa pada 1 Ramadhan..biarlah terlebih, jangan terkurang pula..

Ini Ramadhan kedua aku di perantauan..kali ini, aku lebih bertuah kerana sudah tidak lagi tinggal di kampus universiti..Ramadhan kali ini meriah kerana aku dapat berbuka puasa bersama teman serumah dan juga Uncle dan Aunty yang diibaratkan seperti parents angkat kami di sini..Alhamdulillah, buka puasa memang meriah..dapat jugak menghilangkan rasa rindu berpuasa di Malaysia..mana tidaknya, Isnin baru-baru ini Aunty masak ketam goreng cili..memang aku dah teringin nak makan ketam beberapa hari sebelum itu..tengok-tengok Aunty masak ketam..apalagi, memang rezeki lah kan..syukur..udang besar memang selalu juga dijamu..itu belum termasuk durian, pengat durian, kuih tradisional (kuih seri muka, kuih lapis, bingka ubi dan macam-macam lagi)..kiranya aku amat bertuah duduk di rumah Aunty..dapat makan sedap..asal teringin sahaja, mesti akan dapat..kalah orang mengidam..hehe

Kali ini juga aku belum tertinggal solat terawih..bila Aunty jemput student berbuka puasa bersama, pasti akan ada student lelaki yang akan mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah..macam hari-hari lain, samada aku dan teman serumah pergi ke musolla ANU atau aku mengimamkan solat bersama teman serumah perempuan aku..memang nikmat solat berjemaah..moga Allah redha..

Sisa-sisa Ramadhan yang berbaki 19 hari lagi akan terasa cepat berlalu terutama apabila kita selesai 15 hari berpuasa..aku harap aku akan terus dapat beristiqamah dalam bulan Ramadhan dan memanfaatkan Ramadhan dengan solat terawih, bacaan Al-Quran, solat tahajjud, solat hajat, sedekah dan sebagainya..semoga kita terus dapat beribadat dan menggiatkan usaha mencari Lailatul Qadar, malam yang lebik baik daripada seribu bulan..

Nasib baik juga aku di sini..tak ada rasa pun hendak bershopping seperti di tanah air sendiri..nak baju baru, seluar baru, kasut baru..syukur shopping kompleks tutup pukul 5 petang..kalau di Malaysia, aku pasti akan shopping sakan..nak pula dapat bonus setengah bulan gaji ini..bukanlah tak boleh bershopping..cuma kebiasaannya, orang kita ni akan terus lupa untuk solat terawih dan lebih menumpukan kepada persiapan raya..dapat pula shopping kompleks buat jualan mega dan waktu perniagaan sehingga larut malam..meskipun syaitan diikat, nafsu kita masih bermaharajalela..

Apapun, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan dengan perkara-perkara berfaedah..kurangkan tidur, elakkan daripada mengumpat, buat yang wajib, tambahkan yang sunat..

p/s: nasib baik masih winter..5.30 petang dah buka puasa..hehe

Saturday, August 6, 2011

Hmm, diam tak diam sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini..semoga kita semua dapat menjalaninya dengan cemerlang dan merebut peluang-peluang yang ada untuk melipatgandakan pahala..aku sekadar ingin berkongsi luahan rasa Wardina Safiyyah yang aku petik dari facebook yang aku rasa boleh dijadikan panduan untuk kita lebih mencintai Al-Quran..sama-sama kita renungkan:

Ayat sebegini membuat hati saya sayu..membuat saya tertunduk layu..membuat saya bersemangat untuk bangkit kembali... Thank you Allah for the Quran! I Love you....Penawar bagi segala penyakit di dlam dada Yunus:27

Petikan dari Surah Ali 'Imran

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumiyang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133

CEPAT..jangan DITANGGUH...CEPATLAH WAHAI SEMUA..LIKE NOW..YES... SEKARANG...OK, LEPAS BACA NOTA INI!

SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????

"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134

LETS BE THEM!!! Mari jadi antara mereka yang bertaqwa :-

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...

Teringat kisah cucu Rasulullah Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.

Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu2 baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...

ALLAH! Saya hampir menangis membaca kisah ini.. Kita makan penuh satu meja! Sungguh hebat mereka ini.... Sungguh hebat keluarga pemimpin agung ini.... tidak akan terjadi begini dewasa ini... Insaf betul saya...

2. Orang yang menahan MARAH!

Allah, saya cuba dan cuba Ya Allah..dan setelah dekat dengan Quran... memang iainya turut reda.... Apa itu menahan amarah? Iaitu bila kita rasa nak meletup...bila rasa nak marah sangat..at that point of time....WAKTU ITULAH kita Tahan dan sabar..bukan lepas..tapi sebelum, - ITULAH KEMENANGANNYA..Itulah orang yang bertaqwa... Dan tidak mungkin kita dapat kekuatan sekiranya kita tidak dekat dengan Quran... Quran itu melembutkan hati... Orang-Orang yang keras jiwanya dan hatinya, mampu dijinakkan dengan Quran tetapi kita harus benar-benar berserah dan menghadap Quran dengan penuh rendah hati dan kejujuran....

3. Maafkan lah orang yang menyakiti kita!

Ya Allah.... :) It does wonders to yourself.. I shall do this everyday.... Lets do this everybody... :) Maaf kan saja mereka yang telah menyakiti kita..lagi senang dari mengangkat beban dengki dan benci di bahu! Ya, saya maafkan anda semua dan semua yang bencikan saya...yang mencaci dan mengeji saya.... :) Maafkan segala kesalahan saya yang lalu juga ya?

4. BUAT BAIK! ALLAH WILL LOVE YOU!

Allah CINTA...bukan setakat sayang atau suka, TAPI - CINTA!! Apa dia "buat baik"? Ya Allah, terlalu mudah... senyum pada orang, tanya rakan kita yang nampak sugul dan sedih masaalahnya- dengarkan luahan hatinya, berikan sokongan padanya, angkatlah sampah yang merata di KL dan Malaysia ini, bantulah orang lain, wanita atau ibu mengandung misalnya, tau orang yang ramai anak, yang kadang-kadang ber bag-bag kena angkat...nak jaga anak lagi. Ya tolong orang lain angkat barang lepas ber'shopping' di Giant...(kadang-kadang tu banyakya barang, tak ada orang nak tolong, bukak pintu pun tak mahu), tolonglah orang-orang yang perlukan pertolongan..its endless! Terlalu banyak contoh!

Oh I so want Allah to LOVE me! You don't love me its ok, NO Problem AT ALL...I don't really mind you see... I just want Allah to love me..I'll be safe....Selamat diri ini... Allah layakanlah diriku untuk dicintamu!

"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang apat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui" :135

Allah tahu hambanya ini lemah - dhaif...kita akan melakukan kesilapan dan tergelincir... MasyaAllah...Allah is so kind..Ayat ini benar-benar membuatkan saya terduduk dan sedih, terlalu hiba rasanya...

Tatkala kita melakukan kesilapan dan dosa....(yang pasti semua kan lakukan) baik besar atau kecil. Kemudian, kita INGAT pada Allah! Kita berhenti! Kita minta maaf...kita minta ampun , kita MENYESAL...baik dalam hati sekalipun.... kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati.... Maka kita TINGGALKAN atau kita berjanji pada diri, mahu berubah.... Allah AKAN AMPUNKAN... dan balasannya ialah "syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya...":136

WHAT ELSE CAN YOU ASK FOR? NAK APA LAGI?

MasyaAllah, tell me your heart didnt skip a beat? Tak mungkin hati kita tak terusik sedikit pun apabila membaca dan cuba memahami Al-Quran....

Jangan takut dengan Quran....Ramai yang nak pegang pun ta,ut..macamlah payah sangat Quran ni...Quran BUKAN hanya untuk para Ustaz dan Ustazah..Quran ini untuk KITA SEMUA! Untuk saya dan anda..BUKALAH... its NOT that hard to understand...mungkin ada ayat-ayat yang perlukan penjelasan yang lebih mendalam, ya memang benar... NAMUN hakikatnya The Quran speaks straight to you....right at you...

Quran ini BERCAKAP dengan kita.... ianya mudah untuk difahami..pasti ada ayat yang akan meninggalkan kesan pada hati kita yang sering tercari-cari ubat dan penawar...kita pergi ke disko, pergi minum, pergi merokok..Ianya TIDAK membantu whai rakanku...sekejap mungkin 'masalah' kita hilang, kemudian hati kita yang kosong itu kembali mencari sesuatu, kita engisinya engan 'hiburan sementara' yang cuma menyakitkannya lagi, lalu esok hari dan hari-hari mendatang ianya timbul lagi dan lagi dan lagi..

Setiap kali kita buka Al-Quran (walau dah 1000 kali) ada saja ayat dan pelajaran baru yang kita dapati dari Mukjizat Agung ini. GUARANTEED!

YA! AL QURAN untuk DIBACA DAN DIHAYATI, untuk DIINGATI dan DIAPLIKASI... bukan hanya hiasan hantaran atau hiasan di dinding mahupun dibiarkan berhabuk di rak buku - takut benar kita mahu memegang Al-Quran.

Read the Quran anywhere... In the bus or plane, on a sailing ship or even a discovery trip! Under a shady tree or by the deep blue sea...Subhanallah! Read the Quran Anywhere... Bukan hanya atas sajadah selepas solat!

Thank you Allah for giving us The Quran....

Ameen.

Lets Read It. Lets UNDERSTAND it the best we can! Lets MEMORIZE it! Just DO IT!

Love,

Wardina Safiyyah

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan datang lagi..bersediakah kita?

Terasa cepat benar masa berlalu..pejam celik, pejam celik Ramadhan datang lagi..baru sahaja aku rasa kita semua menunaikan rukun Islam ketiga ini tahun lepas, kali ini ia menjelma kembali..maka, bersediakah kita untuk merebut peluang dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita kali ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Q.S. Al-Baqarah [2]:183).

Sesungguhnya, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa..namun, puasa yang bagaimanakah yang patut kita laksanakan? Adakah berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga? Jika begitulah cara kita berpuasa, memang sia-sia kita berpuasa selama berjam-jam lamanya..

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Hadis di atas jelas sekali menerangkan bahawa ramai yang berpuasa dan tidak memperolehi apa-apa disebabkan oleh kelalaian kita berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha untuk menjaga tingkah laku dan perbuatan kita..boleh jadi niat kita berpuasa itu sudah betul, tetapi kita masih mengumpat, mencaci, mengata serta membuat segala jenis kemaksiatan dan dosa yang lain..mungkin juga kita berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram atau memakan makanan yang syubhah..maka, sia-sia sahajalah sekiranya kita tonggang-tonggek beribadat dan solat malam tetapi masih juga terpedaya dengan pujuk rayu syaitan..

Alangkah ruginya sekiranya kita tidak merebut peluang yang Allah berikan selama sebulan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kembali kepada-Nya..tinggalkan segala yang dilarang..tingkatkan ibadah..jaga kelakuan dan peribadi dan berdoa semoga Allah menerima amalan kita..

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku" (Al Hadith)

"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya" (Al hadith)

Aku yakin ramai yang sedia maklum dengan kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan..maka, marilah sama-sama kita bersihkan diri dan tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini..moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan dapat kita istiqamah untuk terus menggiatkan ibadat di bulan-bulan berikutnya..

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara serta sahabat handai yang berada di Malaysia..semoga Ramadhan ini membawa keberkatan..

p/s: jangan beribadat di bulan Ramadhan sahaja, bulan-bulan lain kita kembali menjadi sahabat syaitan


Wednesday, July 20, 2011

Cara baru aku ke sekolah..

Hmm, aku sekarang dalam proses menjual kereta Daihatsu Charade berwarna turqoise aku itu..sungguh tidak ekonomikal langsung untuk aku terus menggunakan kereta itu kerana walaupun aku baru sahaja membeli dan menggunakannya hampir 5 bulan, aku telah membelanjakan sejumlah 800 dollar Australia hanya untuk kos membaiki kereta tersebut..2 minggu pertama aku guna, aku terpaksa tukar ekzos baru berserta dua tayar belakang untuk membolehkan aku melepasi ujian kelayakan kereta bagi proses penukaran nama..bulan Mei lepas, aku tukar master brake cylinder yang baru..tak pernah lah aku tau apa benda master brake cylinder tu..itu pun, spare part tersebut aku beli menerusi ebay Australia yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran..bayangkan, aku beli di ebay melalui peniaga yang berasal dari Australia dengan harga $157..semua kedai kereta yang ada di Belconnen dan sekitar city aku survey semuanya mahal..julat harga dari $280 hingga $400..itu belum termasuk upah pasang..nasib baik Uncle Lan ada pomen yang bersetuju untuk memasangkannya untuk aku..

Memandangkan kereta aku asyik buat hal (almaklumlah kereta aku ini sudah 'berusia'-dah 20 tahun umurnya), aku mengambil keputusan untuk menjual sahaja kereta ini..aku sudah tidak sanggup untuk mengeluarkan belanja yang tidak sepatutnya..kos spare part kereta di Australia sangat mahal..ini pun, kereta aku mengalami masalah alternator sekarang ini..mungkin kereta aku merajuk sebab nak kena jual..entah berapa pula kos nak baiki itu..lantas, aku membeli skuter yang harganya lebih kurang dengan harga kereta aku itu..meskipun agak mahal, skuter ini dijaga dengan baik..aku adalah owner ketiga..skuter ini akan berusia 5 tahun oktober ini..kilometer juga masih rendah..baru 13000 km..skuter juga diservis setiap 3 bulan sekali..maka, aku yakin dengan pelaburan aku membeli skuter ini, aku akan dapat berjimat untuk jangka masa panjang..lagipun aku akan berada di Canberra lagi 2 tahun..takkan aku nak habiskan wang aku hanya untuk kos membaiki kereta!

Maka, secara rasminya, aku telah membawa skuter ke sekolah pada hari Isnin buat pertama kalinya..seronok juga naik skuter..tak perlu ke tepi seperti di Malaysia..di sini, skuter atau motor dianggap mempunyai hak yang sama di jalan raya seperti pemandu kereta..aku bebas untuk menunggang di lane biasa..sejuk, memang tak payah cakaplah..aku siap memakai glove, scarf sebagai protection tambahan untuk melawan kesejukan winter di Canberra yang diakui antara negeri di Australia yang paling sejuk ketika musim winter..yang menariknya, aku baru sahaja membeli helmet baru semalam..helmet yang aku rasakan sepadan dengan jiwa aku dan sedondon juga dengan warna skuter aku..hehe..helmet yang aku dapat daripada owner sebelum ini agak besar meskipun saiznya XS..dahlah helmet tu full face, susah aku hendak memakainya..kena buka cermin mata dulu baru boleh pakai..dengan helmet baru, aku sarungkan sekali sahaja..cermin mata pun aku tak perlu buka..senang sikit..

Scooter aku yang sedondon dengan warna helmet..hehe

Meskipun sejuk untuk membawa skuter winter ini, aku tabahkan hati..lagipun tak lama lagi dah nak masuk spring..dah tak sejuk sangat nanti..yang penting, aku dapat berjimat dan tak perlu pening fikir pasal kereta..cuma sekarang ini, aku perlu mencari buyer untuk kereta aku itu..

p/s: harap-harap adalah yang berminat untuk membeli kereta Daihatsu Charade aku itu..Amin

Thursday, July 14, 2011

NCG Victoria 2011

Minggu lepas bermula dari 4-7 Julai 2011, aku bersama atlit dari ACT (Australian Capital Territory) berangkat ke Melbourne dengan menaiki bas untuk menyertai National Conference and Games..tahun lepas, Canberra menjadi tuan rumah..kali ini, giliran Melbourne pula..kembara 8 jam kami ke Melbourne dimulai dengan hiruk-pikuk atlit-atlit yang teruja untuk bertanding kali ini namun setelah sejam perjalanan, semua atlit melelapkan mata memandangkan perjalanan kami bermula seawal jam 12 pagi..seperti biasa, aku hanya mampu untuk tidur-tidur ayam..

Sesampai di RMIT, kami terus bergegas ke meja pendaftaran..selesai mendaftar, kami bersepuluh (team perempuan ACT) terus ke apartment di St Kilda Road..walaupun hanya 4 orang sahaja dibenarkan secara sah untuk mendiami bilik apartment selama 3 malam, kami sengan selamba membawa lagi 6 orang untuk berkongsi 2 bilik apartment yang berserta dengan lounge dan kitchen..

Malam 4 Julai, kami ke RMIT untuk Opening Ceremony..ada briefing untuk game keesokan harinya..kami disaji dengan nasi putih yang berlauk kari ikan untuk dinner malam tu..esok, 5 Julai adalah hari yang kami tunggu-tunggu di mana games bermula...untuk NCG kali ini, aku menyertai 4 games yakni badminton beregu wanita, bola tampar, futsal dan frisbee..sesi badminton clash dengan bola tampar..memandangkan bola tampar bermula lewat setengah jam dari badminton, aku dan partner terus bermain badminton dahulu..game pertama badminton menentang Queensland, kami kalah di set pertama dan ketiga..mana tidaknya, tangan aku menggigil bila servis..partner aku pun begitu juga..perasaan di hari pertandingan memang sangat berbeza bila dibandingkan dengan hari latihan biasa..nasib baik juga aku dan Saida berlatih bersungguh-sungguh untuk badminton kali ini, maka kami berdua saling menenangkan diri masing-masing..game kedua menentang Western Australia, kami menang kedua-dua set..namun begitu, game ketiga menentang tuan rumah, Victoria kami kalah kedua-dua set..

Aku dan Saida semasa game badminton

Di pertengahan break untuk badminton, aku dan Saida telah dipanggil untuk membantu team bola tampar..first game ACT kalah..game kedua, kapten bola tampar memanggil aku dan Saida untuk membantu..Alhamdulillah, kami membantu kemenangan ACT untuk game kedua..

6 Julai 2011: masa yang kami sangat dambakan..the moment of truth..futsal wanita berlangsung tepat jam 1.30 petang..sesi latihan futsal yang kami adakan sejak bulan Mac 2011 bakal menguji kami..aku dimasukkan dalam 5 yang pertama menentang Victoria 1..kami menang..game kedua menentang Queensland, kami menang lagi..memandangkan kami dimasukkan di dalam Kumpulan B, kami terus layak ke semi-final..aku tidak risau dengan kemampuan ACT kerana kami mempunyai striker hebat iaitu Melissa yang juga bermain soccer di Canberra..juga, kami mempunyai sub player yang hebat yang mampu menggantikan player utama sekiranya terdapat kecederaan atau keletihan..

Meskipun futsal lelaki kalah di semi-final, kami terus bersemangat untuk menggondol pingat emas..di peringkat semi-final, kami menentang Victoria 2..kami menang dan terus menempah tempat ke finals menentang Queensland yang telah kami kalahkan di peringkat kumpulan di awal pertandingan..rezeki memang berpihak kepada kami..akhirnya, ACT Futsal wanita berjaya menjadi johan di NCG 2011..berbaloi usaha kami menjalani latihan setiap minggu selama berbulan-bulan tanpa jemu..meskipun kami dianggap team underdog, kami berjaya membuktikan bahawa meskipun kami tidak mempunyai penyokong seramai tuan rumah, kami berjaya juga menjadi johan di tempat orang..kudos ACT Futsal Team! aku juga sangat kagum dengan goal keeper bidan terjun kami yang sangat kebal dan tidak bolos sebarang gol langsung sepanjang pertandingan melainkan satu penalti akibat terkena tangan pemain ACT..well done Rina!!


Kami terpaksa bergambar untuk memuaskan hati sponsor, Figos
(Thank you Figos!)




Senyum bangga selaku juara futsal wanita

Akhirnya, aku tak sempat langsung untuk bermain frisbee kerana futsal diadakan di dalam indoor court manakala frisbee dianjurkan di padang..nasib baik juga kami kalah frisbee..kalau tidak, percuma sahaja aku dapat medal..hehe..

Kesimpulannya, aku berjaya menggondol pingat gangsa untuk badminton, pingat perak untuk bola tampar dan pingat emas untuk futsal..memang berbaloi..macam-macam ada..

p/s: bangga team wanita ACT menang futsal kali ini..even team lelaki macam tak percaya kami menang..

Monday, June 27, 2011

Cuba selagi terdaya..

Bulan lepas, aku kena saman sebab speeding yang tak melebihi 10 km sejam pun daripada had laju yang dibenarkan..punyalah aku tak puas hati, aku pun buat surat rayuan untuk mendapatkan pengurangan bayaran saman..mana taknya, 157 dollar tu memang tak masuk dek akal..maka, aku pun mengarang surat yang sungguh berbunga-bunga menyatakan bahawa aku memohon agar saman aku dapat dikurangkan..aku pun google untuk melihat contoh surat yang lebih kurang serupa dengan kes aku...

Cari punya cari, aku pun dapat contoh surat yang aku rasa memang sesuai dengan aku..apalagi, tanpa berlengah, aku pun mengarang surat rayuan mengikut contoh sedia ada di samping menambah mana-mana yang patut..alasan aku adalah aku merupakan international student dan aku tidak mampu untuk membayar jumlah saman tersebut..aku juga menyatakan bahawa selama aku memandu di Australia, aku memang mematuhi had laju..mungkin pada hari tersebut, aku agak cuai dan tak perasan bahawa aku telah melebihi had laju 60 km sejam itu..

Setelah menghantar surat melalui emel, dua hari lepas aku mendapat respon bertulis dari Australian Federal Police..Alhamdulillah..sungguh tak ku sangka, saman aku telah ditarik balik..ini mesti gara-gara gaya bahasa surat aku yang berbunga-bunga sehinggakan polis yang membaca surat aku tak sampai hati untuk menyuruh aku membayar saman..hahaha..syukur sangat-sangat..dapatlah aku kumpul duit untuk membeli scooter..

Surat rayuan untuk kesalahan aku parking di loading zone pun dah aku emelkan..sekarang ini, aku menunggu respon bertulis dari pihak polis..harapnya, mereka juga bersimpati dengan aku dan menarik balik saman tersebut..Amin..housemate aku yang pernah disaman kerana tidak mempamerkan tiket parking berasa cemburu dan ralat kerana tidak membuat rayuan, sebaliknya beliau terus membayar sahaja..moral of the story, kita kena berusaha selagi terdaya..dapat tak dapat belakang kira..itu semua kerja Allah...yang penting, kita mencuba..macam kes aku, nasib baik juga aku mencuba membuat rayuan..kalau aku membayar membuta tuli, bukankah aku juga yang rugi?

p/s: surat polis tu pesan 'to maintain previous good driving behaviour'..maksudnya aku ni pemandu yang berhemah lah kan? hik

Thursday, June 23, 2011

Rezeki nampaknya..

Tadi aku pergi ke car wreckers di Queanbeyan..perancangannya nak cari alternator untuk kereta aku..masa mula-mula telefon, orang tu cakap ada 5 jenis alternator untuk model kereta aku..sesampai di sana, aku macam cuak juga..mana taknya, kedai tempat kereta dimusnahkan..punyalah banyak kereta-kereta yang kemek sana sini ditimbunkan..aku pula seorang sahaja perempuan di situ..sebelum pergi, aku ada ajak budak junior lelaki teman, tetapi semua sibuk..memandangkan aku ini sangat independent, aku pun pergi sendiri berpandukan GPS yang aku pinjam dari housemate aku..

Sesampai di kedai yang agak menakutkan itu, aku bertanya ada stok ke tidak untuk alternator kereta aku..setelah diteliti, malangnya stok alternator mereka tidak sesuai untuk kereta aku..dengan hampa, aku memandu balik ke rumah..sia-sia sahaja perjalanan aku sejauh 15 km untuk ke Queanbeyan..taklah jauh pun dari rumah..cuma dah masuk negeri lain..aku di ACT (Australian Capital Territory), Queanbeyan di New South Wales (NSW)..

Dalam perjalanan balik, aku singgah di McDonald's untuk membeli lunch..setakat nak beli filet o fish, lepas lah..tak ada ayam or daging halal di Canberra ini..tak seperti di Melbourne atau Sydney..ada McD dan KFC halal..bolehlah makan double cheeseburger kegemaranku..huhu..setelah memesan filet o fish untuk dibawa pulang, aku terus menuju ke kereta..aku memang menjadi tabiat akan makan fries dahulu sebab memang gemar makan semasa masih panas..bila aku buka beg kertas untuk mengambil fries, aku perhatikan ada 2 filet o fish tanpa fries..malas pula aku nak berjalan semula untuk menukar burger dengan fries..Alhamdulillah, rezeki aku hari ini..bukan senang nak dapat 2 burger..kalau aku tukar, aku la yang rugi sebab burger lagi mahal harganya dari fries..hehe

p/s: tak dapat cheeseburger, filet o fish pun jadi..

Tuesday, June 21, 2011

It's snow time..

Alhamdulillah, aku bersama dua orang housemate aku berkesempatan untuk bermain salji di Snowy Mountain lagi..ini kali kedua aku pergi setelah pertama kali menjejakkan kaki pada bulan Julai tahun lepas..cepat sungguh masa berlalu..meskipun kami pergi bertiga sahaja (ramai adik-adik undergrad yang sedang demam periksa), ia merupakan road trip yang sangat menarik..sarat dengan memori indah..

Kami berjaya menyewa kereta dengan harga yang amat murah dan berpatutan..hanya $42 sehari dan kereta Hyundai i20 yang kami sewa ini amat ekonomikal dari segi penggunaan petrol..kami hanya mengisi full tank sebanyak $43 untuk perjalanan yang memakan masa kira-kira 3 jam dari Canberra..syarat sewa kereta amat mudah..syarikat menyediakan kereta dengan minyak full tank dan kereta harus dipulangkan dengan minyak full tank juga..mudah bukan?

Perjalanan dari Canberra kami mulakan seawal jam 8.30 pagi..aku memilih untuk memandu awal sehingga sampai ke destinasi kerana sudah lama aku tidak memandu sejauh ini..biasanya aku setakat berulang-alik ke universiti yang memakan masa kira-kira 10 minit..alahai, singkat sungguh perjalanan..akhirnya, dapat juga aku memandu lama..lepas gian lah..hehe

Sepanjang perjalanan, kami berdoa semoga cuaca elok kerana menurut ramalan cuaca, "weather is cloudy with 40% chances of rain"..hujan pun turun tak tentu masa..sekejap matahari keluar, sekejap hujan rintik-rintik..lagi dekat dengan kawasan pergunungan, awan semakin kelabu menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja..Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesampai sahaja kami di Thredbo, hujan berhenti dan cuaca semakin elok..dapatlah aku keluarkan dslr aku..

Kami sempat menyewa baju, seluar dan toboggan di Jindabyne sebelum tiba di Thredbo..alangkah hampanya kami apabila sampai di Thredbo kerana terpampang tanda "No tobogganing"..yang dibenarkan hanya skiing dan snowboarding..aku memang berhasrat mencuba snowboarding..malangnya, dua orang housemate aku tidak mempunyai jiwa sekebal aku..lantas, hasrat itu aku pendamkan sahaja..kami terus membuat sesi photoshoot ringkas sebelum membuat keputusan drastik untuk ke Perisher (salah satu spot untuk tobogganing yang kami pergi tahun lepas) yang memakan masa hampir 45 minit..

Alang-alang dah nak main salji, takkan nak sia-siakan memandu sampai 3 jam kan? Perjalanan kami teruskan ke Perisher dan sekali lagi nasib menyebelahi kami..hujan telah berhenti dan matahari mula menampakkan sinarnya..apalagi, sampai sahaja di Perisher, kami terus mengangkut toboggan yang disewa ke kawasan kaki bukit..aku tidak membuang masa..terus sahaja aku slide turun bukit dengan toboggan..bukan sekali dua, malahan banyak kali..housemate aku yang dua orang itu hanya naik 2 kali sahaja..aku naik sampai tak terkira banyaknya sehinggakan housemate aku pun pelik macam manalah aku ini sangat bertenaga..mana taknya, aku kan atlit..tak sia-sia berlatih futsal dan badminton..hehe

Setelah penat bermain toboggan, kami memulakan aktiviti wajib kami iaitu sesi photoshoot..meskipun salji turun 2 kali dalam selang masa yang sekejap, alhamdulillah kerana hujan tidak turun langsung..memang nasib kami baik..sesi photoshoot juga berjalan lancar..posing baring, posing lompat, posing ayu semuanya ada..memang puas bergambar..props sedia ada pun banyak..snowman tu pun bukan kami yang buat..memang dah ada kat situ..apa lagi, tinggal pakaikan mafla sahaja..meskipun sejuk, demi mendapatkan shot yang menarik, kami redahi jua..hahaha

Gara-gara seronok sangat bermain salji, aku dan seorang lagi housemate terus demam dan batuk selama beberapa hari..aku sampaikan tak boleh bangun kerana sakit kepala..yang peliknya, housemate aku yang seorang lagi tu memang antibodi dia kuat..tak demam, tak batuk, tak selesema..memang aku tabik spring!!!

Apapun, bersyukur sangat road trip kali ini berjalan lancar..it was fun when you have great company..thank you Allah..


p/s: tak perlu pergi ramai-ramai..buat semak kepala je..kalau sikit, tapi sekepala kan lagi best?

Saturday, June 18, 2011

Dugaan untuk aku..

Hmm, lepas satu, satu masalah yang menimpa aku..bukan aku nak mengeluh, tapi sebagai manusia, aku tidak cukup kuat untuk hanya menerima sahaja dugaan yang mendatang..dua hari lepas, kereta aku rosak..tiba-tiba sahaja enjin kereta aku tak boleh nak hidup..sedangkan aku baru sahaja memandu dari rumah untuk mengambil kawan untuk bermain badminton..aku menunggu di dalam kereta kira-kira 5 minit dengan enjin terpasang..memandangkan kawan aku lambat turun, aku matikan enjin kereta..elok sahaja kawan aku masuk kereta beberapa minit kemudian, terus enjin kereta aku tak boleh hidup..nasib baik kawan aku ada kereta, maka kereta dia aku pinjam untuk aktiviti aku malam itu..

Memandangkan bateri kereta aku baru berusia 11 bulan, aku bawa kereta aku keesokan harinya untuk diperiksa di kedai bateri..Alhamdulillah, bateri kereta aku tiada masalah..punca permasalahan kereta aku ini rupa-rupanya adalah daripada alternator kereta..inilah yang memeningkan kepala aku sekarang..kos membaiki alternator ini sekurang-kurangnya 200-400 dollar bergantung kepada samada aku membeli spare part second hand atau yang baru..

Tak cukup dengan masalah kereta, pagi tadi aku menerima satu lagi dugaan..seperti biasa aku parking kereta di lot parking yang disediakan untuk aku bermain badminton di sports hall..selesai main, aku perasan ada satu sampul kuning yang diselitkan di antara wiper..aku terus dapat mengagak kandungan surat itu..SURAT SAMAN!! kesalahan apa pulak kali ini? saman speeding hari itu pun aku belum bayar sebab masih belum dapat keputusan rayuan untuk kurangkan saman..kali ini, aku kena saman sebab meletak kereta di loading zone..hari ini kan hari sabtu..kereta-kereta lain aku tengok selamba aje parking kat tempat disabled..tak ade pulak kena saman..it's just not my day..malang sungguh nasib aku minggu ini..kesalahan kali ini aku kena saman AUD 106..

Ya Allah, berat sungguh aku rasa dugaan aku kali ini..nak kena bayar saman..nak baiki kereta lagi..dahlah bulan depan nak pergi Melbourne dan Brisbane..nak pakai duit..lepas ini, tak tahu lah kereta aku tu akan timbul masalah apa pulak..kereta lama kan? tahun 1991..dah 20 tahun..aku sampai dah tak nak pakai kereta dah..aku terfikir nak beli skuter..maintenance pun tak setinggi kereta..minyak pun jimat..lepaslah kalau aku nak ke uni..tak kisah lah sejuk pun..sebab aku dah tak sanggup nak habiskan duit biasiswa aku untuk baiki kereta..banyak lagi benda lain yang aku boleh buat dengan duit tu..

p/s: Kau berikanlah aku kemudahan dalam membuat keputusan, Ya Allah..

Wednesday, June 1, 2011

Ujian harta untuk aku..

Sejak aku balik ke Canberra pertengahan Februari lepas, dah masuk tiga bulan aku memandu di Australia..aku tak lah memandu jauh mana pun..setakat pergi balik universiti dari rumah yang jauhnya hanya 7 km satu hala..memang dekat sangat lah..yang bestnya, memandu di Canberra sangat tenang...tak stress..kereta hanya banyak ketika peak hour..time orang pergi dan balik kerja..barulah nampak kereta banyak..kalau tak, memang lengang jalan...tak macam di Malaysia..kereta tak pernah sedikit terutama di Federal Highway..tak putus-putus kereta di jalan raya..dari pagi sampai ke malam sampai ke pagi balik..lengang hanya bila tiba musim perayaan bila warga kota mula balik ke kampung halaman..

Memandu di sini tak banyak beza macam di Malaysia..memandu masih di sebelah kanan..perbezaan besar kat sini adalah had laju jalan raya di jalan utama..rugilah siapa yang ada kereta Ferrari kat sini..bazir duit beli kereta mahal tapi kena memandu 80 km sejam..majoriti jalan utama di Canberra mempunyai had laju 80km sejam..kalau di kawasan city, hadlaju hanya 60km sejam..di kawasan sekolah, hanya 40 km sejam sahaja dibenarkan..bayangkan kita dah memandu 80 km sejam tiba-tiba tak sampai 500 meter kena kurangkan lagi 20 km sejam jadi 60 km sejam..dahlah speed kamera memang merata-rata kat sini..siap ada signage tulis "Red light and speed camera ahead"..

Hmm, bercakap pasal speed kamera, aku baru sahaja dapat surat saman dua minggu lepas..cuak gila bila dapat surat..Camera Infringement Notice..offence lebih speed limit..hadlaju 60 km sejam aku bawak 69 km sejam..tak lebih 10 km sejam pun tapi tetap kena saman jugak..itu dah kira paling berhemah lah aku memandu..kalau kat Malaysia jangan harap la aku nak memandu bawah 80 km sejam..

Tak pasal-pasal aku kena bayar saman..bukannya sedikit..bayangkan aku kena bayar saman berharga $157 dollar..hampir RM 500..memang lah ujian harta untuk aku..yelah, bisnes Banana Pudding semakin maju..setiap minggu ada sahaja order untuk nasi lemak, nasi kerabu, nasi ayam..aku fikir positif je..Allah nak bagi peringatan kat aku..jangan seronok sangat kumpul duit..ada bahagian duit tu yang perlu aku infakkan pada mereka yang berhak..takpelah..ujian itu kan tandanya Allah sayang kat hamba-Nya..seperti dalam surah Al-Ankabut ayat 2, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi?" Orang yang beriman pada Allah akan sentiasa diuji..taklah berat mana pun ujian ini..tetapi ujian harta tu memang lagi berat daripada ujian diri..$157 dollar tu macam-macam aku boleh buat..bayar sewa rumah, minyak kereta untuk 2 bulan setengah (kereta aku memang jimat minyak..kalau aku isi $15, boleh tahan 2 minggu..jangan tak percaya..hehe)

Apa yang penting sekarang ini, aku nak cuba buat rayuan kurangkan bayaran saman..aku ada masa sebulan untuk buat surat rasmi..harap-harapnya dapatlah saman aku dikurangkan...kalau boleh dapat bayar separuh, memang bersyukur sangat..

p/s: aku memang tak bawak laju dah..setakat 60 km sejam..punyalah taat..:)

Tuesday, May 24, 2011

Jual burger pulak?

Sabtu lepas, ada Pesta Malaysia yang dianjurkan oleh AMMF (Association of Malaysian Muslim Families) bertempat di Malaysian High Commission, Yarralumla..event ini merupakan acara tahunan anjuran AMMF dan ini merupakan kali ketiga acara seumpama ini diadakan..Pesta Malaysia ini menghimpunkan pelbagai gerai jualan yang menyajikan makanan Malaysia..yang menariknya, kali ini aku bersama housemates aku yang tiga orang tu buka gerai jual burger..boleh percaya tak? hehe..

Aku sendiri pun macam tak percaya aje..ini semua gara-gara Uncle Lan (landlord aku) yang menyuruh aku mengambil satu gerai untuk jualan di bawah UCMC..pada mulanya, aku nak jual roti john..malangnya, menu itu telah 'dicuri' oleh kelab lain yang rupanya ingin menjual menu yang sama..padan muka aku..cakap lambat kat Uncle walaupun duduk serumah..mana tidaknya..walaupun kami tinggal bersama landlord, jumpanya jarang-jarang sekali..Uncle dan Aunty sibuk sangat bekerja..kalau mereka balik, kami semua dah ada di bilik..memang jumpa hujung minggu je..

Maka, idea menjual burger ini timbul daripada housemate aku seorang ini yang sekarang tengah mengandung..dua atau tiga minggu lepas, dia mengidam hendak makan burger ramli..memang tak dapat la kan kat sini..aku cadangkan buat sendiri guna minced beef..jadi, kami berempat terus ke halal butcher untuk mencari bahan-bahan membuat burger..sesampai di sana, kami tengok ada beef patties yang telah siap dibentuk..hanya tinggal untuk digoreng..apa lagi, jimat masa dan tenaga..kami beli dan goreng di rumah..dipendekkan cerita, burger tu memang sedap..terus jadi menu untuk jualan di Pesta Malaysia..

Berbalik pada Sabtu lepas, gerai kami dinamakan sebagai Hungry Zack's Corner (mengambil sempena Hungry Jack..hehe) sungguh tak disangka, sambutan untuk Pesta Malaysia kali ini melebihi jangkaan..ramai orang putih yang datang untuk merasa makanan Malaysia..ada yang menjual kuih-muih tradisional, roti John, laksa Penang, roti jala, satay, ayam percik, nasi kerabu, nasi lemak dan tidak ketinggalan, burger ala-ala ramly burger..hehe

Kami mula menjual seawal jam 4 petang..mula-mula setup meja, kami agak kelam-kabut sebab nak masak burger on the spot..nasib baik daging burger aku dah masak siap-siap di rumah..cuma tinggal panaskan roti dan daging burger, kemudian aku salutkan dengan telur..tugas aku adalah untuk menyalut daging burger dengan telur..housemates aku yang lagi tiga tolong panaskan roti, daging dan meletakkan cheese, bawang, lettuce, mayonis, bbq sos dan sos cili, jaga duit dan juga tolong pek kacang kuda di dalam cawan plastik..kami macam kat kilang pun ada..ada work flow..hehe


Mula-mula menjual..sempat posing..customer pun belum ramai..

Dalam setengah jam pertama, bisnes kami agak perlahan..ramai yang beratur untuk ke gerai lain..adalah satu atau dua order..kira aku boleh rileks dan siap boleh padamkan api portable stove sebab order tak banyak..tetapi, selepas setengah jam yang pertama, orang mula ramai dan order semakin banyak..ramai yang beratur tengok aku salut daging burger dengan telur..cuak jugak aku ramai-ramai orang tengok aku goreng..tapi, aku berlagak cool je..aku rasa yang membuatkan orang tertarik untuk beli adalah disebabkan oleh daging yang disalut telur..kalau setakat daging biasa, baik makan burger orang putih je kan?

Daging burger bersalut telur dalam kuali..tu pun sempat lagi amik gambar..hehe

Yang menariknya, ada dua orang makcik ni komen masa aku tengah sibuk salut daging dengan telur tu, "it's so unique..she put the beef patty in the omelette"..ada seorang mat salleh ni pun mula-mula pandang sahaja dari jauh..bila nampak daging burger tu macam lain sahaja, terus dia order..bukan setakat itu sahaja, mula-mula dia order satu..dalam 10 minit kemudian, dia datang lagi order..kawan aku siap dengar dia cakap sedap burger kami jual tu..

Kami hanya merancang untuk jual burger untuk 60 pax..alhamdulillah, sebelum pukul 7 malam, burger kami sold out..memang aku tak ada masa langsung untuk rehat..habis sahaja salut satu, aku kena salut lagi sebab aku seorang sahaja yang pass salut tu..housemates aku tak tahu sebab itu aku yang cadangkan..memang jenuh menyalut daging tu..minyak kena panas..kena pukul telur dengan garam dan black pepper..pastu telur tidak boleh dibiarkan lama sangat..nanti terlalu garing..masa lembut tu kena letak daging supaya boleh dilipat..

Posing lagi selepas burger sold out..hehe

Apa pun, kami berpuas hati dengan hasil jualan kami..walaupun kami menjual dengan harga 6 dollar, masih ramai yang membeli dan ada juga yang tidak dapat merasa..ramai yang puji burger kami sedap dan telur sangat fluffy..sampaikan kawan aku beritahu dia terdengar seorang budak ni tanya kat mama dia dah tanya ke resipi burger kat kami sebab burger tu sedap..kesian adik tu..tak dapat nak beli untuk kali kedua..sebab dah habis..ada juga adik-adik junior siap request untuk aku buat lagi dan sanggup bayar sebab tak dapat rasa hari itu dek kerana komen dari kawan mereka yang cakap burger kami sedap..haha..siapa suruh tak beli..kan dah tak dapat rasa penangan burger special kami..

Kacang kuda rebus yang kami jual sebagai sampingan tak mendapat sambutan sehangat burger..selepas burger habis, kami fokus pada kacang kuda..oleh kerana malas menunggu, kami beri kacang kuda secara percuma kepada pengunjung-pengunjung..alangkah gembiranya mereka apabila mendapat kacang panas percuma..terutama apabila cuaca malam di Canberra yang sangat sejuk..memang nikmat..

Seronok apabila mengira keuntungan yang kami dapat hasil jualan malam itu..lebih daripada yang kami jangkakan..Alhamdulillah, syukur kepada Allah..

p/s: kami yang jual burger, kami sendiri pun tak dapat rasa..huhu

Wednesday, May 18, 2011

Sambil menyelam minum air..

Sejak akhir-akhir ini, aku bukan sahaja bergelar full time PhD student di Canberra ini..malahan, aku turut memulakan bisnes kecil-kecilan..bisnes apa? hmm, bisnes makan..sungguh tak ku sangka..idea ini datang secara tiba-tiba..memanglah aku dah banyak kali terlibat dalam event universiti yang memerlukan aku memasak nasi lemak (specialty aku..hehe), tapi semua keuntungan memang tak masuk pun poket aku..semuanya masuk ke dana kelab..

Selain sibuk dengan aktiviti penyelidikan, aku turut berlatih sebagai atlit untuk ke NCG (National Conference and Games) yang akan diadakan di Melbourne pada awal Julai ini..sekarang aku ada latihan intensif futsal bersama team mates yang diadakan setiap Jumaat dan Sabtu..itu tak termasuk badminton dan frisbee..memang sibuk gila aku ini..sampaikan housemates aku semua menggelarkan aku ini YB (Yang Berhormat katanya) sebab aktiviti aku ini cukup padat..haha

Gara-gara dek NCG inilah yang menjadi titik tolak bermulanya bisnes ini..kami atlit-atlit di Canberra ini terpaksa membayar sebanyak $250 (dollar Australia, bukan Ringgit Malaysia ya!) untuk penginapan, makan dan sewa court sepanjang 4 hari 3 malam di Melbourne..bukan sikit bayaran pendaftaran..langsung kami tidak mendapat subsidi..kalau aku, masih aku mampu untuk membayar walaupun aku terpaksa mengikat perut sedikit..namun, kesian aku pada adik-adik lain yang tidak mendapat biasiswa selumayan aku..duit yang ada hanya cukup untuk keperluan diri..maka, dengan keperluan yang mendesak untuk mengumpul wang untuk dibuat bayaran pendaftaran, maka aku bergabung tenaga bersama tiga lagi adik-adik undergrad menamakan diri sebagai Banana Pudding..

Banana Pudding menjalankan perniagaan berasaskan makanan melalui pre-order dari facebook..kami menjemput bakal pelanggan melalui event invites yang mana pelanggan akan membuat tempahan berapa pek yang mereka mahu beserta lokasi..kami hanya membuat free delivery di 3 kawasan..event pertama kami yang mana kami menjual nasi lemak, memang sangat menguntungkan..satu pek nasi lemak berserta ayam, ikan bilis, sambal, telur, kacang dan timun kami jual pada harga $6..jumlah tempahan menjangkau sehingga 190 pek..nasi sahaja aku terpaksa masak sehingga 3 kali menggunakan periuk nasi besar yang boleh masak untuk 60 orang sekali gus..penat memang tak terkata..nasib kami berempat..kalau tidak, entah siap entah tidak lah nasi lemak tu kalau aku seorang sahaja yang memasaknya..

Nasi lemak ini kebanyakannya ditempah oleh pelajar Malaysia berbangsa Cina..boleh dikatakan hampir 90% tempahan datang dari mereka..macam minggu lepas pula, kami membuat nasi kerabu..tempahan kami hadkan kepada 100 tempahan terawal sebab takut susah nak manage..alhamdulillah, 70 pek berjaya dijual dan diperhatikan majoriti tempahan datang dari orang kita sendiri..mungkin kerana pelajar berbangsa lain kurang didedahkan dengan makanan yang berasal dari Kelantan ini..

Apa pun, seronok jugak dapat duit poket setiap minggu..boleh lah nak menyimpan sikit..mana tidaknya..sejak aku dah berkereta ini, banyak pulak perbelanjaan aku untuk repair kereta..almaklumlah, kereta lama kan..maka, perlu lah ada reserve untuk kes kecemasan yang tidak diduga..beringat sebelum kena..

p/s: terkejut Mama bila dengar aku jual 1 pek nasi lemak harga 6 dollar..hehe

Sunday, May 8, 2011

For someone so special in my entire life..

"Semoga cerdik mu secerdik Aisyah, cantik mu secantik Ainul Mardiyah, pengorbananmu setinggi Sumaiyah, ikhlas mu seikhlas Rabiatul Adawiyah, perjuangan dan kesetiaan mu seteguh Siti Khadijah, kasih sayang yang tiada bandingan umpama Fatimah dan semoga tempat mu di syurga al-Jannah.."


Salam Hari Ibu buat Mama tersayang, Puan Hawiyah binti Yusop..to the person who matters the world to me, thank you so much for the unconditional love, guidance and so much more..I can't thank you enough! thank you for all your endless prayers whom have shaped me to be the person I have become today..I really appreciate what you have done for me and may Allah bless you always for all your good deeds..Amin...

I love you sooooooo much Mama!

Thank you again.

Saturday, April 30, 2011

Hanna di Canberra!

Nikmat sungguh bercuti minggu lepas..seluruh Australia cuti panjang gara-gara cuti Good Friday, Easter Sunday dan Anzac Day..bayangkanlah cuti umum bermula dari hari Jumaat sehingga Selasa..memang aku tak melepaskan peluanglah kan..nak pulak sepupu aku dari Melbourne sudi melawat aku bersama suaminya dan semestinya anak kecilnya yang bernama Hanna Maria..Hanna baru berusia 3 tahun Ahad lepas dan sangat fasih berbahasa Inggeris slanga OZ..kalah lah aku ni..

Bermula dari hari Sabtu, kami ke Cockington Green Garden di mana terdapat display of miniature houses dari beberapa negara di seluruh dunia..ada juga steam train ride yang Hanna sangat enjoy naik..aku pun layan kan aje..kemudian kami ke Parliament House, salah satu daripada landmark yang wajib dikunjungi di Canberra..

Hari Ahad, kami ke Corin Forest, main bobsled..ini memang pertama kali aku naik..sangat best..lain daripada yang lain..aku memang jarang sekali menggunakan brek walaupun ada papan tanda suruh brek di selekoh..bila lagi nak tunjuk skill kan? hehe..kira lepas gian lah sebab tak dapat merempit atas jalan raya kat OZ nih..bayangkanlah kat jalan utama dari rumah nak ke universiti, sepanjang-panjang jalan tu 60 km..maksimum pun 80 km sejam bila dah kat jalan besar..punyalah berhemah aku memandu di sini..hehe


Selesai bermain bobsled, kami ke Tidbinbilla Nature reserve pula..di sini lebih kurang macam safari..haiwan-haiwan dibiarkan lepas bebas..dapatlah tengok kangaru secara live..sampai nangis-nangis si Hanna kerana takut dengan kangaru sedangkan kangaru tu nun jauh di atas bukit..tapi memang cantik bergambar di sini..awan biru, rumput pula agak kuning kehijauan..menimbulkan kontras yang sangat menarik..

Hari Isnin keesokannya, kami melawat Australian War Memorial bersempena ANZAC Day..ANZAC membawa maksud Australia and New Zealand Army Corps yang mana pada tanggal 25 April setiap tahun, hari ini disambut di kedua-dua negara..ANZAC Day ini lebih kurang macam Hari Pahlawan kalau di Malaysia..ada perbarisan, ucapan dan penghargaan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban di medan perang dan banyak lagi jasa mereka dalam mempertahankan kemakmuran negara..

Apa pun, aku memang seronok dapat berjalan bersama Hanna dan melayan karenah dan telatahnya yang semakin bijak..sepupu aku pun enjoy berjalan di Canberra sampaikan suami dia siap ada rancangan untuk settle down di Canberra meskipun dia sudah melawat banyak tempat di Australia yang jauh lebih baik pada pendapat aku berbanding di Canberra..hmm, bagus juga..sekurang-kurangnya, aku dapat mengubah persepsi orang yang mengatakan Canberra ini bosan, tiada apa-apa, tak ubah seperti Putrajaya..


p/s: seronok berjalan bersama Hanna yang sangat keletah

Friday, April 15, 2011

Amalan murah rezeki..

Kali ini, aku nak berkongsi sedikit apa yang aku tahu..taklah banyak mana, cuma tak salah rasanya kalau aku kongsikan ilmu yang boleh dimanfaatkan..yang pastinya bukan ilmu hitam..haha..cuma, aku pernah ditanya apa petua yang aku guna sebab rezeki aku selalu murah..mana taknya, dari zaman master sampai lah sekarang masa aku buat PhD aku mendapat biasiswa..biasiswa pulak bukannya dari JPA..kedua-duanya biasiswa oversea..satu dari UK dan sekarang dari Australia pula..dahlah dapat cuti belajar bergaji penuh..memang masyuk..hmm, kalau dah namanya rezeki, alhamdulillah..syukur sangat pada Allah..

Sebenarnya, banyak amalan yang boleh kita buat untuk mendapat kemurahan rezeki..bergantung pada individu..kalau rajin, lebihkan amalan..Allah tidak memerlukan manusia walau sedikit pun..hanya manusia sahaja yang memerlukan Allah..bayangkan kita tidak mendapat udara untuk beberapa minit..berapa lama kita boleh hidup? kalau kita tidak mendapat air atau makanan, kita mungkin boleh bertahan selama beberapa minggu..udara itu memang di luar jangkauan manusia..tidak boleh dicipta langsung walau sehebat mana sekali pun manusia itu..Maha Agung ciptaan Allah..

Maka, aku kongsikan amalan murah rezeki yang aku tahu dan aku dapat dari blog yang aku pun dah tak ingat yang mana satu..

1. Amalkan membaca surah al-Waqiah

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kefakiran"
(Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al -Azkar, al-Jami al-Soghir)

2. Ayat seribu dinar

Ayat ini memang paling popular..sebab apa? kalau kita perhatikan, ayat ini banyak digantung di kedai-kedai mamak untuk menjadi pelaris rezeki..kalau kita perhatikan maksud ayat ini, Allah akan memberikan kita rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..apa yang penting, kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah..sesungguhnya kita ini hanya manusia yang lemah..

3. Doa-doa murah rezeki

Berikut aku kongsikan himpunan doa yang boleh diamalkan di samping kedua-dua amalan di atas:


Aku memang amat terkesan sangat-sangat dengan doa yang paling akhir ini..menunjukkan bahawa kita sangat bergantung harap kepada hanya Allah sahaja dan bukan selain dari-Nya..

p/s: semoga bermanfaat!

Tuesday, April 12, 2011

Lab demonstrating

Semester ini, aku diambil bekerja selaku lab demonstrator yang mana aku diiktiraf sebagai sebahagian daripada casual academic staff di universiti..mula-mula, aku bertanya pada supervisor aku kalau-kalau ada mana-mana lecturer yang perlukan demonstrator..dia lantas memberikan aku email seorang assistant profesor yang kebetulan memang memerlukan orang untuk menjadi lab demonstrator..aku terkejut juga apabila terpilih kerana aku ini tiada pengalaman mengajar dan aku bukannya bekerja di universiti sebagai tutor..mungkin memang rezeki aku, pemilihan aku dibuat semuanya secara maya..tiada interview dan course convenor bersetuju dengan pemilihan aku semuanya melalui beberapa email ketika aku balik bercuti di Malaysia beberapa bulan yang lalu..

Gaji yang dibayar memang berbaloi..$36.70 sejam..aku perlu peruntukkan 2 jam untuk setiap sesi dan aku hanya bekerja untuk 6 jam setiap minggu..Alhamdulillah, dapatlah jugak duit poket..berbanding kalau bekerja di pasaraya, gaji dahlah sikit ($20 sejam), kena pulak punggah barang, kira stok, buat kerja berat..yang ini taklah susah sangat..kerja aku hanya menunjukkan pelajar first year apa yang mereka perlu lakukan ikut manual makmal..ada situasi di mana aku perlu tunjukkan apa yang perlu dibuat..kadang-kadang, mereka buat sendiri dan apabila tidak pasti, mereka akan panggil aku..

Position aku meskipun selaku demonstrator, aku lebih tepat dikenali sebagai floater..demonstrator lain semuanya mempunyai sekurang-kurangnya 20 pelajar untuk setiap sesi dan perlu menanda lab report (untuk marking, mereka dapat $18 ekstra)..bersyukur juga aku kerana tak perlu menanda kertas..pening dibuatnya..

Tugas aku boleh tahan penat juga kerana untuk sesi lab selama 2 jam, aku perlu sentiasa berjalan di kedua-dua kumpulan yang dipimpin oleh 2 orang demonstrator yang berlainan..demonstrator lain hanya menjaga pelajar yang berada di dalam kumpulan mereka..dalam satu sesi, maksimum akan ada 40 orang pelajar..bayangkan aku perlu perhatikan apa yang mereka buat dan dalam masa yang sama menjawab persoalan yang diutarakan..

Yang menariknya, pelajar-pelajar mat dan minah salleh ini gemar memanggil aku untuk bertanya soalan..alasan mereka kerana aku suka melayan mereka..macam sesi petang tadi, seorang minah salleh menghampiri aku..

Minah Salleh: Could you please help me with this question? I don't really understand.

Aku: Why don't you ask Ashraf? (Ashraf merupakan demonstator dan juga assistant professor dari Mesir)

Minah Salleh: I would rather ask you because you are more helpful.

Aku hanya tersenyum..bukan itu sahaja, ada seorang lagi student pun suka juga tanya aku soalan...asal aku lalu sahaja kat lab bench dia, mesti dia tanya, "Zura, am I doing this correctly?" "Could you please check my answers if they are correct?" walaupun aku dah berkali-kali maklumkan kat dia yang aku tidak menanda sebarang kertas, dia masih nak suruh aku semak lab report dia sebelum dia hantar pada Ashraf..

Menarik sebenarnya jadi floater lab ini..di samping aku dapat menimba pengalaman baru, dapat juga aku pendapatan sampingan..almaklum sahaja lah, sejak dah menggunakan kereta, asyik perlu diisi sahaja tangki minyak..

p/s: maysuk jadi floater, tapi lenguh kaki bila ada sesi lab 4 jam dengan hanya setengah jam sahaja gap in between..cuma sempat solat dan tahan lapar..huhu