Tuesday, May 24, 2011

Jual burger pulak?

Sabtu lepas, ada Pesta Malaysia yang dianjurkan oleh AMMF (Association of Malaysian Muslim Families) bertempat di Malaysian High Commission, Yarralumla..event ini merupakan acara tahunan anjuran AMMF dan ini merupakan kali ketiga acara seumpama ini diadakan..Pesta Malaysia ini menghimpunkan pelbagai gerai jualan yang menyajikan makanan Malaysia..yang menariknya, kali ini aku bersama housemates aku yang tiga orang tu buka gerai jual burger..boleh percaya tak? hehe..

Aku sendiri pun macam tak percaya aje..ini semua gara-gara Uncle Lan (landlord aku) yang menyuruh aku mengambil satu gerai untuk jualan di bawah UCMC..pada mulanya, aku nak jual roti john..malangnya, menu itu telah 'dicuri' oleh kelab lain yang rupanya ingin menjual menu yang sama..padan muka aku..cakap lambat kat Uncle walaupun duduk serumah..mana tidaknya..walaupun kami tinggal bersama landlord, jumpanya jarang-jarang sekali..Uncle dan Aunty sibuk sangat bekerja..kalau mereka balik, kami semua dah ada di bilik..memang jumpa hujung minggu je..

Maka, idea menjual burger ini timbul daripada housemate aku seorang ini yang sekarang tengah mengandung..dua atau tiga minggu lepas, dia mengidam hendak makan burger ramli..memang tak dapat la kan kat sini..aku cadangkan buat sendiri guna minced beef..jadi, kami berempat terus ke halal butcher untuk mencari bahan-bahan membuat burger..sesampai di sana, kami tengok ada beef patties yang telah siap dibentuk..hanya tinggal untuk digoreng..apa lagi, jimat masa dan tenaga..kami beli dan goreng di rumah..dipendekkan cerita, burger tu memang sedap..terus jadi menu untuk jualan di Pesta Malaysia..

Berbalik pada Sabtu lepas, gerai kami dinamakan sebagai Hungry Zack's Corner (mengambil sempena Hungry Jack..hehe) sungguh tak disangka, sambutan untuk Pesta Malaysia kali ini melebihi jangkaan..ramai orang putih yang datang untuk merasa makanan Malaysia..ada yang menjual kuih-muih tradisional, roti John, laksa Penang, roti jala, satay, ayam percik, nasi kerabu, nasi lemak dan tidak ketinggalan, burger ala-ala ramly burger..hehe

Kami mula menjual seawal jam 4 petang..mula-mula setup meja, kami agak kelam-kabut sebab nak masak burger on the spot..nasib baik daging burger aku dah masak siap-siap di rumah..cuma tinggal panaskan roti dan daging burger, kemudian aku salutkan dengan telur..tugas aku adalah untuk menyalut daging burger dengan telur..housemates aku yang lagi tiga tolong panaskan roti, daging dan meletakkan cheese, bawang, lettuce, mayonis, bbq sos dan sos cili, jaga duit dan juga tolong pek kacang kuda di dalam cawan plastik..kami macam kat kilang pun ada..ada work flow..hehe


Mula-mula menjual..sempat posing..customer pun belum ramai..

Dalam setengah jam pertama, bisnes kami agak perlahan..ramai yang beratur untuk ke gerai lain..adalah satu atau dua order..kira aku boleh rileks dan siap boleh padamkan api portable stove sebab order tak banyak..tetapi, selepas setengah jam yang pertama, orang mula ramai dan order semakin banyak..ramai yang beratur tengok aku salut daging burger dengan telur..cuak jugak aku ramai-ramai orang tengok aku goreng..tapi, aku berlagak cool je..aku rasa yang membuatkan orang tertarik untuk beli adalah disebabkan oleh daging yang disalut telur..kalau setakat daging biasa, baik makan burger orang putih je kan?

Daging burger bersalut telur dalam kuali..tu pun sempat lagi amik gambar..hehe

Yang menariknya, ada dua orang makcik ni komen masa aku tengah sibuk salut daging dengan telur tu, "it's so unique..she put the beef patty in the omelette"..ada seorang mat salleh ni pun mula-mula pandang sahaja dari jauh..bila nampak daging burger tu macam lain sahaja, terus dia order..bukan setakat itu sahaja, mula-mula dia order satu..dalam 10 minit kemudian, dia datang lagi order..kawan aku siap dengar dia cakap sedap burger kami jual tu..

Kami hanya merancang untuk jual burger untuk 60 pax..alhamdulillah, sebelum pukul 7 malam, burger kami sold out..memang aku tak ada masa langsung untuk rehat..habis sahaja salut satu, aku kena salut lagi sebab aku seorang sahaja yang pass salut tu..housemates aku tak tahu sebab itu aku yang cadangkan..memang jenuh menyalut daging tu..minyak kena panas..kena pukul telur dengan garam dan black pepper..pastu telur tidak boleh dibiarkan lama sangat..nanti terlalu garing..masa lembut tu kena letak daging supaya boleh dilipat..

Posing lagi selepas burger sold out..hehe

Apa pun, kami berpuas hati dengan hasil jualan kami..walaupun kami menjual dengan harga 6 dollar, masih ramai yang membeli dan ada juga yang tidak dapat merasa..ramai yang puji burger kami sedap dan telur sangat fluffy..sampaikan kawan aku beritahu dia terdengar seorang budak ni tanya kat mama dia dah tanya ke resipi burger kat kami sebab burger tu sedap..kesian adik tu..tak dapat nak beli untuk kali kedua..sebab dah habis..ada juga adik-adik junior siap request untuk aku buat lagi dan sanggup bayar sebab tak dapat rasa hari itu dek kerana komen dari kawan mereka yang cakap burger kami sedap..haha..siapa suruh tak beli..kan dah tak dapat rasa penangan burger special kami..

Kacang kuda rebus yang kami jual sebagai sampingan tak mendapat sambutan sehangat burger..selepas burger habis, kami fokus pada kacang kuda..oleh kerana malas menunggu, kami beri kacang kuda secara percuma kepada pengunjung-pengunjung..alangkah gembiranya mereka apabila mendapat kacang panas percuma..terutama apabila cuaca malam di Canberra yang sangat sejuk..memang nikmat..

Seronok apabila mengira keuntungan yang kami dapat hasil jualan malam itu..lebih daripada yang kami jangkakan..Alhamdulillah, syukur kepada Allah..

p/s: kami yang jual burger, kami sendiri pun tak dapat rasa..huhu

No comments:

Post a Comment