Minggu lepas bermula dari 4-7 Julai 2011, aku bersama atlit dari ACT (Australian Capital Territory) berangkat ke Melbourne dengan menaiki bas untuk menyertai National Conference and Games..tahun lepas, Canberra menjadi tuan rumah..kali ini, giliran Melbourne pula..kembara 8 jam kami ke Melbourne dimulai dengan hiruk-pikuk atlit-atlit yang teruja untuk bertanding kali ini namun setelah sejam perjalanan, semua atlit melelapkan mata memandangkan perjalanan kami bermula seawal jam 12 pagi..seperti biasa, aku hanya mampu untuk tidur-tidur ayam..
Sesampai di RMIT, kami terus bergegas ke meja pendaftaran..selesai mendaftar, kami bersepuluh (team perempuan ACT) terus ke apartment di St Kilda Road..walaupun hanya 4 orang sahaja dibenarkan secara sah untuk mendiami bilik apartment selama 3 malam, kami sengan selamba membawa lagi 6 orang untuk berkongsi 2 bilik apartment yang berserta dengan lounge dan kitchen..
Malam 4 Julai, kami ke RMIT untuk Opening Ceremony..ada briefing untuk game keesokan harinya..kami disaji dengan nasi putih yang berlauk kari ikan untuk dinner malam tu..esok, 5 Julai adalah hari yang kami tunggu-tunggu di mana games bermula...untuk NCG kali ini, aku menyertai 4 games yakni badminton beregu wanita, bola tampar, futsal dan frisbee..sesi badminton clash dengan bola tampar..memandangkan bola tampar bermula lewat setengah jam dari badminton, aku dan partner terus bermain badminton dahulu..game pertama badminton menentang Queensland, kami kalah di set pertama dan ketiga..mana tidaknya, tangan aku menggigil bila servis..partner aku pun begitu juga..perasaan di hari pertandingan memang sangat berbeza bila dibandingkan dengan hari latihan biasa..nasib baik juga aku dan Saida berlatih bersungguh-sungguh untuk badminton kali ini, maka kami berdua saling menenangkan diri masing-masing..game kedua menentang Western Australia, kami menang kedua-dua set..namun begitu, game ketiga menentang tuan rumah, Victoria kami kalah kedua-dua set..
Di pertengahan break untuk badminton, aku dan Saida telah dipanggil untuk membantu team bola tampar..first game ACT kalah..game kedua, kapten bola tampar memanggil aku dan Saida untuk membantu..Alhamdulillah, kami membantu kemenangan ACT untuk game kedua..
6 Julai 2011: masa yang kami sangat dambakan..the moment of truth..futsal wanita berlangsung tepat jam 1.30 petang..sesi latihan futsal yang kami adakan sejak bulan Mac 2011 bakal menguji kami..aku dimasukkan dalam 5 yang pertama menentang Victoria 1..kami menang..game kedua menentang Queensland, kami menang lagi..memandangkan kami dimasukkan di dalam Kumpulan B, kami terus layak ke semi-final..aku tidak risau dengan kemampuan ACT kerana kami mempunyai striker hebat iaitu Melissa yang juga bermain soccer di Canberra..juga, kami mempunyai sub player yang hebat yang mampu menggantikan player utama sekiranya terdapat kecederaan atau keletihan..
Meskipun futsal lelaki kalah di semi-final, kami terus bersemangat untuk menggondol pingat emas..di peringkat semi-final, kami menentang Victoria 2..kami menang dan terus menempah tempat ke finals menentang Queensland yang telah kami kalahkan di peringkat kumpulan di awal pertandingan..rezeki memang berpihak kepada kami..akhirnya, ACT Futsal wanita berjaya menjadi johan di NCG 2011..berbaloi usaha kami menjalani latihan setiap minggu selama berbulan-bulan tanpa jemu..meskipun kami dianggap team underdog, kami berjaya membuktikan bahawa meskipun kami tidak mempunyai penyokong seramai tuan rumah, kami berjaya juga menjadi johan di tempat orang..kudos ACT Futsal Team! aku juga sangat kagum dengan goal keeper bidan terjun kami yang sangat kebal dan tidak bolos sebarang gol langsung sepanjang pertandingan melainkan satu penalti akibat terkena tangan pemain ACT..well done Rina!!
Akhirnya, aku tak sempat langsung untuk bermain frisbee kerana futsal diadakan di dalam indoor court manakala frisbee dianjurkan di padang..nasib baik juga kami kalah frisbee..kalau tidak, percuma sahaja aku dapat medal..hehe..
Kesimpulannya, aku berjaya menggondol pingat gangsa untuk badminton, pingat perak untuk bola tampar dan pingat emas untuk futsal..memang berbaloi..macam-macam ada..
p/s: bangga team wanita ACT menang futsal kali ini..even team lelaki macam tak percaya kami menang..
No comments:
Post a Comment