Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini..cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 11 Ramadhan..buat sesetengah orang di Canberra, mereka baru berpuasa sebanyak 10 hari..ini semua gara-gara perselisihan faham di antara Canberra Islamic Centre (CIC) dan juga imam masjid..CIC bertegas bahawa anak bulan tidak kelihatan dan Ramadhan bermula 2 Ogos manakala imam masjid mengisytiharkan 1 Ogos sebagai permulaan Ramadhan..memang konflik..sehinggakan kami pelajar-pelajar Malaysia di sini terpinga-pinga dan tidak tahu mahu mengikut yang mana satu..akhirnya, aku ambil keputusan untuk tetap berpuasa pada 1 Ramadhan..biarlah terlebih, jangan terkurang pula..
Ini Ramadhan kedua aku di perantauan..kali ini, aku lebih bertuah kerana sudah tidak lagi tinggal di kampus universiti..Ramadhan kali ini meriah kerana aku dapat berbuka puasa bersama teman serumah dan juga Uncle dan Aunty yang diibaratkan seperti parents angkat kami di sini..Alhamdulillah, buka puasa memang meriah..dapat jugak menghilangkan rasa rindu berpuasa di Malaysia..mana tidaknya, Isnin baru-baru ini Aunty masak ketam goreng cili..memang aku dah teringin nak makan ketam beberapa hari sebelum itu..tengok-tengok Aunty masak ketam..apalagi, memang rezeki lah kan..syukur..udang besar memang selalu juga dijamu..itu belum termasuk durian, pengat durian, kuih tradisional (kuih seri muka, kuih lapis, bingka ubi dan macam-macam lagi)..kiranya aku amat bertuah duduk di rumah Aunty..dapat makan sedap..asal teringin sahaja, mesti akan dapat..kalah orang mengidam..hehe
Kali ini juga aku belum tertinggal solat terawih..bila Aunty jemput student berbuka puasa bersama, pasti akan ada student lelaki yang akan mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah..macam hari-hari lain, samada aku dan teman serumah pergi ke musolla ANU atau aku mengimamkan solat bersama teman serumah perempuan aku..memang nikmat solat berjemaah..moga Allah redha..
Sisa-sisa Ramadhan yang berbaki 19 hari lagi akan terasa cepat berlalu terutama apabila kita selesai 15 hari berpuasa..aku harap aku akan terus dapat beristiqamah dalam bulan Ramadhan dan memanfaatkan Ramadhan dengan solat terawih, bacaan Al-Quran, solat tahajjud, solat hajat, sedekah dan sebagainya..semoga kita terus dapat beribadat dan menggiatkan usaha mencari Lailatul Qadar, malam yang lebik baik daripada seribu bulan..
Nasib baik juga aku di sini..tak ada rasa pun hendak bershopping seperti di tanah air sendiri..nak baju baru, seluar baru, kasut baru..syukur shopping kompleks tutup pukul 5 petang..kalau di Malaysia, aku pasti akan shopping sakan..nak pula dapat bonus setengah bulan gaji ini..bukanlah tak boleh bershopping..cuma kebiasaannya, orang kita ni akan terus lupa untuk solat terawih dan lebih menumpukan kepada persiapan raya..dapat pula shopping kompleks buat jualan mega dan waktu perniagaan sehingga larut malam..meskipun syaitan diikat, nafsu kita masih bermaharajalela..
Apapun, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan dengan perkara-perkara berfaedah..kurangkan tidur, elakkan daripada mengumpat, buat yang wajib, tambahkan yang sunat..
p/s: nasib baik masih winter..5.30 petang dah buka puasa..hehe
No comments:
Post a Comment