Tuesday, June 21, 2011

It's snow time..

Alhamdulillah, aku bersama dua orang housemate aku berkesempatan untuk bermain salji di Snowy Mountain lagi..ini kali kedua aku pergi setelah pertama kali menjejakkan kaki pada bulan Julai tahun lepas..cepat sungguh masa berlalu..meskipun kami pergi bertiga sahaja (ramai adik-adik undergrad yang sedang demam periksa), ia merupakan road trip yang sangat menarik..sarat dengan memori indah..

Kami berjaya menyewa kereta dengan harga yang amat murah dan berpatutan..hanya $42 sehari dan kereta Hyundai i20 yang kami sewa ini amat ekonomikal dari segi penggunaan petrol..kami hanya mengisi full tank sebanyak $43 untuk perjalanan yang memakan masa kira-kira 3 jam dari Canberra..syarat sewa kereta amat mudah..syarikat menyediakan kereta dengan minyak full tank dan kereta harus dipulangkan dengan minyak full tank juga..mudah bukan?

Perjalanan dari Canberra kami mulakan seawal jam 8.30 pagi..aku memilih untuk memandu awal sehingga sampai ke destinasi kerana sudah lama aku tidak memandu sejauh ini..biasanya aku setakat berulang-alik ke universiti yang memakan masa kira-kira 10 minit..alahai, singkat sungguh perjalanan..akhirnya, dapat juga aku memandu lama..lepas gian lah..hehe

Sepanjang perjalanan, kami berdoa semoga cuaca elok kerana menurut ramalan cuaca, "weather is cloudy with 40% chances of rain"..hujan pun turun tak tentu masa..sekejap matahari keluar, sekejap hujan rintik-rintik..lagi dekat dengan kawasan pergunungan, awan semakin kelabu menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja..Alhamdulillah, dengan izin Allah, sesampai sahaja kami di Thredbo, hujan berhenti dan cuaca semakin elok..dapatlah aku keluarkan dslr aku..

Kami sempat menyewa baju, seluar dan toboggan di Jindabyne sebelum tiba di Thredbo..alangkah hampanya kami apabila sampai di Thredbo kerana terpampang tanda "No tobogganing"..yang dibenarkan hanya skiing dan snowboarding..aku memang berhasrat mencuba snowboarding..malangnya, dua orang housemate aku tidak mempunyai jiwa sekebal aku..lantas, hasrat itu aku pendamkan sahaja..kami terus membuat sesi photoshoot ringkas sebelum membuat keputusan drastik untuk ke Perisher (salah satu spot untuk tobogganing yang kami pergi tahun lepas) yang memakan masa hampir 45 minit..

Alang-alang dah nak main salji, takkan nak sia-siakan memandu sampai 3 jam kan? Perjalanan kami teruskan ke Perisher dan sekali lagi nasib menyebelahi kami..hujan telah berhenti dan matahari mula menampakkan sinarnya..apalagi, sampai sahaja di Perisher, kami terus mengangkut toboggan yang disewa ke kawasan kaki bukit..aku tidak membuang masa..terus sahaja aku slide turun bukit dengan toboggan..bukan sekali dua, malahan banyak kali..housemate aku yang dua orang itu hanya naik 2 kali sahaja..aku naik sampai tak terkira banyaknya sehinggakan housemate aku pun pelik macam manalah aku ini sangat bertenaga..mana taknya, aku kan atlit..tak sia-sia berlatih futsal dan badminton..hehe

Setelah penat bermain toboggan, kami memulakan aktiviti wajib kami iaitu sesi photoshoot..meskipun salji turun 2 kali dalam selang masa yang sekejap, alhamdulillah kerana hujan tidak turun langsung..memang nasib kami baik..sesi photoshoot juga berjalan lancar..posing baring, posing lompat, posing ayu semuanya ada..memang puas bergambar..props sedia ada pun banyak..snowman tu pun bukan kami yang buat..memang dah ada kat situ..apa lagi, tinggal pakaikan mafla sahaja..meskipun sejuk, demi mendapatkan shot yang menarik, kami redahi jua..hahaha

Gara-gara seronok sangat bermain salji, aku dan seorang lagi housemate terus demam dan batuk selama beberapa hari..aku sampaikan tak boleh bangun kerana sakit kepala..yang peliknya, housemate aku yang seorang lagi tu memang antibodi dia kuat..tak demam, tak batuk, tak selesema..memang aku tabik spring!!!

Apapun, bersyukur sangat road trip kali ini berjalan lancar..it was fun when you have great company..thank you Allah..


p/s: tak perlu pergi ramai-ramai..buat semak kepala je..kalau sikit, tapi sekepala kan lagi best?

No comments:

Post a Comment