Saturday, July 30, 2011

Ramadhan datang lagi..bersediakah kita?

Terasa cepat benar masa berlalu..pejam celik, pejam celik Ramadhan datang lagi..baru sahaja aku rasa kita semua menunaikan rukun Islam ketiga ini tahun lepas, kali ini ia menjelma kembali..maka, bersediakah kita untuk merebut peluang dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita kali ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Q.S. Al-Baqarah [2]:183).

Sesungguhnya, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa..namun, puasa yang bagaimanakah yang patut kita laksanakan? Adakah berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga? Jika begitulah cara kita berpuasa, memang sia-sia kita berpuasa selama berjam-jam lamanya..

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Hadis di atas jelas sekali menerangkan bahawa ramai yang berpuasa dan tidak memperolehi apa-apa disebabkan oleh kelalaian kita berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha untuk menjaga tingkah laku dan perbuatan kita..boleh jadi niat kita berpuasa itu sudah betul, tetapi kita masih mengumpat, mencaci, mengata serta membuat segala jenis kemaksiatan dan dosa yang lain..mungkin juga kita berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram atau memakan makanan yang syubhah..maka, sia-sia sahajalah sekiranya kita tonggang-tonggek beribadat dan solat malam tetapi masih juga terpedaya dengan pujuk rayu syaitan..

Alangkah ruginya sekiranya kita tidak merebut peluang yang Allah berikan selama sebulan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kembali kepada-Nya..tinggalkan segala yang dilarang..tingkatkan ibadah..jaga kelakuan dan peribadi dan berdoa semoga Allah menerima amalan kita..

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku" (Al Hadith)

"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya" (Al hadith)

Aku yakin ramai yang sedia maklum dengan kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan..maka, marilah sama-sama kita bersihkan diri dan tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini..moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan dapat kita istiqamah untuk terus menggiatkan ibadat di bulan-bulan berikutnya..

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara serta sahabat handai yang berada di Malaysia..semoga Ramadhan ini membawa keberkatan..

p/s: jangan beribadat di bulan Ramadhan sahaja, bulan-bulan lain kita kembali menjadi sahabat syaitan


No comments:

Post a Comment