Monday, June 27, 2011

Cuba selagi terdaya..

Bulan lepas, aku kena saman sebab speeding yang tak melebihi 10 km sejam pun daripada had laju yang dibenarkan..punyalah aku tak puas hati, aku pun buat surat rayuan untuk mendapatkan pengurangan bayaran saman..mana taknya, 157 dollar tu memang tak masuk dek akal..maka, aku pun mengarang surat yang sungguh berbunga-bunga menyatakan bahawa aku memohon agar saman aku dapat dikurangkan..aku pun google untuk melihat contoh surat yang lebih kurang serupa dengan kes aku...

Cari punya cari, aku pun dapat contoh surat yang aku rasa memang sesuai dengan aku..apalagi, tanpa berlengah, aku pun mengarang surat rayuan mengikut contoh sedia ada di samping menambah mana-mana yang patut..alasan aku adalah aku merupakan international student dan aku tidak mampu untuk membayar jumlah saman tersebut..aku juga menyatakan bahawa selama aku memandu di Australia, aku memang mematuhi had laju..mungkin pada hari tersebut, aku agak cuai dan tak perasan bahawa aku telah melebihi had laju 60 km sejam itu..

Setelah menghantar surat melalui emel, dua hari lepas aku mendapat respon bertulis dari Australian Federal Police..Alhamdulillah..sungguh tak ku sangka, saman aku telah ditarik balik..ini mesti gara-gara gaya bahasa surat aku yang berbunga-bunga sehinggakan polis yang membaca surat aku tak sampai hati untuk menyuruh aku membayar saman..hahaha..syukur sangat-sangat..dapatlah aku kumpul duit untuk membeli scooter..

Surat rayuan untuk kesalahan aku parking di loading zone pun dah aku emelkan..sekarang ini, aku menunggu respon bertulis dari pihak polis..harapnya, mereka juga bersimpati dengan aku dan menarik balik saman tersebut..Amin..housemate aku yang pernah disaman kerana tidak mempamerkan tiket parking berasa cemburu dan ralat kerana tidak membuat rayuan, sebaliknya beliau terus membayar sahaja..moral of the story, kita kena berusaha selagi terdaya..dapat tak dapat belakang kira..itu semua kerja Allah...yang penting, kita mencuba..macam kes aku, nasib baik juga aku mencuba membuat rayuan..kalau aku membayar membuta tuli, bukankah aku juga yang rugi?

p/s: surat polis tu pesan 'to maintain previous good driving behaviour'..maksudnya aku ni pemandu yang berhemah lah kan? hik

No comments:

Post a Comment