Alhamdulillah, sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..ini bermakna, Ramadhan hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum kita meninggalkan bulan mulia ini..bagaimanakah amal ibadat kita setakat ini? Adakah kita semakin seronok dan berlumba-lumba mengerjakan ibadat sunat seperti solat terawih, membaca al-Quran, Qiyamulail, bersedekah dan bermacam-macam lagi atau adakah kita semakin tidak sabar untuk meninggalkan Ramadhan dan sibuk memikirkan persiapan Aidilfitri? Alangkah ruginya sekiranya kita tidak meraih kesempatan yang ada untuk melipatgandakan pahala melalui amalan kita..Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"
Salah satu amalan yang aku ingin kongsikan di kesempatan ini adalah amalan bersedekah..ramai orang yang sebenarnya takut untuk bersedekah...mengapakah demikian? ini kerana, apabila bersedekah, kepunyaan kita samada wang ringgit atau apa sahaja yang disedekahkan seperti pakaian atau barang-barang akan berkurangan..memang betul..tidak dinafikan, apabila bersedekah akan berkuranganlah kepunyaan atau harta kita..tetapi, percaya atau tidak, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – ayat 39).
Sesungguhnya, sedekah itu dipandang tinggi di sisi Allah dan mempunyai ganjaran yang besar. Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 261:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
Bayangkan ganjaran yang kita akan terima apabila bersedekah..jika kita melabur di dalam bank sekalipun, kadar faedah yang kita dapat untuk setahun sangat sedikit..tetapi jika kita bersedekah ke Bank Allah, dengan sifat Allah yang Maha Kaya (Ya Ghani), kita akan mendapat sekurang-kurangnya 700 kali ganda..Subhanallah..siapa yang mampu beri kita sebanyak itu? tentu lah hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran sedemikian..
Seperkara yang perlu diingatkan apabila bersedekah..sedekah yang dilakukan secara sembunyi adalah lebih afdal sebagaimana tangan kanan memberi, tanpa diketahui langsung oleh tangan kiri..ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk yang seterusnya boleh merosakkan amalan sedekah..sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita kerjakan meskipun amalan kita itu sekecil biji sawi..
“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – ayat 271).
Sedekah juga tidak terhad kepada kebendaan atau harta sahaja malahan ia lebih luas daripada itu..jika kita tidak mampu untuk memberi sedekah harta, kita masih boleh bersedekah dengan tenaga atau kudrat, mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, sahabat handai dan sesama umat Islam, menjadi volunteer untuk program keagamaan, membuang kaca di jalan raya, membantu mereka yang sakit dan kurang upaya dan bermacam-macam lagi..malahan, jika kita tidak mampu untuk membuat satu pun daripada yang telah disenaraikan, mungkin kita boleh memberikan senyuman kerana senyuman itu juga merupakan suatu sedekah..dan yang paling mudah sekali adalah dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu akbar)..
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. [HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. [HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]
Mudah sungguh untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah Taala..apa yang penting, kita mestilah melakukannya dengan hati yang ikhlas..Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa manusia kecuali dosa syirik..jadi, apa yang ditunggu lagi..marilah kita menggiatkan amalan sedekah..bukan sahaja sedekah material, malahan sedekah spiritual dan juga sedekah fizikal..mudah-mudahan Allah redha dengan amal ibadat kita..
p/s: Ramadhan sudah hampir ke penghujung..hibanya
No comments:
Post a Comment