Sunday, August 1, 2010

Road trip to Snowy Mountain..

Sebenarnya, dah lama dah aku teringin nak main snow..dulu aku pernah main snow bila snow turun 2 hari berturut-turut di Birmingham..tapi setakat tu ajelah kan..alhamdulillah, semalam 31 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu, impian aku akhirnya tercapai..road trip ke Snowy Mountain ni aku pergi bersama Aisyah, G-Ar, Bibz dan kawan satu department Aisyah dan G-Ar dari Sri Lanka, Erandi..tidak dilupakan juga trip ini disertai oleh Fiza dan suaminya, Zul..memandangkan hanya terdapat seorang aje hero untuk trip kali ni, tidak dapat tidak Zul dengan paksa rela menjadi driver kami..hehe, sorry Zul..

Perjalanan dimulakan pada pukul 8.45 pagi..meeting point di ANU unilodge..aku dan Erandi dijemput oleh Aisyah, G-Ar dan Bibz dengan Land Cruiser..ni first time aku jumpa Bibz dan Erandi..Bibz ni berasal dari Sabah dan merupakan yang termuda di kalangan kami..baru 23 umurnya..tak sangka pulak aku Bibz ni orang Malaysia..mula2 dia memulakan bicara, mati2 aku ingat dia orang Indonesia..ni semua gara2 loghat Sabahnya yang saaaaangat pekat bah..tapi memang best Bibz ni..sangat happy go lucky..

So, first point kami adalah untuk menjemput Fiza dan Zul di Kambah..di sinilah bermulanya tugas berat Zul..dia kena drive ke Snowy Mountain dan kami ni umpama dayang2 di dalam kenderaan tu..borak2, makan2,..perjalanan agak lama..dalam 3 jam..dan harus diingat memandu di Australia bukan seperti memandu di Malaysia..speed limit kat OZ ni 100 km/j aje untuk highway and for certain roads, it would be 80 km/j..also, speed cameras are everywhere..jadi, semua pemandu memandu secara berhemah..

Sampai aje kami di Cooma, kami menyewa snow attire..bajet macam nak ski, tapi mahal sungguh nak menyewa..semua dalam 100 dollar lebih..maka, kami hanya menyewa boot, pants dan jaket..pants dan jaket ni sangat diperlukan sebab attire ni kalis air..kalau nak harapkan jeans aje, memang basah kuyup lah jawabnya nanti..kami juga menyewa toboggan..inilah yang akan digunakan untuk slide kat snow nanti..

Dari Cooma, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di Snowy Mountains..sebelum tiba ke kaki gunung, hujan mula turun..kami berdoa semoga hujan tidak lebat sebab kalau hujan lebat, macam mana nak main snow..bila tiba di parking lot, tiada langsung empty space..punyalah banyak kereta..lagipun kan hari Sabtu..ramai yang bawa family dan anak2 ke sini..maka, kami terpaksa parking jauh (kira-kira dalam 1 km)..sebelum turun kami makan dulu mengisi perut..semua makan dalam kereta aje sebab hujan dan snow agak lebat..bab makan ni memang tak ingat..aku bawak nasi goreng, fiza bawak baked macaroni, aisyah dan G-Ar bawak sandwich sardin..Erandi bawak donut dan biskut..memang rezeki melimpah-ruahlah..alhamdulillah..

Selesai makan, kami bersiap untuk memakai snow attire..semua pakai dalam kereta sebab kalau nak pergi toilet baru nak pakai, alamatnya memang basah kuyup nanti semua..bila keluar aje kereta, snow memang agak lebat..tak suka bila snow lebat sebab sakit bila kena muka..sebabnya, snow lebat ni macam ketul ais yang kecil..lebih kurang dalam 1mm..kalau mild snow, x sakit sebab lembut macam ABC..kami pun gerak ke snow play area bersama toboggan yang telah disewa tadi..

Bila sampai snow play area, ramai sungguh manusia...tempat untuk ski di kawasan sebelah sebab kawasan ski kena smooth..kami pun menuju ke tempat yang agak tinggi sikit sebelum mula menggunakan toboggan..first time nak guna toboggan..aku memang rasa excited sangat..mula2 aku naik sorang2..then siap race ngan G-Ar..pastu naik berdua pulak..seronok sungguh..lepas penat main toboggan, kami buat snowman..nasib baik aku tak lupa bawak glove..kalau tak, mau tangan aku kena frost bite sebab sejuk dan snow turun sekejap2..sesi fotografi tidak dilupakan..aku sedih sebab aku tak bawak turun dslr aku..snow agak lebat dan beg aku bukan kalis air..aku takut nanti lens kamera basah..nasib baik fiza dan erandi bawak kamera diorang..dapatlah kami bergambar..kamera digital pun jadi lah..

Snowy Mountain

Posing time sebelum main snow..


Aku siap untuk toboggan race ngan fiza





Aku dengan Aisyah

Berusaha menyiapkan snowman..


Snowman kami yang kemetot..

Aku sorang aje yang excited lompat..hampeh tul




G-Ar (putih), Erandi (kuning), Bibz (merah), Aisyah (hitam) & aku

p/s: seronok main snow..nice experience despite the cold and freezing snow..

5 comments:

  1. Amboi amboi amboooiiiiiiiiii! Jeles nyeee... Hikhikhik.. Snowman tu tak bleh blah.. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer..sejuk..k.zura tukar link jom?

    ReplyDelete
  3. salam kak zura, rasanya time akak pegi snowy mountains tu same dengan mira la. mira pegi mount perisher.hehehe. ni ade story pasal mira punye trip.
    check this out:

    http://amirahwhiteadmiral.blogspot.com/

    tengok kat entry snowy mountain trip day 2..=))

    ReplyDelete