Assalmualaikum semua..kali ini aku nak berkongsi resipi lagi..perhatian! resipi ini bukan untuk juadah berbuka..aku dah masak lama dah..kalau tak silap perkiraan aku, ada dalam 3 minggu..cuma baru kali ini saja aku berkesempatan untuk 'upload' gambar..dan nampaknya aku pulak terlebih rajin kali ini untuk 'update' blog..maka, dipersembahkan........Lemon chicken..amacam, nampak menarik tak? ni aku nak maklumkan bahawa tiada sebarang pengeditan telah dilakukan terhadap gambar tersebut..yang ini memang direct from camera..bagi sesiapa yang terasa macam dah terliur tu, aku kongsikan bahan-bahan dan cara memasaknya..mari kita enjoy!!
Bahan-bahan:
dada ayam * (boneless, skinless-dipotong lebih kurang 2cm x 2cm)
A. Untuk bahan perap:
2 sudu besar kicap
1/2 sudu teh garam
B. Untuk batter:
2 biji telur
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
secubit lada sulah
minyak (untuk menggoreng)
C. Untuk sos:
1/3 cawan gula
1 cawan stok ayam
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
3/4 sudu teh garam
3 keping hirisan lemon #
2 sudu teh minyak #
Cara-cara:
1. Masukkan kepingan ayam yang telah dipotong dadu (sebesar 2cm x 2 cm) di dalam mangkuk dan campurkan bersama kicap dan garam (Bahan A).
2. Pukul 2 biji telur dan masukkan bahan-bahan lain daripada Bahan B kecuali minyak. Salutkan ayam di langkah 1 dengan batter ini.
3. Panaskan kuali dan deep-fry ayam menggunakan minyak yang secukupnya. Gunakan kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak. Ketepikan ayam tersebut.
4. Untuk sos lemon, gaulkan semua Bahan C kecuali yang bertanda #. Kacau sehingga sebati dan masukkan 3 keping hirisan lemon kepada bancuhan tadi.
5. Panaskan 2 sudu teh minyak masak di dalam kuali. Masukkan campuran lemon tadi, kacau sehingga betul-betul sebati. Apbila sos bertukar menjadi jernih, keluarkan hirisan lemon dan tuangkan sos lemon ke atas ayam yang telah digoreng dan kacau. Elok dihidangkan bersama nasi putih.
p/s: selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment