Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan semua..diam tak diam, pantas sungguh masa berlalu..esok umat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa..sempena bulan yang mulia lagi barakah ini, marilah sama-sama kita mengejar pahala akhirat dengan memperbanyakkan amalan sunat..semoga Allah meredhai segala amalan kita dan semoga kita dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh kesabaran..

Kali ini, aku berpuasa di negara orang..memang perantau kota nih..hehe..alhamdulillah, puasa aku kali ini dalam keadaan cuaca yang amat dingin..di Canberra masih musim sejuk..maka, aku tidak akan kepanasan seperti di Malaysia, sebaliknya aku akan kesejukan ditemani dengan hujan yang kadang kala turun lebat dan kadang kala hanya rintik-rintik...salji memang tak ada kat tempat aku melainkan kat kawasan pergunungan macam di Snowy Mountain..waktu imsak juga agak awal..aku perhatikan untuk bulan Ramadhan ini, waktu subuh paling awal dalam pukul 4.50 pagi..huhu, maknanya, aku kena bangun lagi awal berbanding semasa di Malaysia..yang bestnya, kali ini aku tak payah bersusah-payah untuk bangun pergi kerja..kalau tak sebelum ni, lepas sahur aku akan rehat sekejap atau sambung tidur walaupun 15 minit sebelum mandi untuk bersiap ke ofis..kalau waktu sahur awal, yang bestnya, waktu berbuka pun awal juga..hehe..waktu berbuka antara pukul 5.30 hingga 5.45 petang sepanjang Ramadhan..alhamdulillah..

Untuk solat terawih, aku tak pasti kat mana nak pergi..ada yang ke masjid..ada orang bagitau aku ada juga buat di musolla..yang itu aku akan pastikan kemudian..susah-susah sangat, aku terawih saja di rumah..semoga Allah permudahkan..

Akhir kalam, salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua ahli keluargaku di mana sahaja anda berada termasuk sahabat handai dan rakan taulan di Malaysia dan juga Australia..aku memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kesilapan sama ada yang sengaja atau tidak disengajakan dalam segala perbuatan atau tingkah laku..sama-samalah kita merebut pahala dan keberkatan bulan Ramadhan..selamat berpuasa semua!

p/s: ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..(terngiang-ngiang lagu itu setiap kali Ramadhan tiba)

No comments:

Post a Comment