Wednesday, August 18, 2010

Resipi: Spaghetti meatball

Salam Ramadhan semua..macam mana puasa kali ini? alhamdulillah, di Canberra ini puasa tidak sepenat di Malaysia kerana perbezaan cuaca yang agak ketara..kalau di Kuala Lumpur, pastinya cuaca agak panas dan sememangnya akan menjadi cepat letih..tetapi di Canberra ini berlainan sekali..masih di dalam musim sejuk yang kadang-kadang mencecah kurang 10 degree (sudah tidak berapa sejuk berbanding bulan Julai) dan kadang-kadang disertai hujan yang berlarutan dari pagi hingga ke malam hari..apa pun, kali ini aku tidak perlu menempuh lautan manusia yang akan berpusu-pusu menyesakkan jalan raya apabila waktu berbuka hampir tiba kerana semua ingin berbuka puasa bersama keluarga..tetapi, i do miss the bazaar ramadhan..alangkah bestnya dapat menjamu mata dengan pelbagai hidangan dan lauk-pauk yang pasti membangkitkan selera (walaupun kadang-kadang nampak sahaja menarik, tetapi rasanya tak seberapa pun)..but I do miss keropok lekor..kalau dulu, setiap kali pergi bazar mesti akan beli keropok lekor..seringgit pun jadi..and teringin nak air sirap bandung..setakat ini dah banyak asian groceries aku pergi, namun masih tak jumpa dengan pati sirap ros..huhu..

Anyway, aku kongsikan resipi spaghetti meatball untuk sesiapa yang teringin bertukar selera...

Bahan-bahan:

spaghetti
daging cincang (minced beef)
pes tomato
cili boh
shredded cheese
bread crumbs
telur
daun parsli
bawang putih
garam

Cara-cara:

1. Didihkan air di dalam periuk dan letakkan sedikit garam. Apabila sudah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus mengikut arahan yang terdapat pada bungkusan. Pastikan pasta ‘el dente’ (kenyal) dan tidak ‘overcook’. Angkat dan toskan.

2. Pukul sebiji telur di dalam mangkuk. Hiris daun parsli. Masukkan daun parsli ke dalam telur yang sudah dipukul tadi. Campurkan bersama dengan bread crumbs.

3. Daging cincang yang telah dibasuh dan ditos digaulkan bersama bahan nombor 2.

4. Basahkan tangan dan bentukkan daging menjadi bulat. Masukkan seketika di dalam peti sejuk (kira-kira dalam 15 minit).

5. Panaskan kuali. Gorengkan meatball tadi. Angkat dan toskan minyak.

6. Hiriskan bawang putih dan tumiskan. Masukkan sedikit cili boh dan goreng sehingga pecah minyak.

7. Masukkan pes tomato dan secubit garam.

8. Masukkan meatball yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit shredded cheese apabila sudah mendidih.

9. Angkat pasta dan ianya siap untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment