Kelmarin, aku masuk tidur macam biasa..dalam pukul 12 malam memang masa aku tidur..melainkan mata aku tak mengantuk, aku mungkin akan tidur selepas pukul 12 malam..aku sekarang ini ada 2 orang housemate baru..dua-dua dari Canada..what a coincidence diorang ni dari tempat yang sama..and guess what, diorang pun ambil course yang sama..Masters in Physiotherapy walaupun kedua-dua mereka tidak mengenal satu sama lain sebelum ini..seorang ni nama Jenny, dan seorang lagi Lindsey..maka, lengkap sudah rumah aku ini..dah cukup 4 orang semuanya termasuk aku dan housemate Mexico aku yang bernama Brenda..
Kedua-dua housemate baru aku ini agak peramah..mula-mula memang aku layan jugak cakap..lama-lama, aku tengok Jenny ni lain macam..asyik nak bercakap aje kerjanya..maka, aku pun mula menjarakkan diri..aku malas nak berborak aje..si Jenny dengan Lindsey ni memang kawan baik buat masa ini..bukan setakat satu course, diorang ni pantang ada peluang kat rumah tu..mesti akan berborak bila ada free time..yang aku tak larat sebab dua-dua ni akan melaung dari bilik masing-masing untuk bercakap..ish, mengganggu privacy betul..sebab bilik aku ni bukannya kedap bunyi..jadi, suara diorang berborak tu memang boleh aku dengar dari bilik aku sebab bilik aku ni sebelah bilik Jenny..aku tak kisah pun diorang nak borak..cuma, bila borak tu agak-agaklah kan..dah namanya pun duduk berkongsi..kadang-kadang tu diorang ketawa terbahak-bahak..kuat gila..meluat aku mendengarnya..
Aku sebenarnya nak cerita yang sebelum aku masuk tidur kelmarin, aku dengar diorang bertiga nak pergi party..aku tak tahu diorang nak berparti kat mana tapi yang aku pasti, aku dengar Jenny tanya Lindsey tak nak ajak aku sekali ke..(diorang borak betul-betul depan bilik aku..takkan aku tak dengar kan?)..Brenda cakap tak payah sebab mungkin aku dah tidur..aku memang jenis kalau dah masuk bilik, aku akan terus tutup pintu bilik..sebab kalau aku renggangkan, memang ada kemungkinan yang aku kena layan diorang bercakap..lagipun, kalau aku renggangkan pintu, susahlah aku nak bukak tudung..terima kasih lah Brenda..dia sangat memahami..kalau tak, mungkin aku dah diajak berparti sekali..
Maka, ketiga-tiga housemate aku pun keluar dalam pukul 11 lebih kalau tak silap aku sebab aku dengar bunyi pintu dibuka..dalam pukul 12 malam, aku pun bersiap untuk tidur..kali ni, aku dah tak mengalami masalah susah tidur..getting better although at times I can't sleep and I will be restless up until 3 or 4 am..selang 2 jam kemudian yakni pukul 2 pagi, aku dengar pintu rumah dibuka..hmm, dah balik dah diorang ni..aku memang akan cepat terjaga kalau ada bunyi bising..tau ajelah diorang ni..bila lepas balik berparti, mesti diorang akan mabuk-mabuk..aku dengar ada suara tiga orang lelaki yang berlainan..aku tak dapat nak pastikan semua lelaki tu dari mana..yang pasti bukan orang OZ sebab slang English diorang berbeza..
Aku ingatkan lepas dah habis berparti, diorang akan terus tidur..rupa-rupanya tidak..sangkaanku meleset..diorang sambung pulak minum-minum di rumah aku..dalam 15 minit kemudian, dua orang lelaki mula beransur..tinggal seorang aje lelaki dalam rumah aku..dari pengamatan aku, lelaki itu agak mabuk sebab dia bercakap yang bukan-bukan..aku dengar Lindsey menawarkan air kepada lelaki mabuk itu..dia minum..kemudian, aku dengar Lindsey offer dia bacon..lelaki itu tidak mahu..mungkin sudah kekenyangan..tapi Lindsey berkeras mahu lelaki itu makan juga bacon itu..Lindsey bertanya "Don't you eat bacon?"..lelaki mabuk itu jawab,"Yes, alhamdulillah...I eat bacon"..terus aku terdiam..lelaki itu orang Islam dan dia dengan sewenang-wenangnya makan makanan yang memang diharamkan dalam Islam..memang kurang ajar..buat malu orang Islam aje..biadap sungguh perlakuan dia..memang tak boleh diterima akal..
Itulah dia orang Islam sekarang..asal boleh aje..dah tak kenal halal haram..bab makan semua diambil ringan..tapi aku memang tak terkejut..sebab aku memang ada berkenalan dengan seorang pelajar Iran baru-baru ini..dia bertanya sama ada aku ni orang Islam atau tidak..aku jawab, "Yes, I am a Muslim"..lepas itu dia tanya lagi.."Do you eat halal food?"..lantas, aku jawab "I do eat halal food, but it's quite hard to get it in the university. You have to go to somewhere else to get it"...nak tahu apa yang dijawab pelajar Iran itu? dia beritahu aku "I do eat halal food, but sometimes I do eat pork. The pork does not taste nice as chicken"..memang selamba aje dia cakap macam tu..tak ada langsung perasaan bersalah..itulah dia harga modenisasi..orang Iran ni setahu aku (this is what I know although my knowledge may be limited and please correct me if I am wrong), Iran ini terbahagi kepada dua kelompok..satu kelompok yang sangat moden dan langsung tidak mengamalkan ajaran Islam walaupun mereka Islam pada nama (golongan berfikiran sekular)..manakala yang satu lagi sangat patuh pada ajaran Islam dan amat mementingkan perkara-perkara halal haram dan sebagainya..
Cabaran hidup merantau ini memang berat..terutama bila bab makan, ramai yang akan mengambil ringan perkara ini..pelajar Malaysia juga tidak terkecuali..ada sesetengah pelajar Melayu (lelaki terutamanya) memang tidak menjaga bab halal haram ini..asalkan makanan tersebut boleh dimakan (contoh: ayam, daging, etc.), mereka tidak kisah sama ada ia disembelih oleh orang Islam atau tidak..mereka akan makan apa sahaja asalkan bukan babi..entahlah, tepuk dada tanya selera..situasi sekarang ini bukannya darurat..ayam dan daging halal masih boleh dibeli..cuma perjalanan mungkin akan mengambil masa..tapi, kalau benda asas pun tidak dijaga, nanti kan ia akan menjadi darah daging..macam mana ilmu nak masuk?
p/s: kalau aku tahu lah siapa lelaki mabuk yang singgah ke rumah aku kelmarin, memang aku dah tegur dia..
Semi-vegetarian diet jer kak zura badan pn sihat ... :)
ReplyDelete