Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita?

Hari ini Hari Kemerdekaan ke-53 buat Malaysia, tanah air ku..maksudnya sudah 53 kali Hari Kemerdekaan disambut sejak Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah pada 31 Ogos 1957..kalau sambutan kemerdekaan disamakan dengan umur manusia, maknanya orang itu sudah berusia lebih daripada separuh abad..umur yang cukup matang bagi aku..hampir mencecah umur persaraan..masakan tidak matang, malahan penuh dengan pengalaman dan asam garam kehidupan..

Kalau diimbas kembali Malaysia kini dengan Malaysia 53 tahun dulu, sudah pasti banyak sungguh perbezaannya..perbezaan yang sangat-sangat ketara..dari aspek kemajuan dan perancangan bandar, lanskap, malahan tidak dilupakan pembangunan dari aspek kerohanian, pendidikan dan juga perkembangan atau asimilasi budaya..kalau suatu ketika dahulu, Kuala Lumpur yang pada asalnya merupakan kawasan lombong bijih timah, kini semua itu hanya tinggal memori..Kuala Lumpur kini padat dengan hutan konkrit dan bangunan pencakar langit, termasuk Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang menjadi ikon kemegahan Malaysia..Kuala Lumpur kini sangat pesat pembangunannya sehinggakan ramai warga kota mula mencari kediaman di pinggir kota demi mendapatkan ketenangan dan lari daripada hiruk-pikuk dan hingar-bingar kota..

Arus pemodenan yang melanda Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khususnya tidak dinafikan turut menerbitkan rasa bangga di hati ku..masakan tidak, meskipun Malaysia hanya sebuah negara membangun dan kelihatan sangat kecil di peta dunia, namun nama Malaysia dikenali hampir di seluruh dunia..walaupun tidak setaraf dengan Amerika dan negara Eropah lain, namun aku percaya sedikit masa lagi Malaysia akan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain..

Walau bagaimanapun, apa yang amat membimbangkan adalah betapa sahsiah anak-anak muda kini yang bagaikan tidak mempunyai harga..saban hari kelihatan di dada-dada akhbar dilaporkan kes pembuangan anak..anak dibuang di masjid, anak dibuang di dalam tong sampah..anak dibuang di dalam tandas..anak dibuang di tempat pembuangan sampah..di manakah letaknya akal mereka? peningkatan kes buang bayi ini menunjukkan bahawa kes-kes zina juga turut bertambah..betapa rendahnya moral muda-mudi zaman sekarang sehingga tidak tahu membezakan antara yang hak dan yang batil..apa gunanya mata pelajaran Agama Islam yang diajarkan di sekolah jika pengetahuan yang ada tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian? apa gunanya guru-guru dan di manakah peranan ibu bapa jika anak-anak bertindak sedemikian rupa?

Tidak cukup dengan isu pembuangan anak, isu dadah, rempit, minum arak dan bermacam-macam gejala sosial yang rasanya aku sendiri pun tidak sanggup untuk menyebutnya, semuanya kita yang monopolinya..aku bukan ingin bersikap prejudis..tetapi kalau diteliti, memang gejala sosial ini majoriti pelakunya adalah orang MELAYU...jangan tuding jari pada bangsa lain..akuilah bahawa bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam ini memang dalam keadaan yang parah..ada penyakit yang perlu dirawat..banggakah kita bila kitalah 'raja' dalam segala masalah sosial? mampukah kita hanya berdiam sahaja apabila melihat kaum kerabat kita leka dan hanyut dalam 'dunia' ciptaan mereka? mahukah kita melihat bangsa kita ditindas oleh kaum lain yang jauh lebih baik pencapaiannya?

Maka, marilah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik..merdekakan diri dan jiwa..

p/s: Kemerdekaan hilang ertinya jikalau minda kita masih tidak merdeka..

No comments:

Post a Comment