Friday, August 13, 2010

'Temuramah' tidak rasmi



Dua hari lepas, aku ‘ditemuramah’ dalam satu sesi ‘bual bicara’.. bual bicara kali ini agak serius dengan mengambil isu agama selaku fokus utama..bual bicara apakah yang aku maksudkan ini? sebelum kalian mula berimaginasi, lebih baik aku berterus-terang sahaja bagi memudahkan cerita..

Begini, sebelum ini kan aku pernah maklumkan yang aku ada dua teman serumah yang baru dari Kanada bukan? Kedua-dua teman serumah aku ini aku yakin dan 100% pasti bahawa mereka bukannya orang Islam..maka, apabila aku memberitahu mereka bahawa aku akan mula berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan, mereka kelihatan terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung..berpuasa? kenapa? bagaimana? mengapa? kesemua soalan-soalan ini bermain di benak mereka..almaklumlah, aku pasti mereka tidak pernah bergaul dengan orang beragama Islam sebelum ini..keadaan ini berlainan dengan kedua-dua penyelia aku..aku baru berjumpa mereka untuk satu sesi perbincangan yang agak panjang lebar dan mereka maklum bahawa aku berpuasa..malahan mereka berkata “it’s the Ramadhan month right?”..aku senang sekali menganggukkan kepala tanpa perlu mengulas lanjut..

Maka, apabila aku mula memasak nasi lemak sebagai juadah berbuka pada hari pertama berpuasa (nota: aku tidak makan nasi selama seminggu, jadi makan berat itu ‘dibolehkan’), salah seorang teman serumah aku dari Amerika Utara itu lantas mengambil kesempatan untuk ‘menemubual’ aku untuk mendapatkan jawapan..

Soalan pertama: Why do you fast?

Aku menjawab (pastinya aku menjawab dalam Bahasa Inggeris): Orang Islam berpuasa bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga..juga puasa itu dilakukan sebagai mentaati perintah Allah..ini merupakan satu kewajipan dan wajib dilakukan oleh orang yang cukup syarat untuk berpuasa..

Soalan kedua: What is the significance of fasting when you know you can eat after some time?

Fuhh, soalan dia ini memang macam soalan wartawan melodi..soalan terjah namanya..tapi, aku masih mampu bertenang..lantas, aku menjawab bahawa puasa ini selain daripada mentaati perintah Allah yang menciptakan manusia, ia juga dilakukan bagi membolehkan semua manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan walau di mana sahaja mereka berada merasai bahawa mereka mempunyai asas pegangan yang sama..penyatuan dalam beribadah..aku menambah lagi bahawa puasa juga mampu menginsafkan manusia yang mana mereka dapat merasai bagaimana mereka yang kurang bertuah (miskin, fakir) menjalani kehidupan meskipun berpuasa hanya selama beberapa jam..

Soalan ketiga: What do you call that? ('that' merujuk kepada tudung aku)

Aku menjawab: This is called head cover.

Soalan keempat: Do you wear it all the time?

Aku menjawab: Aku memakainya setiap masa apabila keluar dari bilik. Di dalam bilik, aku bebas membukanya. Begitu juga apabila bergaul dengan kawan sejantina yang beragama Islam, aku bebas membuka tudung. Cuma, apabila aku berhadapan dengan orang berlainan jantina dan juga orang bukan Islam yang sejantina, aku perlu memakai tudung.

Soalan kelima: Don’t you feel contained when you wear it?

Aku jawab lagi: Mula-mula memakai tudung, memang akan terasa sedikit. Tetapi, lama-kelamaan, alah bisa, tegal biasa (peribahasa ini aku tak beritahu dia pun..haha)

Maka, berakhirlah sesi bual bicara terhangat abad ini ketika waktu berbuka sudah hampir tiba..teman serumah aku meminta maaf kerana bertanyakan soalan yang ‘macam-macam’ katanya..aku tidak menyalahkan dia, malahan aku senang sekali apabila dia bertanya kerana bukankah kita perlu mendapatkan jawapan jika ada persoalan di benak fikiran? aku lantas membawa nasi lemak berserta ayam serai ke dalam bilik untuk berbuka puasa..alhamdulillah, kenyang..hehe

p/s: sukar untuk aku menerangkan di dalam bahasa Inggeris kerana jarang aku ditanya perihal agama..kalau hal-hal lain, lancar sekali aku menjawabnya..:)

No comments:

Post a Comment