Monday, August 23, 2010

Resipi: Bubur pulut hitam

Aku sebenarnya di Malaysia jarang memasak sebab tak praktikal untuk aku membazir masa dan tenaga sedangkan banyak kedai makan yang tersedia untuk aku bazirkan wang aku untuk mengisi perutku..tambahan pula, hanya aku dan abang aku sahaja yang akan memakannya nanti..dari sudut ekonomi, membeli makanan di kedai makan adalah lebih murah berbanding kos memasak untuk dua orang..namun begitu, apabila aku menjadi perantau kota dan tinggal di kawasan yang tiada sebarang kemudahan kedai makan halal seperti di Malaysia yang kadang-kadang beroperasi sehingga 24 jam, aku tiada opsyen lain melainkan memasak sendiri..

Minggu lepas, aku teringin hendak makan bubur pulut hitam..(I miss Mama's bubur pulut hitam..) maka, aku pun pergi ke Asian groceries untuk membeli beras pulut hitam..dan juga gula Melaka.. (baru aku tahu gula Melaka ni rupa-rupanya palm sugar in English..hehe)..misi memasak bubur ini mengambil masa yang agak lama untuk memastikan beras betul-betul lembut..dahlah rumah aku ini dapurnya dapur elektrik..jadi, kepanasannya tidak setanding dengan dapur gas..kira-kira sejam juga baru beras pulut ini empuk..so, sesiapa yang teringin nak buat bubur ini, bolehlah mencuba ya..

Bahan-bahan:

beras pulut hitam
gula Melaka
gula pasir
santan
garam

Cara-cara:

1. Basuh beras dan masakkan di dalam periuk sehingga lembut. (Air perlu diperhatikan selalu agar tidak kering. Tambahkan air mengikut keperluan)

2. Setelah beras empuk, masukkan gula Melaka dan gula pasir (mengikut kesesuaian).

3. Kemudian, masukkan sedikit garam dan juga santan.

4. Angkat dan hidangkan. (Boleh dimakan semasa panas atau disejukkan di dalam peti ais)

No comments:

Post a Comment