Monday, August 23, 2010

Aku 'dibuli' lagi..

Bulan Ramadhan bulan menguji diri..medan ujian yang menguji keimanan para hamba yang mengaku Allah sebagai Tuhan sekalian alam..satu-satunya bulan yang dituntut Allah supaya hamba-Nya berpuasa selama sebulan..menahan lapar dahaga..malahan bukan itu sahaja, penglihatan, pendengaran mahupun percakapan harus dijaga..supaya amalan puasa tidak sia-sia, malahan mendapat ganjaran yang besar dari Allah Yang Maha Esa..

Bukan niatku ingin memburukkan sesiapa, tetapi sekadar ingin meluah rasa..semalam, aku 'dibuli' lagi..oleh orang yang sama yang pernah aku ceritakan sebelum ini..seorang 'senior' yang sangat pandai bermain kata-kata..

Ceritanya begini..semalam, satu majlis iftar untuk komuniti muslim yang merangkumi perwakilan daripada pelbagai negara diadakan di universiti..maka, perwakilan setiap negara telah bersetuju untuk menyediakan hidangan seperti yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat sebelum ini..maka 'senior' aku ini mencadangkan bahawa perwakilan dari Malaysia akan menyediakan popia dan juga sayur campur bersama nasi putih..dan nama aku telah dimasukkan sebagai bendahari tanpa persetujuan aku..itupun aku tahu melalui minit mesyuarat yang diemelkan kepada aku..aku pun tak tahu apa tujuannya nama aku diletakkan sebagai bendahari sedangkan setiap negara perlu mencari sumber kewangan sendiri untuk tujuan penyediaan makanan tersebut..antara perwakilan yang bersetuju untuk menyertai iftar kali ini adalah daripada Indonesia, Arab, Pakistan, Libya dan juga Afghanistan..

Maka, senior aku ini mencadangkan agar penyediaan makanan diadakan di rumah beliau bermula pada pukul 1.30 tengahari..namun begitu, dalam pukul 9.30 pagi aku menerima panggilan daripada beliau..aku dah agak dia mesti akan menelefon aku untuk mengajakku pergi membeli bahan-bahan..aku silentkan phone kerana aku tahu nanti mesti aku juga yang kena 'drive' sebab dia percaya pada aku..panggilan beliau aku terima bertalu-talu termasuk beberapa sms yang mengajak aku menemaninya..aku hanya ignore semua panggilan dan sms tersebut..aku tidak mahu dibuli..kawan beliau ramai..kenapa masih aku juga yang menjadi 'mangsa'?

Tepat jam 2.30 petang, seorang junior menelefon aku..dia meminta aku datang untuk menolong menyediakan makanan...katanya, hanya dia seorang sahaja yang baru tiba..arghh, malas sungguh aku..lambat-lambat aku menyiapkan diri..sampai di rumah senior itu, aku diajukan pertanyaan kenapa tidak menjawab panggilan dan sms..aku beritahu yang aku sakit kepala sebab tidur lewat malam tadi dan tak perasan yang telefon bimbitku dalam mode silent (bukan vibrate)..itu semua alasan yang aku cipta untuk tidak menampakkan bahawa aku sebenarnya malas untuk melayan panggilan tersebut..

Maka, perkara pertama yang disuruh oleh senior itu adalah untuk memotong carrot dan kobis untuk dibuat sayur campur..selang beberapa minit kemudian, beberapa junior lain datang untuk membantu..alhamdulillah, kurang sikit beban kerja..selesai memotong sayur-sayur untuk hidangan 80-100 orang, tiba-tiba aku mendapat 'arahan' dari senior yang sungguh bossy tak ingat dunia itu..dia menyuruh aku menggoreng sayur campur itu..

Senior: Ikut you lah nak goreng sayur tu macam mana..I ikut aje..

Aku: Kenapa pulak I yang kena goreng? I datang nak tolong potong aje..

Senior: Alah, I ni tak tau masak..you masak semua sedap..(ini ayat pemanis mulut..bensi!!)

Aku mencuka..aku tak kisah kalau dia dah bagitahu aku awal-awal mintak tolong aku masak..ni tak ada courtesy langsung..suka menggunakan kuasa veto selaku presiden untuk mengerah orang..suka buat orang tersepit dan susah untuk mengatakan tidak..dapat pulak orang macam aku ni yang 'hati kuntum'..

Maka, mengenangkan bulan puasa dan aku pun malas nak bertekak, aku terus memotong bawang untuk menggoreng sayur..dahlah rumah beliau tiada langsung bahan perencah (e.g ikan bilis, udang kering, sos tiram, etc,)..nampak sangat tak masak..akhirnya, aku hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih (ini pun daripada botol)...dan beliau hanya menanak nasi..alangkah mudahnya kerja dia..

Itu cerita semalam..hari jumaat lepas pun aku 'dibuli' juga oleh senior itu..aku bersama-sama pelajar Malaysia yang lain semua bermain futsal walaupun kami yang Melayu ini berpuasa..selepas habis bermain futsal, senior aku ini mencadangkan untuk berbuka bersama di rumahnya..aku menolak dengan berbagai alasan, tetapi beliau masih memaksa..katanya aku asyik berbuka seorang diri, apa kata kita buka bersama-sama..beliau menambah, dia akan ajak beberapa pelajar Malaysia yang lain untuk berbuka bersama walaupun mereka bukan Islam..aku dengan keberatan mengangguk..

Balik rumah, aku menggoreng bihun dan membuat bubur pulut hitam..dalam pukul 4.45 petang, pintu rumah aku diketuk..bila aku buka, senior aku terus masuk rumah..dia meminta aku menggoreng sayur campur..dia kata dia perlu mengambil seorang kawan kami yang duduk di luar..persoalannya, tadi di court dia sendiri yang beritahu bahawa dia akan memasak nasi, goreng sayur dan beli ayam panggang..alih-alih, aku pula yang dikerahnya untuk menggoreng sayur..dahlah tak cakap tolong..sesuka hati menyuruh aku sedangkan dia yang memberi cadangan untuk berbuka bersama-sama..(nota: kawan kami yang dia nak ambil itu adalah seorang non-muslim..maksudnya dia tidak berpuasa..dan senior aku itu masih ada masa untuk memasak sebelum pergi mengambil kawan kami itu)..memang dasar kuku besi..very bossy..

Majlis berbuka di rumah senior aku itu pada mulanya dia hanya mengajak beberapa orang..dalam tujuh orang kalau tidak silap aku..tiba-tiba, lama-kelamaan, semakin ramai pula yang datang..masing-masing membawa kawan dan juga potluck..aku dah agak dah..memang itu yang akan terjadi..kalau dia kata sikit, aku tidak percaya..sebab senior aku itu ramai kawan dari bangsa asing..international katanya..daripada tujuh, akhirnya menjadi hampir 20 orang..lepas makan, aku mula rimas dan rasa tidak selesa..nasib baik aku 'cuti'..dalam pukul 8.30 malam, kawan aku telefon..dia nak ajak lepak di McCafe..alhamdulillah, inilah alasan yang aku cari untuk meloloskan diri..thank you my friends..aku lebih selesa melepak dengan kawan-kawan yang aku baru kenali itu daripada berlama-lamaan di rumah itu..

p/s: Aku kena belajar untuk mengatakan 'tidak'..aku tak mahu 'dibuli' lagi..tolooongg!!

No comments:

Post a Comment