Persoalannya: ketiga-tiga orang teman serumah aku bercadang untuk membuat parti harijadi yang ke-23 tahun untuk salah seorang daripada mereka..jika mereka beragama Islam, aku senang sekali akan menawarkan diri untuk membantu..malangya, mereka tidak sealiran fahaman dengan aku..malahan aku tidak senang apabila mereka berhajat untuk berparti kerna aku masak benar dengan gelagat mereka apabila nafsu menguasai akal..apa sahaja bisa terjadi..
Maka, aku hanya menganggukkan kepala seperti acuh tidak acuh apabila mereka "menjemputku" ke parti yang akan diadakan di rumah aku yang tidak berapa besar itu..dahlah sekarang ini bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..kesucian bulan ini bakal dicemari dengan tindakan mereka yang agresif berparti..ohh, alangkah bagus jika mereka dapat sama-sama menghormati bulan ini..if only they knew..
Nasibku baik..beberapa hari lepas aku menerima jemputan berbuka puasa di HICOM..High Commission of Malaysia..jemputan yang terbuka untuk rakyat Malaysia yang berada di Canberra..alhamdulillah..ini yang aku cari untuk dijadikan alasan untuk tidak menghadiri parti..tetapi, aku masih punya satu masalah..usai berbuka nanti bukankah masih awal dan aku harus pulang menghadapi manusia-manusia yang girang berparti sakan itu? ah, biarlah..itu aku fikirkan kemudian..yang penting, aku harus keluar dari rumah sebelum mereka mula menjadi 'liar'..
Perjalananku ke HICOM bermula dengan menumpang kawanku yang berkereta..kami terpaksa berbuka di dalam kereta kerana kawanku mempunyai beberapa urusan sebelum itu yang menyebabkan kami kelewatan sedikit..alhamdulillah..berbuka dengan kurma bukankah mengikut sunnah nabi? apabila kami tiba di HICOM, kami dijamu dengan kuih muih yang manis..kuih apam, bingka jagung, bubur asyura..selesai makan, kami solat Maghrib berjemaah..selepas solat, inilah acara yang ditunggu-tunggu semua..MAKAN!!
Berbuka puasa malam itu memang meriah..kami dijamu dengan pelbagai lauk-pauk..ada ayam percik, kari daging, ikan masak asam, ikan masak sweet sour, sayur dan ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin..memang cukup kenyang kami malam itu…alhamdulillah atas kurniaan rezeki..bukan itu sahaja, kami juga dijamu dengan segala macam dessert dan juga teh tarik (teh tarik malam itu memang best! terbaik)..selepas melantak bermacam-macam juadah, kami terus berjalan ke Masjid Yaramlula untuk solat Isyak dan berterawikh..
Seronok dapat berterawih secara berjemaah kerana aku melakukannya sendirian sahaja di bilik untuk beberapa hari yang lepas..agak berbeza solat terawikh di masjid ini kerana imamnya membaca satu juzuk satu malam untuk lapan rakaat dan tidak berhenti untuk doa selang empat rakaat seperti di Malaysia..selepas solat, kami dijemput oleh Uncle Lan yang telah lama menetap di bumi Canberra ini..lebih 20 tahun Uncle Lan dan isterinya Auntie Anoi bermukim bersama dua orang anak mereka..
Uncle Lan memberi aku dua opsyen ketika aku masuk ke dalam Land Cruiser nya..opsyen pertama, dia menghantar aku pulang ke Belconnen..opsyen kedua, aku bermalam di rumahnya..nasibku baik..kawan yang sama-sama mengambil Phd dengan aku meskipun berlainan universiti di Canberra ini membuka mulut mengajakku tidur di rumah Uncle Lan (kawan aku itu memang tinggal di rumah Uncle Lan bersama beberapa rakan lain)..aku sememangnya merasa berat untuk pulang ke rumah kerana malam masih muda..jam di tanganku menunjukkan pukul 9.45 malam..masih awal dan barangkali parti di rumah masih belum ‘liar’ kerana teman serumahku kata parti akan bermula pada jam 8 malam..
Meskipun aku tidak membawa baju untuk bermalam, aku nekad untuk tidur di rumah Uncle Lan..alhamdulillah..Allah mengerti bahawa aku merasa berat untuk pulang ke rumah malam itu..maka, aku menghabiskan masa bersama teman-teman lain menonton VCD sebelum kami melelapkan mata untuk tidur..
Keesokan harinya, aku dihantar pulang oleh Uncle Lan dan Auntie Anoi meskipun aku berkeras untuk menaiki bas sahaja..pukul 10 pagi, aku tiba di rumah..sebaik sahaja aku membuka pintu, aku sedikit terkesima..rumahku tunggang-langgang..kedudukan sofa senget-benget..bau arak memenuhi ruang udara living room yang agak kecil itu..botol-botol arak ku lihat bertimbun dan bersepah-sepah di dapur..dua orang teman serumahku sibuk mengemas sampah yang bertaburan di lantai..aku menegur mereka dan bertanya berkenaan parti semalam..mereka menjelaskan seramai 25-30 orang datang ke parti itu dan parti selesai jam 4 pagi..
Syukran Ya Allah…nasib baik aku dijemput ke majlis berbuka puasa dan syukur juga aku diajak untuk bermalam di rumah Uncle Lan..aku tidak tahu dan tidak dapat membayangkan bagaimanakah nasib aku jika aku berada di rumah pada malam parti itu..bergelumang dengan maksiat..meskipun aku tidak merelakannya terjadi di rumah aku sendiri..sememangnya aturan-Mu itu yang terbaik untuk aku..hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
p/s: janganlah ada parti lagi di rumah ini..aku tak sanggup menghadapinya
No comments:
Post a Comment