Friday, December 3, 2010

Syukran Allah..

Alhamdulillah, minggu lepas pada tanggal 25 November, usiaku bertambah setahun lagi..syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas kurniaan-Nya kerana masih diberikan peluang untuk menghirup udara tanpa henti dan tetap bernafas..terima kasih juga aku ucapkan kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mengirimkan sms dan juga ucapan melalui facebook..memang aku tak sangka ucapan melalui facebook sahaja berjumlah hampir 100 daripada saudara-mara dan kawan-kawan di Malaysia dan juga Australia..meskipun kali ini aku menyambut ulangtahun kelahiran di bumi Canberra, kemeriahannya tetap terasa bersama kawan-kawan yang sanggup meluangkan masa walaupun sibuk untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir penggal..

Apa pun, aku berdoa semoga Allah memudahkan kembara aku dalam meniti pengajian PhD yang sungguh mencabar dan berliku..semoga aku diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah..semoga jodohku juga dipermudahkan..Amin..

p/s: special thanks to my dearest families and friends, near and far for the birthday wishes..may the wishes bloom into reality..insya-Allah

Wednesday, November 24, 2010

Seminggu sahaja lagi..

Alhamdulillah, sampel yang aku tunggu sejak lebih dari tiga bulan sampai jua akhirnya Sabtu lepas dari Malaysia meskipun lewat sehari daripada jangkaan..sepatutnya, sampel tersebut tiba pada hari Jumaat petang, namun kerana masalah dengan pihak kastam di Sydney, sampel hanya dapat dihantar pada pagi Sabtu..nasib baik sampai juga sampel aku tanpa sebarang masalah..aku hanya bimbang jika sampel aku tidak dibenarkan memasuki negara Australia memandangkan pihak kastam mereka agak tegas dengan kemasukan apa sahaja barang dari negara luar..apa pun, aku bersyukur semuanya berjalan lancar dan kini, sampel darah telah selamat aku simpan di dalam freezer -20 darjah Celcius manakala sampel ikan yang telah siap 'freeze-dry' aku simpan kemas di dalam laci di bilik pelajar pasca sarjana..

Apa pun, minggu ini yang berbaki hanya dua hari (esok dan Jumaat) aku manfaatkan dengan mengemas bilik kerana hari Isnin dan Selasa aku menyelesaikan kerja-kerja yang perlu aku siapkan sebelum pulang bercuti..aku sempat juga berjumpa Bill tadi sambil meminta beliau mengisi borang performance appraisal yang perlu aku hantar ke JPA awal tahun hadapan..sempat juga Bill mengucapkan selamat jalan dan selamat bercuti kepada aku..sebelum beransur, Bill meminta aku berjumpa Simon untuk mengucapkan adios..aku terserempak dengan Simon ketika aku hendak keluar dari makmal..katanya, dia sibuk hari ini dan dia meminta aku berjumpa dengannya esok..arghh, hancur rancangan ku..aku malas mahu ke school esok tapi apakan daya..mungkin ada amanat yang ingin disampaikan sebelum aku bercuti..

Balik ke bilik, kepala ku pening..bilik ku macam tongkang pecah kerana barang-barangku bersepah-sepah..esok adalah hari terakhir aku tinggal di New Ressies..alhamdulillah, tahun hadapan aku akan berpindah ke rumah Aunty Anoi dan tinggal bersama-sama kawan-kawanku yang juga sedang mengikuti PhD di ANU..seronok kerana aku tidak perlu lagi pening kepala dengan perangai kawan serumah ku yang agak pengotor dan bising itu..juga, aku tidak perlu lagi menghadapi bunyi bising dari parti yang mereka anjurkan di rumah bersama kawan-kawan mereka sambil mereka bergembira sakan dan mabuk-mabuk..

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum aku menjejakkan kaki ke Malaysia, tanah airku..bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"..walau bagaimana seronok pun berada di perantauan, aku tetap mendambakan kehidupan di tanah kelahiranku..alangkah seronoknya tidak perlu mempunyai catuan makanan dan bebas untuk makan di restoran yang menyajikan hidangan halal yang menepati selera..aku dah terbayang-bayang ikan bakar di Pernu..

p/s: habislah diet ku nanti..mesti berat aku naik lagi..

Resipi: Roti jala dan kari ayam


Dah lama dah aku teringin nak makan roti jala..maka, aku pesan pada sepupu aku yang bertandang ke Melbourne tempoh hari untuk membawa bekas untuk membuat roti jala yang dikirim oleh mama ku..alhamdulillah, menjadi roti jala aku..sedang elok..senang je nak buat..jom, tengok resipi..

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
secubit garam
beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara:

1. Ayakkan 2 cawan tepung gandum. Masukkan ke dalam bekas.

2. Masukkan air ke dalam bekas yang berisi tepung tadi sambil dikacau perlahan-lahan. Pecahkan sebiji telur. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan garam dan pewarna kuning.

4. Kisarkan adunan di dalam pengisar untuk mendapatkan batter yang tidak bergentel.

5. Panaskan non-stick pan dengan minyak yang dicelup di atas kertas tisu.

6. Masukkan adunan di dalam bekas dan jala adunan sehingga habis satu-persatu.

7. Hidangkan bersama kari ayam.

Thursday, November 18, 2010

Usaha tangga kejayaan!

Beberapa hari kebelakangan ini, aku pergi ke lab dengan misi baru..setelah analisis awal yang aku lakukan dengan sampel darah Simon tempoh hari, keputusan analisis menggunakan ICP-MS agak kurang memberangsangkan..mana tidaknya, standard untuk total mercury yang aku sediakan menunjukkan bacaan negatif..ertinya, dalam kata lain, tiada merkuri langsung di dalam standard itu..

Keadaan ini boleh terjadi disebabkan oleh:

1. Merkuri (dengan simbol kimia, Hg) mempunyai kecenderungan untuk melekat pada dinding centrifuge tube. Maka, meskipun standard telah dipipet dengan betul, merkuri masih boleh melekat di hujung tips menyebabkan bacaan standard kurang daripada yang diingini.

2. Teknik pipet yang kurang tepat (meskipun aku yakin bahawa sebab nombor 1 lebih utama, tetapi aku hanya manusia biasa..cenderung untuk melakukan kesilapan)

Maka, setelah berbincang dengan Frank (lab manager) yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad di dalam bidang kimia analitikal, aku mengambil keputusan untuk memperbaiki teknik aku menggunakan pipet..bermula dari hari Isnin sehinggalah hari Khamis, aku memperuntukkan masa selama kira-kira 2 hingga 3 jam dengan berlatih menggunakan pipet..

Pemerhatian aku adalah:

-aku mengakui kesilapan aku selama ini menggunakan pipet kerana meskipun aku menggunakan pipet 1 ml untuk mendapatkan 1 ml larutan, bacaan yang aku dapat adalah melebihi 1 ml.. (bacaan yang aku perolehi adalah 1.0126 ml..kadang-kadang ada yang terlebih daripada ini..nampak sangat teknik aku silap)

-Frank menunjukkan aku cara sebenar menggunakan pipet (basahkan tip sebanyak 3 kali dengan larutan yang dikehendaki dan kali ke-4 barulah larutan disedut dengan perlahan untuk mengelakkan gelembung udara)

Aku hanya menggunakan air paip untuk latihan menggunakan pipet ini..setelah mencuba beberapa pipet 1 ml yang terdapat di makmal, aku telah berjaya menemui pipet yang paling jitu dan tepat untuk aku gunakan..dengan syarat, teknik aku betul..maka, pipet yang lain aku nyahkan dari pandangan..

Latihan ini memang memerlukan kesabaran..aku hampir putus asa kerana setiap kali aku pipet, aku mendapat variasi pada bacaan..sekejap lebih 1 ml, sekejap kurang pula dari 1 ml..aku sempat juga bertanya pada Encik Google untuk tips menggunakan pipet..jari-jemari aku pula menjadi lenguh..kondisi yang boleh dinamakan sebagai repetitive stress injury..tetapi belum serius..hehe..lantas, aku meneruskan latihan setiap hari tanpa jemu meskipun kadang-kadang aku berasa malu kerana student lain semuanya dah mulakan eksperimen mereka dan aku pula terkedek-kedek berlatih menggunakan pipet..tidak mengapa, untuk mendapatkan keputusan yang tepat, latihan amat perlu..

Bak kata orang putih, practice makes perfect..akhirnya, hari ini, aku berjaya mendapat bacaan yang tepat, iaitu 1 ml..dan apabila aku mengulangi beberapa kali, aku berjaya mendapat bacaan yang sama dan variasi bacaan semakin mengecil..alhamdulillah..tak sia-sia aku berlatih meskipun jari aku menjadi merah-merah kerana aku yakin aku telah mengulanginya lebih daripada 1000 kali..

Yup, I made it mate! Finally..

Aku gembira dan berasa yakin sekarang untuk menggunakan pipet kerana aku telah mengetahui teknik yang betul untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan jitu..I am ecstatic and tomorrow, my long awaited blood and fish samples will arrive from Malaysia..hampir 3 bulan lebih aku menunggu sampel yang perlu di 'freeze-dry' terlebih dahulu..harapan aku, agar sampel aku yang dijadualkan penerbangannya pada jam 8 malam ini (waktu Malaysia) akan sampai di tangan ku esok dengan selamat agar aku tidak perlu risau lagi..

Kenapalah sampel aku sampai lambat sangat? Tinggal minggu depan sahaja sebelum aku terbang pulang ke Malaysia selama 2 bulan..rasa bersalah pun ada pada Simon dan Bill..tetapi, bak kata Bill, "we are not your mother"..maka, aku punya projek, aku punya suka lah bila nak siapkan..haha

p/s: tunggu tahun depan baru aku kerjakan sampel kesayangan aku itu..hehe

Friday, November 12, 2010

Mentaliti bangsa maju dan bangsa membangun

Beberapa hari lepas, aku membuat 'groceries shopping'..di Belconnen Mall..aktiviti yang aku gemar lakukan..dan juga aku lakukan agak kerap bergantung pada ketebalan poket ku..(eh silap, aku di sini amat jarang memakai wang tunai..aku lebih suka menggunakan kad debit..jadi, bergantung pada wang di dalam akaun..hehe)..kiranya aktiviti ini berkadar langsung dengan wang di dalam akaun aku..aktiviti ini aku lakukan lebih kerap jika stok bahan segar (e.g sayur, buah-buahan) hampir habis ataupun jika aku terasa ingin mengambil udara segar di luar ataupun kadang-kadang aku menganggap groceries shopping ini sebagai satu aktiviti riadah yang sihat..mana tidaknya..sejak akhir-akhir ini, kemalasan merajai diri untuk aku melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh..tambahan pula, walaupun aku masih boleh melakukan aktiviti riadah (Kathy Smith, zumba, etc) di dalam bilik aku yang agak luas ini, aku memang malas..maka, perjalanan ke mall yang mengambil masa 15 minit berjalan kaki dan 15 minit untuk pulang ke bilik, ditambah pula dengan 'perjalanan' di dalam mall yang kadang-kadang aku habiskan kira-kira sejam atau dua jam untuk mencari barang, itu sudah cukup untuk membakar kalori dan lemak degil di dalam tubuhku..yippi!

Di dalam kesibukan mencari groceries, aku membeli jajan yang sudah lama aku tidak beli..jajan yang aku cuba elakkan kerana tidak penting langsung dan tidak memberi apa-apa nilai nutrisi..tetapi apakan daya..aku hanya manusia..nafsu makanku meluap-luap untuk membeli kerepek jagung Doritos..ada pula pek promosi..dua bungkus untuk 4 dollar..aku tidak melepaskan peluang kerana satu bungkus berharga 3 dollar..dengan promosi ini, aku jimat 2 dollar..aku pun lantas memilih Doritos Cheese Supreme dan Nacho Cheese..


Seperti biasa, jajan ini sedap dimakan ketika menonton filem..barulah terasa macam menonton di panggung wayang..aku pun membuka pek Nacho Cheese..setelah dibuka, perkara pertama yang aku perasan adalah warna kerepek jagung itu seperti warna Cheese Supreme..ini kerana warna Cheese Supreme adalah lebih oren kerana mengandungi lebih banyak keju berbanding Nacho Cheese yang agak kekuningan..aku tidak puas hati..aku membuka pula Cheese Supreme..sahih lagi benar tekaan aku..kedua-dua pek mempunyai warna dan rasa yang sama..

Aku terus online dan mencari website Doritos Australia..aku mencari bahagian customer service atau pengaduan atau komen yang boleh dihantar melalui emel jika tidak puas hati dengan produk yang dibeli..aku terus menghantar emel menyatakan ketidakpuasan hati aku yang telah membeli produk dari syarikat mereka dan sangat kecewa apabila kandungannya tidak seperti yang digambarkan..tambahan pula, ianya datang dari syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi...I am not expecting this from a reputable company..all my life, even syarikat yang so-so kat Malaysia pun tak pernah salah dalam pembungkusan..

Sehari kemudian, emel aku dijawab oleh pihak pengurusan..katanya di dalam emel itu, mereka amat menghargai komen aku dan akan menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam..mereka juga sedang dalam proses menyediakan surat dan juga reimbursement yang akan dialamatkan kepada aku..

Bukanlah aku kisah pun wang aku dikembalikan atau pun tidak kerana apa yang penting pada aku adalah mereka harus dimaklumkan tentang produk yang mereka jual itu secara teknikal telah mengalami kesilapan dalam pembungkusan..aku sangat-sangat mengagumi sikap profesionalisma mereka dalam mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan sangat mengambil berat akan isu-isu sebegini yang boleh menjejaskan pelanggan mereka pada masa akan datang..alangkah baik jika bangsa Malaysia dapat mencontohi sikap profesionalisma mereka dan bertindak serupa jika mengalami masalah sebegini..aku tidak hairan dengan kemajuan yang dicapai bangsa maju dengan mentaliti kelas pertama yang sentiasa mengutamakan pelanggan dan menganggap 'customer is always right'..tidak seperti orang kita yang kononnya sedang membangun tetapi mempunyai mentaliti kelas ketiga..

p/s: corak pemikiran harus diubah jika ingin mempunyai mentaliti kelas pertama!

Wednesday, November 10, 2010

Resipi: Ayam tandoori & Naan


Salam semua..sejak bermastautin di negara orang putih ini, aku selalu teringin hendak menjamah makanan-makanan yang sedap-sedap di Malaysia..manalah tak gemuk kan? apa pun, tekak aku ini terasa seperti mahu makan roti naan dan ayam tandoori yang selalu aku makan bersama abang aku di Restoran Dikayu, USJ Taipan..aku selalu order cheese naan manakala abang aku tak pernah lupa memesan garlic naan..tandoori tu memang wajib seorang satu..sesiapa yang teringin makan naan, datanglah sini..roti naannye memang lembut..banyak tempat aku dah pergi pun tak dapat roti naan selembut itu..(aik, promo lebih pulak..bukannya aku dapat makan free pun kalau makan kat situ..hehe) punyalah makan tak ingat kalau di Malaysia..so heavenly..

Maka, untuk memuaskan seleraku, aku telah menyediakan ayam tandoori dan roti naan versi aku..jangan malu-malu untuk mencuba ya..

Bahan-bahan:

dada ayam (basuh dan toskan)
rempah tandoori (jenama Shan)
plain yoghurt (250 ml)
roti naan ( jenama Mission)
limau kasturi
bawang merah
timun
tzatziki dip

Cara-cara:

1. Buatkan garis menegak sebanyak 4 bahagian pada dada ayam tanpa memotong sehingga habis. Gaulkan dada ayam dengan rempah tandoori dan juga plain yoghurt. Perapkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.

2. Setelah diperap, keluarkan ayam dari peti sejuk. Bakar ayam pada suhu 180 darjah Celcius selama kira-kira 20 minit atau sehingga ayam masak.

3. Panaskan roti naan di dalam ketuhar pada suhu yang sama kira-kira 5 minit pada setiap bahagian.

4. Hiris bawang merah, limau kasturi dan timun.

5. Hidangkan ayam tandoori bersama roti naan dan pencicah tzaziki (campuran mayonis, timun, perahan lemon dan daun kucai).


Thursday, November 4, 2010

Penyelia aku yang 'cool'

Kelmarin, seperti biasa aku menghabiskan masa di makmal untuk initial experiment sebelum aku memulakan eksperimen dengan sampel dari Malaysia yang mengikut jangkaan aku akan tiba dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi (harapan aku agar sampel aku akan tiba dengan selamat pada pertengahan November ini, amin!)..

Kebiasaannya, penyelia pertama aku, Simon akan datang menjenguk aku di makmal meskipun dia sedar bahawa aku amat independent dan mampu melakukan eksperimen sendiri..mungkin Simon sibuk dengan tutorial di makmal di tingkat tiga menyebabkan dia tidak dapat 'memerhatikan' aku di makmal..sebaliknya, aku didatangi oleh Bill, penyelia kedua aku yang usianya jauh lebih tua daripada Simon..aku kira Bill umpama bapa aku sendiri kerana rambutnya rata-rata telah dipenuhi uban dan beliau juga mempunyai anak dalam lingkungan usia 20-an..

Bill suka mengutarakan soalan "Are you happy?" Minggu lepas, aku terkejut apabila Bill masuk ke makmal dan mula mengemas dan membuang sampel-sampel lama yang sudah tidak digunakan lagi..ada di antara sampel tersebut yang berusia 4 tahun..mana tidaknya, sampel pelajar undergraduate dari tahun 2006 yang hanya dibiarkan tersadai di dalam laci..dengan pangkat Bill yang mempunyai gelaran Professor, beliau lebih banyak mengarahkan sahaja orang bawahan untuk melakukan sesuatu..sebab itu, aku agak pelik apabila beliau sendiri 'turun padang' untuk mengemas sampel-sampel lama..rupa-rupanya, anak perempuannya akan memasuki makmal selama 3 minggu untuk menganalisa sampel bagi projek final year..anaknya menuntut di ANU, tetapi datang ke UC untuk menggunakan fasiliti makmal yang aku pasti kurang canggih berbanding di ANU..ah, biarkanlah..selesai mengemas lab bench untuk kegunaan anaknya, Bill juga membersihkan satu kawasan untuk aku gunakan kerana selama ini, aku hanya menggunakan sahaja ruang yang ada tanpa mempunyai tempat kerja aku sendiri..setelah berpuas hati dengan ruangan yang dikhaskan untuk aku, Bill mengajukan soalan lazimnya, "Are you happy?" Aku mengangguk seraya berkata, "Yup, I am happy"..

Kelmarin, aku ditanya lagi oleh Bill..

Bill: How are you?

Aku: I am good. How are you?

Bill: I am fine. So how's your samples from Malaysia?

Aku: My colleague told me that she has obtained the approval from the Director and has arranged for the delivery of the samples. I am expecting the samples to arrive in two weeks time.

Bill: That's good. Since my daughter is going to be around for 3 weeks, you can ask her to help you with your samples.

Aku: Cool. I'll ask her to help once the samples arrive.
(Dalam hati, aku berkira-kira..dahlah aku ini buat PhD, hendak minta pertolongan daripada anak penyelia pula..sungguh tak masuk akal)

Bill: Will you be around until end of the year?

Aku: Actually (suara aku macam tersekat di kerongkong..aku sudah memaklumkan pada Simon tentang ketiadaan aku selama 2 bulan 2 minggu bermula pada 1 Disember 2010..tetapi, aku masih belum memberitahu Bill..alamak, macam mana ni?), I am leaving for Malaysia on the 1st of Dec 2010 and I'll be back only in mid-Feb 2011. Are you fine with the dates? If not, I'll come back early (dalam hati aku berdoa agar Bill tiada masalah dengan 'my absence'..aku tidak mahu pulang awal!!)

Bill: Yup..I don't mind as long as you can finish your work and you know what you have to do..We are not your mother you see..

Aku: Thank you very much..

Dalam hati, aku menarik nafas lega..kedua-dua penyelia aku sangat 'cool' dan tidak berkira..ada sesetengah penyelia yang sangat 'particular' dengan pelajarnya yang kalau tak datang satu hari sudah kelam-kabut ditanya mengapa tidak hadir..ini berlaku kepada kawan aku yang kini mengambil PhD di ANU..syukur Simon dan Bill sangat-sangat bertolak-ansur dalam perkara sebegini..mudah-mudahan, mereka juga bermurah hati dalam pemarkahan di akhir peringkat PhD aku nanti..amin..

p/s: menghitung hari...detik demi detik..nak balik Malaysiaaaaaa!!

Monday, November 1, 2010

Sebulan lagi..

Cepat benar masa berlalu..tanpa ku sedari, sudah setengah tahun aku bermastatutin di bumi Canberra..arghh, tak sabarnya nak balik bercuti di Malaysia..kalau dulu di Birmingham, aku tahan tidak balik setahun..tetapi di Canberra ini, situasinya agak berlainan..jarak perjalanan yang tidak jauh meskipun di benua yang berbeza ditambah pula dengan jangka masa perjalanan yang hanya separuh daripada jumlah perjalanan dari UK ke Malaysia membuatkan aku tergamit-gamit untuk pulang..tambahan pula, tambang perjalanan juga semestinya jauh lebih murah..juga, kadar tukaran matawang Australia lebih rendah berbanding matawang British..bukan itu sahaja, sepupu aku sebenarnya akan berkahwin pada hujung tahun ini..maka, alang-alang ada majlis perkahwinan, elok rasanya aku mengambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai yang meskipun jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati..

Untung juga aku akan menghabiskan masa di Malaysia..kira-kira 2 bulan 2 minggu..agak lama sebenarnya..tetapi apakan daya, hanya pada tarikh itu sahajalah harga tiket agak murah dan mampu aku beli..nasib baik supervisor aku tidak kisah aku akan bercuti lama..lagipun, summer di Canberra amat panas..lebih panas daripada di Malaysia kerana cuaca di Malaysia lebih lembap (humiditi tinggi)..tetapi, tidak di sini yang mana ianya panas dan kering..supervisor aku sendiri pun beritahu bahawa suhu pada musim panas mampu mencecah 40 darjah Celcius..tidak dapat aku bayangkan kepanasan sebegitu kerana telah terbiasa dengan cuaca panas di Malaysia yang suhunya jarang melebihi 35 darjah Celcius..

Apa pun, aku kini menghitung hari..hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum aku meninggalkan bumi Canberra sementara aku bercuti dengan gembiranya di Malaysia..aku juga amat berharap agar sampel dari Malaysia akan sampai awal November ini agar aku berpeluang untuk menganalisa jika bukan semua sampel pun (ini agak mustahil melainkan aku bawa tikar bantal ke makmal), sekurang-kurangnya dapat juga aku mulakan seberapa banyak yang aku mampu..setidak-tidaknya, aku tidak akan dihambat rasa bersalah kerana bercuti lama di Malaysia meskipun aku memang boleh berbuat demikian kerana aku kini di fasa pembelajaran secara kendiri..aku tidak perlu menghadiri kelas formal dan aku juga tidak mempunyai sebarang peperiksaan..maka, aku perlu mengatur jadual aku dengan bijaksana agar semua sampel dapat aku analisa dengan selengkapnya dalam tempoh masa yang tertentu..

Apa pun, motivasi aku kini agak meningkat kerana sudah terbayang-bayang tanah air sendiri..meskipun aku seronok mengembara di bumi asing, tanah air tempat tumpah darahku tidak pernah aku lupa..bak kata pepatah, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri"..


p/s: semoga Allah permudahkan urusan aku di sini sebelum pulang 'berfoya-foya' di Malaysia..amin

Thursday, October 28, 2010

Apabila Melayu lupa dirinya itu Melayu..

Aku berpeluang menghadiri majlis pemilihan AJK baru bagi MASCA ACT 2010/2011 pada hari Sabtu lepas..kali ini, aku mempunyai kuasa untuk mengundi memandangkan aku merupakan salah seorang AJK MASCOM bagi sesi 2010/2011..aku juga dibenarkan mengundi atas kapasiti aku selaku Naib Presiden UCMC..namun begitu, pengundian hanya dikira sebagai satu sahaja memandangkan nama aku telahpun dihantar terlebih dahulu untuk mewakili MASCOM..

Seperti biasa, mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti dan laporan kewangan persatuan..teringat pula aku kenangan ketika aku menjadi Setiausaha Puspanita IMR..aku perlu membentangkan laporan aktiviti di samping menjadi pengacara majlis untuk AGM..usai laporan dibentangkan, calon-calon yang bertanding untuk menjadi AJK sesi 2010/2011 memulakan manifesto masing-masing..aku perhatikan anak-anak muda kini rata-ratanya berbakat..sesetengahnya mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang jika diasah sedari awal, mampu untuk menggegar dunia..sesetengahnya pula aku lihat sekadar melepaskan batuk di tangga..cukup membaca teks di tangan..mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri..

Satu perkara yang masih mengganggu fikiranku apabila muncul salah seorang yang bertanding itu pakaiannya sungguh mengaibkan aku..seorang Melayu yang mungkin lupa bahawa dirinya itu Melayu..aku tidak sedar bahawa dia itu dari bangsaku sendiri sehingga namanya diumumkan kerana wajahnya tidak seperti Melayu..(kacukan orang putih)..dengan gayanya yang sangat menggedik (maaf kerana aku berbahasa kasar), sekejap-sekejap dia mengalihkan rambut ke kanan..tidak sampai 30 saat diubah pula rambutnya ke kiri..sepanjang ucapan manifestonya yang durasinya 5 minit, aku kira lebih dari 15 kali dia mengubah posisi rambutnya itu..pakaiannya, macam tidak cukup kain..berbaju kemeja putih dengan seluar pendek yang ukurannya tidak sampai separuh dari paha..aku berasa sungguh malu kerana seorang Melayu ingin menjadi seperti orang Cina..malahan lebih Cina dari Cina..malah apabila aku perhatikan, hanya beliau seorang sahaja yang berpakaian tidak senonoh seperti itu..orang perempuan dari bangsa lain masih tahu menghormati majlis dengan memakai seluar panjang..setidak-tidaknya, seluar pendek mereka masih di paras lutut dan tidak sesingkat Melayu yang lupa diri tersebut..

Alangkah parahnya keadaan muda-mudi yang mengaku Melayu sekarang ini..iya, mungkin beliau yang aku maksudkan di atas tidak mengaku dirinya Melayu..sekurang-kurangnya tolong hormati majlis kerana ini adalah majlis formal dan bukannya kelab malam untuk anda datang berlibur..adab berpakaian seharusnya dijaga kerana sesungguhnya aku malu mengaku sebangsa atau setidak-tidaknya seagama dengan orang seperti ini..

p/s: entah bila lah Melayu akan betul-betul berkelakuan seperti Melayu yang penuh dengan adab dan tatasusila..

Wednesday, October 27, 2010

Aku gumbira!

Aku tidur lewat malam tadi..nasib baik aku tidak terlambat untuk ke makmal..aku bangun-bangun sahaja pagi tadi aku dikejutkan dengan mesej melalui BlackBerry kesayanganku..(kesian Xperia ku..sudah jatuh takhta nampaknya)..mesej melalui BBM dari Wana yang meminta maaf kerana mengganggu tidur ku di awal pagi sambil meminta aku mendoakan keselamatannya kerana dia dimasukkan ke wad dan telah di'induce' sejak pukul 5 pagi (waktu Malaysia) kerana telah 'overdue'..katanya lagi, plasenta telah matang dan hampir sahaja tidak efisien untuk kandungannya..maka, induced labour adalah cara terbaik untuk membantu bayi keluar dari rahim memandangkan proses kelahiran tidak berlaku secara semulajadi..seperti biasa, aku menjawab "my prayers are always with you" dan semoga Allah permudahkan segalanya dan moga wana dan kandungan selamat..

Lantas, aku bergegas ke makmal yang telah sekian lama aku tidak jenguk..aku tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, motivasi aku untuk ke makmal agak menurun..aku lebih suka memilih untuk membaca jurnal di bilik berbanding di ruang pejabat baru yang telah disediakan untuk pelajar pasca graduan seperti aku..maka, perjalanan aku ke makmal disusuli dengan rasa bimbang..perasaan aku bercampur-baur..risau mengenangkan Wana yang sedang berperang dengan kesakitan..aku hanya mampu mendoakannya dari kejauhan..semoga Allah terima doaku..

Selesai berjumpa pengurus makmal yang memang sentiasa sedia membantu aku di kala aku memerlukan sedikit kata nasihat berkenaan eksperimen yang bakal aku jalankan esok, aku bersiap untuk pulang ke bilik..sampai di bilik, ada 'missed call' dari Wana pada jam 2.56 petang di Xperia ku..(Xperia kini aku tinggalkan di bilik kerana menggunakan sim card Malaysia dan juga perkhidmatan roaming yang masih aktif)..aku kerling jam di tangan..sudah pukul 5 petang..selamatkah sudah Wana bersalin?

Aku sms Wana kerana takut kalau-kalau aku mengganggu rehatnya..beberapa minit kemudian, aku menelefon untuk mengetahui status sebenar keadaan Wana..suaranya agak gementar..seperti orang yang baru lepas menangis..rupa-rupanya, beliau masih menunggu dengan penuh sabar meskipun tengah mengerang kesakitan..pintu rahimnya baru terbuka sebanyak 4 cm..itu pun doktor memaklumkan bahawa induced labour akan membuka pintu rahim sebanyak 1 cm setiap 1 jam..alangkah lamanya perlu ditunggu kerana pintu rahim perlu terbuka sekurang-kurangnya 10 cm..tidak lama selepas itu, Wana beritahu yang jururawat akan memecahkan air ketubannya dan aku sekali lagi mendoakan yang terbaik..

Sekali lagi, aku dihimpit dengan keresahan dan kerisauan..selepas 2 jam masih tiada khabar berita..aku meneruskan usaha menguruskan badan dengan bermain badminton selama satu jam meskipun jauh di sudut hati, aku tidak lupa untuk mendoakan keselamatan Wana..Selesai main badminton, aku menerima sms yang menyatakan bahawa Wana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86 kilogram pada jam 5.04 petang (waktu Malaysia) di Hospital Ampang Puteri..Alhamdulillah, syukur kepada-Mu Ya Allah..aku sangat gembira dan teruja dengan berita ini..lebih menggembirakan apabila aku dapat melihat gambar anak Wana yang telah dikirim melalui BB ku..bukan calang-calang orang dapat kesempatan sebegitu rupa..meskipun jauh di mata, tetapi dekat di hati..even kawan-kawan di Malaysia pun tak tahu bahawa Wana telah selamat deliver..itu pun mereka maklum setelah aku canangkan di Facebook..

Apa pun, tahniah Wana! I am extremely happy for you..semoga menjadi seorang ibu mithali yang akan membesarkan anak yang solehah..Amin


Anak Wana yang comel..putih macam mama nya..

p/s: kerisauan bertukar menjadi kegembiraan..syukran Allah..


Friday, October 22, 2010

Tanggungjawab baru..

Hmm, aku ada tanggungjawab baru..aku fikir aku dah takkan menceburkan diri lagi di dalam persatuan..at least not for now when I am studying..cukuplah dengan jawatan aku selaku Setiausaha Puspanita Cawangan Kecil IMR..amat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk aktiviti persatuan di samping tugas hakiki aku di pejabat..nampaknya kali ini percaturan aku silap..

Menyingkap kembali kronologi penglibatan aku di dalam persatuan di bumi OZ..kira-kira dua bulan lepas, aku dilantik menjadi AJK bagi Kelab MASCOM ACT (Malaysian Association of Students and Community of ACT) 2010/2011..itupun aku dilantik secara 'paksarela' meskipun aku tidak berapa berminat untuk mengaktifkan diri di dalam mana-mana persatuan di sini..mahu tidak mahu, aku mengambil tanggungjawab tersebut kerana aku fikir dengan cara itu sahaja aku akan mengenali lebih ramai orang di bumi Canberra yang tidak berapa besar dan gersang ini..maka, aku dengan rasminya menjadi wakil tunggal dari UC di dalam jawatankuasa yang terdiri daripada 9 ahli termasuk aku sendiri..nasib baik semua AJK sekepala dengan aku..almaklumlah, semua AJK masih undergrad kecuali seorang yang sedang mengambil jurusan sarjana..dan tidak ketinggalan, aku sendiri yang juga pelajar postgrad..how on earth am I stucked in this committee with a bunch of so called undergrads? luckily, they are good kids who show respect to their elders (that's me, people!)..

Tengahari tadi pula, telah berlangsung Special General Meeting bagi University of Canberra Malaysian Club (UCMC) yang bertujuan untuk melantik AJK baru bagi menggantikan majoriti AJK yang telah tamat belajar dan meninggalkan bumi Canberra..maka, dengan ini secara rasminya, aku telah dilantik sebulat suara oleh semua ahli yang hadir sebagai.......Naib Presiden UCMC 2010/2011..tak pernahlah aku terfikir untuk menjawat jawatan sebesar ini..bukan apa, "with great position, comes great responsibilities"..aku sudah dapat membayangkan "kesibukan" yang akan melanda kerana UCMC telah didaftarkan sebagai salah sebuah kelab di UC dan keahliannya kini dibuka kepada non-Malaysians meskipun Malaysians di UC berjumlah hanya kira-kira 40 orang; tidak seperti di ANU yang mana jumlahnya jauh lebih ramai..

Aku tertanya-tanya atas dasar apakah aku dilantik untuk menjadi VP? Salah seorang kawan aku yang juga ahli UCMC menyatakan bahawa aku akan berada di sini selama 3 tahun, maka selayaknya aku menjawat jawatan ini kerana rata-rata ahli lain akan tamat belajar pada tahun hadapan..aku fikir, semua ingin meloloskan diri kerana tidak mahu terikat dengan kesibukan pelajaran dan ditambah pula dengan aktiviti persatuan..syukur juga kerana AJK yang baru dilantik semuanya 'sekepala' meskipun majoriti berbangsa Cina kerana bilangan orang Melayu di UC boleh dibilang dengan jari..aku yakin AJK baru akan dapat memberikan kerjasama kerana kami telah beberapa kali menganjurkan aktiviti makan-makan sesama sendiri meskipun bukan atas nama persatuan dan kami berjaya melaksanakan aktiviti mengikut perancangan..apa pun, aku lihat AJK baru ini tampak bersemangat untuk melaksanakan aktiviti yang aku kira merupakan petanda yang bagus untuk kemajuan persatuan..

p/s: jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah!

Monday, October 18, 2010

Resipi: Nutella Roll


Salam semua..semoga kalian sihat hendaknya dan senantiasa dirahmati Allah..kali ini, aku mencuba resipi dari salah seorang kenalan di Canberra..cukup mudah dan tidak memerlukan kos yang besar..masa penyediaan juga amat minimum..bagus kalau dibawa untuk potluck..bolehlah dicuba nanti ya!

Bahan-bahan:

puff pastry berbentuk segi empat (aku guna roti prata jenama Kawanku)
nutella hazelnut

Cara-cara:

1. Pastikan puff pastry lembut dan berada di suhu bilik ('defrost' kan dari freezer seawal mungkin)

2. Sapukan nutella di keseluruhan permukaan puff pastry.

3. Gulungkan puff pastry sehingga ke hujung dan pastikan ia tidak terburai.

4. Potong puff pastry mengikut lebar yang disukai. Masukkan di dalam bekas yang sesuai.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 120 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.

Sunday, October 17, 2010

Alhamdulillah..syukran Allah

Alhamdulillah, kesihatan aku sudah pulih seperti biasa..dua minggu lepas aku diserang demam, sakit tekak dan juga batuk..aku sendiri pun tidak pasti apakah sebab aku jatuh sakit kerana antibodi aku cukup kuat sepanjang musim sejuk beberapa bulan lepas meskipun suhu kadang-kadang mencecah sehingga -5 darjah Celcius..cuaca musim bunga di Canberra masih tidak menentu yang mana di kala siang, cuaca amat terik dan di kala malam, kesejukan mula mencengkam..perubahan cuaca yang agak ekstrim inilah yang mungkin menjadi punca kesihatan aku merudum meskipun aku cuba meminimumkan aktiviti luar yang memerlukan aku menempuh matahari yang sangat terik dan juga diselangi hujan lebat di waktu malam..

Masa mula-mula demam, aku hanya menelan panadol kerana malas mahu berjumpa doktor..di hospital kerajaan atau pusat kesihatan universiti, aku perlu membuat temujanji sebelum dibenarkan berjumpa doktor...kalau di Malaysia, aku akan terus mendapatkan rawatan di klinik swasta meskipun terpaksa membayar caj yang agak tinggi untuk kos ubat-ubatan dan konsultansi yang tidak sampai 5 minit..tetapi jika aku ingin menemui doktor di klinik swasta di Canberra ini, poketku perlu tebal dan berisi untuk memastikan aku dapat membayar secukupnya..lantas, aku membuat keputusan untuk makan sahaja panadol yang telah aku bawa dari Malaysia..setelah menelan sebanyak 10 biji panadol, demam aku kebah dalam masa 2 setengah hari..namun begitu, sakit tekak dan batukku semakin teruk..lozenge yang aku beli yang konon-kononnya dapat membantu melegakan sakit tekak ku nampaknya tidak berhasil..lantas, aku menelefon Mama untuk mendapatkan nasihat..(selaku bekas jururawat di Hospital Melaka..hehe)

Mama menyuruh aku merendam asam jawa di dalam gelas semalaman dan dibubuh sedikit gula sebelum ditapis dan diminum keesokan harinya..alhamdulillah, petua Mama menjadi..dalam masa 2 hari, sakit tekak ku sembuh..meskipun demam dan sakit tekak aku sudah sembuh, batuk ku masih tidak hilang, malahan makin teruk selepas aku membeli cough syrup jenama Robitussin..adakah aku membeli jenama yang salah? aku yakin bahawa aku tidak silap membeli kerana aku membeli ubat batuk untuk 'dry cough' yakni batuk yang tidak mempunyai kahak..aku makin sengsara kerana pada waktu siang, meskipun aku batuk, keadaan tidak begitu teruk..tetapi, apabila malam di mana aku sudah berada di atas katil dan bersedia untuk tidur, batuk ku menjadi-jadi..setelah hampir seminggu aku batuk dan suara aku berubah menjadi rock seperti Ella, aku berkesempatan untuk chat bersama kawan-kawan sepejabat di IMR..pesan salah seorang kawan aku, makan sesudu kicap yang diperah bersama limau nipis atau limau kasturi..

Aku terus teruja dengan petua beliau dan terus bergegas ke mall untuk mencari limau nipis..bayangkan sebiji limau nipis berharga 1 dollar (RM 3)..aku beli 3 biji kerana mahu cepat sembuh..aku sudah tidak larat untuk batuk kerana rasa sesak dada..balik dari mall, aku terus mencuba petua tersebut..alhamdulillah, aku ulang dalam 4 kali dan dengan izin Allah, batuk ku reda..syukur, aku kini kembali sihat dan bertenaga serta boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa..

p/s: tak sabar nak balik Malaysia awal Disember ini..

Friday, October 15, 2010

Resipi: Chicken schnitzel with roasted potato


Nampaknya, aku dah lama tak update resipi..gambar banyak aje aku ambil, cuma tiada kesempatan untuk upload..kali ni, aku nak share resipi Chicken schnitzel with roasted potato..resipi ni aku 'cilok' dari satu majalah masakan di OZ ni..lupa pulak aku nama majalah tu..anyway, senang aje nak buat ni...jom, tengok resipi nya..

Bahan-bahan:

kepingan dada ayam (chicken breast)
serbuk roti (bread crumbs)
sebiji telur
tepung gandum
daun parsley
kentang
lettuce, strawberry, lemon (hiasan)
mayonis
garam (secukup rasa)
minyak (untuk menggoreng)

Cara-cara:

1. Basuh dada ayam dan toskan. Lap kering.

2. Di dalam satu bekas, masukkan serbuk roti dan daun parsley yang telah dihiris halus.
Masukkan garam secukup rasa.

3. Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung.

4. Pukul telur di dalam mangkuk dan ketepikan.

5. Dada ayam tadi kemudiannya disalutkan dengan tepung (biar nipis), dicelupkan di dalam telur dan kemudian disalutkan pula dengan serbuk roti yang telah digaul bersama daun parsley.

6. Gorengkan dada ayam di atas kuali sehingga garing di kedua-dua bahagian (tidak perlu deep-fry..cukup digoreng di dalam non-stick pan)

7. Untuk roasted potato, kentang dibuang kulit, dibasuh dan direbus sehingga lembut. Angkat dan biarkan sejuk seketika sehingga boleh dipegang. Potong memanjang (jangan biar putus).

8. Panaskan ketuhar kira-kira 120 darjah Celcius. Masukkan kentang tadi dan bakar sehingga masak.

9. Hiaskan ayam dan kentang dengan mayonis, lettuce, lemon dan juga strawberry.


Sunday, October 10, 2010

Daylight saving??

Mungkin ada yang tertanya-tanya..apakah yang dimaksudkan dengan daylight saving..kalau di Malaysia yang tidak mempunyai empat musim, ianya tidak menjadi masalah..tetapi bagi negara yang mempunyai empat musim seperti di Australia ini, daylight saving banyak memberi kebaikan..

Daylight saving merujuk kepada amalan mempercepatkan waktu sebanyak 1 jam ke hadapan pada musim bunga dan akan diputarkan kembali 1 jam ke belakang di penghujung musim luruh..dengan adanya daylight saving, waktu siang yang panjang pada musim bunga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya..anda keliru? masih tidak jelas dengan penerangan tadi?

Let's make it simple..kalian semua maklum bukan bahawa pada musim bunga dan musim panas, siang adalah lebih panjang berbanding waktu malam..juga, matahari akan naik seawal 5 pagi pada musim bunga dan akan bertambah cepat naik pada musim panas..seperti biasa, walaupun matahari naik awal, waktu bekerja masih tidak berubah..oleh yang demikian, konsep daylight savings telah diperkenalkan oleh George Vernon Hudson pada tahun 1895..beliau mencadangkan agar pada musim bunga, masa diawalkan sejam dan akan kembali normal di penghujung musim luruh..

Sebagai contoh, sebelum daylight saving yang jatuh pada 3 Oktober lepas, matahari akan naik sekitar jam 5.30 pagi dan terbenam lebih kurang jam 6 petang..selepas daylight saving bermula yang mana masa telah diawalkan satu jam, maka matahari akan naik pada pukul 6.30 pagi dan terbenam pada pukul 7 petang..maka, waktu siang dapat dinikmati kerana lebih panjang..

Apa pun, daylight savings ini menyebabkan perbezaan waktu di antara Canberra dan Malaysia bertambah sejam iaitu dari 2 jam menjadi 3 jam..oleh itu, secara tidak langsung, ia menyusahkan aku kerana waktu berhubung dengan keluarga terpaksa diawalkan atau aku perlu tidur lewat..huhu..

p/s: nasib baik Malaysia terletak di garisan khatulistiwa..tak perlu daylight saving..

Sunday, October 3, 2010

Musim Bunga di Canberra

Alhamdulillah, kali ini sudah masuk 5 bulan aku di Canberra..semakin lama, aku dapat merasakan masa semakin pantas berjalan..macam baru semalam sahaja aku menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Canberra..aduh, benar sungguh seperti mana Allah berfirman di dalam surah Al-Asr ayat 1-3 (Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran)..betapa masa itu tidak dapat diputarkan kembali dan manusia sesungguhnya berada dalam kerugian..bagaimana pula kita menghabiskan masa yang dianugerahkan Allah? adakah kita memanfaatkan masa dengan sebaiknya atau sebaliknya?

Diam tak diam, aku sudah melalui tiga musim sepanjang aku berada di sini sejak bulan Mei 2010..bermula dengan musim luruh, musim sejuk (yang memang sangat sejuk di Canberra berbanding tempat lain di Australia) dan kini sudah tiba musim bunga..musim ini yang aku paling suka kerana alam mula berwarna kembali setelah dua musim yang agak suram (musim luruh dan musim sejuk)..bunga-bunga mula berputik, burung-burung mula berterbangan di angkasa, orang-orang pun mula memakai pakaian yang berwarna-warni..meskipun kini sudah masuk musim bunga, cuaca di Canberra masih agak sejuk berbanding di Sydney dan Melbourne umpamanya..siang di Canberra boleh dikira panas kerana cuaca dengan terik matahari kadang-kadang mencecah 18 darjah Celcius (hanya perlu pakai sehelai jaket nipis)..menjelang malam, cuaca di Canberra seumpama masih di dalam musim sejuk kerana suhu boleh mencecah sehingga bawah 10 darjah Celcius..heater pun masih perlu dipasang..

Bersempena dengan musim bunga, aku telah mengambil kesempatan menghadiri Floriade 2010..ini merupakan acara tahunan yang diadakan setiap musim bunga selama sebulan di Canberra..kemasukan adalah percuma dan ini merupakan peluang terbaik untuk aku menajamkan lagi kemahiran aku menggunakan dslr aku..aku telah berkesempatan untuk ke Floriade sebanyak dua kali dengan orang yang berlainan..pertama, aku pergi bersama kawan-kawan PhD yang seangkatan dengan aku..kedua, aku pergi bersama adik-adik junior yang semuanya baik-baik belaka..

Di Floriade ini, barulah Canberra seakan-akan ‘hidup’..manusia dari pelbagai negeri di seluruh Australia akan mengunjungi Canberra semata-mata untuk menghadiri pesta musim bunga..ada yang datang dari Sydney, Melbourne, Adelaide dan lain-lain..himpunan bunga-bunga aneka warna dari pelbagai spesies dapat disaksikan..terdapat juga bunga-bunga pelik yang aku tidak pernah lihat sebelum ini..tarikan lain di Floriade termasuklah persembahan oleh street performers yang mencari pendapatan melalui belas ihsan orang ramai yang menonton persembahan mereka, ferris wheel ride, gerai-gerai jualan dan juga night fest..untuk night fest, caj kemasukan dikenakan..apa pun, aku seronok berpeluang menghadiri Floriade..i loike Spring!


p/s: koleksi gambar aku semakin bertambah selepas ke Floriade..hehe

Wednesday, September 22, 2010

Jalan raya @ Sydney

Masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke bumi Australia pada bulan Mei tahun ini, aku telah berpeluang melawat Sydney dan Wollongong..namun begitu, lawatan aku ke Sydney sangat singkat memandangkan aku banyak menghabiskan masa di Wollongong..kali ini, apabila sepupu aku di Melbourne mencadangkan untuk aku bersama-sama melawat Sydney, aku tanpa berkira-kira terus bersetuju..kali ini, kami menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Sydney..perjalanan yang cukup menyeronokkan dan penuh dengan memori indah..

Hari pertama-Isnin, 13 September 2010

Aku memulakan perjalanan dari Canberra menaiki bas ekspres Greyhound pada pukul 9 pagi..alhamdulillah, perjalanan lancar dan selesa.. di dalam bas, aku tidur sepanjang perjalanan kerana keletihan sepanjang tiga hari berhari raya..aku tiba di Sydney Central tepat jam 12.30 tengahari..dari Sydney Central, aku menapak ke Big Hostel yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari Sydney Central..aku check-in dan terus sms sepupu aku memberitahunya bahawa aku sudah selamat tiba..kami tidak dapat tinggal di bilk yang sama memandangkan parents sepupu aku berserta adik beradiknya dari Malaysia datang sekali..mujur aku dapat bilik yang kesemuanya perempuan..nasib baik juga bilik airnya di dalam bilik..kalau tidak, jenuh juga untuk mandi di bilik air di luar bilik..

Setelah berehat kira-kira setengah jam, sepupu aku mengajakku datang ke biliknya..dapat juga kami bersua setelah lapan bulan tidak berjumpa..paling akhir kami bertemu sewaktu beliau pulang bercuti di Malaysia pada bulan Januari tahun ini..nasib baik aku membawa bekal sandwich tuna yang sempat aku buat sebelum bertolak pagi tadi..dapat juga kami mengalas perut sebelum makan tengahari..selesai solat dan membersihkan diri, kami berjalan menuju ke Hay Street..tidak sampai 1 kilometer, kami tiba di restoran Cina yang menyajikan makanan halal..alhamdulillah..tidak susah mencari restoran halal di Sydney berbanding di Canberra..selepas makan, kami memulakan perjalanan..hentian pertama kami adalah di Darling Harbour..cantik pemandangan di sekitar Darling Harbour..tak kering gusi kami dibuatnya apabila adik sepupu aku asyik berhenti mengambil gambar setiap beberapa langkah sehinggakan suami kepada sepupu aku terpaksa membuat peraturan iaitu kami tidak dibenarkan bergambar untuk mengelakkan daripada terlambat mengejar feri..kelakar sungguh..

Dari Darling Harbour, kami menaiki feri ke Circular Quay..feri ini ala-ala feri Pulau Pinang..cuma feri Pulau Pinang lagi besar kerana mampu memuatkan kenderaan..sampai di Circular Quay, kami berjalan ke Sydney Opera House..seperti biasa, sesi bergambar bermula..nasib baik aku membawa tripod kerana suasana yang kurang cahaya menyukarkan aku untuk memulakan tugas tidak rasmiku..”photographer tidak berbayar”..hehe..

Hari kedua-Selasa, 14 September 2010

Selesai perjalanan hari pertama, kami bermesyuarat untuk merancang perjalanan hari esok..kami memulakan perjalanan dengan membeli tiket ke Taronga Zoo..nasib kami tidak baik kerana tidak memeriksa ramalan cuaca..sesampai kami di feri menuju ke Taronga Zoo, hujan agak lebat..dan tiket yang telah dibeli tidak boleh ditukar ke hari berikutnya..mahu tidak mahu, kami tunggu sebentar sehingga hujan reda..nasib baik hujan berhenti seketika..kami kemudiannya melawat Taronga Zoo..cantik sungguh Taronga Zoo ini..berlatarbelakangkan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge, panorama sekitar Taronga Zoo yang besar ini memang menakjubkan..tidak sia-sia kami membayar 30 dollar (harga pelajar) untuk tiket masuk..kami berpeluang untuk menyaksikan bird show..aku amat terpesona dengan burung-burung yang dilatih oleh pelatih burung..burung-burung tersebut mampu mengikut semua arahan yang diberikan dengan tepat..bijak sungguh burung-burung itu..binatang-binatang lain juga dapat kami saksikan seperti koala, kangaroo yang pelbagai spesiesnya, penguin, anjing laut, gajah, gorilla dan lain-lain sebelum hujan kembali lebat..mujur kami sempat menaiki feri ke Circular Quay semula..kalau tidak, mahunya kami tersadai di zoo bersama-sama binatang-binatang itu..

Selepas hujan reda, kami berjalan ke Sydney Opera House (SOH) untuk Sydney Opera House Tour..tour ini memakan masa selama 1 jam..menarik tour ini kerana kami diberi penerangan bagaimana SOH mula-mula dibina..SOH telah direkabentuk oleh seorang pereka dari Denmark, Jorn Utzon dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan..rekabentuknya yang mendahului zaman pada mulanya adalah mustahil untuk disiapkan, tetapi berkat kesabaran akhirnya SOH dapat disudahkan pembinaannya..aku amat terpegun dengan keunikan seni binanya..SOH menempatkan Opera House dan Concert Hall untuk persembahan teater dan juga muzik..SOH mengingatkan aku akan Istana Budaya di Malaysia..fungsinya lebih kurang sama, apa yang membezakan keduanya adalah Istana Budaya jauh lebih kecil kerana mempunyai hanya satu pentas persembahan..

Hari ketiga-Rabu, 15 September 2010

Perjalanan hari ketiga kami dimulai dengan menaiki bas ke Bondi Beach..alhamdulillah, cuaca cerah mengikut ramalan kajicuaca..tidak seperti malam sebelumnya apabila kami terpaksa meredah hujan lebat ketika jalan-jalan cari makan di restoran Uyghur..di Bondi Beach, kami seperti biasa meluangkan masa untuk sesi wajib..apalagi kalau bukan bergambar..sepupu-sepupu aku ini semua bekas model terlatih..hehe..seronok aku melihat Hana, anak sepupu aku bermain pasir pantai meskipun matahari tengah terik dan tegak di atas kepala..sehinggakan apabila kami mahu mengambil gambar lompat, Hana turut serta mahu melompat seperti kami..seperti orang dewasa lagaknya..


Dari Bondi Beach, kami ke Paddy’s Market..di sini seperti syurga membeli-belah..banyak buah tangan yang boleh dibawa balik sebagai cenderamata..aku sempat membeli sedikit cenderamata untuk dikirim kepada keluarga di Malaysia..meskipun tidak besar, “it’s the thought that counts”..

Di sebelah malam, kami berjalan menaiki tren ke Circular Quay dari stesen Central..hmm, menarik sungguh apabila tren di sini mempunyai gerabak 2 tingkat..sangat patut dicontohi oleh negara kita untuk mengatasi masalah kesesakan ketika menaiki pengangkutan awam..tiba di Circular Quay, kami ke The Rocks town..kawasan The Rocks sangat mengujakan kerana ini merupakan kawasan kelahiran bandar Sydney setelah orang pertama dibuang ke bumi Australia..dahulunya, tempat ini dipenuhi dengan penjenayah yang dibuang daerah dan juga pelacur sebelum secara perlahan-perlahan bertukar menjadi kawasan penempatan yang lebih teratur..

Kami juga sempat meraikan ulangtahun kelahiran pakcik aku yang ke 60-an di sebuah restoran berdekatan Sydney Opera House..lupa pula aku berapa umurnya yang sebenar..dapat juga beliau merasa meraikan hari lahir di negara orang..pakcik aku itu amat leka merekod gelagat Hana dengan videocam nya..alangkah malangnya apabila sesampainya kami di stesen Sydney Central, pakcik aku tersedar yang videocam nya tercicir dari poket jaketnya kerana beliau sibuk menolak stroller Hana..sebelum ini, stroller akan ditolak oleh sepupu aku yang mana Hana akan berada di dalam stroller..malam itu, Hana mahu didukung ibunya dan stroller ditolak oleh pakcik aku..mungkin di dalam keadaan kelam-kabut mahu turun dari gerabak tren, video cam tersebut telah tercicir..apa yang dikesalkan adalah video yang sempat dirakam dan bukannya video cam itu yang memang boleh dibeli oleh pakcik aku itu..aku sempat membuat laporan kehilangan..kami hanya mampu berdoa..jika masih ada lagi manusia yang jujur dan memulangkan video cam itu, alhamdulillah..jika tiada, anggap saja bukan rezeki..

Hari keempat-Khamis, 16 September 2010

Hari terakhir di Sydney kami mulakan seawal 6.30 pagi ke Sydney Fish Market..kami berhajat untuk mengikuti Sydney Fish Market tour yang khabarnya amat menarik..tour ini berharga 20 dollar sekepala..sebelum penerangan dimulakan, kami diberikan vest fluorescent yang menandakan bahawa kami dibenarkan masuk..tour dimulai dengan penerangan sedikit sebanyak tentang Sydney Fish Market..tempat ini unik di mana pembeli (pemborong) akan membida ikan-ikan yang ingin dibeli seperti melakukan urusan di bursa saham..sebagai contoh..bidaan dimulakan dengan ikan tuna yang dijual pada harga 20 dollar sekilogram..masa akan dimulakan dan setiap kali jam dipusingkan ke arah lawan jam, harga ikan akan menurun..pembida yang paling cepat membida akan diisytiharkan sebagai pemenang..aku fikir hanya di bursa saham atau di auctions sahaja akan berlaku urusniaga sedemikian rupa..tidak ku sangka, di pasar ikan pun akan berlaku urusniaga sebegini..kami juga diberitahu bahawa untuk layak menjadi pembida (pembeli), pendaftaran adalah sebanyak 200 dollar dan perlu mempunyai bon sebanyak 10 ribu dollar..kami juga ditunjukkan dengan spesies ikan yang dijual di situ..selesai tour, kami makan fish and chips yang memang menjadi kewajipan jika ke sini..fish and chipsnya memang murah iaitu sekitar 8 dollar dan sangat segar..tak boleh lawan dengan di restoran yang jauh lebih mahal dan tidak sesegar di sini..

Dari pasar, kami pulang ke bilik dan membersihkan diri..kemudian kami terus check-out dan menyimpan barang di bilik simpanan sementara..kemudian, kami berjalan ke Power House Museum..sekali lagi, sesi fotografi bermula..sesi terakhir sebelum kami masing-masing pulang ke Melbourne dan Canberra..sepupu aku bertolak ke airport pada jam 3 petang..aku mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar Paddy’s Market sebelum menaiki bas pada pukul 5 menuju ke Canberra yang sejuk..

Apa pun, aku amat enjoy dengan percutian ini..melayan keletah Hana yang mempunyai slang Aussie..meredah hujan lebat semata-mata untuk makan malam di restoran Uyghur..kehilangan video cam yang masih belum diketahui status..juga sesi bergambar yang penuh warna-warni sehinggakan pakcik dan makcik aku sudah tidak larat melayan karenah sepupu aku yang ligat bergambar..

p/s: harapan aku agar Mama, Along dan Baby dapat melawat aku tahun hadapan di OZ..boleh aku bawa mereka jalan-jalan..amin!