Tuesday, August 31, 2010
Merdekakah kita?
Tenaga di bulan mulia
Monday, August 23, 2010
Resipi: Bubur pulut hitam
Aku 'dibuli' lagi..
Wednesday, August 18, 2010
Resipi: Spaghetti meatball
Monday, August 16, 2010
Aturan Allah itu yang terbaik..
Persoalannya: ketiga-tiga orang teman serumah aku bercadang untuk membuat parti harijadi yang ke-23 tahun untuk salah seorang daripada mereka..jika mereka beragama Islam, aku senang sekali akan menawarkan diri untuk membantu..malangya, mereka tidak sealiran fahaman dengan aku..malahan aku tidak senang apabila mereka berhajat untuk berparti kerna aku masak benar dengan gelagat mereka apabila nafsu menguasai akal..apa sahaja bisa terjadi..
Maka, aku hanya menganggukkan kepala seperti acuh tidak acuh apabila mereka "menjemputku" ke parti yang akan diadakan di rumah aku yang tidak berapa besar itu..dahlah sekarang ini bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..kesucian bulan ini bakal dicemari dengan tindakan mereka yang agresif berparti..ohh, alangkah bagus jika mereka dapat sama-sama menghormati bulan ini..if only they knew..
Nasibku baik..beberapa hari lepas aku menerima jemputan berbuka puasa di HICOM..High Commission of Malaysia..jemputan yang terbuka untuk rakyat Malaysia yang berada di Canberra..alhamdulillah..ini yang aku cari untuk dijadikan alasan untuk tidak menghadiri parti..tetapi, aku masih punya satu masalah..usai berbuka nanti bukankah masih awal dan aku harus pulang menghadapi manusia-manusia yang girang berparti sakan itu? ah, biarlah..itu aku fikirkan kemudian..yang penting, aku harus keluar dari rumah sebelum mereka mula menjadi 'liar'..
Perjalananku ke HICOM bermula dengan menumpang kawanku yang berkereta..kami terpaksa berbuka di dalam kereta kerana kawanku mempunyai beberapa urusan sebelum itu yang menyebabkan kami kelewatan sedikit..alhamdulillah..berbuka dengan kurma bukankah mengikut sunnah nabi? apabila kami tiba di HICOM, kami dijamu dengan kuih muih yang manis..kuih apam, bingka jagung, bubur asyura..selesai makan, kami solat Maghrib berjemaah..selepas solat, inilah acara yang ditunggu-tunggu semua..MAKAN!!
Berbuka puasa malam itu memang meriah..kami dijamu dengan pelbagai lauk-pauk..ada ayam percik, kari daging, ikan masak asam, ikan masak sweet sour, sayur dan ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin..memang cukup kenyang kami malam itu…alhamdulillah atas kurniaan rezeki..bukan itu sahaja, kami juga dijamu dengan segala macam dessert dan juga teh tarik (teh tarik malam itu memang best! terbaik)..selepas melantak bermacam-macam juadah, kami terus berjalan ke Masjid Yaramlula untuk solat Isyak dan berterawikh..
Seronok dapat berterawih secara berjemaah kerana aku melakukannya sendirian sahaja di bilik untuk beberapa hari yang lepas..agak berbeza solat terawikh di masjid ini kerana imamnya membaca satu juzuk satu malam untuk lapan rakaat dan tidak berhenti untuk doa selang empat rakaat seperti di Malaysia..selepas solat, kami dijemput oleh Uncle Lan yang telah lama menetap di bumi Canberra ini..lebih 20 tahun Uncle Lan dan isterinya Auntie Anoi bermukim bersama dua orang anak mereka..
Uncle Lan memberi aku dua opsyen ketika aku masuk ke dalam Land Cruiser nya..opsyen pertama, dia menghantar aku pulang ke Belconnen..opsyen kedua, aku bermalam di rumahnya..nasibku baik..kawan yang sama-sama mengambil Phd dengan aku meskipun berlainan universiti di Canberra ini membuka mulut mengajakku tidur di rumah Uncle Lan (kawan aku itu memang tinggal di rumah Uncle Lan bersama beberapa rakan lain)..aku sememangnya merasa berat untuk pulang ke rumah kerana malam masih muda..jam di tanganku menunjukkan pukul 9.45 malam..masih awal dan barangkali parti di rumah masih belum ‘liar’ kerana teman serumahku kata parti akan bermula pada jam 8 malam..
Meskipun aku tidak membawa baju untuk bermalam, aku nekad untuk tidur di rumah Uncle Lan..alhamdulillah..Allah mengerti bahawa aku merasa berat untuk pulang ke rumah malam itu..maka, aku menghabiskan masa bersama teman-teman lain menonton VCD sebelum kami melelapkan mata untuk tidur..
Keesokan harinya, aku dihantar pulang oleh Uncle Lan dan Auntie Anoi meskipun aku berkeras untuk menaiki bas sahaja..pukul 10 pagi, aku tiba di rumah..sebaik sahaja aku membuka pintu, aku sedikit terkesima..rumahku tunggang-langgang..kedudukan sofa senget-benget..bau arak memenuhi ruang udara living room yang agak kecil itu..botol-botol arak ku lihat bertimbun dan bersepah-sepah di dapur..dua orang teman serumahku sibuk mengemas sampah yang bertaburan di lantai..aku menegur mereka dan bertanya berkenaan parti semalam..mereka menjelaskan seramai 25-30 orang datang ke parti itu dan parti selesai jam 4 pagi..
Syukran Ya Allah…nasib baik aku dijemput ke majlis berbuka puasa dan syukur juga aku diajak untuk bermalam di rumah Uncle Lan..aku tidak tahu dan tidak dapat membayangkan bagaimanakah nasib aku jika aku berada di rumah pada malam parti itu..bergelumang dengan maksiat..meskipun aku tidak merelakannya terjadi di rumah aku sendiri..sememangnya aturan-Mu itu yang terbaik untuk aku..hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
p/s: janganlah ada parti lagi di rumah ini..aku tak sanggup menghadapinya
Happy birthday Mama
Saturday, August 14, 2010
Resipi: Lemon chicken
Friday, August 13, 2010
'Temuramah' tidak rasmi
Dua hari lepas, aku ‘ditemuramah’ dalam satu sesi ‘bual bicara’.. bual bicara kali ini agak serius dengan mengambil isu agama selaku fokus utama..bual bicara apakah yang aku maksudkan ini? sebelum kalian mula berimaginasi, lebih baik aku berterus-terang sahaja bagi memudahkan cerita..
Begini, sebelum ini kan aku pernah maklumkan yang aku ada dua teman serumah yang baru dari Kanada bukan? Kedua-dua teman serumah aku ini aku yakin dan 100% pasti bahawa mereka bukannya orang Islam..maka, apabila aku memberitahu mereka bahawa aku akan mula berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan, mereka kelihatan terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung..berpuasa? kenapa? bagaimana? mengapa? kesemua soalan-soalan ini bermain di benak mereka..almaklumlah, aku pasti mereka tidak pernah bergaul dengan orang beragama Islam sebelum ini..keadaan ini berlainan dengan kedua-dua penyelia aku..aku baru berjumpa mereka untuk satu sesi perbincangan yang agak panjang lebar dan mereka maklum bahawa aku berpuasa..malahan mereka berkata “it’s the Ramadhan month right?”..aku senang sekali menganggukkan kepala tanpa perlu mengulas lanjut..
Maka, apabila aku mula memasak nasi lemak sebagai juadah berbuka pada hari pertama berpuasa (nota: aku tidak makan nasi selama seminggu, jadi makan berat itu ‘dibolehkan’), salah seorang teman serumah aku dari Amerika Utara itu lantas mengambil kesempatan untuk ‘menemubual’ aku untuk mendapatkan jawapan..
Soalan pertama: Why do you fast?
Aku menjawab (pastinya aku menjawab dalam Bahasa Inggeris): Orang Islam berpuasa bagi menunaikan Rukun Islam yang ketiga..juga puasa itu dilakukan sebagai mentaati perintah Allah..ini merupakan satu kewajipan dan wajib dilakukan oleh orang yang cukup syarat untuk berpuasa..
Soalan kedua: What is the significance of fasting when you know you can eat after some time?
Fuhh, soalan dia ini memang macam soalan wartawan melodi..soalan terjah namanya..tapi, aku masih mampu bertenang..lantas, aku menjawab bahawa puasa ini selain daripada mentaati perintah Allah yang menciptakan manusia, ia juga dilakukan bagi membolehkan semua manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan walau di mana sahaja mereka berada merasai bahawa mereka mempunyai asas pegangan yang sama..penyatuan dalam beribadah..aku menambah lagi bahawa puasa juga mampu menginsafkan manusia yang mana mereka dapat merasai bagaimana mereka yang kurang bertuah (miskin, fakir) menjalani kehidupan meskipun berpuasa hanya selama beberapa jam..
Soalan ketiga: What do you call that? ('that' merujuk kepada tudung aku)
Aku menjawab: This is called head cover.
Soalan keempat: Do you wear it all the time?
Aku menjawab: Aku memakainya setiap masa apabila keluar dari bilik. Di dalam bilik, aku bebas membukanya. Begitu juga apabila bergaul dengan kawan sejantina yang beragama Islam, aku bebas membuka tudung. Cuma, apabila aku berhadapan dengan orang berlainan jantina dan juga orang bukan Islam yang sejantina, aku perlu memakai tudung.
Soalan kelima: Don’t you feel contained when you wear it?
Aku jawab lagi: Mula-mula memakai tudung, memang akan terasa sedikit. Tetapi, lama-kelamaan, alah bisa, tegal biasa (peribahasa ini aku tak beritahu dia pun..haha)
Maka, berakhirlah sesi bual bicara terhangat abad ini ketika waktu berbuka sudah hampir tiba..teman serumah aku meminta maaf kerana bertanyakan soalan yang ‘macam-macam’ katanya..aku tidak menyalahkan dia, malahan aku senang sekali apabila dia bertanya kerana bukankah kita perlu mendapatkan jawapan jika ada persoalan di benak fikiran? aku lantas membawa nasi lemak berserta ayam serai ke dalam bilik untuk berbuka puasa..alhamdulillah, kenyang..hehe
p/s: sukar untuk aku menerangkan di dalam bahasa Inggeris kerana jarang aku ditanya perihal agama..kalau hal-hal lain, lancar sekali aku menjawabnya..:)
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan
Sunday, August 8, 2010
Resipi: Baked sardine macaroni
Dalam entri aku yang lepas, ada permintaan untuk aku menuliskan resipi kalau aku upload gambar masakan..jadi, untuk tidak menghampakan permintaan ‘peminat’ (haha, perasan sungguh!), maka aku membuat keputusan untuk upload gambar masakan bersama bahan-bahan dan cara membuat..
Aku sebenarnya nak buat baked macaroni and cheese tetapi memandangkan aku tengok dalam peti ais ada lebihan sardin, maka aku membuat keputusan untuk membuat baked sardine macaroni..
Bahan-bahan:
elbow pasta
sardin cap ayam (terpulang kalau nak guna jenama lain)
bawang putih (potong dadu)
cili boh (2-3 sudu besar)
pes tomato / tomato puri
shredded cheddar cheese
minyak
garam
Cara-cara:
1. Didihkan air di dalam periuk dan letakkan sedikit garam. Apabila sudah mendidih, masukkan elbow pasta dan rebus mengikut arahan yang terdapat pada bungkusan. Pastikan pasta ‘el dente’ (kenyal) dan tidak ‘overcook’. Angkat dan toskan.
2. Masukkan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang telah dipotong dadu. Apabila telah naik bau, masukkan cili boh. Tumis cili sehingga garing. Setelah garing dan pecah minyak, masukkan sardin dan pes tomato. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
3. Setelah kuah agak pekat, masukkan elbow pasta. Kacau sehingga sebati. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang tahan untuk dimasak di dalam ketuhar. Taburkan keju di atas pasta sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.
4. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga keju cair.
5. Keluarkan dari ketuhar. Apa tunggu lagi, makan!