Wednesday, January 11, 2012

Kembara New Zealand:D

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua..harap aku masih tidak terlambat untuk wish semua meskipun kini sudah masuk hari ke sebelas di tahun baru ini..apakah azam tahun baru anda? semoga kita akan berjaya mencapai apa yang kita impikan..insya-Allah..

Aku nak kongsi cerita kembara aku ke New Zealand baru-baru ini..kira masih hot story lah..macam pisang goreng panas..hmm, sedapnya kalau dapat makan pisang goreng sekarang ini..tak sabar nk balik cuti ke tanah tumpah darahku..oh Malaysia, aku rindu..berbalik pada cerita NZ aku ni sebelum aku melalut..hmm, kami bercuti selama 10 hari ke South Island, NZ..dari Sydney kami ke Wellington dan bermalam di rumah kawan kepada housemate aku selama 4 hari sebelum kami bertolak ke Napier..kami sewa kereta sepanjang 10 hari tersebut dan meneruskan perjalanan ke Rotorua dan Taupo dan destinasi terakhir kami adalah Auckland..

Dalam banyak-banyak destinasi kat NZ ni, aku paling suka kat Wellington..bandarnya cantik..rumah-rumah banyak yang di atas bukit..rasa macam kat Spain or Italy pulak..(destinasi idaman tu..pasni kena pergi..huhu) Alhamdulillah cuaca baik sepanjang kami berada di Wellington..tau sahajalah cuaca di NZ ni..lebih kurang di OZ jugak..nama sahaja summer, tapi masih hujan..macam musim tengkujuh pun ada aku rasa..haha..selepas menghabiskan masa di Wellington, kami bergerak ke Carteton (ada Stonehenge macam kat Bath, UK), Hastings dan bermalam di Napier..agak sukar untuk kami mendapatkan makanan halal..kedai kebanyakannya tutup, dan kalau adapun, semuanya fine dining..kami nak jimat bajet, maka fine dining is an absolute no no..solusinya, kami beli roti dan makan dengan tuna..itulah makanan ruji kami sepanjang percutian 'mewah' kali ini..selain tuna, maggi goreng pun antara makanan ruji kami..

Yang bestnya kat NZ, kemudahan toilet ada di mana-mana..toilet yang disediakan kebanyakannya untuk disabled..maka, mudahlah kami untuk mengambil wudhu'..takde lah orang nak jeling-jeling bila masukkan kaki kat sinki untuk berwudhu'..toilet pun sangat bersih berbanding OZ..aku sangat suka..tak kisahlah orang tak disabled masuk toilet disabled pun..hehe..                                                                                   

Kembara ke NZ kali ini kami gelarkan sebagai percutian mewah..mana taknya, admission fee untuk semua tempat yang kami pergi agak mahal..minimum 30 NZ dollar..contohnya macam yang kami naik Huka Falls Jet, kami bayar $101..Gannet Safaris Tour ($30), Orakei Korako Geyserland (geothermal park) $36, Mount Pukaha Wildlife Park ($20), Wai-o-tapu Thermal Wonderland ($32.50), Tamaki Maori Village ($82), Yacht tour ($36)..highlight of percutian aku kali ini semestinya bungy jumping yang aku buat di Auckland Bridge..bungy jump sahaja $150, belum termasuk gambar dan DVD ($80)..bungy jumping tu memang antara wish list aku..konon nak buat skydiving..tapi disebabkan kekangan bajet, lupakan jelah..insya-Allah kalau ada kesempatan nanti, aku akan buat jugak..

Di New Zealand, pemandangannya lebih cantik berbanding di OZ..segala-galanya hijau..saujana mata memandang..latar belakang gunung-ganang berserta sheep dan cow yang ada di mana-mana memang menarik..punyalah tak ramai orang di NZ ni sehinggakan sheep dan cow lebih banyak dari manusia..ladang mereka sangat luas...sepanjang jalan memang akan nampak lembu dan biri-biri meragut rumput..yang kami punyalah jakun nak bergambar dengan lembu NZ, sanggup berhenti tepi highway semata-mata nak berposing dengan lembu-lembu gemuk tu..hehe..macam lah kat Malaysia takde lembu..

Harga petrol di NZ juga lebih mahal berbanding di OZ..kalau di OZ, seliter petrol berharga $1.50 paling mahal pun..di NZ, seliter sampai $2.06..sibuk kami komplen harga minyak mahal di OZ..pergi tempat orang,  harga petrol lagi mahal walaupun currency OZ lebih tinggi dari NZ..

Pengalaman bungy jumping memang aku takkan lupakan sampai bila-bila..memandangkan kami memilih untuk buat di Auckland Bridge, maka kami berkesempatan untuk naik Auckland Bridge untuk ke destinasi bungy jumping..tiba di destinasi, lompatan dimulakan mengikut berat badan..fuhh, nasib baik..aku dah risau kalau aku yang kena buat dulu..mereka lepaskan yang berat dulu..maka, aku ada peluang untuk tengok cara mereka melompat..antara kami bertiga, seorang sahaja yang tak buat..takut katanya..hehe..tapi kawan aku cerita, aku cool je bila nak lompat..sempat posing-posing dan tak ambil masa lama pun untuk lompat..sebenarnya aku cuak jugak bila dah ada kat hujung plank tu..punyalah terkumat-kamit berdoa minta Allah selamatkan aku..nasib baik jugak aku kena buka cermin mata..jadi, aku tak nampak apa-apa..perasaan takut hanya bila nak melompat sebab kalau macam naik roller coaster, walaupun kita melayang terbang, kite masih ada tempat duduk dan seat belt untuk berpegang..yang ni memang kita lompat solely berpaut pada tali yang diikat pada kaki..syukur semuanya selamat sebab kelmarin ada laporan orang yang bungy jumping di Zimbabwe talinya terputus dan di bawah telah menunggu buaya-buaya untuk menerkam..nasib baik perempuan tersebut mempelajari survival skills dan hanya cedera ringan..kalau nak harapkan penyelamat, mungkin dia sudah menjadi mangsa bahaman buaya-buaya dalam sungai tersebut..ekstrim sungguh..

Apa pun, kembara NZ memberikan aku banyak kenangan manis..melawat geyserland, hot springs, mud pool..masuk gua tengok glow worm..naik yacht..bungy jumping..walaupun duit aku habis hampir 2000 AUD, it's priceless..pengalaman takkan boleh dibaya dengan wang ringgit..

p/s: nanti nak pi South Island pulak..kena kumpul duit dari sekarang..huhu

4 comments:

  1. salam..boleh minta emel tak? nak tanya something la :)

    ReplyDelete
  2. Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert

    ReplyDelete
    Replies
    1. seme tempat yg ada citer pasal oz n nz mesti ada dia ni mengomen..x larat asyik baca ayat yg sama je, semak btl la !

      Delete
    2. marketing cara murahan..tn kedai komen diri sendiri...xperla..jgn tipu org sudahlah...k..

      Delete