Aku pasti ramai wanita di luar sana yang menginginkan susuk tubuh yang cantik dan langsing. Sememangnya fitrah manusia suka kepada kecantikan. Siapa yang tak suka tubuh badan yang cantik kan? Tipulah kalau ada orang yang suka badan yang gempal dan gemuk. Aku pun tak terkecuali jugak. Selalu menginginkan tubuh badan yang langsing dan menawan. Sejak berada di alam pekerjaan, berat badan aku yang suatu ketika dahulu pernah mencecah sehingga 48 kg sewaktu di tahun kedua pengajian degree, kini sudah tidak lagi sekurus dahulu. Berat badan aku biarlah rahsia...haha (tapi tidak lah terlalu gempal cuma aku masih tidak lagi mencapai berat badan ideal untuk ketinggian dan saiz badan aku).
Meskipun aku aktif bersukan, aku juga aktif mendapatkan kembali tenaga selepas sukan dengan makan. Betul, aku ulang sekali lagi. MAKAN. Tak tipu. Dulu lepas kerja memang aku akan aktif bermain badminton sehingga sebelum maghrib dan selepas maghrib melantak nasi berserta tomyam di kedai feveret aku di Kampung Baru. Apalah guna aku bersenam kan? Buang masa aku je buang kalori. Sampailah satu tahap yang aku rasa jeans aku dah ketat dan itu petanda aku perlu berdiet. Aku pun terus meninggalkan tabiat makan yang tidak sihat. Kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Aku lebihkan yogurt, makan nasi sekali sehari dan menambahkan aktiviti fizikal waktu petang seperti skipping. Alhamdulillah, berat aku turun sehingga 5 kg. Sempat aku kurus sebelum best friend aku melangsungkan perkahwinan. Orang lain yang kahwin, orang lain pula yang excited kurus. Haha!
Itu cerita lama. Kini, aku masih di Australia. Agak sukar untuk menurunkan berat badan jika tidak berdisiplin. Tambahan pula cuaca sejuk, maka aktiviti hibernasi akan lebih mendominasi. Aku sejak datang ke OZ kelihatan lebih kurus berbanding semasa aku di Malaysia. Mungkin kerana di OZ, aku lebih aktif. Masakan tidak, hari-hari aku kerja cleaning di sekolah lebih kurang sejam setengah; vakum, angkat sampah, mop, cuci toilet. Itu semua dikira sebagai aktiviti yang dapat membakar kalori. Summer tahun lepas memang panas. Aku punyalah bersemangat membeli running shoes Adidas untuk jogging. Terbang AUD 120. Tetapi, kasut tu untuk kegunaan jangka panjang. Aku boleh bawa balik untuk guna di Malaysia. Hari-hari aku jogging/berjalan sejauh 5 kilometer. Mula-mula, memang rasa susah. Bila dah biasa, dari 5 km jadi 6-7 km. Memang seronok bila berpeluh. Badan jadi lebih segar dan sihat.
Baru-baru ini juga, aku menemui website Kevin Zahri. Terjumpa ebook "Panduan Kurangkan 5 kg dalam 5 Minggu". Aku memang pantang bab kuruskan badan. Terus aku beli. Tak mahal mana pun. Bagus panduan ni. Diterangkan cara-cara untuk kurus sekilogram seminggu, cara pengiraan Basal Metabolic Rate dan Daily Calorie Intake. Kalau dah faham perkara asas ini, pelangsingan badan akan jadi lebih pantas. Sesiapa yang berminat nak beli ebook ni, boleh klik link di blog aku ni.
p/s: Jangan beli je pastu tak amalkan..sampai bila pun tak kurus (peringatan untuk diri sendiri juga)
No comments:
Post a Comment