Wednesday, September 22, 2010

Jalan raya @ Sydney

Masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke bumi Australia pada bulan Mei tahun ini, aku telah berpeluang melawat Sydney dan Wollongong..namun begitu, lawatan aku ke Sydney sangat singkat memandangkan aku banyak menghabiskan masa di Wollongong..kali ini, apabila sepupu aku di Melbourne mencadangkan untuk aku bersama-sama melawat Sydney, aku tanpa berkira-kira terus bersetuju..kali ini, kami menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Sydney..perjalanan yang cukup menyeronokkan dan penuh dengan memori indah..

Hari pertama-Isnin, 13 September 2010

Aku memulakan perjalanan dari Canberra menaiki bas ekspres Greyhound pada pukul 9 pagi..alhamdulillah, perjalanan lancar dan selesa.. di dalam bas, aku tidur sepanjang perjalanan kerana keletihan sepanjang tiga hari berhari raya..aku tiba di Sydney Central tepat jam 12.30 tengahari..dari Sydney Central, aku menapak ke Big Hostel yang terletak tidak sampai 1 kilometer dari Sydney Central..aku check-in dan terus sms sepupu aku memberitahunya bahawa aku sudah selamat tiba..kami tidak dapat tinggal di bilk yang sama memandangkan parents sepupu aku berserta adik beradiknya dari Malaysia datang sekali..mujur aku dapat bilik yang kesemuanya perempuan..nasib baik juga bilik airnya di dalam bilik..kalau tidak, jenuh juga untuk mandi di bilik air di luar bilik..

Setelah berehat kira-kira setengah jam, sepupu aku mengajakku datang ke biliknya..dapat juga kami bersua setelah lapan bulan tidak berjumpa..paling akhir kami bertemu sewaktu beliau pulang bercuti di Malaysia pada bulan Januari tahun ini..nasib baik aku membawa bekal sandwich tuna yang sempat aku buat sebelum bertolak pagi tadi..dapat juga kami mengalas perut sebelum makan tengahari..selesai solat dan membersihkan diri, kami berjalan menuju ke Hay Street..tidak sampai 1 kilometer, kami tiba di restoran Cina yang menyajikan makanan halal..alhamdulillah..tidak susah mencari restoran halal di Sydney berbanding di Canberra..selepas makan, kami memulakan perjalanan..hentian pertama kami adalah di Darling Harbour..cantik pemandangan di sekitar Darling Harbour..tak kering gusi kami dibuatnya apabila adik sepupu aku asyik berhenti mengambil gambar setiap beberapa langkah sehinggakan suami kepada sepupu aku terpaksa membuat peraturan iaitu kami tidak dibenarkan bergambar untuk mengelakkan daripada terlambat mengejar feri..kelakar sungguh..

Dari Darling Harbour, kami menaiki feri ke Circular Quay..feri ini ala-ala feri Pulau Pinang..cuma feri Pulau Pinang lagi besar kerana mampu memuatkan kenderaan..sampai di Circular Quay, kami berjalan ke Sydney Opera House..seperti biasa, sesi bergambar bermula..nasib baik aku membawa tripod kerana suasana yang kurang cahaya menyukarkan aku untuk memulakan tugas tidak rasmiku..”photographer tidak berbayar”..hehe..

Hari kedua-Selasa, 14 September 2010

Selesai perjalanan hari pertama, kami bermesyuarat untuk merancang perjalanan hari esok..kami memulakan perjalanan dengan membeli tiket ke Taronga Zoo..nasib kami tidak baik kerana tidak memeriksa ramalan cuaca..sesampai kami di feri menuju ke Taronga Zoo, hujan agak lebat..dan tiket yang telah dibeli tidak boleh ditukar ke hari berikutnya..mahu tidak mahu, kami tunggu sebentar sehingga hujan reda..nasib baik hujan berhenti seketika..kami kemudiannya melawat Taronga Zoo..cantik sungguh Taronga Zoo ini..berlatarbelakangkan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge, panorama sekitar Taronga Zoo yang besar ini memang menakjubkan..tidak sia-sia kami membayar 30 dollar (harga pelajar) untuk tiket masuk..kami berpeluang untuk menyaksikan bird show..aku amat terpesona dengan burung-burung yang dilatih oleh pelatih burung..burung-burung tersebut mampu mengikut semua arahan yang diberikan dengan tepat..bijak sungguh burung-burung itu..binatang-binatang lain juga dapat kami saksikan seperti koala, kangaroo yang pelbagai spesiesnya, penguin, anjing laut, gajah, gorilla dan lain-lain sebelum hujan kembali lebat..mujur kami sempat menaiki feri ke Circular Quay semula..kalau tidak, mahunya kami tersadai di zoo bersama-sama binatang-binatang itu..

Selepas hujan reda, kami berjalan ke Sydney Opera House (SOH) untuk Sydney Opera House Tour..tour ini memakan masa selama 1 jam..menarik tour ini kerana kami diberi penerangan bagaimana SOH mula-mula dibina..SOH telah direkabentuk oleh seorang pereka dari Denmark, Jorn Utzon dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan..rekabentuknya yang mendahului zaman pada mulanya adalah mustahil untuk disiapkan, tetapi berkat kesabaran akhirnya SOH dapat disudahkan pembinaannya..aku amat terpegun dengan keunikan seni binanya..SOH menempatkan Opera House dan Concert Hall untuk persembahan teater dan juga muzik..SOH mengingatkan aku akan Istana Budaya di Malaysia..fungsinya lebih kurang sama, apa yang membezakan keduanya adalah Istana Budaya jauh lebih kecil kerana mempunyai hanya satu pentas persembahan..

Hari ketiga-Rabu, 15 September 2010

Perjalanan hari ketiga kami dimulai dengan menaiki bas ke Bondi Beach..alhamdulillah, cuaca cerah mengikut ramalan kajicuaca..tidak seperti malam sebelumnya apabila kami terpaksa meredah hujan lebat ketika jalan-jalan cari makan di restoran Uyghur..di Bondi Beach, kami seperti biasa meluangkan masa untuk sesi wajib..apalagi kalau bukan bergambar..sepupu-sepupu aku ini semua bekas model terlatih..hehe..seronok aku melihat Hana, anak sepupu aku bermain pasir pantai meskipun matahari tengah terik dan tegak di atas kepala..sehinggakan apabila kami mahu mengambil gambar lompat, Hana turut serta mahu melompat seperti kami..seperti orang dewasa lagaknya..


Dari Bondi Beach, kami ke Paddy’s Market..di sini seperti syurga membeli-belah..banyak buah tangan yang boleh dibawa balik sebagai cenderamata..aku sempat membeli sedikit cenderamata untuk dikirim kepada keluarga di Malaysia..meskipun tidak besar, “it’s the thought that counts”..

Di sebelah malam, kami berjalan menaiki tren ke Circular Quay dari stesen Central..hmm, menarik sungguh apabila tren di sini mempunyai gerabak 2 tingkat..sangat patut dicontohi oleh negara kita untuk mengatasi masalah kesesakan ketika menaiki pengangkutan awam..tiba di Circular Quay, kami ke The Rocks town..kawasan The Rocks sangat mengujakan kerana ini merupakan kawasan kelahiran bandar Sydney setelah orang pertama dibuang ke bumi Australia..dahulunya, tempat ini dipenuhi dengan penjenayah yang dibuang daerah dan juga pelacur sebelum secara perlahan-perlahan bertukar menjadi kawasan penempatan yang lebih teratur..

Kami juga sempat meraikan ulangtahun kelahiran pakcik aku yang ke 60-an di sebuah restoran berdekatan Sydney Opera House..lupa pula aku berapa umurnya yang sebenar..dapat juga beliau merasa meraikan hari lahir di negara orang..pakcik aku itu amat leka merekod gelagat Hana dengan videocam nya..alangkah malangnya apabila sesampainya kami di stesen Sydney Central, pakcik aku tersedar yang videocam nya tercicir dari poket jaketnya kerana beliau sibuk menolak stroller Hana..sebelum ini, stroller akan ditolak oleh sepupu aku yang mana Hana akan berada di dalam stroller..malam itu, Hana mahu didukung ibunya dan stroller ditolak oleh pakcik aku..mungkin di dalam keadaan kelam-kabut mahu turun dari gerabak tren, video cam tersebut telah tercicir..apa yang dikesalkan adalah video yang sempat dirakam dan bukannya video cam itu yang memang boleh dibeli oleh pakcik aku itu..aku sempat membuat laporan kehilangan..kami hanya mampu berdoa..jika masih ada lagi manusia yang jujur dan memulangkan video cam itu, alhamdulillah..jika tiada, anggap saja bukan rezeki..

Hari keempat-Khamis, 16 September 2010

Hari terakhir di Sydney kami mulakan seawal 6.30 pagi ke Sydney Fish Market..kami berhajat untuk mengikuti Sydney Fish Market tour yang khabarnya amat menarik..tour ini berharga 20 dollar sekepala..sebelum penerangan dimulakan, kami diberikan vest fluorescent yang menandakan bahawa kami dibenarkan masuk..tour dimulai dengan penerangan sedikit sebanyak tentang Sydney Fish Market..tempat ini unik di mana pembeli (pemborong) akan membida ikan-ikan yang ingin dibeli seperti melakukan urusan di bursa saham..sebagai contoh..bidaan dimulakan dengan ikan tuna yang dijual pada harga 20 dollar sekilogram..masa akan dimulakan dan setiap kali jam dipusingkan ke arah lawan jam, harga ikan akan menurun..pembida yang paling cepat membida akan diisytiharkan sebagai pemenang..aku fikir hanya di bursa saham atau di auctions sahaja akan berlaku urusniaga sedemikian rupa..tidak ku sangka, di pasar ikan pun akan berlaku urusniaga sebegini..kami juga diberitahu bahawa untuk layak menjadi pembida (pembeli), pendaftaran adalah sebanyak 200 dollar dan perlu mempunyai bon sebanyak 10 ribu dollar..kami juga ditunjukkan dengan spesies ikan yang dijual di situ..selesai tour, kami makan fish and chips yang memang menjadi kewajipan jika ke sini..fish and chipsnya memang murah iaitu sekitar 8 dollar dan sangat segar..tak boleh lawan dengan di restoran yang jauh lebih mahal dan tidak sesegar di sini..

Dari pasar, kami pulang ke bilik dan membersihkan diri..kemudian kami terus check-out dan menyimpan barang di bilik simpanan sementara..kemudian, kami berjalan ke Power House Museum..sekali lagi, sesi fotografi bermula..sesi terakhir sebelum kami masing-masing pulang ke Melbourne dan Canberra..sepupu aku bertolak ke airport pada jam 3 petang..aku mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar Paddy’s Market sebelum menaiki bas pada pukul 5 menuju ke Canberra yang sejuk..

Apa pun, aku amat enjoy dengan percutian ini..melayan keletah Hana yang mempunyai slang Aussie..meredah hujan lebat semata-mata untuk makan malam di restoran Uyghur..kehilangan video cam yang masih belum diketahui status..juga sesi bergambar yang penuh warna-warni sehinggakan pakcik dan makcik aku sudah tidak larat melayan karenah sepupu aku yang ligat bergambar..

p/s: harapan aku agar Mama, Along dan Baby dapat melawat aku tahun hadapan di OZ..boleh aku bawa mereka jalan-jalan..amin!


Monday, September 20, 2010

Syawal di Canberra

Cepat sungguh masa berlalu..tanpa ku sedari, hari ini sudah 11 Syawal..alhamdulillah, sambutan Eidul Fitri di Canberra meriah walaupun disambut sederhana..malam raya disambut dengan takbir raya di rumah Uncle Lan dan Auntie Anoi..aku datang awal dalam pukul 4 petang untuk membantu auntie memasak juadah berbuka..selepas isyak,takbir raya bergema di rumah auntie..di kala ini, hatiku dipenuhi rasa sayu dan syahdu mengenangkan keluarga tercinta dan sanak-saudara yang jauh di mata..nasib baik aku sudah mempunyai ramai kenalan di Canberra ini..maka, kesayuan itu tidak terasa sangat dan terus bertukar menjadi gelak ketawa tatkala sahabat-sahabat menjadi peneman setia..meskipun aku tidak berkesempatan untuk membuat kuih raya sendiri tahun ini, malam raya menjadi saksi aku membantu auntie membuat kuih raya..sempat kami (aku bersama kawan-kawan yang memang duduk menyewa di rumah auntie) membuat tiga jenis kuih yakni bahulu moden, kuih tart nenas dan juga kuih ros..rupa-rupanya, meskipun jauh dari keluarga, aku hanya sempat tidur selama 3 jam kerana kami selesai membuat kuih hanya pada jam 3.30 pagi..sama sahaja situasinya kalau aku di rumah kerana malam raya memang sibuk dengan bermacam-macam aktiviti memasak..nasib baik kawan aku menawarkan aku untuk bermalam di biliknya..maka senanglah kami untuk keluar bersama keesokan harinya..

Pagi raya, kami bersiap-siap untuk ke rumah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia kerana solat Aidilfitri akan diadakan di rumah beliau..aku tertanya-tanya, besar sangat ke rumah beliau sehinggakan solat Aidilfitri akan dilakukan di situ..sesampainya aku di sana bersama kawan-kawan, aku hanya mampu menggelengkan kepala kerana kediaman beliau bukannya rumah, tetapi bak kata orang putih “it’s a mansion”..memang besar dan tersergam indah..usai solat, kami dijamu dengan juadah hari raya diselangi dengan lagu raya yang menggamit memori beraya di Malaysia..terdapat bermacam-macam juadah yang memang membangkitkan selera setelah sebulan berpuasa..aduh, memang hancur dietku! tetapi, mengenangkan hari raya, aku makan juga..antara juadah yang ada termasuklah roti jala, nasi tomato, nasi minyak, ketupat nasi, rendang ayam, rendang daging, kuah kacang, kuih raya dan juga the tarik..lepas juga lah rindu untuk makan makanan Malaysia..

Selesai mengenyangkan perut, kami melakukan aktiviti wajib iaitu sesi bergambar..kami sempat juga bergambar dengan Dato’ Salman dan isterinya di ‘mansion’ beliau..bila tengok balik gambar tersebut, macam one big happy family..yelah, semua student pakat amik gambar ramai-ramai..best aje rasanya..sesi fotografi kami bukan setakat di ‘mansion’ sahaja..kami bergerak pula mencari tempat lain..akhirnya, kami memilih Australian War Memorial..namun, sesi fotografi tidak berlangsung lama kerana hujan mula turun dan cuaca menjadi sejuk dengan kehadiran angin..meskipun sudah masuk musim bunga, cuaca di Canberra masih seperti musim sejuk..sebelum beransur pulang, kami sempat mencari pokok sakura yang sedang berbunga untuk menjadi latar suasana fotografi kami..

Pada sebelah malam, memandangkan aku masih bermalam di rumah auntie, aku pun diajak untuk memenuhi jemputan rumah terbuka Kolonel Hassan..tak kisahlah kalau aku tidak mengenali siapakah yang empunya diri yang menjemput, yang penting, aku dapat merasai suasana beraya di tempat orang..

Hari raya kedua, giliran auntie pula membuat rumah terbuka..aku rasa seronok dapat membantu memasak, mengemas rumah dan menyusun meja serta pinggan mangkuk untuk menerima kehadiran tetamu..yang paling best sekali adalah semasa makan..rasa macam suasana open house di Malaysia..cuma kali ini, tetamu auntie ramai mat dan minah salleh..almaklumlah auntie telah bermastautin selama hampir 25 tahun di bumi Australia ini..maka jiran dan kenalannya mestilah orang Aussie kan? aku pun sibuk juga melayan tetamu meskipun aku tidak kenal..ada juga seorang mat salleh ni yang berbicara dengan aku di dalam bahasa Melayu..meskipun tidak berapa fasih, tetapi dia masih boleh mengucapkan beberapa perkataan yang mudah..aku tidak hairan kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling mudah dipelajari..ramai juga mat salleh yang aku ketemui mampu berdialog sepatah dua di dalam bahasa kebangsaan kita..

Keesokan harinya, aku memenuhi jemputan junior yang membuat rumah terbuka di teratak mereka..meskipun kami hanya duduk bersila kerana rumah bujang mereka tidak mempunyai meja makan, kami seronok dapat makan beramai-ramai..ada sate, popia basah, bubur pulut hitam, nasi putih, asam pedas ikan, lengkong dan juga cheesecake (dari The Cheesecake Shop..cheesecake halal yang sedap)..

Selesai makan, aku berangkat pulang ke rumah kerana ingin berkemas untuk ke Sydney pula..tak cukup beraya di Canberra, aku akan ke Sydney untuk berjalan-jalan bersama sepupu aku dari Melbourne..Sydney, here I come!!

p/s: Alhamdulillah, Syawal di Canberra meriah..

Thursday, September 9, 2010

Salam Eid Mubarak


Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita semua..sebak rasanya hati ini kerana belum tentu lagi kita akan dapat menikmati Ramadhan tahun hadapan..apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa semoga Allah memanjangkan usia kita agar Ramadhan seterusnya akan dapat kita kecapi..juga, semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita dan sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua..

Beberapa persoalan yang perlu kita tanya diri kita sebagai peringatan agar kita tidak lupa..bagaimanakah Ramadhan kali ini kita lalui? cukupkah segala amalan untuk menyiapkan diri menghadapi 11 bulan seterusnya sebelum Ramadhan muncul lagi? kem Ramadhan kali ini adakah kita penuhi dengan amalan-amalan yang mampu menjadi perisai diri? jangan hanya gah melakukan segala amalan wajib dan sunat di bulan Ramadhan, tetapi apabila Ramadhan ditinggalkan, semua amalan diabaikan..tidakkah hanya sia-sia perbuatan sedemikian?

Aidilfitri kali ini merupakan tahun kedua aku beraya sebagai perantau kota..kali pertama dahulu di bumi England..kali ini aku beraya pula di Australia..harapan aku agar aidilfitri kali ini dapat aku sambut dengan meriah meskipun berjauhan dengan keluarga..sedih apabila memikirkan sanak-saudara yang jauh di mata..apa pun, kali ini tahun kedua aku beraya tanpa Ayah yang telah kembali ke rahmatullah tahun lepas..juga arwah Chik yang juga telah pergi menghadap Ilahi lewat 2008..tidak dilupakan arwah Atuk yang telah dipanggil menghadap-Nya pada tahun 2002..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Bersempena dengan Aidilfitri yang akan menjelang tiba sedikit masa lagi, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang perbuatan atau kata-kata yang menghiris jiwa, menusuk sanubari dan melukakan hati sesiapa jua..sesungguhnya, aku hanya manusia biasa yang tidak lekang dari khilaf dan dosa..semoga kalian berbahagia beraya di samping keluarga tercinta, teman-teman dan sahabat handai..lupakan segala sengketa, pulihkan semula silaturrahim yang keruh..

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita?

Hari ini Hari Kemerdekaan ke-53 buat Malaysia, tanah air ku..maksudnya sudah 53 kali Hari Kemerdekaan disambut sejak Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah pada 31 Ogos 1957..kalau sambutan kemerdekaan disamakan dengan umur manusia, maknanya orang itu sudah berusia lebih daripada separuh abad..umur yang cukup matang bagi aku..hampir mencecah umur persaraan..masakan tidak matang, malahan penuh dengan pengalaman dan asam garam kehidupan..

Kalau diimbas kembali Malaysia kini dengan Malaysia 53 tahun dulu, sudah pasti banyak sungguh perbezaannya..perbezaan yang sangat-sangat ketara..dari aspek kemajuan dan perancangan bandar, lanskap, malahan tidak dilupakan pembangunan dari aspek kerohanian, pendidikan dan juga perkembangan atau asimilasi budaya..kalau suatu ketika dahulu, Kuala Lumpur yang pada asalnya merupakan kawasan lombong bijih timah, kini semua itu hanya tinggal memori..Kuala Lumpur kini padat dengan hutan konkrit dan bangunan pencakar langit, termasuk Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur yang menjadi ikon kemegahan Malaysia..Kuala Lumpur kini sangat pesat pembangunannya sehinggakan ramai warga kota mula mencari kediaman di pinggir kota demi mendapatkan ketenangan dan lari daripada hiruk-pikuk dan hingar-bingar kota..

Arus pemodenan yang melanda Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khususnya tidak dinafikan turut menerbitkan rasa bangga di hati ku..masakan tidak, meskipun Malaysia hanya sebuah negara membangun dan kelihatan sangat kecil di peta dunia, namun nama Malaysia dikenali hampir di seluruh dunia..walaupun tidak setaraf dengan Amerika dan negara Eropah lain, namun aku percaya sedikit masa lagi Malaysia akan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain..

Walau bagaimanapun, apa yang amat membimbangkan adalah betapa sahsiah anak-anak muda kini yang bagaikan tidak mempunyai harga..saban hari kelihatan di dada-dada akhbar dilaporkan kes pembuangan anak..anak dibuang di masjid, anak dibuang di dalam tong sampah..anak dibuang di dalam tandas..anak dibuang di tempat pembuangan sampah..di manakah letaknya akal mereka? peningkatan kes buang bayi ini menunjukkan bahawa kes-kes zina juga turut bertambah..betapa rendahnya moral muda-mudi zaman sekarang sehingga tidak tahu membezakan antara yang hak dan yang batil..apa gunanya mata pelajaran Agama Islam yang diajarkan di sekolah jika pengetahuan yang ada tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian? apa gunanya guru-guru dan di manakah peranan ibu bapa jika anak-anak bertindak sedemikian rupa?

Tidak cukup dengan isu pembuangan anak, isu dadah, rempit, minum arak dan bermacam-macam gejala sosial yang rasanya aku sendiri pun tidak sanggup untuk menyebutnya, semuanya kita yang monopolinya..aku bukan ingin bersikap prejudis..tetapi kalau diteliti, memang gejala sosial ini majoriti pelakunya adalah orang MELAYU...jangan tuding jari pada bangsa lain..akuilah bahawa bangsa Melayu yang mengaku beragama Islam ini memang dalam keadaan yang parah..ada penyakit yang perlu dirawat..banggakah kita bila kitalah 'raja' dalam segala masalah sosial? mampukah kita hanya berdiam sahaja apabila melihat kaum kerabat kita leka dan hanyut dalam 'dunia' ciptaan mereka? mahukah kita melihat bangsa kita ditindas oleh kaum lain yang jauh lebih baik pencapaiannya?

Maka, marilah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik..merdekakan diri dan jiwa..

p/s: Kemerdekaan hilang ertinya jikalau minda kita masih tidak merdeka..

Tenaga di bulan mulia

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini dapat aku harunginya dengan jayanya meskipun berjauhan dengan keluarga..tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ini aku amat energetic sekali, mengalahkan sewaktu tidak berpuasa..masakan tidak, hari pertama Ramadhan aku mulakan dengan bermain badminton selama 2 jam dengan kawan-kawan aku di court ANU (Australian National University)..harus diingat, kawan-kawan aku ini lelaki..maka, bukan calang-calang orang boleh main dengan mereka ini..semuanya hebat-hebat belaka..walaupun berpuasa dan aku merasa sangat dahaga, namun ku gagahi jua dan akhirnya, aku dapat bertahan sehingga waktu berbuka..

Itu cerita hari pertama Ramadhan..minggu kedua Ramadhan, aku bersama-sama kawan-kawan dari Malaysia bermain pula di court UC (University of Canberra)..kali ini, kami bermain selama 2 jam..fuh, penat memang penat..tetapi memang seronok bila peluh mula membasahi tubuh kerana sudah sekian lama berhibernasi sejak selesai NCG pada Julai lalu..nasib baik waktu berbuka di sini awal..jadi, walaupun penat, tidak perlu menunggu lama kerana dalam 5.30 petang sudah masuk waktu Maghrib..

Minggu yang baru sudah ini pula, aku bersama-sama geng-geng futsal bermain basketball gara-gara court UC yang digunakan untuk kuliah sukan bagi mata pelajaran Sports Science...ini semua kerana kami ingin main percuma..kalau ditempah courtnya, kami akan dikenakan bayaran sebanyak AUD 35 sejam..kalau 'walk-in', court percuma..cuma semuanya bergantung kepada nasib..kalau pada masa yang sama ada pasukan lain yang guna, alamatnya putih mata lah kan..yang kelakarnya, aku main bola keranjang style bola jaring bila nak shoot..nasib baik ada yang sudi memberi tunjuk ajar..so, sekarang ini aku dah boleh shoot style orang main basketball walaupun ketinggian aku ini amat terhad..(sering saja bola dapat diambil pihak lawan..nak buat macam mana kan? redha saja lah)

Main badminton sudah, main futsal sudah, main basketball pun sudah..weekend lepas, aku berjogging di sekitar Lake Ginninderra pula..kali ini, aku menyertai adik-adik yang 'obses' untuk menguruskan badan..tapi bukan diorang saja yang obses..aku pun obses jugak..maka, selama 2 hari berturut-turut kami berjogging di sekitar tasik..habis berjogging, kami buat work-out pula menggunakan kemudahan yang ada di padang...sakit-sakit dan sengal-sengal badan aku sebab dah lama tak buat weight training dan muscle stretch yang sedemikian rupa..yelah kan, no pain no gain..ini pula dah nak dekat raya..haruslah aku kena jaga badan..sia-sia sahaja puasa, lepas raya badan naik..itu yang aku cuba elakkan..

Apa pun, aku dah jumpa geng yang akan bersama-sama melakukan akitiviti untuk kekal sehat..at least I am not alone..macam main futsal tu, kami dah tetapkan untuk main setiap Jumaat..sebagai salah satu daripada aktiviti UCMC (University of Canberra Malaysian Club)..oklah kan..main futsal, jogging..daripada aku duduk bilik dan menambah kandungan lemak, baik aku bakar lemak dengan beraktiviti..

p/s: sebelum balik Malaysia bulan Disember, aku kena kurus!!!

Monday, August 23, 2010

Resipi: Bubur pulut hitam

Aku sebenarnya di Malaysia jarang memasak sebab tak praktikal untuk aku membazir masa dan tenaga sedangkan banyak kedai makan yang tersedia untuk aku bazirkan wang aku untuk mengisi perutku..tambahan pula, hanya aku dan abang aku sahaja yang akan memakannya nanti..dari sudut ekonomi, membeli makanan di kedai makan adalah lebih murah berbanding kos memasak untuk dua orang..namun begitu, apabila aku menjadi perantau kota dan tinggal di kawasan yang tiada sebarang kemudahan kedai makan halal seperti di Malaysia yang kadang-kadang beroperasi sehingga 24 jam, aku tiada opsyen lain melainkan memasak sendiri..

Minggu lepas, aku teringin hendak makan bubur pulut hitam..(I miss Mama's bubur pulut hitam..) maka, aku pun pergi ke Asian groceries untuk membeli beras pulut hitam..dan juga gula Melaka.. (baru aku tahu gula Melaka ni rupa-rupanya palm sugar in English..hehe)..misi memasak bubur ini mengambil masa yang agak lama untuk memastikan beras betul-betul lembut..dahlah rumah aku ini dapurnya dapur elektrik..jadi, kepanasannya tidak setanding dengan dapur gas..kira-kira sejam juga baru beras pulut ini empuk..so, sesiapa yang teringin nak buat bubur ini, bolehlah mencuba ya..

Bahan-bahan:

beras pulut hitam
gula Melaka
gula pasir
santan
garam

Cara-cara:

1. Basuh beras dan masakkan di dalam periuk sehingga lembut. (Air perlu diperhatikan selalu agar tidak kering. Tambahkan air mengikut keperluan)

2. Setelah beras empuk, masukkan gula Melaka dan gula pasir (mengikut kesesuaian).

3. Kemudian, masukkan sedikit garam dan juga santan.

4. Angkat dan hidangkan. (Boleh dimakan semasa panas atau disejukkan di dalam peti ais)

Aku 'dibuli' lagi..

Bulan Ramadhan bulan menguji diri..medan ujian yang menguji keimanan para hamba yang mengaku Allah sebagai Tuhan sekalian alam..satu-satunya bulan yang dituntut Allah supaya hamba-Nya berpuasa selama sebulan..menahan lapar dahaga..malahan bukan itu sahaja, penglihatan, pendengaran mahupun percakapan harus dijaga..supaya amalan puasa tidak sia-sia, malahan mendapat ganjaran yang besar dari Allah Yang Maha Esa..

Bukan niatku ingin memburukkan sesiapa, tetapi sekadar ingin meluah rasa..semalam, aku 'dibuli' lagi..oleh orang yang sama yang pernah aku ceritakan sebelum ini..seorang 'senior' yang sangat pandai bermain kata-kata..

Ceritanya begini..semalam, satu majlis iftar untuk komuniti muslim yang merangkumi perwakilan daripada pelbagai negara diadakan di universiti..maka, perwakilan setiap negara telah bersetuju untuk menyediakan hidangan seperti yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat sebelum ini..maka 'senior' aku ini mencadangkan bahawa perwakilan dari Malaysia akan menyediakan popia dan juga sayur campur bersama nasi putih..dan nama aku telah dimasukkan sebagai bendahari tanpa persetujuan aku..itupun aku tahu melalui minit mesyuarat yang diemelkan kepada aku..aku pun tak tahu apa tujuannya nama aku diletakkan sebagai bendahari sedangkan setiap negara perlu mencari sumber kewangan sendiri untuk tujuan penyediaan makanan tersebut..antara perwakilan yang bersetuju untuk menyertai iftar kali ini adalah daripada Indonesia, Arab, Pakistan, Libya dan juga Afghanistan..

Maka, senior aku ini mencadangkan agar penyediaan makanan diadakan di rumah beliau bermula pada pukul 1.30 tengahari..namun begitu, dalam pukul 9.30 pagi aku menerima panggilan daripada beliau..aku dah agak dia mesti akan menelefon aku untuk mengajakku pergi membeli bahan-bahan..aku silentkan phone kerana aku tahu nanti mesti aku juga yang kena 'drive' sebab dia percaya pada aku..panggilan beliau aku terima bertalu-talu termasuk beberapa sms yang mengajak aku menemaninya..aku hanya ignore semua panggilan dan sms tersebut..aku tidak mahu dibuli..kawan beliau ramai..kenapa masih aku juga yang menjadi 'mangsa'?

Tepat jam 2.30 petang, seorang junior menelefon aku..dia meminta aku datang untuk menolong menyediakan makanan...katanya, hanya dia seorang sahaja yang baru tiba..arghh, malas sungguh aku..lambat-lambat aku menyiapkan diri..sampai di rumah senior itu, aku diajukan pertanyaan kenapa tidak menjawab panggilan dan sms..aku beritahu yang aku sakit kepala sebab tidur lewat malam tadi dan tak perasan yang telefon bimbitku dalam mode silent (bukan vibrate)..itu semua alasan yang aku cipta untuk tidak menampakkan bahawa aku sebenarnya malas untuk melayan panggilan tersebut..

Maka, perkara pertama yang disuruh oleh senior itu adalah untuk memotong carrot dan kobis untuk dibuat sayur campur..selang beberapa minit kemudian, beberapa junior lain datang untuk membantu..alhamdulillah, kurang sikit beban kerja..selesai memotong sayur-sayur untuk hidangan 80-100 orang, tiba-tiba aku mendapat 'arahan' dari senior yang sungguh bossy tak ingat dunia itu..dia menyuruh aku menggoreng sayur campur itu..

Senior: Ikut you lah nak goreng sayur tu macam mana..I ikut aje..

Aku: Kenapa pulak I yang kena goreng? I datang nak tolong potong aje..

Senior: Alah, I ni tak tau masak..you masak semua sedap..(ini ayat pemanis mulut..bensi!!)

Aku mencuka..aku tak kisah kalau dia dah bagitahu aku awal-awal mintak tolong aku masak..ni tak ada courtesy langsung..suka menggunakan kuasa veto selaku presiden untuk mengerah orang..suka buat orang tersepit dan susah untuk mengatakan tidak..dapat pulak orang macam aku ni yang 'hati kuntum'..

Maka, mengenangkan bulan puasa dan aku pun malas nak bertekak, aku terus memotong bawang untuk menggoreng sayur..dahlah rumah beliau tiada langsung bahan perencah (e.g ikan bilis, udang kering, sos tiram, etc,)..nampak sangat tak masak..akhirnya, aku hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih (ini pun daripada botol)...dan beliau hanya menanak nasi..alangkah mudahnya kerja dia..

Itu cerita semalam..hari jumaat lepas pun aku 'dibuli' juga oleh senior itu..aku bersama-sama pelajar Malaysia yang lain semua bermain futsal walaupun kami yang Melayu ini berpuasa..selepas habis bermain futsal, senior aku ini mencadangkan untuk berbuka bersama di rumahnya..aku menolak dengan berbagai alasan, tetapi beliau masih memaksa..katanya aku asyik berbuka seorang diri, apa kata kita buka bersama-sama..beliau menambah, dia akan ajak beberapa pelajar Malaysia yang lain untuk berbuka bersama walaupun mereka bukan Islam..aku dengan keberatan mengangguk..

Balik rumah, aku menggoreng bihun dan membuat bubur pulut hitam..dalam pukul 4.45 petang, pintu rumah aku diketuk..bila aku buka, senior aku terus masuk rumah..dia meminta aku menggoreng sayur campur..dia kata dia perlu mengambil seorang kawan kami yang duduk di luar..persoalannya, tadi di court dia sendiri yang beritahu bahawa dia akan memasak nasi, goreng sayur dan beli ayam panggang..alih-alih, aku pula yang dikerahnya untuk menggoreng sayur..dahlah tak cakap tolong..sesuka hati menyuruh aku sedangkan dia yang memberi cadangan untuk berbuka bersama-sama..(nota: kawan kami yang dia nak ambil itu adalah seorang non-muslim..maksudnya dia tidak berpuasa..dan senior aku itu masih ada masa untuk memasak sebelum pergi mengambil kawan kami itu)..memang dasar kuku besi..very bossy..

Majlis berbuka di rumah senior aku itu pada mulanya dia hanya mengajak beberapa orang..dalam tujuh orang kalau tidak silap aku..tiba-tiba, lama-kelamaan, semakin ramai pula yang datang..masing-masing membawa kawan dan juga potluck..aku dah agak dah..memang itu yang akan terjadi..kalau dia kata sikit, aku tidak percaya..sebab senior aku itu ramai kawan dari bangsa asing..international katanya..daripada tujuh, akhirnya menjadi hampir 20 orang..lepas makan, aku mula rimas dan rasa tidak selesa..nasib baik aku 'cuti'..dalam pukul 8.30 malam, kawan aku telefon..dia nak ajak lepak di McCafe..alhamdulillah, inilah alasan yang aku cari untuk meloloskan diri..thank you my friends..aku lebih selesa melepak dengan kawan-kawan yang aku baru kenali itu daripada berlama-lamaan di rumah itu..

p/s: Aku kena belajar untuk mengatakan 'tidak'..aku tak mahu 'dibuli' lagi..tolooongg!!

Wednesday, August 18, 2010

Resipi: Spaghetti meatball

Salam Ramadhan semua..macam mana puasa kali ini? alhamdulillah, di Canberra ini puasa tidak sepenat di Malaysia kerana perbezaan cuaca yang agak ketara..kalau di Kuala Lumpur, pastinya cuaca agak panas dan sememangnya akan menjadi cepat letih..tetapi di Canberra ini berlainan sekali..masih di dalam musim sejuk yang kadang-kadang mencecah kurang 10 degree (sudah tidak berapa sejuk berbanding bulan Julai) dan kadang-kadang disertai hujan yang berlarutan dari pagi hingga ke malam hari..apa pun, kali ini aku tidak perlu menempuh lautan manusia yang akan berpusu-pusu menyesakkan jalan raya apabila waktu berbuka hampir tiba kerana semua ingin berbuka puasa bersama keluarga..tetapi, i do miss the bazaar ramadhan..alangkah bestnya dapat menjamu mata dengan pelbagai hidangan dan lauk-pauk yang pasti membangkitkan selera (walaupun kadang-kadang nampak sahaja menarik, tetapi rasanya tak seberapa pun)..but I do miss keropok lekor..kalau dulu, setiap kali pergi bazar mesti akan beli keropok lekor..seringgit pun jadi..and teringin nak air sirap bandung..setakat ini dah banyak asian groceries aku pergi, namun masih tak jumpa dengan pati sirap ros..huhu..

Anyway, aku kongsikan resipi spaghetti meatball untuk sesiapa yang teringin bertukar selera...

Bahan-bahan:

spaghetti
daging cincang (minced beef)
pes tomato
cili boh
shredded cheese
bread crumbs
telur
daun parsli
bawang putih
garam

Cara-cara:

1. Didihkan air di dalam periuk dan letakkan sedikit garam. Apabila sudah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus mengikut arahan yang terdapat pada bungkusan. Pastikan pasta ‘el dente’ (kenyal) dan tidak ‘overcook’. Angkat dan toskan.

2. Pukul sebiji telur di dalam mangkuk. Hiris daun parsli. Masukkan daun parsli ke dalam telur yang sudah dipukul tadi. Campurkan bersama dengan bread crumbs.

3. Daging cincang yang telah dibasuh dan ditos digaulkan bersama bahan nombor 2.

4. Basahkan tangan dan bentukkan daging menjadi bulat. Masukkan seketika di dalam peti sejuk (kira-kira dalam 15 minit).

5. Panaskan kuali. Gorengkan meatball tadi. Angkat dan toskan minyak.

6. Hiriskan bawang putih dan tumiskan. Masukkan sedikit cili boh dan goreng sehingga pecah minyak.

7. Masukkan pes tomato dan secubit garam.

8. Masukkan meatball yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit shredded cheese apabila sudah mendidih.

9. Angkat pasta dan ianya siap untuk dimakan.


Monday, August 16, 2010

Aturan Allah itu yang terbaik..

Sabtu lepas, aku dibebani dengan satu persoalan yang agak berat..mungkin tidak berat bagi orang lain kerana tidak mengalaminya..tetapi bagi aku yang harus menghadapinya, aku nyaris-nyaris mengalami tekanan jiwa..mungkin tidak sampai tahap gila, tetapi cukup untuk membuat jiwaku resah..

Persoalannya: ketiga-tiga orang teman serumah aku bercadang untuk membuat parti harijadi yang ke-23 tahun untuk salah seorang daripada mereka..jika mereka beragama Islam, aku senang sekali akan menawarkan diri untuk membantu..malangya, mereka tidak sealiran fahaman dengan aku..malahan aku tidak senang apabila mereka berhajat untuk berparti kerna aku masak benar dengan gelagat mereka apabila nafsu menguasai akal..apa sahaja bisa terjadi..

Maka, aku hanya menganggukkan kepala seperti acuh tidak acuh apabila mereka "menjemputku" ke parti yang akan diadakan di rumah aku yang tidak berapa besar itu..dahlah sekarang ini bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan..kesucian bulan ini bakal dicemari dengan tindakan mereka yang agresif berparti..ohh, alangkah bagus jika mereka dapat sama-sama menghormati bulan ini..if only they knew..

Nasibku baik..beberapa hari lepas aku menerima jemputan berbuka puasa di HICOM..High Commission of Malaysia..jemputan yang terbuka untuk rakyat Malaysia yang berada di Canberra..alhamdulillah..ini yang aku cari untuk dijadikan alasan untuk tidak menghadiri parti..tetapi, aku masih punya satu masalah..usai berbuka nanti bukankah masih awal dan aku harus pulang menghadapi manusia-manusia yang girang berparti sakan itu? ah, biarlah..itu aku fikirkan kemudian..yang penting, aku harus keluar dari rumah sebelum mereka mula menjadi 'liar'..

Perjalananku ke HICOM bermula dengan menumpang kawanku yang berkereta..kami terpaksa berbuka di dalam kereta kerana kawanku mempunyai beberapa urusan sebelum itu yang menyebabkan kami kelewatan sedikit..alhamdulillah..berbuka dengan kurma bukankah mengikut sunnah nabi? apabila kami tiba di HICOM, kami dijamu dengan kuih muih yang manis..kuih apam, bingka jagung, bubur asyura..selesai makan, kami solat Maghrib berjemaah..selepas solat, inilah acara yang ditunggu-tunggu semua..MAKAN!!

Berbuka puasa malam itu memang meriah..kami dijamu dengan pelbagai lauk-pauk..ada ayam percik, kari daging, ikan masak asam, ikan masak sweet sour, sayur dan ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin..memang cukup kenyang kami malam itu…alhamdulillah atas kurniaan rezeki..bukan itu sahaja, kami juga dijamu dengan segala macam dessert dan juga teh tarik (teh tarik malam itu memang best! terbaik)..selepas melantak bermacam-macam juadah, kami terus berjalan ke Masjid Yaramlula untuk solat Isyak dan berterawikh..

Seronok dapat berterawih secara berjemaah kerana aku melakukannya sendirian sahaja di bilik untuk beberapa hari yang lepas..agak berbeza solat terawikh di masjid ini kerana imamnya membaca satu juzuk satu malam untuk lapan rakaat dan tidak berhenti untuk doa selang empat rakaat seperti di Malaysia..selepas solat, kami dijemput oleh Uncle Lan yang telah lama menetap di bumi Canberra ini..lebih 20 tahun Uncle Lan dan isterinya Auntie Anoi bermukim bersama dua orang anak mereka..

Uncle Lan memberi aku dua opsyen ketika aku masuk ke dalam Land Cruiser nya..opsyen pertama, dia menghantar aku pulang ke Belconnen..opsyen kedua, aku bermalam di rumahnya..nasibku baik..kawan yang sama-sama mengambil Phd dengan aku meskipun berlainan universiti di Canberra ini membuka mulut mengajakku tidur di rumah Uncle Lan (kawan aku itu memang tinggal di rumah Uncle Lan bersama beberapa rakan lain)..aku sememangnya merasa berat untuk pulang ke rumah kerana malam masih muda..jam di tanganku menunjukkan pukul 9.45 malam..masih awal dan barangkali parti di rumah masih belum ‘liar’ kerana teman serumahku kata parti akan bermula pada jam 8 malam..

Meskipun aku tidak membawa baju untuk bermalam, aku nekad untuk tidur di rumah Uncle Lan..alhamdulillah..Allah mengerti bahawa aku merasa berat untuk pulang ke rumah malam itu..maka, aku menghabiskan masa bersama teman-teman lain menonton VCD sebelum kami melelapkan mata untuk tidur..

Keesokan harinya, aku dihantar pulang oleh Uncle Lan dan Auntie Anoi meskipun aku berkeras untuk menaiki bas sahaja..pukul 10 pagi, aku tiba di rumah..sebaik sahaja aku membuka pintu, aku sedikit terkesima..rumahku tunggang-langgang..kedudukan sofa senget-benget..bau arak memenuhi ruang udara living room yang agak kecil itu..botol-botol arak ku lihat bertimbun dan bersepah-sepah di dapur..dua orang teman serumahku sibuk mengemas sampah yang bertaburan di lantai..aku menegur mereka dan bertanya berkenaan parti semalam..mereka menjelaskan seramai 25-30 orang datang ke parti itu dan parti selesai jam 4 pagi..

Syukran Ya Allah…nasib baik aku dijemput ke majlis berbuka puasa dan syukur juga aku diajak untuk bermalam di rumah Uncle Lan..aku tidak tahu dan tidak dapat membayangkan bagaimanakah nasib aku jika aku berada di rumah pada malam parti itu..bergelumang dengan maksiat..meskipun aku tidak merelakannya terjadi di rumah aku sendiri..sememangnya aturan-Mu itu yang terbaik untuk aku..hanya Engkau Yang Maha Mengetahui

p/s: janganlah ada parti lagi di rumah ini..aku tak sanggup menghadapinya





Happy birthday Mama

Hari ini merupakan satu lagi hari yang penting dalam hidup aku..hari di mana aku menyambut kelahiran orang yang sangat-sangat aku cintai dan kasihi dalam hidup..orang yang sangat bermakna kerana tanpa dia, aku tidak akan mampu melihat dunia..tanpa dia, aku juga tidak bisa menuju ke puncak jaya..tanpa dia, maka segala-galanya hilang ertinya..

Namun begitu, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kami berkesempatan menyambut bersama meski kadang-kadang terlewat sehari dua kerana tuntutan kerja, kali ini jarak di antara dua benua memisahkan kami..biar jarak memisahkan kita, namun tidak pernah rasa kasih ini berkurang sedikit pun..

Maka, di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Happy Birthday Mama..semoga dipanjangkan usia..may you be in Allah's blessings always and forever..semoga dikurniakan rezeki yang baik lagi melimpah-ruah..semoga diberikan kesihatan yang baik..I love you always..miss you much too..

Lots of love, hugs and kisses,
Adik





Saturday, August 14, 2010

Resipi: Lemon chicken


Assalmualaikum semua..kali ini aku nak berkongsi resipi lagi..perhatian! resipi ini bukan untuk juadah berbuka..aku dah masak lama dah..kalau tak silap perkiraan aku, ada dalam 3 minggu..cuma baru kali ini saja aku berkesempatan untuk 'upload' gambar..dan nampaknya aku pulak terlebih rajin kali ini untuk 'update' blog..maka, dipersembahkan........Lemon chicken..amacam, nampak menarik tak? ni aku nak maklumkan bahawa tiada sebarang pengeditan telah dilakukan terhadap gambar tersebut..yang ini memang direct from camera..bagi sesiapa yang terasa macam dah terliur tu, aku kongsikan bahan-bahan dan cara memasaknya..mari kita enjoy!!

Bahan-bahan:

dada ayam * (boneless, skinless-dipotong lebih kurang 2cm x 2cm)

A. Untuk bahan perap:
2 sudu besar kicap
1/2 sudu teh garam

B. Untuk batter:
2 biji telur
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
secubit lada sulah
minyak (untuk menggoreng)

C. Untuk sos:
1/3 cawan gula
1 cawan stok ayam
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
3/4 sudu teh garam
3 keping hirisan lemon #
2 sudu teh minyak #

Cara-cara:

1. Masukkan kepingan ayam yang telah dipotong dadu (sebesar 2cm x 2 cm) di dalam mangkuk dan campurkan bersama kicap dan garam (Bahan A).

2. Pukul 2 biji telur dan masukkan bahan-bahan lain daripada Bahan B kecuali minyak. Salutkan ayam di langkah 1 dengan batter ini.

3. Panaskan kuali dan deep-fry ayam menggunakan minyak yang secukupnya. Gunakan kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak. Ketepikan ayam tersebut.

4. Untuk sos lemon, gaulkan semua Bahan C kecuali yang bertanda #. Kacau sehingga sebati dan masukkan 3 keping hirisan lemon kepada bancuhan tadi.

5. Panaskan 2 sudu teh minyak masak di dalam kuali. Masukkan campuran lemon tadi, kacau sehingga betul-betul sebati. Apbila sos bertukar menjadi jernih, keluarkan hirisan lemon dan tuangkan sos lemon ke atas ayam yang telah digoreng dan kacau. Elok dihidangkan bersama nasi putih.

p/s: selamat mencuba!!