Sunday, August 1, 2010

Road trip to Snowy Mountain..

Sebenarnya, dah lama dah aku teringin nak main snow..dulu aku pernah main snow bila snow turun 2 hari berturut-turut di Birmingham..tapi setakat tu ajelah kan..alhamdulillah, semalam 31 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu, impian aku akhirnya tercapai..road trip ke Snowy Mountain ni aku pergi bersama Aisyah, G-Ar, Bibz dan kawan satu department Aisyah dan G-Ar dari Sri Lanka, Erandi..tidak dilupakan juga trip ini disertai oleh Fiza dan suaminya, Zul..memandangkan hanya terdapat seorang aje hero untuk trip kali ni, tidak dapat tidak Zul dengan paksa rela menjadi driver kami..hehe, sorry Zul..

Perjalanan dimulakan pada pukul 8.45 pagi..meeting point di ANU unilodge..aku dan Erandi dijemput oleh Aisyah, G-Ar dan Bibz dengan Land Cruiser..ni first time aku jumpa Bibz dan Erandi..Bibz ni berasal dari Sabah dan merupakan yang termuda di kalangan kami..baru 23 umurnya..tak sangka pulak aku Bibz ni orang Malaysia..mula2 dia memulakan bicara, mati2 aku ingat dia orang Indonesia..ni semua gara2 loghat Sabahnya yang saaaaangat pekat bah..tapi memang best Bibz ni..sangat happy go lucky..

So, first point kami adalah untuk menjemput Fiza dan Zul di Kambah..di sinilah bermulanya tugas berat Zul..dia kena drive ke Snowy Mountain dan kami ni umpama dayang2 di dalam kenderaan tu..borak2, makan2,..perjalanan agak lama..dalam 3 jam..dan harus diingat memandu di Australia bukan seperti memandu di Malaysia..speed limit kat OZ ni 100 km/j aje untuk highway and for certain roads, it would be 80 km/j..also, speed cameras are everywhere..jadi, semua pemandu memandu secara berhemah..

Sampai aje kami di Cooma, kami menyewa snow attire..bajet macam nak ski, tapi mahal sungguh nak menyewa..semua dalam 100 dollar lebih..maka, kami hanya menyewa boot, pants dan jaket..pants dan jaket ni sangat diperlukan sebab attire ni kalis air..kalau nak harapkan jeans aje, memang basah kuyup lah jawabnya nanti..kami juga menyewa toboggan..inilah yang akan digunakan untuk slide kat snow nanti..

Dari Cooma, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di Snowy Mountains..sebelum tiba ke kaki gunung, hujan mula turun..kami berdoa semoga hujan tidak lebat sebab kalau hujan lebat, macam mana nak main snow..bila tiba di parking lot, tiada langsung empty space..punyalah banyak kereta..lagipun kan hari Sabtu..ramai yang bawa family dan anak2 ke sini..maka, kami terpaksa parking jauh (kira-kira dalam 1 km)..sebelum turun kami makan dulu mengisi perut..semua makan dalam kereta aje sebab hujan dan snow agak lebat..bab makan ni memang tak ingat..aku bawak nasi goreng, fiza bawak baked macaroni, aisyah dan G-Ar bawak sandwich sardin..Erandi bawak donut dan biskut..memang rezeki melimpah-ruahlah..alhamdulillah..

Selesai makan, kami bersiap untuk memakai snow attire..semua pakai dalam kereta sebab kalau nak pergi toilet baru nak pakai, alamatnya memang basah kuyup nanti semua..bila keluar aje kereta, snow memang agak lebat..tak suka bila snow lebat sebab sakit bila kena muka..sebabnya, snow lebat ni macam ketul ais yang kecil..lebih kurang dalam 1mm..kalau mild snow, x sakit sebab lembut macam ABC..kami pun gerak ke snow play area bersama toboggan yang telah disewa tadi..

Bila sampai snow play area, ramai sungguh manusia...tempat untuk ski di kawasan sebelah sebab kawasan ski kena smooth..kami pun menuju ke tempat yang agak tinggi sikit sebelum mula menggunakan toboggan..first time nak guna toboggan..aku memang rasa excited sangat..mula2 aku naik sorang2..then siap race ngan G-Ar..pastu naik berdua pulak..seronok sungguh..lepas penat main toboggan, kami buat snowman..nasib baik aku tak lupa bawak glove..kalau tak, mau tangan aku kena frost bite sebab sejuk dan snow turun sekejap2..sesi fotografi tidak dilupakan..aku sedih sebab aku tak bawak turun dslr aku..snow agak lebat dan beg aku bukan kalis air..aku takut nanti lens kamera basah..nasib baik fiza dan erandi bawak kamera diorang..dapatlah kami bergambar..kamera digital pun jadi lah..

Snowy Mountain

Posing time sebelum main snow..


Aku siap untuk toboggan race ngan fiza





Aku dengan Aisyah

Berusaha menyiapkan snowman..


Snowman kami yang kemetot..

Aku sorang aje yang excited lompat..hampeh tul




G-Ar (putih), Erandi (kuning), Bibz (merah), Aisyah (hitam) & aku

p/s: seronok main snow..nice experience despite the cold and freezing snow..

Wednesday, July 21, 2010

New handphone? again?

Last Saturday, I went to the Belconnen Westfield Mall..as usual, my mode of transport was my two strong legs..it took me about 12 minutes to reach there..I think I have improved a lot since I first came here..I used to take a longer route then but since I knew the shortcuts, I have saved a couple of minutes..time is precious right?

My main aim that day was to get my groceries done..and also to survey for new handphone..opss, it's not that I really wanted a new handphone since I already got two at the present moment..it's just that when you can get a good bargain, why resist it? haha..that's my philosophy for now..

I have actually surveyed through the internet some of the post-paid plans from operators like Vodafone, 3, Optus, Crazy Johns and I kinda like to get myself the Nokia E72 phone..the first shop that I went to was 3 mobile..I was asked by the shop assistant what kind of plans I would like to get; pre-paid or post-paid..and also whether I would like to get myself a new phone or just buy the SIM card..without hesitation, I told him that I would like to get Nokia E72 on a post-paid plan..apparently he said that the model is out of stock at the moment and he suggested me other phones like BlackBerry, Sony Ericsson and a few others..I browsed through the phones and I kinda like the BlackBerry..he told me that to get the BB phone, I have to pay $49 for 24 months contract plus $10 upfront..what he meant was I have to pay in total $59 every month to get the phone and the plan..I said to him that I have to decide first and will come back later..actually I wanted to survey other shops as I have put up a budget and monthly, I don't want to spend more than $49 for phone calls..

My next target was Vodafone..as I have aimed for the BB phone, when the shop assistant asked what I would like to get that day, without hesitation, I told her I wanted to get BlackBerry Bold 9700 Smartphone..she told me the minimum plan was $49 a month with value of $450 worth of national and international calls as well as text and mms, with $0 upfront..meaning that I just have to pay $49 a month for 24 months and I will be getting the phone and the value of $450 a month..PLUS, this was the interesting part..I get 500MB of data and unlimited BlackBerry Internet Service as well as unlimited national calls from Vodafone to Vodafone and Vodafone to 3 users..how cool was that!!

So, without wasting any more time, she started the credit check process..(here in OZ, before you can purchase anything, a credit check will be preformed..you got to have the passport ready along with the student ID, bank statement with current address on it, bank card and others before you are qualified to purchase it)..as I am a current Vodafone customer for broadband, the credit check process was smooth and I had no problems getting a new phone..yeay!! alhamdulillah..the BlackBerry Bold 9700 is now mine..

I have tried using my BB for Internet services such as Google maps, checking yahoo mail, facebook and many other stuffs and it worked perfectly..however, I had trouble adjusting with the trackpad and also the qwerty keyboard when I first used it but I no longer have the problem now..I can easily get notifications when I got a new mail and I can check it through my phone without having to open my laptop..even I commented and wrote on fb walls through my BB..how convenient that is..

well, I really loike my BB now..how unfortunate my Experia X1 now as I have abandoned it for quite some time since I came to OZ..I am thinking of trading in that phone when I go back to Malaysia for my holidays in December..hmm, not sure yet..but I might trade in and get something else..there are some problems with the software that it keeps on hanging all the time..and also the qwerty keyboard..

p/s: I loike my BB..

Tuesday, July 20, 2010

Makan2 Part 3

Aku tak tau kenapa tapi sejak akhir2 ni aku suka amik gambar apa yang aku masak..dah jadi macam food blogger pun ada..mentang2 ada dslr..tu yang aku suka bereksperimentasi tu..aku rasa ‘kegilaan’ aku terhadap makanan ni pun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rancangan Masterchef Australia yang akan tamat minggu ini setelah berbulan ditayangkan di televisyen..sejak aku sampai OZ bulan Mei ritu, aku dah jadi peminat setia rancangan ini..tepat jam 7.30 malam, aku dah tercongok depan tv..yang pastinya, aku akan masak sebelum tu supaya aku tak terlepas rancangan ni..rancangan ini bukan setakat masak aje, tapi more to culinary..the art of serving the food..memang best..kalau kat Malaysia ada rancangan ni mesti gempak punyalah...

Entry aku kali ni sebenarnya aku nak tujukan khas buat Cik Rafidah Ali yang kini berada di Keningau..haritu masa aku upload gambar nasi lemak untuk aku jual tu, aku tak sempat nak amik gambar murtabak crackers membuatkan kawan aku sorang ni tertanya2 macam mana lah rupa murtabak crackers tu..aku sebenarnya ada buat masa raya tahun lepas tapi kawan aku ni tak berkesempatan memandangkan dia dah balik ke Sabah..jadi, untuk tidak menghampakan special request kawan aku ni, so aku buat sekali lagi dan amik gambar siap2..by the way pdah, sorilah ye..hang dapat tengok gambar makanannya aje..makanannya ceq dah abeskan..hehe

Murtabak crackers

Inilah rupa murtabak crackers yang menjadi idaman seMalaya tu..haha..perasan sungguh..tak susah pun nak buat..kena ada minced beef..toskan dan goreng sehingga air kering..masukkan rempah kari..tambah air sikit supaya tidak terlalu kering..bila dah sebati, masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu..apabila selesai, angkat..dalam bekas aluminium foil (berbentuk rectangular), sapukan mentega di sekeliling bekas..celupkan cream crackers ke dalam susu (fresh milk)..biarkan sehingga lembut..letakkan cream crackers tadi menjadi satu lapisan di dalam bekas foil..letakkan daging yang telah digoreng bersama rempah tadi..ratakan..taburkan daun sup dan daun bawang..sapukan telur yang telah dipukul ke atas lapisan tersebut ..ulang proses tadi..pastikan lapisan atas foil diakhiri dengan cream crackers..tuangkan susu dan telur ke lapisan teratas..bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius..setelah siap dibakar, biarkan seketika..terbalikkan foil dan murtabak crackers sedia untuk dihidang..


Murtabak crackers yang sedia dihidang


Murtabak crackers yang telah dipotong

Puff daging

Puff daging ni pun senang jugak..ni semua hasil penemuan dari resipi food blogger yang glamor seantero dunia..cik mat gebu..boleh tengok kat website dia..aku ni meniru aje..mintak ampun ye cik mat gebu..yelah kadang2 bosan makan benda yang sama..bila buat macam ni, seronok sikit nak makan..hihi..apa lagi korang, cubalah..


Mee goreng basah

Mee goreng ni tak payahlah aku nak bagitau cara memasaknya macam mana..masing2 aku rasa ada style sendiri..aku just nak tunjuk gambar aje..ada yang suka kicap..ada yang tak suka kicap..ada yang nak nampak pedas, jadi letak cili lebih..terpulanglah pada selera masing2..


p/s: lain kali aku upload lagi gambar2 masakan yang membangkitkan selera..haha..poyo betul!!

Monday, July 19, 2010

NCG 2010

Hmm..mesti ada yang tertanya-tanya apa kebenda lah NCG tu kan? Untuk pengetahuan semua, NCG tu membawa maksud National Conference and Games..NCG ni diadakan among Malaysians kat OZ..tahun ini, Canberra menjadi tuan rumah..Canberra mewakili ACT (Australian Capital Territory)..so, state lain macam Victoria (Melbourne), South Australia (Adelaide), Western Australia (Perth), New South Wales dan Queensland pun turut menyertai NCG kali ni..banyak games yang dipertandingkan..antaranya futsal, badminton, bola tampar, boling, bola jaring, bola keranjang, ragbi, frisbee, ping pong, etc..banyak sangat games nya, letih aku nak menaip..haha

anyway, aku pun salah seorang peserta NCG..aku mewakili ACT untuk boling, badminton (double) dan juga futsal..untuk boling..hmm no komen..teruk kitorang nye performance..terutama sekali aku ni hah..I am just not meant to play bowling..sorry my ACT team..I disappoint you guys..huhu..dahlah nak masuk NCG ni kena bayar sendiri..mahal taw..seorang peserta kena bayar 150 dollar..pakej yang aku amik ni termasuk dinner Malaysian night dan yuran penyertaan untuk NCG..nasib baik aku masuk 3 games, jadi berbaloi lah jugak kan..

berbalik pada futsal, team ACT aku ni punyalah rajin praktis..setiap minggu dalam 2-3 kali kitorang turun praktis..mentang2 buat kat ANU sports hall, jadi kitorang kena biasakan diri..kira ada advantage lah berbanding team2 lain..hehe..nasib baik ada guys yang datang train kitorang..kali ni, aku tak amik position striker..orang lain amik tempat aku..huhu..rasa lain macam plak..aku kena jadi defender..nak buat macam mana kan..ikut kan ajelah..masa game, kitorang menang 1, kalah 1 seri 1..semua takut ngan team kitorang sebab kitorang ada striker yang kuat..tapi malangnya tak dapat melangkah ke semi final sebab team lain lagi banyak point..

team yang msk semi pun terkejut kitorang tak dapat masuk..nak buat macam mana..takde rezeki kan? tapi aku enjoy main futsal ni..sampai koyaklah seluar track aku kat lutut sebab jatuh nak defend punya pasal..aku main kat malaysia pun tak pernah koyak2 seluar nih..hmm, habis track aku..huhu


Team ACT yang digeruni..konon nye lah kan




Pose ngan mak2 team mates aka managers..haha

Untuk badminton plak, aku kali ni tak dapat nak main single..ini berikutan ada orang lain yang lebih hebat daripada aku main single mewakili ACT..dan dia jugak bermain mixed double..mula2 dia akan main double ngan aku..tapi syarat2 pertandingan adalah seorang peserta tak boleh mewakili lebih daripada 2 game untuk badminton..maka, aku terpaksa mencari partner lain untuk bermain double..atas cadangan kawan aku, seorang budak undergrad ni aku pilih untuk bermain double dengan aku..nasib baik lah aku sempat jugak praktis sekali aje ngan budak ni beberapa hari sebelum game sebab budak ni sibuk berjalan ke Melbourne..yelah kan tengah cuti winter..

sebenarnya ada 4 team aje yang masuk untuk badminton..so, aku ngan partner aku kalah 2 kali dan menang sekali..tetapi memandangkan satu team dari NSW ni memang kalah semua game, jadi kitorang dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga..ok lah kan..dahlah frust kalah futsal..dapat jugak menjadi pengubat bila dapat medal untuk badminton..

kemuncak NCG diakhiri dengan Malaysian Night..dinner yang diadakan di Hotel Rydges..bertujuan untuk memberi hadiah kepada mereka yang bertungkus-lumus berhempas-pulas untuk game masing2..di samping itu, ada juga 'MASCA Got Talent"..medan untuk menguji peserta yang berbakat dalam apa jua bidang termasuk nyanyian dan tarian..ada yang berduet..ada yang membuat live band..ada yang menari (aku salut team ACT yang membuat tarian hip hop..lain daripada yang lain..you guys rock!!)

dinner kat hotel ni sungguh pathethic..tak sedap langsung makanan dia..nasi goreng and mee goreng yang tiada rasa..tak tau lah chef dia masak guna apa..sedap lagi aku masak aku rasa..tapi dah bayar and sebab lapar gila seharian main badminton dan futsal pada hari yang sama, belasah aje lah walaupun mulut tak berhenti memberi komen..haha..itulah dia orang kita..tau komplen aje lebih..whatever it is, I enjoyed the NCG 2010..

p/s: gonna rock next year's NCG..kat Melbourne..:)


Thursday, July 15, 2010

My first experience..:)

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, aku amat sibuk..taklah sibuk mengalahkan wakil rakyat..tapi aku memang sibuk..aku dah mula pergi ke lab untuk initial experiment aku dengan blood sample..hari2 aku pergi lab dan hari2 aku balik pukul 5..rasa penat pulak sebab dah lama aku berhibernasi di bilik untuk membaca jurnal..ditambah pula dengan praktis futsal dan badminton untuk NCG tournament, aku memang letih..schedule aku pack sungguh..but I loike..hehe..bila aku sibuk, aku kena pandai organize masa..barulah mencabar sikit..

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku..this is my first experience..tak pernah lagi dalam hidup aku buat macam ni..bukannya aku buat jahat pun..jangan salah sangka..hari selasa baru2 ni, aku telah mencipta sejarah..aku MENJUAL nasi lemak..can you believe that? hah, tak pernah aku terfikir untuk menjual pun hasil masakan aku selama ni..itu pun secara kebetulan semua ni berlaku..beberapa minggu lepas, aku telah diminta oleh seorang Malaysian Chinese ni untuk menjual nasi lemak yang dah siap pack untuk 20 orang di Malaysia Fest yang akan diadakan di UC (Uni of Canberra)..aku kenal Chinese tu..kira kawan jugak lah..dia mintak aku masak sebab dia cakap ada orang bagitau dia aku masak sedap..mula2 aku macam malas sebab pagi hari yang sama, aku akan ada game bowling untuk NCG..mana sempat nak masak..tetapi, memandangkan aku ni tak sampai hati untuk mengecewakan permintaan dia yang beriya-iya meminta aku memasak, aku turutkan jua..

Maka, aku pun memulakan misi dengan menyediakan list of things to buy (macam nak buat research pun ada sebab aku selalu akan buat senarai things to do mengikut priority)..aku siap buat pengiraan berapa banyak santan nak guna..nisbah santan dan air..haha, kelakar pun ada aku rasa..tapi karang terlebih santan jadi nasi pulut pulak kan..jadi, kena kira betul2..aku pergi beli ayam kat city sebab ayam kat belconnen tu aku tengok tak berapa elok..bila goreng nanti akan still keluar darah..aku pun beli daging sekali sebab akan buat murtabak crackers untuk jualan..

Hari isnin lepas maghrib, aku terus bersedia untuk memasak..sebab aku ada dua misi untuk disiapkan..satu, nasi lemak dengan ayam goreng..dua, murtabak crackers..nasib baik sehari sebelum tu aku dah blend cili untuk sambal..aku memulakan misi dengan menggoreng kacang tanah dan ikan bilis..sambil tu, aku rebus telur..dalam masa yang sama, aku siapkan inti murtabak dengan menggoreng minced beef dengan rempah kari..sebelum tu, aku perapkan ayam dengan halia dan bawang putih dan letakkan dalam fridge dalam 2 jam untuk mengekalkan kelembutan ayam walaupun selepas digoreng..beras pun aku basuh dan toskan untuk ditanak selepas subuh esoknya..selepas ayam diperap, aku kunyitkan dan goreng..dahlah aku dapat semua drumstick yang besar..aku dah pesan kat peniaga tu nak yang kecik, tapi dia mungkin tak tau nak beza kecik dengan besar..aku dapat semuanya besar2..memang lama aku nak tunggu ayam tu garing sepenuhnya..sambil menggoreng ayam, aku buat murtabak crackers..

Aku dah rasa macam robot sebab tak berhenti rehat..lenguh kaki aku sebab lama sangat berdiri..nak buat murtabak crackers tu senang aje..tak susah mana pun..cuma, aku tak boleh nak buat dalam keadaan duduk..rasa tak selesa..so, aku berdiri aje..siap aje satu, aku terus bakar dalam oven..dengan 2 kilo daging, aku dapat siapkan 6 murtabak crackers yang aku buat dalam bekas foil..misi menggoreng ayam selesai akhirnya pada pukul 1.30 pagi..masa tu aku memang dah mengantuk sangat2..aku masuk tidur pukul 2 pagi selepas habis membakar murtabak crackers..pukul 6 pagi, aku bangun untuk menyiapkan nasi lemak..aku kena masak dalam 2 rice cooker..aku splitkan dalam 2 bahagian..periuk nasi aku yang kecik tu aku masak 4 cawan beras..periuk nasi satu lagi aku beli dari kawan aku yang nak balik Malaysia..dia ade buat garage sale..periuk tu besar sikit..aku masak 8 cawan beras..habis menanak nasi, aku menyiapkan sambal..sambil tu, aku pack kan ikan bilis dan kacang tanah, potong timun dan telur rebus..aku kena siapkan semua sebelum pukul 9 pagi sebab aku kena pi game bowling pukul 9.30 pagi..alhamdulillah aku sempat siapkan semua by 9.15 am..aku dapat kesemuanya 18 pack nasi lemak..untuk murtabak pulak, aku potong kepada 2 untuk siap tray..so, total aku dapat 12 pack murtabak..satu pack nasi lemak aku jual 5 dollar, murtabak pulak aku jual 3 dollar..

Nasi lemak yang dah siap packing..

Sementara aku pi main bowling, aku mengamanahkan Chinese guy tu untuk menolong menjualkan untuk aku..walaupun kecewa tak menang pun bowling tu sebab team lain lebih hebat, tapi aku gembira sebab nasi lemak aku habis dijual.. alhamdulillah..syukur sangat2.. aku sangat risau kalau tak habis sebab kat UC tak ramai Melayu macam kat ANU..murtabak pulak masa aku tengok gerai tu, tinggal 4 keping..ada sorang student phd lain yang jual nasi minyak kat situ..dia tanya kenapa aku jual murah sangat..sebab dia jual 10 dollar untuk satu pack nasi minyak..aku cakap aku tak tau berapa nak letak harga..mahal2 sangat nanti tak ada orang nak beli..dia cakap dia nak naik kan harga untuk aku tapi sebab aku dah letak harga macam tu, dia takut plak nak ubah..dia siap bagitau aku ada orang beli nasi lemak aku sampai 3 pack sekaligus sebab murah sangat..aku kata kat dia, takpe..habis nasi lemak aku jual pun dah cukup baik..jual mahal2 kalau takde orang nak beli pun, buat penat aje..

Aku rasa penat aku memasak terbayar apabila nasi lemak aku habis dijual..tak sangka sungguh akan habis..murtabak tu pun tinggal sikit..hmm, kalau macam ni lain kali boleh masak lagi..boleh cari duit poket..hehe..

p/s: first experience menjual hasil masakan di bumi OZ..i loike!!

Thursday, July 8, 2010

Salahkah aku menjadi baik?

Manusia di dunia ini perangainya macam-macam..ada orang yang jahat yang mana memang terserlah kejahatannya sehingga dia dikategorikan sebagai penjahat..ada orang yang sederhana jahat tapi tidak sampai dikategorikan sebagai penjahat..adat dunia..yang baik, lawannya buruk..begitu juga dengan jahat..jahat lawannya baik..ada orang yang tersangat baik..ada orang baiknya bersebab..ada orang pula yang baik dan sangat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..kategori manakah anda berada? anda sendiri yang tentukan..

Hmm..apakah yang aku merepek ini? ini semua berpunca daripada sikap aku yang aku rasa sedikit sebanyak menjadi punca kepada 'permasalahan' aku..dari mana aku nak mula eh?

Masa mula-mula aku sampai ke Canberra dua bulan lepas, aku diperkenalkan dengan seorang kakak postgrad yang aku namakan sebagai X..dia satu universiti dengan aku..sebelum aku jumpa empat mata (opss silap..enam mata sebab aku pakai cermin mata..hehe), aku dah diperingatkan tentang apa yang aku perlu tahu mengenai X daripada kawan aku..tetapi, I am not being judgemental here..aku tak kisah pun apa tanggapan orang..selagi aku tak mengalaminya sendiri, aku takkan percaya bulat-bulat..maka, bermulalah sesi perkenalan aku dengan X..kami bertemu di kafe..kami berkenalan tetapi dalam situasi ini, aku lebih banyak mendengar kerana tiada peluang untuk bercakap..aku tak kisah pun..bak kata KRU dalam lagu mereka berjudul 'fanatik'; "diam itu pintar"(haha..perasan!)

Sepuluh minit yang pertama, aku dah mula mempercayai apa yang kawan aku beritahu sebelum ini, tetapi aku masih tidak berganjak..X masih sempat berlatih presentation bersama teman sekuliahnya membuatkan aku rasa sungguh tidak selesa..dalam smsnya sebelum itu kepada aku, X menyatakan dia free..bukankah free itu bermaksud lapang? dan apabila seseorang itu mempunyai waktu lapang dan dia telah berjanji untuk bertemu dengan seseorang yang lain (itu merujuk kepada aku), patutkah dia mencampur-adukkan perancangannya? aku kira perbuatan itu sangat tidak beretika..aku ingin beredar tetapi memandangkan tujuan aku bertemu dengan X adalah untuk membincangkan isu tempat tinggal aku (di kala itu, aku masih homelessdan menumpang di rumah kawan yang sangat baik hati selama 10 hari! aduh, lama sungguh), aku membiarkan saja..usai latihan presentation X bersama teman sekuliahnya, barulah kami berpeluang untuk membincangkan isu yang paling aku nantikan saat itu..X memberikan aku beberapa opsyen..mencari rumah di luar yang jauh lebih murah atau duduk di kampus yang mana jarak di antara fakulti dan kampus hanya sepuluh minit berjalan kaki..sudah tentu aku mahu yang dekat..tidak mengapa berbelanja lebih kerana aku tidak perlu menaiki bas dan membazir banyak masa untuk ke universiti..

Dalam masa yang sama, si X mengajak aku untuk mengikutinya ke house viewing..X berhasrat untuk mengajak aku tinggal bersama dia di luar..maka, house viewing ini bertujuan untuk melihat rumah yang berpotensi untuk dijadikan rumah sewa..dahlah rumah yang kami pergi tersebut tidak fully furnished, maka perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk membeli perabot dan seumpamanya pasti akan bertambah..dalam hati aku berdoa semoga aku dapat duduk di kampus..X menyuruh aku mengisi borang permohonan kerana katanya aku mempunyai slip gaji sebagai antara bukti penting untuk melengkapkan permohonan..aku hanya mangangguk lemah..dalam pertemuan sesingkat 2 jam, mana mungkin aku menyatakan tidak..tambahan pula, aku pergi bersama X ke house viewing itu..buatnya si X tinggalkan aku di tepi jalan, menangis tak berlagu aku nanti jadinya..

Lewat petang, X membawa aku ke kampus untuk bertemu pihak pengurusan..sebenarnya aku sudah mendapat tawaran untuk tinggal di kampus..cuma tawaran tersebut bermula pada bulan Ogos 2010..dalam tempoh tiga bulan tersebut, di manakah aku akan tinggal? X membuat rundingan dengan pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalahnya..sambil itu, dia memperkenalkan aku kepada pengurus wanita yang menguruskan penempatan pelajar..alhamdulillah, ada satu bilik kosong di kampus dan aku ditempatkan di situ..aku berterima kasih kepada X atas jasa baiknya itu..aku bersyukur aku tidak perlu duduk bersama dengan X..enam jam bersama X petang itu sudah cukup untuk membuatku berasa sesak meskipun udara di Canberra ini sangat nyaman..

Selesai dengan isu tempat tinggal, ahad lepas aku dikejutkan dengan sms yang berbunyi “Zura, I teringin nak makan nasi lemak..datang rumah tolong masakkan”..aku terus terpana..dahlah mesej tersebut aku terima pada pukul 8 pagi..sangat mengganggu tidurku yang sangat lena sesudah solat Subuh..sudah semestinya sms tersebut datangnya daripada X..who does she think she is? I don’t even regard her as friend (more of acquaintance I suppose..there’s a big gap between those two)..and the sms is not a favour..it’s more of an order!! as a matter of fact, I am not your servant..manusia jenis apakah itu? aku tidak mahu berlaku kurang ajar..aku tidak membalas sms itu..aku masakkan nasi lemak itu kerana aku tidak mahu diganggu dengan permintaan yang seumpamanya di lain waktu..

Selepas masak, aku membawa bekal nasi lemak tersebut ke rumah X..aku enggan masak di rumah X kerana itu bermakna, aku akan meluangkan masa dengan X..itu juga bererti aku akan berasa seperti kerbau dicucuk hidung..aku tidak suka apabila aku terperangkap di dalam situasi itu..bukan sekali, malahan sudah beberapa kali dengan X..aku benci bila aku lemah dan tidak dapat mengawal diri aku sendiri..jalan terbaik, aku perlu mengambil langkah untuk seboleh mungkin menjauhkan diri..

Apa yang perlu aku buat? inilah yang terjadi bila aku terlalu baik..orang mula memijak kepala dan mengambil kesempatan..salahkah aku menjadi baik? it is my nature behaving this way..aku rasa mungkin aku perlu lebih tegas selepas ini dan berani berkata ‘tidak’..but, it’s just so not me..Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran di bumi Australia ini..sesungguhnya, aku hanyalah insan yang lemah..Kau jauhkanlah aku dari penindasan orang dan semoga aku akan sentiasa berada di dalam limpahan rahmat-Mu..Amin

p/s: aku sangat berharap agar aku tidak akan berpeluang langsung untuk tinggal serumah dengan X kerana X sangat persisten mengajak aku duduk bersamanya..sampai saat ini pun, X masih berusaha ke arah itu..kalau akulah duduk di rumah X sekarang, alangkah bahagianya..(bilik seorang-full privacy dengan dapur dan bilik air)..

Saturday, June 26, 2010

Happy Birthday Along


Hari ini 26 Jun 2010..genap 31 tahun abang aku dilahirkan..well, I just want to wish this for my dearly brother:

"Happy birthday Along..may you be in Allah's blessings always..may your wishes and dreams granted..may you get all the best that life has to offer..moga dipanjangkan umur dan juga dipercepatkan jodoh..enjoy your birthday!!"

p/s: sorry takde hadiah..tunggu balik malaysia lah ye..hehe..bukan main lagi celebrate kat restoran indonesia..bosan dengan western food katanya..hehe

Tuesday, June 22, 2010

Makan-makan Part 2

Cepat sungguh masa berlalu..kat OZ dah pun masuk musim sejuk..ramai orang tanya aku takde salji ke kt Canberra..walaupun suhu kat sini agak ekstrim berbanding bandar lain kat OZ macam Melbourne atau Sydney (dah beberapa hari minggu lepas kalau tak silap aku suhu waktu malam mencecah sehingga -5 degree Celcius), aku masih berharap agar salji akan turun juga..tak taulah doa aku makbul ke tak..tapi macam masa aku kat Birmingham dulu, dapat jugak aku merasa salji yang turun selama 2 hari..harap2 salji akan turun di Canberra tahun ini..

Memandangkan sekarang ni musim sejuk, kali ni aku nak kongsi lagi beberapa hidangan yang aku masak kat sini..nama pun perantau..jadi kalau tak masak, memang kebulur lah jawabnya..

1. Mee kari
Mee kari ni dari haritu lagi aku teringin nak masak tapi malas sungguh sebab tak cukup bahan..then ms beli groceries ritu aku tengok udang fresh agak murah..aku pun dah lama tak makan udang..maka, dapat lah aku masak mi kari bersama udang..walaupun takde kerang..huhu..boleh lah kan..masakan orang bujang..


2. Nasi lemak
Nasi lemak ni plak memang aku dah lama nak masak..ni pun terpaksa masak sebab aku ada hadiri satu majlis anjuran malaysian society kat ANU beberapa minggu lepas..diorang jamu nasi lemak tapi nasi lemak tu agak 'kureng' rasanya..maka semangat aku terus meluap-luap untuk masak nasi lemak..alhamdulillah menjadi..kwn Cina aku yang dah pindah Sydney ritu pun ckp best..terutama sambal udang..aku iya kan ajelah..walaupun sedap (perasan!), still x leh lwn nasi lemak Ujong Pasir..huhu..how i miss that nasi lemak..:(


3. Mee ladna
Aku sebenarnya tak berapa gemar mee dengan apa jenis kuah kecuali mee kari..tapi ritu kawan aku yang aku tumpang rumah dia tu ada masak mee ladna lepas kitorang training futsal..senang aje aku tengok dia masak mee ladna..so, memandangkan ada lebihan dari mee kari yang aku buat mula2 tu, aku pun try masak mee ladna ni..oklah kan..something different..taklah bosan bila makan menu yang sama aje hari2..


4. Puff sardin
Yang ni plak aku cedok dari mamafami kat fotopages dia..paling sempoi..aku yang tak pandai buat pastry pun berjaya dengan cubaan kali pertama..hehe..senang aje..gune roti paratha jenama kawanku tu..tak payah nak uli guna tepung ke apa..dah ada kemudahan..nak buat apa susah kan diri kan..hehe..bijak, bijak..


5. Bruschetta
Dalam banyak2, ini yang paling mudah sekali..tu pun sebab aku browse ada blog sorang mamat nih untuk resipi..tiba2 come across dengan ni..bruschetta ni sebenarnya from italy..tak payah susah2..guna aje french loaf..aku beli yang half loaf tu dan potong kecik2..then aku sapukan tomato puree atas roti tu...lepas tu aku letak sardin yang dah dicampur dengan bawang merah yang dipotong dadu..then, taburkan capsicum dan akhir sekali, shredded cheese..lepas tu, masukkan dalam oven sampai cheese cair..lepas tu, apa tunggu lagi..makan lah..hehe

p/s: kadang2 aku sampai xde idea nk msk apa sebab aku msk nasi weekend aje..huhu

Thursday, June 17, 2010

Berubah? Pilihan di tangan sendiri..


Hari ini rakan serumah aku berpindah ke Sydney. Dia berasal dari Malaysia, senegara dengan aku. Perkenalan aku dengannya amat singkat. Hampir sebulan kalau perkiraan aku tidak silap. Meskipun kami berlainan agama dan bangsa, aku masih mempunyai rasa hormat terhadap dia yang berbeza umur dengan aku sebanyak lima tahun. Sebaya dengan adik aku. Meskipun dia masih muda berbanding aku, namun ketinggiannya membuatkan dia nampak sedikit matang dan berusia. Namun, bukan itu isu yang ingin aku ketengahkan. Ada lagi isu penting yang aku rasa lebih utama untuk aku usulkan.

Malam semalam, kawan Cina aku ini berhajat untuk belanja aku makan. Katanya, aku telah memasak untuknya beberapa kali tetapi dia langsung tidak memasak untuk aku walau sekalipun. (Aku hanya masak nasi lemak dan nasi briyani untuk aku sendiri tetapi apa salahnya kalau kita berkongsi memandangkan terdapat lebihan kan?) Kami bukan pergi berdua tetapi berempat. Kawan Cina aku ini aku namakan dia sebagai X. X amat menghormati permintaan aku untuk makan di restoran yang halal meskipun sebelum itu X telah menyatakan hasrat untuk makan di restoran Thai (memang tidak halal). Akhirnya, kami mendapat kata putus dan berkesudahan dengan makan di restoran Indonesia, Sanur yang memang terserlah kehalalannya. (Sijil halalnya terpampang di hadapan restoran).

Kami berdua memesan sajian yang sama, Nasi Rames Ayam sementara kawan yang berdua itu hanya memesan desert kerana sudah kekenyangan. Nasi Rames Ayam ini disajikan bersama nasi putih, gado-gado, sedikit kicap, sambal belacan (yang kurang rasa belacan) dan juga ayam yang diperap bersama kicap dan sos tiram mungkin. Rasanya tidak memenuhi selera aku dan harganya agak mahal. Sajian tersebut berharga AUD 15.90. Setelah meyuap sesuap dua, X berkata bahawa dia lebih meminati nasi lemak bersama sambal udang yang aku masak tempoh hari. Aku hanya tersenyum.

Sambil makan, kami berborak sempena meraikan X yang akan berpindah ke Sydney. Dia tidak serasi di Canberra. Kursus ijazah yang diikutinya sekarang nampaknya lain benar dengan apa yang dipelajarinya di Malaysia semasa kursus diploma. Aku kira dia mengambil keputusan yang bijak kerana tidak menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan program ijazahnya sekarang. Sekurang-kurangnya, dia tahu apa yang dia perlu lakukan untuk hidupnya.

Semasa makan, X telah membuat suatu pengakuan yang sangat memeranjatkan aku. Dia mengaku bahawa dia sebenarnya seorang lesbian. Aku fikir dia hanya main-main. X berpenampilan seperti lelaki. Rambutnya pendek. Jam yang dipakainya juga sesuai untuk lelaki. Seluar kargo dan butnya juga cukup untuk menyerlahkan sifat maskulin di dalam dirinya yang feminin itu. Meskipun berpenampilan seperti seorang ‘tomboy’, namun tidak terlintas langsung di fikiran aku bahawa dia sememangnya seorang lesbian. Pada mulanya kami menyangka dia hanya berseloroh, tetapi rupa-rupanya X berkata benar. X juga amat lega dapat memberitahu perkara sebenar kerana selama ini dia amat tertekan dengan ahli keluarganya yang menyuruhnya berkelakuan seperti seorang perempuan. Sungguh aku tidak menyangka bahawa X seorang lesbian. Aku juga bersyukur kerana dia hanya membongkar rahsia hitamnya itu pada hari terakhirnya di Canberra.

Setelah mengetahui perkara itu, masing-masing berlagak biasa dan menyambung kembali perbualan. Aku menyuarakan pendapat aku bahawa X boleh berubah dan tidak perlu berkelakuan di luar tabii. Namun, X dengan keras menyangkal bahawa semua ini berpunca daripada didikan kedua ibu bapanya yang tidak mahu menerima hakikat bahawa nalurinya cenderung untuk berkelakuan seperti seorang lelaki.

Entahlah. Aku buntu. Bagi aku, kecenderungan itu boleh diubah. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kecenderungan itu dibelai dan dibaja yang seterusnya menjadikan kecenderungan itu bertambah dan sukar untuk dilupuskan. Perempuan seharusnya berkelakuan seperti perempuan dan lelaki juga begitu sebaliknya. Perempuan yang ingin berkelakuan seperti lelaki sebenarnya telah melanggar fitrah ciptaan Allah. Bukankah Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian?

Aku fikir apa yang membezakan aku dengan X adalah cara kami berfikir. X menganuti agama Buddha dan aku menganuti agama Islam. X bermati-matian mengatakan bahawa apa yang berlaku kepada dirinya tidak boleh diubah. Sebaliknya, aku berpendapat bahawa semua itu boleh diubah sebagaimana Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ra’d; ayat 11). Nah, terbukti bukan. Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Renung-renungkan. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian. Nauzubillah minzalik.

p/s: Kalau bukan kita sendiri yang mengubah keadaan diri kita, siapa lagi?

Wednesday, June 16, 2010

10 things about OZ

Officially, I have been in Canberra for almost 6 weeks now..time do fly fast..it was as if I was still in Malaysia..nevertheless, here I am trying to adapt myself in a country called Australia..throughout the time, I have observed a few things that I would like to share:

1. Bus fare
The bus fare back in Malaysia was cheap. RapidKL ticket is only RM 2 while the Metrobus is a lot cheaper (RM 1 if I am not mistaken). Here, a single trip adult fare is AUD 4 (equivalent to RM 12). It is so expensive. Luckily, they have the concession ticket for student and also faresaver 10. The faresaver 10 ticket is a lot cheaper (AUD 12.25 for 10 trips). One good thing is that, within 90 minutes, you can go anywhere by bus to any place with no extra charge.

2. Bus stop


The bus stop here is so horrible. (This is a general observation and thus do not apply to all bus stops in Canberra). I have observed that there a few bus stops like this. Look at the picture. It looks so odd with semi circular shape and the colour, OMG! Not the entire city has this bus stop but the one in College Street (Uni of Canberra) has this particular shape which I just don’t like. It is so out of shape.

3. Free rides
There are no bus conductors to issue the bus ticket but if you have got your bus ticket, just insert it into the machine and it’s done. This is what I like here. If the machine is out of order, you get a free bus ride. Yes, I mean FREE. It happened to me three times so far. How I wish the machine is out all the time so that I can get free bus ride every time.LOL.

4. Bus driver
The bus drivers in Malaysia are all driving like crazy. Here, they are so well menace and very obedient. They drive according to the speed limit. One day, I was in the bus and the bus driver did not notice the traffic light was turning red. He accidentally stop a few metres ahead of the zebra crossing. Guess what he did? He apologized to the pedestrians who were crossing the road. Would you see that in Malaysia?

5. Fuel price
One thing I notice here, the fuel price is fluctuating. Some days it is cheap, some days it is so expensive. Unlike in Malaysia, the fuel price is subsidized and it’s fixed. How lucky are Malaysians and yet we still complain the fuel price is high!

6. Operating hours
The Aussies are so laidback. Their shopping hours is so short. The shopping mall operates from 9 am till 5.30 pm. That is for weekdays and during weekends, it is open from 10 am till 4 pm. Only the supermarkets are open till 10 pm (K Mart is on for 24 hours!). No wonder people said Malaysia is a shopping heaven. The shopping hours is long, and sometimes during the festive season, the mall is open till midnight.

7. Entertain customer
Back in Malaysia, when you as a customer steps into a shop, the shop owner will quickly entertain you and ask what you want to buy. It is completely different in OZ. If you see a customer is being entertained by the shopkeeper, please don’t try to ask. He or she will keep on entertaining the customer until their transaction is done. Only then you can interrupt. What a time to waste! Just walk off and go to other shops or just come back later.

8. The most common sentence uttered
Every time I go to the mall for my groceries, or meet my supervisor or ask someone at the counter, the first thing they say would be, “How are you?” This is the most common sentence uttered by the OZ. Just as Muslim greet each other by “Assalamualaikum”, let’s do it the OZ way. I remembered there were a few occasions that my second supervisor (the old one) asked me “How are you” and I replied him “I am fine”. He was not satisfied with my answer. The next time I met him and he asked me the same question, I replied him “I am good” and he smiled. I am just confused. Isn’t fine and good similar?

9. Cool supervisors
Here in my uni, I have two supervisors. One is Dr Simon Foster and the second one is Prof. Bill Maher. Both are males and so far they are being nice to me. Unlike in Malaysia, where everything has to be formal when addressing someone, here I just call them Simon and Bill (it sounds a bit harsh.like so ill mannered when you don’t call someone with the title that they possess). Anyway, that’s the way here. No one is addressed formally. Everybody is treated equally so long as you respect each other.

10. University accommodation
The university accommodation here is expensive. I am paying like AUD 218 per week for a 4 bedroom apartment with a shared kitchen and bathroom. In total, I am spending AUD 872 a month just for the accommodation (that is equivalent to RM 2616 and I can rent exclusive condominium in the heart of KL or even a bungalow). Luckily, I am getting the university scholarship. If I were to pay on my own, I would prefer staying outside where I can get a relatively cheaper house. Considering that the university is only 8 minutes away from my apartment now, I am fortunate to have the room although I am paying quite a big sum!

p/s: I still prefer Malaysia..it’s never the same here!