Thursday, July 15, 2010

My first experience..:)

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, aku amat sibuk..taklah sibuk mengalahkan wakil rakyat..tapi aku memang sibuk..aku dah mula pergi ke lab untuk initial experiment aku dengan blood sample..hari2 aku pergi lab dan hari2 aku balik pukul 5..rasa penat pulak sebab dah lama aku berhibernasi di bilik untuk membaca jurnal..ditambah pula dengan praktis futsal dan badminton untuk NCG tournament, aku memang letih..schedule aku pack sungguh..but I loike..hehe..bila aku sibuk, aku kena pandai organize masa..barulah mencabar sikit..

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku..this is my first experience..tak pernah lagi dalam hidup aku buat macam ni..bukannya aku buat jahat pun..jangan salah sangka..hari selasa baru2 ni, aku telah mencipta sejarah..aku MENJUAL nasi lemak..can you believe that? hah, tak pernah aku terfikir untuk menjual pun hasil masakan aku selama ni..itu pun secara kebetulan semua ni berlaku..beberapa minggu lepas, aku telah diminta oleh seorang Malaysian Chinese ni untuk menjual nasi lemak yang dah siap pack untuk 20 orang di Malaysia Fest yang akan diadakan di UC (Uni of Canberra)..aku kenal Chinese tu..kira kawan jugak lah..dia mintak aku masak sebab dia cakap ada orang bagitau dia aku masak sedap..mula2 aku macam malas sebab pagi hari yang sama, aku akan ada game bowling untuk NCG..mana sempat nak masak..tetapi, memandangkan aku ni tak sampai hati untuk mengecewakan permintaan dia yang beriya-iya meminta aku memasak, aku turutkan jua..

Maka, aku pun memulakan misi dengan menyediakan list of things to buy (macam nak buat research pun ada sebab aku selalu akan buat senarai things to do mengikut priority)..aku siap buat pengiraan berapa banyak santan nak guna..nisbah santan dan air..haha, kelakar pun ada aku rasa..tapi karang terlebih santan jadi nasi pulut pulak kan..jadi, kena kira betul2..aku pergi beli ayam kat city sebab ayam kat belconnen tu aku tengok tak berapa elok..bila goreng nanti akan still keluar darah..aku pun beli daging sekali sebab akan buat murtabak crackers untuk jualan..

Hari isnin lepas maghrib, aku terus bersedia untuk memasak..sebab aku ada dua misi untuk disiapkan..satu, nasi lemak dengan ayam goreng..dua, murtabak crackers..nasib baik sehari sebelum tu aku dah blend cili untuk sambal..aku memulakan misi dengan menggoreng kacang tanah dan ikan bilis..sambil tu, aku rebus telur..dalam masa yang sama, aku siapkan inti murtabak dengan menggoreng minced beef dengan rempah kari..sebelum tu, aku perapkan ayam dengan halia dan bawang putih dan letakkan dalam fridge dalam 2 jam untuk mengekalkan kelembutan ayam walaupun selepas digoreng..beras pun aku basuh dan toskan untuk ditanak selepas subuh esoknya..selepas ayam diperap, aku kunyitkan dan goreng..dahlah aku dapat semua drumstick yang besar..aku dah pesan kat peniaga tu nak yang kecik, tapi dia mungkin tak tau nak beza kecik dengan besar..aku dapat semuanya besar2..memang lama aku nak tunggu ayam tu garing sepenuhnya..sambil menggoreng ayam, aku buat murtabak crackers..

Aku dah rasa macam robot sebab tak berhenti rehat..lenguh kaki aku sebab lama sangat berdiri..nak buat murtabak crackers tu senang aje..tak susah mana pun..cuma, aku tak boleh nak buat dalam keadaan duduk..rasa tak selesa..so, aku berdiri aje..siap aje satu, aku terus bakar dalam oven..dengan 2 kilo daging, aku dapat siapkan 6 murtabak crackers yang aku buat dalam bekas foil..misi menggoreng ayam selesai akhirnya pada pukul 1.30 pagi..masa tu aku memang dah mengantuk sangat2..aku masuk tidur pukul 2 pagi selepas habis membakar murtabak crackers..pukul 6 pagi, aku bangun untuk menyiapkan nasi lemak..aku kena masak dalam 2 rice cooker..aku splitkan dalam 2 bahagian..periuk nasi aku yang kecik tu aku masak 4 cawan beras..periuk nasi satu lagi aku beli dari kawan aku yang nak balik Malaysia..dia ade buat garage sale..periuk tu besar sikit..aku masak 8 cawan beras..habis menanak nasi, aku menyiapkan sambal..sambil tu, aku pack kan ikan bilis dan kacang tanah, potong timun dan telur rebus..aku kena siapkan semua sebelum pukul 9 pagi sebab aku kena pi game bowling pukul 9.30 pagi..alhamdulillah aku sempat siapkan semua by 9.15 am..aku dapat kesemuanya 18 pack nasi lemak..untuk murtabak pulak, aku potong kepada 2 untuk siap tray..so, total aku dapat 12 pack murtabak..satu pack nasi lemak aku jual 5 dollar, murtabak pulak aku jual 3 dollar..

Nasi lemak yang dah siap packing..

Sementara aku pi main bowling, aku mengamanahkan Chinese guy tu untuk menolong menjualkan untuk aku..walaupun kecewa tak menang pun bowling tu sebab team lain lebih hebat, tapi aku gembira sebab nasi lemak aku habis dijual.. alhamdulillah..syukur sangat2.. aku sangat risau kalau tak habis sebab kat UC tak ramai Melayu macam kat ANU..murtabak pulak masa aku tengok gerai tu, tinggal 4 keping..ada sorang student phd lain yang jual nasi minyak kat situ..dia tanya kenapa aku jual murah sangat..sebab dia jual 10 dollar untuk satu pack nasi minyak..aku cakap aku tak tau berapa nak letak harga..mahal2 sangat nanti tak ada orang nak beli..dia cakap dia nak naik kan harga untuk aku tapi sebab aku dah letak harga macam tu, dia takut plak nak ubah..dia siap bagitau aku ada orang beli nasi lemak aku sampai 3 pack sekaligus sebab murah sangat..aku kata kat dia, takpe..habis nasi lemak aku jual pun dah cukup baik..jual mahal2 kalau takde orang nak beli pun, buat penat aje..

Aku rasa penat aku memasak terbayar apabila nasi lemak aku habis dijual..tak sangka sungguh akan habis..murtabak tu pun tinggal sikit..hmm, kalau macam ni lain kali boleh masak lagi..boleh cari duit poket..hehe..

p/s: first experience menjual hasil masakan di bumi OZ..i loike!!

2 comments:

  1. Ape lagi, pas ni bole la bukak restoran nasi lemak..jgn lupe panggil cek sbg artis undangan kat situ..mayb bole berduet ngan kylie and natalie imbruglia..tahniah anda sekarang seorang Dr minor business..'bkn main2 bisnes kat aus...hahahaha....Cadangan name kedai:
    1.nasi lemak subang
    2.nasi lemak iso
    3.le fat rice
    4.MBG lemak house
    5.Frasha & co de lemak

    ReplyDelete
  2. menarik.... hehehe

    ReplyDelete