Manusia di dunia ini perangainya macam-macam..ada orang yang jahat yang mana memang terserlah kejahatannya sehingga dia dikategorikan sebagai penjahat..ada orang yang sederhana jahat tapi tidak sampai dikategorikan sebagai penjahat..adat dunia..yang baik, lawannya buruk..begitu juga dengan jahat..jahat lawannya baik..ada orang yang tersangat baik..ada orang baiknya bersebab..ada orang pula yang baik dan sangat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..kategori manakah anda berada? anda sendiri yang tentukan..
Hmm..apakah yang aku merepek ini? ini semua berpunca daripada sikap aku yang aku rasa sedikit sebanyak menjadi punca kepada 'permasalahan' aku..dari mana aku nak mula eh?
Masa mula-mula aku sampai ke Canberra dua bulan lepas, aku diperkenalkan dengan seorang kakak postgrad yang aku namakan sebagai X..dia satu universiti dengan aku..sebelum aku jumpa empat mata (opss silap..enam mata sebab aku pakai cermin mata..hehe), aku dah diperingatkan tentang apa yang aku perlu tahu mengenai X daripada kawan aku..tetapi, I am not being judgemental here..aku tak kisah pun apa tanggapan orang..selagi aku tak mengalaminya sendiri, aku takkan percaya bulat-bulat..maka, bermulalah sesi perkenalan aku dengan X..kami bertemu di kafe..kami berkenalan tetapi dalam situasi ini, aku lebih banyak mendengar kerana tiada peluang untuk bercakap..aku tak kisah pun..bak kata KRU dalam lagu mereka berjudul 'fanatik'; "diam itu pintar"(haha..perasan!)
Sepuluh minit yang pertama, aku dah mula mempercayai apa yang kawan aku beritahu sebelum ini, tetapi aku masih tidak berganjak..X masih sempat berlatih presentation bersama teman sekuliahnya membuatkan aku rasa sungguh tidak selesa..dalam smsnya sebelum itu kepada aku, X menyatakan dia free..bukankah free itu bermaksud lapang? dan apabila seseorang itu mempunyai waktu lapang dan dia telah berjanji untuk bertemu dengan seseorang yang lain (itu merujuk kepada aku), patutkah dia mencampur-adukkan perancangannya? aku kira perbuatan itu sangat tidak beretika..aku ingin beredar tetapi memandangkan tujuan aku bertemu dengan X adalah untuk membincangkan isu tempat tinggal aku (di kala itu, aku masih homelessdan menumpang di rumah kawan yang sangat baik hati selama 10 hari! aduh, lama sungguh), aku membiarkan saja..usai latihan presentation X bersama teman sekuliahnya, barulah kami berpeluang untuk membincangkan isu yang paling aku nantikan saat itu..X memberikan aku beberapa opsyen..mencari rumah di luar yang jauh lebih murah atau duduk di kampus yang mana jarak di antara fakulti dan kampus hanya sepuluh minit berjalan kaki..sudah tentu aku mahu yang dekat..tidak mengapa berbelanja lebih kerana aku tidak perlu menaiki bas dan membazir banyak masa untuk ke universiti..
Dalam masa yang sama, si X mengajak aku untuk mengikutinya ke house viewing..X berhasrat untuk mengajak aku tinggal bersama dia di luar..maka, house viewing ini bertujuan untuk melihat rumah yang berpotensi untuk dijadikan rumah sewa..dahlah rumah yang kami pergi tersebut tidak fully furnished, maka perbelanjaan yang perlu ditanggung untuk membeli perabot dan seumpamanya pasti akan bertambah..dalam hati aku berdoa semoga aku dapat duduk di kampus..X menyuruh aku mengisi borang permohonan kerana katanya aku mempunyai slip gaji sebagai antara bukti penting untuk melengkapkan permohonan..aku hanya mangangguk lemah..dalam pertemuan sesingkat 2 jam, mana mungkin aku menyatakan tidak..tambahan pula, aku pergi bersama X ke house viewing itu..buatnya si X tinggalkan aku di tepi jalan, menangis tak berlagu aku nanti jadinya..
Lewat petang, X membawa aku ke kampus untuk bertemu pihak pengurusan..sebenarnya aku sudah mendapat tawaran untuk tinggal di kampus..cuma tawaran tersebut bermula pada bulan Ogos 2010..dalam tempoh tiga bulan tersebut, di manakah aku akan tinggal? X membuat rundingan dengan pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalahnya..sambil itu, dia memperkenalkan aku kepada pengurus wanita yang menguruskan penempatan pelajar..alhamdulillah, ada satu bilik kosong di kampus dan aku ditempatkan di situ..aku berterima kasih kepada X atas jasa baiknya itu..aku bersyukur aku tidak perlu duduk bersama dengan X..enam jam bersama X petang itu sudah cukup untuk membuatku berasa sesak meskipun udara di Canberra ini sangat nyaman..
Selesai dengan isu tempat tinggal, ahad lepas aku dikejutkan dengan sms yang berbunyi “Zura, I teringin nak makan nasi lemak..datang rumah tolong masakkan”..aku terus terpana..dahlah mesej tersebut aku terima pada pukul 8 pagi..sangat mengganggu tidurku yang sangat lena sesudah solat Subuh..sudah semestinya sms tersebut datangnya daripada X..who does she think she is? I don’t even regard her as friend (more of acquaintance I suppose..there’s a big gap between those two)..and the sms is not a favour..it’s more of an order!! as a matter of fact, I am not your servant..manusia jenis apakah itu? aku tidak mahu berlaku kurang ajar..aku tidak membalas sms itu..aku masakkan nasi lemak itu kerana aku tidak mahu diganggu dengan permintaan yang seumpamanya di lain waktu..
Selepas masak, aku membawa bekal nasi lemak tersebut ke rumah X..aku enggan masak di rumah X kerana itu bermakna, aku akan meluangkan masa dengan X..itu juga bererti aku akan berasa seperti kerbau dicucuk hidung..aku tidak suka apabila aku terperangkap di dalam situasi itu..bukan sekali, malahan sudah beberapa kali dengan X..aku benci bila aku lemah dan tidak dapat mengawal diri aku sendiri..jalan terbaik, aku perlu mengambil langkah untuk seboleh mungkin menjauhkan diri..
Apa yang perlu aku buat? inilah yang terjadi bila aku terlalu baik..orang mula memijak kepala dan mengambil kesempatan..salahkah aku menjadi baik? it is my nature behaving this way..aku rasa mungkin aku perlu lebih tegas selepas ini dan berani berkata ‘tidak’..but, it’s just so not me..Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran di bumi Australia ini..sesungguhnya, aku hanyalah insan yang lemah..Kau jauhkanlah aku dari penindasan orang dan semoga aku akan sentiasa berada di dalam limpahan rahmat-Mu..Amin
p/s: aku sangat berharap agar aku tidak akan berpeluang langsung untuk tinggal serumah dengan X kerana X sangat persisten mengajak aku duduk bersamanya..sampai saat ini pun, X masih berusaha ke arah itu..kalau akulah duduk di rumah X sekarang, alangkah bahagianya..(bilik seorang-full privacy dengan dapur dan bilik air)..
wOw..tersangat la diva ode nasi lemak via sms!sendu sungguh....huhu..banyak cantek muka dia..
ReplyDeletemesti la tak salah nak wat baik...tambah2 kalu dah p merantau kan..duduk kat tempat org...perasaan nak menbantu tu meluap2...hehe..tapi jgn smpi kena kita diperguna sudah..kdg2 kita mesti tegas jugak..spy diri xsenang2 kena pijak...okay?