Tuesday, July 20, 2010

Makan2 Part 3

Aku tak tau kenapa tapi sejak akhir2 ni aku suka amik gambar apa yang aku masak..dah jadi macam food blogger pun ada..mentang2 ada dslr..tu yang aku suka bereksperimentasi tu..aku rasa ‘kegilaan’ aku terhadap makanan ni pun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rancangan Masterchef Australia yang akan tamat minggu ini setelah berbulan ditayangkan di televisyen..sejak aku sampai OZ bulan Mei ritu, aku dah jadi peminat setia rancangan ini..tepat jam 7.30 malam, aku dah tercongok depan tv..yang pastinya, aku akan masak sebelum tu supaya aku tak terlepas rancangan ni..rancangan ini bukan setakat masak aje, tapi more to culinary..the art of serving the food..memang best..kalau kat Malaysia ada rancangan ni mesti gempak punyalah...

Entry aku kali ni sebenarnya aku nak tujukan khas buat Cik Rafidah Ali yang kini berada di Keningau..haritu masa aku upload gambar nasi lemak untuk aku jual tu, aku tak sempat nak amik gambar murtabak crackers membuatkan kawan aku sorang ni tertanya2 macam mana lah rupa murtabak crackers tu..aku sebenarnya ada buat masa raya tahun lepas tapi kawan aku ni tak berkesempatan memandangkan dia dah balik ke Sabah..jadi, untuk tidak menghampakan special request kawan aku ni, so aku buat sekali lagi dan amik gambar siap2..by the way pdah, sorilah ye..hang dapat tengok gambar makanannya aje..makanannya ceq dah abeskan..hehe

Murtabak crackers

Inilah rupa murtabak crackers yang menjadi idaman seMalaya tu..haha..perasan sungguh..tak susah pun nak buat..kena ada minced beef..toskan dan goreng sehingga air kering..masukkan rempah kari..tambah air sikit supaya tidak terlalu kering..bila dah sebati, masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu..apabila selesai, angkat..dalam bekas aluminium foil (berbentuk rectangular), sapukan mentega di sekeliling bekas..celupkan cream crackers ke dalam susu (fresh milk)..biarkan sehingga lembut..letakkan cream crackers tadi menjadi satu lapisan di dalam bekas foil..letakkan daging yang telah digoreng bersama rempah tadi..ratakan..taburkan daun sup dan daun bawang..sapukan telur yang telah dipukul ke atas lapisan tersebut ..ulang proses tadi..pastikan lapisan atas foil diakhiri dengan cream crackers..tuangkan susu dan telur ke lapisan teratas..bakar selama 20 minit di dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius..setelah siap dibakar, biarkan seketika..terbalikkan foil dan murtabak crackers sedia untuk dihidang..


Murtabak crackers yang sedia dihidang


Murtabak crackers yang telah dipotong

Puff daging

Puff daging ni pun senang jugak..ni semua hasil penemuan dari resipi food blogger yang glamor seantero dunia..cik mat gebu..boleh tengok kat website dia..aku ni meniru aje..mintak ampun ye cik mat gebu..yelah kadang2 bosan makan benda yang sama..bila buat macam ni, seronok sikit nak makan..hihi..apa lagi korang, cubalah..


Mee goreng basah

Mee goreng ni tak payahlah aku nak bagitau cara memasaknya macam mana..masing2 aku rasa ada style sendiri..aku just nak tunjuk gambar aje..ada yang suka kicap..ada yang tak suka kicap..ada yang nak nampak pedas, jadi letak cili lebih..terpulanglah pada selera masing2..


p/s: lain kali aku upload lagi gambar2 masakan yang membangkitkan selera..haha..poyo betul!!

2 comments:

  1. 1-phewitt...dh letak watermark kat pic..
    2-suggestion,letak la resepi plak..senang nk refer nnti..haha

    ReplyDelete
  2. juja..cayalah!!
    nnt nk cuba gak murtabak cracker tu..MIL pon terer gak buat..
    masak2 lg juja!

    ReplyDelete