Kalau nak diikutkan, ini kali kedua aku menjadi perantau di kota orang putih.. Negara pertama yang aku merantau dulu adalah UK pada tahun 2006..untuk lebih spesifik lagi adalah di Birmingham, England..sebab UK ni terdiri daripada 4 negara yakni England, Scotland, Wales dan Northern Ireland..masa aku kat UK dulu, aku datang pada musim autumn..bulan September kalau tak silap aku..kali ini, aku merantau lagi..tapi di negara yang berbeza..berbeza benua..kalau dulu aku di benua Eropah, kali ni aku di benua Australia..hmm, pendek kata aku kini di Canberra..juga aku datang kali ini pada musim luruh..
Setakat aku berada di Canberra hampir sebulan ni, aku memang tak ada masalah untuk menyesuaikan diri..cuma, aku mengalami masalah gatal2 di muka..benda ni pun dah berlaku sejak aku di Malaysia lagi..kulit aku agak sensitif..kat Malaysia haritu kulit aku dah agak kurang gatal sebab aku dah jumpa produk yang sesuai ngan kulit aku..tapi kali ni di OZ kulit muka aku gatal2 balik..yelah, cuaca sekarang ni sejuk..jadi, kulit muka aku pun kering..nampaknya aku kena mulakan pencarian produk muka yang sesuai sebab bulan depan dah masuk winter..lagi sejuk..kalau aku tak jumpa jugak produk yang sesuai, alamatnya, aku yang merana nanti..
Macam yang aku dah bagitau tadi, sekarang ni musim luruh..kalau siang sekarang ni dalam 16 degree..tapi bila nak masuk malam terus lagi sejuk..kadang2 boleh mencecah 4 degree..memang sejuk..sekarang ni plak heater kat rumah aku ni rosak..kalau heater untuk air panas kat dapur aje takpe jugak..ni heater satu rumah..termasuk lah bilik aku..huhu..dahlah sejuk, heater plak takde..memang parah..benda ni jadi hari Jumaat haritu..dah malam plak tu jadi..sabtu ahad orang maintenance tak kerja..jadi selama 2 hari ni aku dah beku..beku otak..beku kaki dan tangan..seksa gila nak pi toilet..nak amik wudhu..nak masak ok lagi sebab masa basuh pinggan aje guna air banyak..aku pun hari sabtu aje mandi..(jangan bagitau orang..shh!! rahsia besar nih..hehe)..nasib baik aku beli quilt yang tebal khas untuk winter..kalau x, memang mati kesejukan lah aku rasa..boleh plak masa heater tak berfungsi ni, hari sabtu ahad asyik hujan aje..tak berhenti plak tu..memang menguji kesabaran betul..bertambah sejuk lah jawab nya..last2 aku masak air guna kettle kat dalam bilik..sambil2 tu, aku letak tangan kat kettle untuk dapatkan haba..barulah boleh tahan sikit..
p/s: kat Malaysia, kalau takde aircond, masih boleh tahan..tp kat sini kalau takde heater, sejuk bangat deh!!
No comments:
Post a Comment