Weekend lepas aku pi jalan2..saja nak tengok tempat orang..duduk kt Canberra ni pun bukannya ada benda sangat..yelah, aku pun baru lagi kat sini..jadi, masih belum berkesempatan nak melawat tempat sendiri..(tempat sendiri katanya..macam lah aku ni orang OZ kan..tak sedar diri tu gelap..makan belacan..haha)
anyway, berbalik pada misi jalan2 aku..kali ni aku buat arrangement untuk ke Wollongong..sebut betul2 kawan2..nak tergeliatlah lidah menyebutnya… almaklumlah, orang Melayu kan..haha..Wollongong ni tempat kawan aku..dia buat phd kat sini..kitorang sama2 buat master kat UK dulu..kira lama lah aku tak jumpa kwn aku ni..adalah 2 tahun lebih kitorang tak jumpa..last jumpa masa aku ajak kwn aku ni beraya kt rumah aku tahun 2007..jadi, selain berjalan2, aku dapat gak mengeratkan silaturrahim yang terjalin antara kami..
so, perjalanan aku kali ini adalah dengan menaiki bas..macam tak caya aje kan..selalunya kat Malaysia, aku mana ada naik public transport..ke mana2 mesti berkereta..apa jadi lah dgn MBG aku kat rumah tu kan? mesti abang aku lum servis kereta aku tu..anyway, kat OZ ni aku sangat berdikari..takda maknanye nak jalan2 naik kereta..aku pi school pun berJALAN ok..satu aktiviti yang sangat sihat..kat sini boleh lah…cuaca sejuk..jalan pun tak berpeluh..kalau kat Malaysia tu maunya bermandi peluh kan? sungguh tak sesuai..
perjalanan ke Wollongong dari Canberra memakan masa 3 jam 45 minit..nasib baik wawe tunjuk kan aku nak amik bas dari mana..tq wawe..dekat aje pun..kat OZ ni, naik bas pun kena pakai seat belt..it’s a legal requirement..tak suka, tak suka, tak suka..tapi dah dtg tmpt org kan, kenalah ikut peraturan..aku macam biasa pilih tmpt tepi tingkap sbb dia free seating..nasib baik aku travel light..jadi, beg aku bwk masuk dalam..agak penuh gak bas hari jumaat tu..yelah, ramai balik kampung kn..ada sorang perempuan duduk sebelah aku..aku x sure umur dia berapa..tgk penampilan, dia mungkin sebaya aku..aku buat derk aje sebab dia macam tak berapa mesra..yang paling menyakitkan hati aku adalah..dia pasang mp3 player..aku tak kisah kalau dia nak pasang..tapi, dia pasang kuat sangat..sampai aku yang nak melelapkan mata pun terus tak jadi..kalau lagu best takpe lah jugak kan..ini lagu tekno yang dia pasang..macam nak pi clubbing..aku cuba nak pekak kan telinga..tapi, alangkah malangnya aku masih boleh mendengar lagu2 dia tu..dalam setengah jam kemudian, dia bawak keluar hair extension..aku taklah tengok direct..tapi dari reflection cermin bas tu, aku leh nampak apa yang dia buat..sampai 3 hair extension dia keluarkan..dia amik sikat dan terus sikat ketiga-tiga hair extension tu..aku pun pelik tengok dia ni..tak lama lepas tu, ada seorang lelaki kat tepi kanan perempuan tu tegur perempuan tu untuk berkenalan..lega aku..sebab bila dia berborak, dia tak akan dengar mp3 player dia..tapi, aku kena dengar plak perbualan diorang ni..cakap kuat..tak hormat orang betul..
yang best nya, lelaki tu tanya kat perempuan tu..”how old are you”..perempuan tu suruh teka..lelaki tu jwb 26 tahun..perempuan tu terus terkejut..dia kata dia baru aje masuk 18 tahun 2 minggu lepas..aku yang dok pasang telinga macam nak tergelak pun ada..18 tahun??? tak logik betul..memang kalau dia tanya aku pun aku akan bagi jawapan yang serupa..hihi..sapa suruh dress up macam org matured? salah sendiri lah kan..
dalam pukul 9.45 pm aku sampai di Wollongong..lupa plak..kawan aku tu nama dia laili..laili datang amik aku kat bus stop Wollongong tu..dia tak berhenti kat bus station..pelik kan..Wollongong ni kira macam kampung..laili ada beli kereta second hand kat OZ..so, sampai aje aku kat rumah laili, dia jamu aku makan malam..memang cantik sangat lah tu sebab aku pun memang lapar gila..last aku makan pukul 1 tghari..laili suruh aku tambah banyak2..aku mana lah larat..tu pun dia komen aku makan sikit gila..serupa macam tak makan..abes makan, aku pun rehat dan tidur sebab esok nak berjalan..
lepas sarapan, bermulalah misi berjalan..laili ajak housemate dia, mira dan sorang lagi student phd yang baru sampai Wollongong bulan februari haritu..jadi, senanglah kitorang sebab ada pemandu..hehe..hari sabtu tu, laili ajak pi south coast..perjalanan memang jauh..adalah dalam 2 jam lebih..pemandangan kat sini memang cantik..saujana mata memandang..ke arah south coast ni byk ladang..lembu diorang semua gemuk2..first stop kitorang adalah Pebbly Beach..sampai2 aje, kitorang makan mihun goreng..semua dah lapar..kitorang bedal aje mihun tu walaupun mihun tu dah sejuk..ditambah plak ngan angin laut yang sepoi2 bahasa..menggigil jugak lah makan..laili pun ada buat lempeng pisang..dia dah potong kecik2 masuk dalam tupperware..masa makan tu ada banyak burung gagak..tak sangka plak masa laili makan lempeng tu tiba2 burung gagak ni sambar lempeng yang ada kat tangan laili tu..mesti burung tu ingat laili memang nak kasi dia..terkejut jugak lah kitorang..nasib baik tak cedera..hehe..
abes makan, kitorang jalan2 kat beach..subhanallah..cantik sungguh beach kat sini..pasir putih, awan biru..awan ketul2 macam kartun Simpsons wawe kata bila dia tengok gambar..memang cantik sangat2..aku pun apa lagi..terus keluarkan dslr dan terus snap pemandangan yang maha cantik..yang membuatkan Pebbly Beach ni lagi menarik adalah dengan kehadiran kanggaru liar kat situ..masa jalan2 kat pantai tu, tiba2 ada sekumpulan kanggaru duduk bergelimpangan..kitorang pun tak melepaskan peluang..terus mendekati sekumpulan kanggaru tu..jinak2 semua nya..aku mula2 tu takut gak nak pegang sebab takut dia tendang..karang tak pasal2 aku cedera..tapi, ramalan ku salah belaka..kanggaru tu semua jinak..mungkin kanggaru tu perasan diva sebab orang nak amik gambar dengan diorang..mungkin jgk sebab dah selalu sangat orang datang beach ni, jadi diorang pun dah tak takut dengan manusia..selesai bergambar dengan kanggaru, kitorang bergambar kat pantai plak..masa nil ah aku dera laili dan mira..aku cadang untuk amik gambar sambil lompat..semua kata tak nak..sebab tak pernah..aku cakap, jom lah..bukan selalu wat macam ni..akhirnya, diorang setuju..dengan syarat aku tunjuk cara nak lompat..kelakar gak bunyi nya..nak lompat pun kena tunjuk..so, kawan laili yang jadi driver kitorang tu standby dengan kamera aku..aku pun tunjuk skil lompat aku..hehe..nasib baik da banyak kali amik gambar lompat..so, aku dah tak kekok..kelakar jugak sesi lompat ni..ada yang lompat tutup muka..ada yang lompat kaki silang..ada yang lompat gaya landing kapal angkasa..pendek kata, kitorang memang enjoy sesi ni walaupun laili cakap dia dah tak nak dah amik gambar lompat2 ni..hihi..
lepas lompat2, kitorang gerak ke whale point..kat sini patut nya ada whale..tapi haritu whale merajuk tak nak keluar..dia malu dengan diva kot..haha..kat sini pun kitorang amik gambar..cun jugak..laut tu biru sangat..nasib baik hari tak hujan..lepas whale point, kitorang berhenti makan kat The Rainbow Pie Shop..menarik pie2 kat sini..aku amik vege stack..dengan hot chocolate..memang kaw lah hot choc dia..terutama masa sejuk2 ni kan..dah selesai makan, perjalanan diteruskan lagi..kali ni, kitorang pi ke Kiama Blowhole..kat sini ada lighthouse dan jugak laut yang lanskapnya berbatu..ada satu kawasan batu yang mana air laut akan masuk ke kawasan yang terlindung tu dan akan naik tinggi..aku pun tak tau macam mana nak terangkan…masa sampai kat kawasan ni, dah hampir nak senja..jadi, sesi fotografi pun agak terbantut dengan cahaya yang sangat2 terhad..yang ni aku memang kena improve kan lagi..low light photography..
next stop, kitorang balik rumah..malam nya tu diorang cadang nak ke Sydney..tujuan nya adalah untuk berkaraoke..huhu..aku ikut kan aje lah..seingat aku, dua kali aje aku pi karaoke jamban kat Kota Tinggi..tu pun sebab dah tak ada aktiviti nak buat lepas abes fieldwork..so, selain nak berkaraoke, mula2 tu kenalah kenyangkan perut dulu..perjalanan ke Sydney memakan masa sejam setengah..memang agak jauh..tapi undang2 kat OZ ni strict..mana boleh nak merempit macam kat Malaysia..jadi, semua pemandunya sangat berhemah..kitorang pi makan kat restoran halal kat Sydney..masa ni, semua orang berjalan dengan sangat laju..dah tak toleh kiri kanan dah sebab semua orang lapar gila..laili recommend ada satu dish ni..restoran ni kepunyaan orang Uyghur..bangsa Uyghur ni berasal dari Turki..jadi, kitorang pun makan lah sejenis mee ni..ntah apa ntah nama mee ni..tak sempat nak tgk menu pun sebab dah kebulur..hehe..sedap gak mee ni..mee ni rupa dia ada macam kuetiaw cuma mee ni lebih kental..selain tu, laili order gak lamb and chicken skewer..aku tak pernah dalam sejarah hidup makan lamb…tapi, setelah dipaksa oleh laili dan mira, aku gagah kan jugak..takut gak aku kalau termuntah..nasib baik tak..memang sedap lamb skewer tu..lagi sedap dari ayam..hehe..tapi talat tu ajelah pun aku brani nak makan..kalau dish lain, mungkin aku fikir banyak2 kali..
dah kenyang perut, kitorang pun pi cari tempat karaoke..si farizal a.k.a driver kitorang tu pernah datang karaoke kat sini sebelum ni..aku kalau boleh memang tak nak pergi..dahlah mcm horror aje tempat tu..siap guard negro tu periksa beg dan check id..ntah apa2 ntah…sampai2 aje kat kaunter, orang tu kata penuh..paling awal pukul 12.30 pagi baru ada kosong..pekerja kaunter tu pun rupanye boleh cakap Melayu..tak taw lah sama ada dia Indonesian ke atau Malaysian..nasib baik tak kutuk ke apa kan..diorang ni tak puas hati..try cari satu lagi tempat karaoke..pun penuh..alhamdulillah..hehe..dahlah mahal..tapi karaoke yang first tu ada lagu Melayu..cuma lagu nya tak up-to-date lah..
keesokan harinya, laili bawak aku pi Dapto..kat sini ada mcm flea market..diorang ada buat jualan barang2 terpakai..ada jugak barang2 baru yang dijual dengan harga yang murah..serius aku cakap aku tak tau nak beli apa kat situ..tapi si farizal ngan geng dia dapat cari..kira pandai lah diorang membeli..kalau perempuan ni pandai shoping kat mall aje..diorang ni memang pakar kat market ni..bygkan diorang dapat beli beg mcm knapsack tu dalam 25 dollar..hoodies 5 dollar..coffee maker terpakai dalam 30 dollar kalau x silap aku..
lepas pi Dapto, kitorang lunch kat rumah..then, laili bwk aku pi jalan2 lagi..kali ni ke Grand Pacific Drive..memang cantik pemandangan kat sini..ala2 Batu Feringgi gitu..ada laut dan cliff yang tinggi..pastu laili bwk aku pi Stanwell Top..kat sini ada orang hang gliding..memang best..aku kalau reti naik tu, memang dah lama aku naik..kira macam orang yang leh terbang macam burung..fuhh..memang adventurous gila..next, kitorang ke Sydney..kali ni tak drive..kitorang pi naik train..canggih train dia sebab ada seat dua tingkat..Malaysia patut buat mcm tu..hehe..
sampai kat Sydney dah mula nak gelap..so, tak byk tempat yang sempat berjalan..dapat lah aku tgk Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge..kitorang smpt naik feri ke Darling Harbour..ke Chinatown..Sydney ni kira macam London..banyak bangunan sebab kota metropolitan..sekali lagi, low light photography ni memang mencabar kewibawaan aku..laili memang sah2 first time guna dslr aku..yang aku plak tak bwk tripod..jadi, gambar kt Sydney banyak yang hampeh..esoknya, aku bergerak balik ke Canberra..bas aku dalam pukul 10.15 pagi..pagi tu sempat gak laili bwk aku pi universiti dia dan City Beach kat Wollongong town..
perjalanan balik ke Canberra lebih selesa berbanding haritu..almaklumlah..hari isnin..takde sapa nak naik bas..seingat aku, ada dalam 10 orang aje penumpang..so, memang sangat selesa..tak payah nak berebut tempat duduk..kali ini, aku boleh tengok pemandangan sebab hari siang..memang cantik..hijau sangat sebab kawasan berbukit..masa datang haritu tak nampak apa sebab dah gelap..rupa2 nye, jalan die berbukit-bukau dan sangat curam..nasib baik jugak hari gelap masa aku datang haritu..apa2 pun, aku selamat sampai..aku sangat seronok dapat berjalan2 walaupun penat sebab tak sempat nak rehat..
p/s: kalau nak rehat, bukan lah berjalan nama nya kan? hehe