Saturday, April 30, 2011

Hanna di Canberra!

Nikmat sungguh bercuti minggu lepas..seluruh Australia cuti panjang gara-gara cuti Good Friday, Easter Sunday dan Anzac Day..bayangkanlah cuti umum bermula dari hari Jumaat sehingga Selasa..memang aku tak melepaskan peluanglah kan..nak pulak sepupu aku dari Melbourne sudi melawat aku bersama suaminya dan semestinya anak kecilnya yang bernama Hanna Maria..Hanna baru berusia 3 tahun Ahad lepas dan sangat fasih berbahasa Inggeris slanga OZ..kalah lah aku ni..

Bermula dari hari Sabtu, kami ke Cockington Green Garden di mana terdapat display of miniature houses dari beberapa negara di seluruh dunia..ada juga steam train ride yang Hanna sangat enjoy naik..aku pun layan kan aje..kemudian kami ke Parliament House, salah satu daripada landmark yang wajib dikunjungi di Canberra..

Hari Ahad, kami ke Corin Forest, main bobsled..ini memang pertama kali aku naik..sangat best..lain daripada yang lain..aku memang jarang sekali menggunakan brek walaupun ada papan tanda suruh brek di selekoh..bila lagi nak tunjuk skill kan? hehe..kira lepas gian lah sebab tak dapat merempit atas jalan raya kat OZ nih..bayangkanlah kat jalan utama dari rumah nak ke universiti, sepanjang-panjang jalan tu 60 km..maksimum pun 80 km sejam bila dah kat jalan besar..punyalah berhemah aku memandu di sini..hehe


Selesai bermain bobsled, kami ke Tidbinbilla Nature reserve pula..di sini lebih kurang macam safari..haiwan-haiwan dibiarkan lepas bebas..dapatlah tengok kangaru secara live..sampai nangis-nangis si Hanna kerana takut dengan kangaru sedangkan kangaru tu nun jauh di atas bukit..tapi memang cantik bergambar di sini..awan biru, rumput pula agak kuning kehijauan..menimbulkan kontras yang sangat menarik..

Hari Isnin keesokannya, kami melawat Australian War Memorial bersempena ANZAC Day..ANZAC membawa maksud Australia and New Zealand Army Corps yang mana pada tanggal 25 April setiap tahun, hari ini disambut di kedua-dua negara..ANZAC Day ini lebih kurang macam Hari Pahlawan kalau di Malaysia..ada perbarisan, ucapan dan penghargaan untuk
menghargai jasa dan pengorbanan perajurit yang terkorban di medan perang dan banyak lagi jasa mereka dalam mempertahankan kemakmuran negara..

Apa pun, aku memang seronok dapat berjalan bersama Hanna dan melayan karenah dan telatahnya yang semakin bijak..sepupu aku pun enjoy berjalan di Canberra sampaikan suami dia siap ada rancangan untuk settle down di Canberra meskipun dia sudah melawat banyak tempat di Australia yang jauh lebih baik pada pendapat aku berbanding di Canberra..hmm, bagus juga..sekurang-kurangnya, aku dapat mengubah persepsi orang yang mengatakan Canberra ini bosan, tiada apa-apa, tak ubah seperti Putrajaya..


p/s: seronok berjalan bersama Hanna yang sangat keletah

Friday, April 15, 2011

Amalan murah rezeki..

Kali ini, aku nak berkongsi sedikit apa yang aku tahu..taklah banyak mana, cuma tak salah rasanya kalau aku kongsikan ilmu yang boleh dimanfaatkan..yang pastinya bukan ilmu hitam..haha..cuma, aku pernah ditanya apa petua yang aku guna sebab rezeki aku selalu murah..mana taknya, dari zaman master sampai lah sekarang masa aku buat PhD aku mendapat biasiswa..biasiswa pulak bukannya dari JPA..kedua-duanya biasiswa oversea..satu dari UK dan sekarang dari Australia pula..dahlah dapat cuti belajar bergaji penuh..memang masyuk..hmm, kalau dah namanya rezeki, alhamdulillah..syukur sangat pada Allah..

Sebenarnya, banyak amalan yang boleh kita buat untuk mendapat kemurahan rezeki..bergantung pada individu..kalau rajin, lebihkan amalan..Allah tidak memerlukan manusia walau sedikit pun..hanya manusia sahaja yang memerlukan Allah..bayangkan kita tidak mendapat udara untuk beberapa minit..berapa lama kita boleh hidup? kalau kita tidak mendapat air atau makanan, kita mungkin boleh bertahan selama beberapa minggu..udara itu memang di luar jangkauan manusia..tidak boleh dicipta langsung walau sehebat mana sekali pun manusia itu..Maha Agung ciptaan Allah..

Maka, aku kongsikan amalan murah rezeki yang aku tahu dan aku dapat dari blog yang aku pun dah tak ingat yang mana satu..

1. Amalkan membaca surah al-Waqiah

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kefakiran"
(Riwayat daripada Ibn Mas'ud: al -Azkar, al-Jami al-Soghir)

2. Ayat seribu dinar

Ayat ini memang paling popular..sebab apa? kalau kita perhatikan, ayat ini banyak digantung di kedai-kedai mamak untuk menjadi pelaris rezeki..kalau kita perhatikan maksud ayat ini, Allah akan memberikan kita rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka..apa yang penting, kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah..sesungguhnya kita ini hanya manusia yang lemah..

3. Doa-doa murah rezeki

Berikut aku kongsikan himpunan doa yang boleh diamalkan di samping kedua-dua amalan di atas:


Aku memang amat terkesan sangat-sangat dengan doa yang paling akhir ini..menunjukkan bahawa kita sangat bergantung harap kepada hanya Allah sahaja dan bukan selain dari-Nya..

p/s: semoga bermanfaat!

Tuesday, April 12, 2011

Lab demonstrating

Semester ini, aku diambil bekerja selaku lab demonstrator yang mana aku diiktiraf sebagai sebahagian daripada casual academic staff di universiti..mula-mula, aku bertanya pada supervisor aku kalau-kalau ada mana-mana lecturer yang perlukan demonstrator..dia lantas memberikan aku email seorang assistant profesor yang kebetulan memang memerlukan orang untuk menjadi lab demonstrator..aku terkejut juga apabila terpilih kerana aku ini tiada pengalaman mengajar dan aku bukannya bekerja di universiti sebagai tutor..mungkin memang rezeki aku, pemilihan aku dibuat semuanya secara maya..tiada interview dan course convenor bersetuju dengan pemilihan aku semuanya melalui beberapa email ketika aku balik bercuti di Malaysia beberapa bulan yang lalu..

Gaji yang dibayar memang berbaloi..$36.70 sejam..aku perlu peruntukkan 2 jam untuk setiap sesi dan aku hanya bekerja untuk 6 jam setiap minggu..Alhamdulillah, dapatlah jugak duit poket..berbanding kalau bekerja di pasaraya, gaji dahlah sikit ($20 sejam), kena pulak punggah barang, kira stok, buat kerja berat..yang ini taklah susah sangat..kerja aku hanya menunjukkan pelajar first year apa yang mereka perlu lakukan ikut manual makmal..ada situasi di mana aku perlu tunjukkan apa yang perlu dibuat..kadang-kadang, mereka buat sendiri dan apabila tidak pasti, mereka akan panggil aku..

Position aku meskipun selaku demonstrator, aku lebih tepat dikenali sebagai floater..demonstrator lain semuanya mempunyai sekurang-kurangnya 20 pelajar untuk setiap sesi dan perlu menanda lab report (untuk marking, mereka dapat $18 ekstra)..bersyukur juga aku kerana tak perlu menanda kertas..pening dibuatnya..

Tugas aku boleh tahan penat juga kerana untuk sesi lab selama 2 jam, aku perlu sentiasa berjalan di kedua-dua kumpulan yang dipimpin oleh 2 orang demonstrator yang berlainan..demonstrator lain hanya menjaga pelajar yang berada di dalam kumpulan mereka..dalam satu sesi, maksimum akan ada 40 orang pelajar..bayangkan aku perlu perhatikan apa yang mereka buat dan dalam masa yang sama menjawab persoalan yang diutarakan..

Yang menariknya, pelajar-pelajar mat dan minah salleh ini gemar memanggil aku untuk bertanya soalan..alasan mereka kerana aku suka melayan mereka..macam sesi petang tadi, seorang minah salleh menghampiri aku..

Minah Salleh: Could you please help me with this question? I don't really understand.

Aku: Why don't you ask Ashraf? (Ashraf merupakan demonstator dan juga assistant professor dari Mesir)

Minah Salleh: I would rather ask you because you are more helpful.

Aku hanya tersenyum..bukan itu sahaja, ada seorang lagi student pun suka juga tanya aku soalan...asal aku lalu sahaja kat lab bench dia, mesti dia tanya, "Zura, am I doing this correctly?" "Could you please check my answers if they are correct?" walaupun aku dah berkali-kali maklumkan kat dia yang aku tidak menanda sebarang kertas, dia masih nak suruh aku semak lab report dia sebelum dia hantar pada Ashraf..

Menarik sebenarnya jadi floater lab ini..di samping aku dapat menimba pengalaman baru, dapat juga aku pendapatan sampingan..almaklum sahaja lah, sejak dah menggunakan kereta, asyik perlu diisi sahaja tangki minyak..

p/s: maysuk jadi floater, tapi lenguh kaki bila ada sesi lab 4 jam dengan hanya setengah jam sahaja gap in between..cuma sempat solat dan tahan lapar..huhu

Wednesday, April 6, 2011

Memang tak sangka..

Handphone BlackBerry aku menimbulkan masalah kepada aku sejak 3 minggu lepas..mula-mula tu, dia dengan sesuka hati tanpa aku suruh terpadam sendiri..bukan sekali dua sahaja, malahan banyak kali sampai aku pun naik muak..tak lama selepas itu, aku selalu tak dapat coverage meskipun labmates aku yang menggunakan service provider yang sama didapati mendapat coverage penuh..bila orang telefon pulak, aku memang tak boleh bercakap lebih 5 minit..haish, aku memang dah tak boleh nak bersabar..

Selang beberapa hari, BB aku buat hal lagi..kali ini, lebih teruk daripada biasa..tiba-tiba keluar skrin putih menyuruh aku reset..aku pun reset..tapi, tak jadi apa-apa..aku bukak bateri, cabut sim card dan cuba on beberapa kali, masih jua BB ku mengeluarkan skrin putih..kali ini, lagi kronik..aku tak sempat nak save semua contact number dalam telefon..aku pula tak buat backup..memang hilang lah nampaknya semua nombor-nombor..

Maka, selang beberapa hari setelah aku mengalami masalah reset dan BB ku masih tidak memberikan sebarang respon, aku pergi ke Vodafone untuk membaiki telefon aku yang agak mereng itu..seperti yang termaktub di dalam kontrak, aku boleh menghantar telefon aku untuk dibaiki sepanjang tempoh aku masih terikat dengan kontrak (24 bulan)..tanpa banyak soal, warga kerja Vodafone mengambil telefon aku untuk dibaiki..kata mereka, dalam 2-4 minggu aku akan dapat semula telefon aku itu..

Dahlah mereka tak meminjamkan aku sebarang telefon untuk kegunaan sepanjang tempoh membaiki, nasib baik aku ada telefon ekstra..kalau tak, aku rasa susah nak hidup pada zaman sekarang ini tanpa telefon..telefon bimbit ini ibarat 'extended arms'..memudahkan perhubungan..

Setelah menunggu hampir 2 minggu, semalam aku menerima panggilan dari Vodafone yang menyatakan bahawa telefon aku sudah siap dibaiki..habis sahaja demonstrating di lab, aku bergegas ke Canberra Centre..sesampai sahaja aku di sana, mat salleh itu beritahu mereka tak baiki, sebaliknya memberikan aku set telefon bimbit yang baru..aku macam tak percaya..aku minta mereka baiki, mereka beri aku yang baru..Alhamdulillah..dahlah aku pakai BB tu baru 9 bulan..

Bagus sungguh servis Vodafone di OZ nih..kalau di Malaysia, jangan haraplah mereka akan bagi yang baru..tak sia-sia aku ambil plan 24 bulan..

p/s: harap-harap telefon aku tak menimbulkan masalah lagi..

Mamak Nite

Seperti yang aku maklumkan sebelum ini, aku memang sibuk dengan aktiviti..bukan sahaja dengan aktiviti penyelidikan, malahan aku juga terlibat dengan aktiviti persatuan..al maklum sajalah aku ni kan terlibat dengan MASCOM dan UCMC..

Jumaat lepas lebih kurang jam 8 malam, MASCOM menganjurkan 'Mamak Nite'..first time aktiviti sebegini diadakan..mana ada kedai mamak kat Canberra ini..semua kedai makan tutup awal..kalau ada pun, tiada yang berkonsepkan mamak..sebab itulah diadakan acara ini bagi menghidupkan kembali suasana mamak..

Kami AJK MASCOM memang berhempas-pulas menyediakan makanan seawal malam Khamis..banyak yang perlu kami sediakan..roti jala, popia, puff curry, pasembor, roti paratha, nasi lemak, teh tarik dan cendol..itu semua kami sediakan dengan tenaga 11 AJK yang ada (tolak 5 AJK lelaki yang ditugaskan menyediakan meja dan kerja-kerja lain)..

Kami menjual kupon pada hari Selasa..maka komuniti di Canberra yang telah dihebahkan melalui Facebook invite dan hebahan mulut ke mulut telah membeli kupon sejak awal lagi..cukup murah kami jual..harga 10 kupon cuma 5 dollar..dan semua makanan hanya 2 kupon dan minuman 1 kupon..

Mula-mula kami mensasarkan sebanyak 70 kupon sahaja yang terjual..2 hari sebelum event, bilangan kupon yang terjual mencecah 90 lebih..terus kami semua berasa cuak..kami terpaksa menambahkan portion makanan terutama bagi makanan yang dijangka akan habis seperti nasi lemak (kerja aku lah tu)..

Pada awalnya, kami bersetuju untuk memasak 5 kilogram beras untuk nasi lemak (meskipun aku mencadangkan supaya ditambah, cadangan aku tidak diterima sebab AJK lain memikirkan terdapat banyak lagi makanan lain)..aku pun terus sahaja memasak 5 kg beras untuk nasi lemak berserta sambal kosong..walaupun nasi lemak berharga 2 kupon (iaitu 1 dollar), nasi lemak tersebut lengkap dengan ikan bilis, telur, kacang tanah dan timun..

AJK lain menyediakan makanan lain dan aku memang fully in charge of nasi lemak..skill aku dah meningkat sekarang ini..untuk Harmony Day pada bulan Mac di UC, aku menjual 42 pek nasi lemak and sold out (sungguh tak sangka..)..kali ini, aku masak 5 kilo beras pulak..alhamdulillah, nasi lemak aku just nice..tak keras, tak lembik..aku risau juga sebab ini kali kedua masak guna periuk nasi besar yang boleh masak sampai 60 cawan beras..

So, pada malam event, kami berbesar hati kerana Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia sudi menghadirkan diri untuk event kami yang tak seberapa ini..malahan, beliau dan isteri merupakan antara orang yang terawal sampai..dahlah sejuk sekarang ni waktu malam, bukak table kat luar pulak..open air, mana nak pasang heater kan? t

nak dijadikan cerita, time management kami memang hancur..itu pun gara-gara tak cukup AJK untuk uruskan logistik..dahlah aku dan AJK perempuan lain kena masak, aku juga yang kena transport kan semua makanan ke tempat event..banyak trip aku kena buat dan sesampai sahaja kami, orang ramai dah beratur depan makanan..alamak, memang tak terkawal..betul-betul dah macam kat kedai mamak pulak..memang lari dari perancangan kami..patutnya kami semua AJK ni jadi waiter dan waitress datang ambil pesanan di meja..tapi, bila dah kucar-kacir begini, memang tak menjadi lah perancangan itu..

Apa pun, makanan paling hot malam itu sudah semestinya nasi lemak..tak sampai setengah jam, nasi lemak bungkus habis..diikuti oleh pasembor, roti jala, popia dan puff curry..cendol pun laku..yang tinggal hanya roti paratha yang dimasak on the spot..kesian aku tengok orang-orang yang datang..semua beatur menunggu makanan..bila sampai sahaja, makanan yang diidamkan habis..

Memang penat sangat malam itu..baru aku teringat yang aku memang tak breakfast, lunch ataupun dinner..meskipun ramai yang tak dapat makan semua, tapi kami menerima banyak feedback positif..semua puji makanan MASCOM sedap walaupun time management memang gagal..apa pun, kawan-kawan aku cerita yang aunty-aunty masa malam itu dok puji nasi lemak aku sedap..ada rasa macam kat kampung lah..macam-macam lah..hilang rasa penat bila orang puji sedap..

p/s: kawan-kawan aku cadangkan aku buat bisnes nasi lemak..biar betul diorang nih..huhu