Thursday, June 10, 2010

Bila aku sukar nak lelap..

Aku sukar nak melelapkan mata dalam minggu ni..tak tau kenapa dan apa sebabnya, mata aku ni segar-bugar walaupun dah pukul 3.00 pagi..mula-mula tu rasa ngantuk dan aku dah sangap entah berapa ribu kali ntah sampai berair lah mata aku ni..tapi bila aku mula baring kat katil, terus aku jadi resah gelisah..nak kata sejuk, memang sejuk pun..lagi plak dah masuk winter ni..aku tak ingat bila (tapi dalam minggu ni jugak-suhu waktu malam mencecah sehingga 0 darjah Celcius)..heater bukannya aku tak pasang..dahlah bilik aku ni ada 2 heater..dua-dua heater aku dah letak nombor 3..aku plak bila tidur dah macam nak pergi angkasa pun ada..stokin wool, jaket, quilt tebal..memang itu dah kira warm enough untuk tidur..tapi dengan semua tu, aku masih susah nak tidur..nak kata teringat kat orang Malaysia, memang aku sentiasa ingat pun..tapi tak taulah kan orang Malaysia (yang aku kenal lah) ingat ke kat aku ni?

Apa-apa pun, semalam adalah malam yang paling susah aku nak lelapkan mata..aku rasa nak dekat pukul 4 pagi baru aku leh tidur..so, sementara takleh nak tidur tu aku main game kat handphone aku..tetap takleh nak tidur..aku main game racing kereta..siap buat rekod baru..terus aku tutup sebab karang excited terlebih langsung aku takleh tidur..aku baca ayat Qursi dan 3 Qul..aku beristigfar...hmm, masih sama..aku tetap takleh nak tidur..aku dah mula marah pada diri sendiri..takkan aku nak makan pil tidur plak kan..ini maksudnya aku kena start buat exercise..kne beli dumb bell..bila penat waktu siang, jadi malam akan lena tidur..aku bukak handphone sekali lagi..kali ini aku tengok plak gambar2 yang berlambak dalam handphone aku tuh..gambar bukan main banyak..sampai seribu lebih..dari 2007 pun ada masa aku kat UK..oh, baru aku teringat..gambar2 tu semua dari handphone Sony Ericsson K800i yang aku dah trade in sebelum aku ke OZ..

Gambar2 tu semua menimbulkan pelbagai emosi..ada gambar yang kelakar (gambar lompat tak jadi..sorang dah lompat, sorang baru nak mula lompat..haha, cacat sungguh aku tengok!), gambar dengan family, gambar posing tak ingat (semua perasan diva..haha), gambar momen sedih (macam gambar kat pantai Tanjung Sedili..yang ni aku ngan Wana aje tau..shhh..jgn bagitau orang)..gambar anak sedara aku yang kini semakin membesar (Hanna Maria..dulu chubby sangat..sekarang dah besar, dia dah semakin tinggi..dah pandai cakap omputih slang OZ)..gambar waktu muda2 ngan kengkawan opis.. (sekarang pun aku muda aje..cuma dulu lagi muda lah..hehe)..hmm, seronok tengok gambar2 tu semua..teringat kat family ngan kawan2 ngan kat Malaysia yang selalu dalam ingatan..

Tapi, dalam banyak2 gambar tu, aku paling tercuit dengan gambar ni..ni gambar aku dengan Mizi, RA kat IMR..
masa ni kitorang berbuka puasa kat Restoran Kayu Nasi Kandar (aku paling suka cheese nan ngan ayam tandoori kat sini..sedap nya!!! huhu)..aku kira baik ngan Mizi ni..kitorang selalu main badminton sama2 pastu lepak makan kat Restoran Johan Seafood kat Kampung Baru..(hmm, sedapnya tomyam dia..) Mizi ni selalu datang awal..hari2 sebelum pukul 7 pagi dah sampai (rumah dia dekat, aku duduk jauh..logik lah kan?)..aku pun awal jugak sebab aku sampai dalam pukul 7..so, hari2 sebelum Wana sampai, Mizi akan berkongsi cerita dengan aku..kira macam penglipurlara..semua story dia ada..aku ini konon macam pendengar yang baik, jadi aku dengar lah cerita2 dia..nanti bila Wana sampai dalam pukul 7.30 macam tu, masing2 start buat kerja..yang aku nak cerita pasal gambar ni adalah Mizi nampak sangat kurus dalam gambar ni..teramat kurus..tapi sekarang, mentang2 happy keje kat IMR tuh, berat badan dia mula bertambah sesuai dengan persekitarannya..rambut dia pun dah macam Hafiz AF7..tak kisah lah kan..janji Mizi sihat..kurus ke gemuk ke belakang kira..

p/s: esok aku nak beli dumb bell..winter2 ni tak leh nak layan sejuk..kena gagahkan diri untuk keluarkan peluh..

7 comments:

  1. oho...kite kat mesia mestila ingt kat akak..hehe..
    ni cite version mizi ke?bangga la nok tu nnti..
    xsangka mizi sekurus itu..huahuahua

    ReplyDelete
  2. smart la plak rambut mizi camni..

    ReplyDelete
  3. 2la2 kn esah..lain kan rambut mizi tu..x mcm skrg..kembang2..haha..x sangka kan sheila mizi tu dulu kurus..skrg aje berisi sket..haha

    ReplyDelete
  4. dah pre obese dah..hihi...kene trn berat bdn...tanx sbb buat pasal ra ni...(atas prmintaan) hahahaha....

    ReplyDelete
  5. hahahhaa...kurus nye mijie time nie....lain benor dgn keadaan sebelah sy nie skrg....

    ReplyDelete
  6. waa...masih tebayang2 roti nan dan ayam tandori...veri de delishes!! n nok mizi yg selim di situ...=)

    ReplyDelete