Saturday, June 26, 2010
Happy Birthday Along
Tuesday, June 22, 2010
Makan-makan Part 2
Thursday, June 17, 2010
Berubah? Pilihan di tangan sendiri..
Hari ini rakan serumah aku berpindah ke Sydney. Dia berasal dari Malaysia, senegara dengan aku. Perkenalan aku dengannya amat singkat. Hampir sebulan kalau perkiraan aku tidak silap. Meskipun kami berlainan agama dan bangsa, aku masih mempunyai rasa hormat terhadap dia yang berbeza umur dengan aku sebanyak lima tahun. Sebaya dengan adik aku. Meskipun dia masih muda berbanding aku, namun ketinggiannya membuatkan dia nampak sedikit matang dan berusia. Namun, bukan itu isu yang ingin aku ketengahkan. Ada lagi isu penting yang aku rasa lebih utama untuk aku usulkan.
Malam semalam, kawan Cina aku ini berhajat untuk belanja aku makan. Katanya, aku telah memasak untuknya beberapa kali tetapi dia langsung tidak memasak untuk aku walau sekalipun. (Aku hanya masak nasi lemak dan nasi briyani untuk aku sendiri tetapi apa salahnya kalau kita berkongsi memandangkan terdapat lebihan kan?) Kami bukan pergi berdua tetapi berempat. Kawan Cina aku ini aku namakan dia sebagai X. X amat menghormati permintaan aku untuk makan di restoran yang halal meskipun sebelum itu X telah menyatakan hasrat untuk makan di restoran Thai (memang tidak halal). Akhirnya, kami mendapat kata putus dan berkesudahan dengan makan di restoran Indonesia, Sanur yang memang terserlah kehalalannya. (Sijil halalnya terpampang di hadapan restoran).
Kami berdua memesan sajian yang sama, Nasi Rames Ayam sementara kawan yang berdua itu hanya memesan desert kerana sudah kekenyangan. Nasi Rames Ayam ini disajikan bersama nasi putih, gado-gado, sedikit kicap, sambal belacan (yang kurang rasa belacan) dan juga ayam yang diperap bersama kicap dan sos tiram mungkin. Rasanya tidak memenuhi selera aku dan harganya agak mahal. Sajian tersebut berharga AUD 15.90. Setelah meyuap sesuap dua, X berkata bahawa dia lebih meminati nasi lemak bersama sambal udang yang aku masak tempoh hari. Aku hanya tersenyum.
Sambil makan, kami berborak sempena meraikan X yang akan berpindah ke Sydney. Dia tidak serasi di Canberra. Kursus ijazah yang diikutinya sekarang nampaknya lain benar dengan apa yang dipelajarinya di Malaysia semasa kursus diploma. Aku kira dia mengambil keputusan yang bijak kerana tidak menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan program ijazahnya sekarang. Sekurang-kurangnya, dia tahu apa yang dia perlu lakukan untuk hidupnya.
Semasa makan, X telah membuat suatu pengakuan yang sangat memeranjatkan aku. Dia mengaku bahawa dia sebenarnya seorang lesbian. Aku fikir dia hanya main-main. X berpenampilan seperti lelaki. Rambutnya pendek. Jam yang dipakainya juga sesuai untuk lelaki. Seluar kargo dan butnya juga cukup untuk menyerlahkan sifat maskulin di dalam dirinya yang feminin itu. Meskipun berpenampilan seperti seorang ‘tomboy’, namun tidak terlintas langsung di fikiran aku bahawa dia sememangnya seorang lesbian. Pada mulanya kami menyangka dia hanya berseloroh, tetapi rupa-rupanya X berkata benar. X juga amat lega dapat memberitahu perkara sebenar kerana selama ini dia amat tertekan dengan ahli keluarganya yang menyuruhnya berkelakuan seperti seorang perempuan. Sungguh aku tidak menyangka bahawa X seorang lesbian. Aku juga bersyukur kerana dia hanya membongkar rahsia hitamnya itu pada hari terakhirnya di Canberra.
Setelah mengetahui perkara itu, masing-masing berlagak biasa dan menyambung kembali perbualan. Aku menyuarakan pendapat aku bahawa X boleh berubah dan tidak perlu berkelakuan di luar tabii. Namun, X dengan keras menyangkal bahawa semua ini berpunca daripada didikan kedua ibu bapanya yang tidak mahu menerima hakikat bahawa nalurinya cenderung untuk berkelakuan seperti seorang lelaki.
Entahlah. Aku buntu. Bagi aku, kecenderungan itu boleh diubah. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kecenderungan itu dibelai dan dibaja yang seterusnya menjadikan kecenderungan itu bertambah dan sukar untuk dilupuskan. Perempuan seharusnya berkelakuan seperti perempuan dan lelaki juga begitu sebaliknya. Perempuan yang ingin berkelakuan seperti lelaki sebenarnya telah melanggar fitrah ciptaan Allah. Bukankah Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian?
Aku fikir apa yang membezakan aku dengan X adalah cara kami berfikir. X menganuti agama Buddha dan aku menganuti agama Islam. X bermati-matian mengatakan bahawa apa yang berlaku kepada dirinya tidak boleh diubah. Sebaliknya, aku berpendapat bahawa semua itu boleh diubah sebagaimana Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ra’d; ayat 11). Nah, terbukti bukan. Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri. Renung-renungkan. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian. Nauzubillah minzalik.
p/s: Kalau bukan kita sendiri yang mengubah keadaan diri kita, siapa lagi?
Wednesday, June 16, 2010
10 things about OZ
1. Bus fare
The bus fare back in Malaysia was cheap. RapidKL ticket is only RM 2 while the Metrobus is a lot cheaper (RM 1 if I am not mistaken). Here, a single trip adult fare is AUD 4 (equivalent to RM 12). It is so expensive. Luckily, they have the concession ticket for student and also faresaver 10. The faresaver 10 ticket is a lot cheaper (AUD 12.25 for 10 trips). One good thing is that, within 90 minutes, you can go anywhere by bus to any place with no extra charge.
2. Bus stop
The bus stop here is so horrible. (This is a general observation and thus do not apply to all bus stops in Canberra). I have observed that there a few bus stops like this. Look at the picture. It looks so odd with semi circular shape and the colour, OMG! Not the entire city has this bus stop but the one in College Street (Uni of Canberra) has this particular shape which I just don’t like. It is so out of shape.
3. Free rides
There are no bus conductors to issue the bus ticket but if you have got your bus ticket, just insert it into the machine and it’s done. This is what I like here. If the machine is out of order, you get a free bus ride. Yes, I mean FREE. It happened to me three times so far. How I wish the machine is out all the time so that I can get free bus ride every time.LOL.
4. Bus driver
The bus drivers in Malaysia are all driving like crazy. Here, they are so well menace and very obedient. They drive according to the speed limit. One day, I was in the bus and the bus driver did not notice the traffic light was turning red. He accidentally stop a few metres ahead of the zebra crossing. Guess what he did? He apologized to the pedestrians who were crossing the road. Would you see that in Malaysia?
5. Fuel price
One thing I notice here, the fuel price is fluctuating. Some days it is cheap, some days it is so expensive. Unlike in Malaysia, the fuel price is subsidized and it’s fixed. How lucky are Malaysians and yet we still complain the fuel price is high!
6. Operating hours
The Aussies are so laidback. Their shopping hours is so short. The shopping mall operates from 9 am till 5.30 pm. That is for weekdays and during weekends, it is open from 10 am till 4 pm. Only the supermarkets are open till 10 pm (K Mart is on for 24 hours!). No wonder people said Malaysia is a shopping heaven. The shopping hours is long, and sometimes during the festive season, the mall is open till midnight.
7. Entertain customer
Back in Malaysia, when you as a customer steps into a shop, the shop owner will quickly entertain you and ask what you want to buy. It is completely different in OZ. If you see a customer is being entertained by the shopkeeper, please don’t try to ask. He or she will keep on entertaining the customer until their transaction is done. Only then you can interrupt. What a time to waste! Just walk off and go to other shops or just come back later.
8. The most common sentence uttered
Every time I go to the mall for my groceries, or meet my supervisor or ask someone at the counter, the first thing they say would be, “How are you?” This is the most common sentence uttered by the OZ. Just as Muslim greet each other by “Assalamualaikum”, let’s do it the OZ way. I remembered there were a few occasions that my second supervisor (the old one) asked me “How are you” and I replied him “I am fine”. He was not satisfied with my answer. The next time I met him and he asked me the same question, I replied him “I am good” and he smiled. I am just confused. Isn’t fine and good similar?
9. Cool supervisors
Here in my uni, I have two supervisors. One is Dr Simon Foster and the second one is Prof. Bill Maher. Both are males and so far they are being nice to me. Unlike in Malaysia, where everything has to be formal when addressing someone, here I just call them Simon and Bill (it sounds a bit harsh.like so ill mannered when you don’t call someone with the title that they possess). Anyway, that’s the way here. No one is addressed formally. Everybody is treated equally so long as you respect each other.
10. University accommodation
The university accommodation here is expensive. I am paying like AUD 218 per week for a 4 bedroom apartment with a shared kitchen and bathroom. In total, I am spending AUD 872 a month just for the accommodation (that is equivalent to RM 2616 and I can rent exclusive condominium in the heart of KL or even a bungalow). Luckily, I am getting the university scholarship. If I were to pay on my own, I would prefer staying outside where I can get a relatively cheaper house. Considering that the university is only 8 minutes away from my apartment now, I am fortunate to have the room although I am paying quite a big sum!
p/s: I still prefer Malaysia..it’s never the same here!
Thursday, June 10, 2010
Bila aku sukar nak lelap..
Apa-apa pun, semalam adalah malam yang paling susah aku nak lelapkan mata..aku rasa nak dekat pukul 4 pagi baru aku leh tidur..so, sementara takleh nak tidur tu aku main game kat handphone aku..tetap takleh nak tidur..aku main game racing kereta..siap buat rekod baru..terus aku tutup sebab karang excited terlebih langsung aku takleh tidur..aku baca ayat Qursi dan 3 Qul..aku beristigfar...hmm, masih sama..aku tetap takleh nak tidur..aku dah mula marah pada diri sendiri..takkan aku nak makan pil tidur plak kan..ini maksudnya aku kena start buat exercise..kne beli dumb bell..bila penat waktu siang, jadi malam akan lena tidur..aku bukak handphone sekali lagi..kali ini aku tengok plak gambar2 yang berlambak dalam handphone aku tuh..gambar bukan main banyak..sampai seribu lebih..dari 2007 pun ada masa aku kat UK..oh, baru aku teringat..gambar2 tu semua dari handphone Sony Ericsson K800i yang aku dah trade in sebelum aku ke OZ..
p/s: esok aku nak beli dumb bell..winter2 ni tak leh nak layan sejuk..kena gagahkan diri untuk keluarkan peluh..
Thursday, June 3, 2010
Makan-makan Part 1
Kali ni aku nak cerita pasal makan2..kat sini, barang makan boleh dikatakan agak mahal..kalau nak dibandingkan dengan UK dulu, kat UK prepared meal is relatively cheaper compared to OZ..I am speaking based on fact taw, bukannya main serkap jarang aje..ok2, aku bagi contoh..kalau masa aku kat Birmingham dulu, fish and chips regular (ikan memang besar dan chips memang melimpah) baru 2 pound..kira murah lah kan..janganlah convert to MYR..kalau convert memang lah mahal..at that time tahun 2006-2007 it was like 6.9 times higher than RM..tp memandangkan aku pun dapat scholarship dalam GBP, jadi ready-to-eat food consider murah lah, betul x? tapi bila kat Canerra ni, satu meal contohnya kebab, coke an fun fries nak dekat 10 dollar..sekarang ni conversion to RM is like 3 times..so, satu meal RM 30..tu baru lunch taw..tak termasuk dinner..jadi, logik tak bila aku cakap makanan kat sini mahal? logik kan? hehe..
Makanya, memandangkan semua makanan boleh dikatakan mahal, aku telah mengambil keputusan untuk memasak..satu keputusan yang sangat bijak..hihi..jadi, hari2 aku akan masak sebab tak nak membazir duit untuk makanan yang boleh aku kategorikan sebagai ‘mencekik darah’..aku kat Malaysia jarang masak sebab balik rumah pun dah lambat..lagi plak yang makan nanti aku ngan abang aku aje, jadi lebih ekonomi kalau beli kat luar..tapi dalam keadaan darurat macam aku ni (belum lah darurat lagi aku nih..saja over!), aku telah mempelbagaikan resipi makanan untuk mengelakkan kebosanan..
Jadi, aku kongsikan antara sajian yang aku dah masak setakat ni..makanan orang bujang aje pun..taklah sedap mana..tapi kira lepas lah untuk makan..sedap tak sedap belakang kira..so, yang pertama sekali aku nak kongsikan adalah:
1. Roti John
Ini kira paling simple..beli aje roti hotdog..pastu beli minced beef..minced beef ni selepas dicuci, bubuh serbuk kari sikit and gorengkan dalam kuali..tak perlu lama..agak2 bila daging dah masak, ketepikan..sambil tu, bawang besar dipotong dadu..layukan dalam kuali bersama sedikit minyak..pastu angkat..pukul 2 biji telur..bila dah kembang, masukkan daging bersama bawang tadi..bila minyak dah panas, masukkan campuran telur bersama daging..ikut lebar roti..(roti just potong separuh)..tepekkan roti di atas telur tadi..bila agak2 dah masak, terbalikkan roti..sapukan mayonis bersama sos cili dan sedikit kobis yang dipotong halus..untuk menu tambahan, aku bakarkan kentag dalam oven..so, apa tunggu lagi, jemput makan!
2. Kuetiau goreng
Goreng kuetiau ni pun mudah aje..ikut selera masing2..macam aku, aku guna kicap, sos ikan, cili boh, udang, taugeh, telur, kucai..yang tak best nya, kat sini aku tak jumpa kicap kipas udang yang botol kaler merah tu..jadi, kicap yang aku beli kat Woolworth’s tu agak kureng rasa dia..tapi nak buat macam mana kan? nama pun perantau..asal ada rupa macam kuetiau goreng, aku layan aje lah…boleh lah diterima akal kuetiau ni walaupun aku rasa akan jadi lagi sedap dengan kicap kipas udang tu..huaaa!!
3. Pizza @ roti ekspres
Ini adalah satu lagi konsep makanan malas..janji perut diisi..itu yang paling penting kan!haha..untuk ini, guna aje dua keping roti..isi ayam tu dah kena bakar awal2..aku beli isi ayam halal yang dah siap marinade..senang keje kan? J aku sapukan roti tu dengan pes tomato..pastu aku bubuh isi ayam yang dah dibakar tadi dan aku taburkan keju..kalau nak lagi sedap, boleh letak cendawan dan lada benggala (aku tak makan, jadi tak payah letak)..selesai semua tu, bakar dalam 10 minit dalam oven..pastu makan lah..apa tunggu lagi?
4. Belgian chocolate pudding
Haa, amacam? menarik tak? dalam banyak2, ini lah yang paling senang sekali..nak tau kenapa? sebab nya, yang ni aku tak buat pun..perasan pandai masak desert..aku terer bab lauk pauk aje..hihi..yang ni nama dia adalah Steamed Belgian Chocolate Pudding..aku beli dari Aldi..murah aje..4 dollar dapat 2 kalau tak silap aku..arahan dia paling mudah..bukak foil, dan panaskan dalam microwave selama 30 saat..pastu terbalikkan..kan aku dah cakap tadi..senang kan? hehe..bijak, bijak..
So, setakat ini ajelah resipi yang aku leh kongsikan..lain kali kalau aku masak yang sedap2 (konon nye lah kan), aku upload lagi..
p/s: nak tak nak aku terpaksa masak..kalau tak, mau nye duit scholarship aku tak cukup..huhu