Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ramadhan semakin tiba ke penghujungnya..semoga kita semua dapat beristiqamah dalam beribadah..teruskan melakukan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, berzikir, solat sunat, membaca al-Quran dan sebagainya..jangan hanya menjadi seperti 'malaikat' di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan lain seperti syaitan..semoga kita diberi kekuatan untuk melawan nafsu dan dapat meneruskan beribadah kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam..

Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, aku menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan kepada semua yang mengenali aku..sesungguhnya aku ini hanya manusia yang lemah..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai walau di mana pun berada..semoga lebaran ini membawa seribu keberkatan..

Salam dihulur pengganti diri,
Tanda ingatan di Aidilfitri,
Ku susun jari sepuluh ini,
Memohon maaf kekhilafan diri.
p/s: Aidilfitri kali ni aku sambut di Melbourne bersama keluarga sepupu...taklah sedih sangat jauh dari keluarga..:)

Friday, August 19, 2011

Happy Birthday Mama...

Tiga hari lepas bersamaan 16 Ogos 2011 adalah tarikh ulangtahun kelahiran Mama..Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia Mama dan mengurniakan Mama kesihatan yang baik..aku telah membuat kad sendiri seperti yang tertera di bawah..aku agak-agak kad ini akan sampai betul-betul pada hari Selasa, malangnya perkiraan aku silap..kad aku tiba sehari lewat..tahun ni aku hanya kirim duit sebab tak tahu nak beli apa untuk Mama..yang penting, Mama terharu dapat kad aku..dia nak frame kan kad aku ni katanya..(haish, malu la aku camni..hehe)



Muka depan kad birthday mama



Halaman kedua kad

Specially dedicated to Mama:

To a person I treasured the most in the whole wide world, may Allah grant you good health and happiness, always and forever..thank you for moulding me into who I am today..I am nothing without you..thanks a million..Happy birthday Mama..I luv you so much...xoxo


p/s: gembira bila Mama pun gembira:)


Monday, August 15, 2011

Gandakan rezeki dengan bersedekah


Alhamdulillah, sudah 15 hari kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan..ini bermakna, Ramadhan hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum kita meninggalkan bulan mulia ini..bagaimanakah amal ibadat kita setakat ini? Adakah kita semakin seronok dan berlumba-lumba mengerjakan ibadat sunat seperti solat terawih, membaca al-Quran, Qiyamulail, bersedekah dan bermacam-macam lagi atau adakah kita semakin tidak sabar untuk meninggalkan Ramadhan dan sibuk memikirkan persiapan Aidilfitri? Alangkah ruginya sekiranya kita tidak meraih kesempatan yang ada untuk melipatgandakan pahala melalui amalan kita..Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"


Salah satu amalan yang aku ingin kongsikan di kesempatan ini adalah amalan bersedekah..ramai orang yang sebenarnya takut untuk bersedekah...mengapakah demikian? ini kerana, apabila bersedekah, kepunyaan kita samada wang ringgit atau apa sahaja yang disedekahkan seperti pakaian atau barang-barang akan berkurangan..memang betul..tidak dinafikan, apabila bersedekah akan berkuranganlah kepunyaan atau harta kita..tetapi, percaya atau tidak, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)..Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – ayat 39).

Sesungguhnya, sedekah itu dipandang tinggi di sisi Allah dan mempunyai ganjaran yang besar. Sebagaimana Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 261:

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Bayangkan ganjaran yang kita akan terima apabila bersedekah..jika kita melabur di dalam bank sekalipun, kadar faedah yang kita dapat untuk setahun sangat sedikit..tetapi jika kita bersedekah ke Bank Allah, dengan sifat Allah yang Maha Kaya (Ya Ghani), kita akan mendapat sekurang-kurangnya 700 kali ganda..Subhanallah..siapa yang mampu beri kita sebanyak itu? tentu lah hanya Allah sahaja yang mampu memberi ganjaran sedemikian..

Seperkara yang perlu diingatkan apabila bersedekah..sedekah yang dilakukan secara sembunyi adalah lebih afdal sebagaimana tangan kanan memberi, tanpa diketahui langsung oleh tangan kiri..ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya perasaan riak dan ingin menunjuk-nunjuk yang seterusnya boleh merosakkan amalan sedekah..sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita kerjakan meskipun amalan kita itu sekecil biji sawi..

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – ayat 271).

Sedekah juga tidak terhad kepada kebendaan atau harta sahaja malahan ia lebih luas daripada itu..jika kita tidak mampu untuk memberi sedekah harta, kita masih boleh bersedekah dengan tenaga atau kudrat, mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, sahabat handai dan sesama umat Islam, menjadi volunteer untuk program keagamaan, membuang kaca di jalan raya, membantu mereka yang sakit dan kurang upaya dan bermacam-macam lagi..malahan, jika kita tidak mampu untuk membuat satu pun daripada yang telah disenaraikan, mungkin kita boleh memberikan senyuman kerana senyuman itu juga merupakan suatu sedekah..dan yang paling mudah sekali adalah dengan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu akbar)..

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Barang siapa yang bertasbih selepas solatnya 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali, dan kesemuanya adalah 99 kali, maka dia menyebut pada bilangan yang keseratus dengan ‘Laailaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahu al-mulku walahu alhamdu wahuwa ala kulli syai’in qadir’, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. [HR Bukahari, Muslim dan Abu Daud]

Mudah sungguh untuk kita mendapatkan keampunan daripada Allah Taala..apa yang penting, kita mestilah melakukannya dengan hati yang ikhlas..Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa manusia kecuali dosa syirik..jadi, apa yang ditunggu lagi..marilah kita menggiatkan amalan sedekah..bukan sahaja sedekah material, malahan sedekah spiritual dan juga sedekah fizikal..mudah-mudahan Allah redha dengan amal ibadat kita..

p/s: Ramadhan sudah hampir ke penghujung..hibanya


Thursday, August 11, 2011

Ramadhan kedua di Canberra..

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku peluang untuk bernafas di bulan Ramadhan yang mulia ini..cepat sungguh masa berlalu..hari ini sudah masuk 11 Ramadhan..buat sesetengah orang di Canberra, mereka baru berpuasa sebanyak 10 hari..ini semua gara-gara perselisihan faham di antara Canberra Islamic Centre (CIC) dan juga imam masjid..CIC bertegas bahawa anak bulan tidak kelihatan dan Ramadhan bermula 2 Ogos manakala imam masjid mengisytiharkan 1 Ogos sebagai permulaan Ramadhan..memang konflik..sehinggakan kami pelajar-pelajar Malaysia di sini terpinga-pinga dan tidak tahu mahu mengikut yang mana satu..akhirnya, aku ambil keputusan untuk tetap berpuasa pada 1 Ramadhan..biarlah terlebih, jangan terkurang pula..

Ini Ramadhan kedua aku di perantauan..kali ini, aku lebih bertuah kerana sudah tidak lagi tinggal di kampus universiti..Ramadhan kali ini meriah kerana aku dapat berbuka puasa bersama teman serumah dan juga Uncle dan Aunty yang diibaratkan seperti parents angkat kami di sini..Alhamdulillah, buka puasa memang meriah..dapat jugak menghilangkan rasa rindu berpuasa di Malaysia..mana tidaknya, Isnin baru-baru ini Aunty masak ketam goreng cili..memang aku dah teringin nak makan ketam beberapa hari sebelum itu..tengok-tengok Aunty masak ketam..apalagi, memang rezeki lah kan..syukur..udang besar memang selalu juga dijamu..itu belum termasuk durian, pengat durian, kuih tradisional (kuih seri muka, kuih lapis, bingka ubi dan macam-macam lagi)..kiranya aku amat bertuah duduk di rumah Aunty..dapat makan sedap..asal teringin sahaja, mesti akan dapat..kalah orang mengidam..hehe

Kali ini juga aku belum tertinggal solat terawih..bila Aunty jemput student berbuka puasa bersama, pasti akan ada student lelaki yang akan mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah..macam hari-hari lain, samada aku dan teman serumah pergi ke musolla ANU atau aku mengimamkan solat bersama teman serumah perempuan aku..memang nikmat solat berjemaah..moga Allah redha..

Sisa-sisa Ramadhan yang berbaki 19 hari lagi akan terasa cepat berlalu terutama apabila kita selesai 15 hari berpuasa..aku harap aku akan terus dapat beristiqamah dalam bulan Ramadhan dan memanfaatkan Ramadhan dengan solat terawih, bacaan Al-Quran, solat tahajjud, solat hajat, sedekah dan sebagainya..semoga kita terus dapat beribadat dan menggiatkan usaha mencari Lailatul Qadar, malam yang lebik baik daripada seribu bulan..

Nasib baik juga aku di sini..tak ada rasa pun hendak bershopping seperti di tanah air sendiri..nak baju baru, seluar baru, kasut baru..syukur shopping kompleks tutup pukul 5 petang..kalau di Malaysia, aku pasti akan shopping sakan..nak pula dapat bonus setengah bulan gaji ini..bukanlah tak boleh bershopping..cuma kebiasaannya, orang kita ni akan terus lupa untuk solat terawih dan lebih menumpukan kepada persiapan raya..dapat pula shopping kompleks buat jualan mega dan waktu perniagaan sehingga larut malam..meskipun syaitan diikat, nafsu kita masih bermaharajalela..

Apapun, semoga kita dapat memanfaatkan Ramadhan dengan perkara-perkara berfaedah..kurangkan tidur, elakkan daripada mengumpat, buat yang wajib, tambahkan yang sunat..

p/s: nasib baik masih winter..5.30 petang dah buka puasa..hehe

Saturday, August 6, 2011

Hmm, diam tak diam sudah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini..semoga kita semua dapat menjalaninya dengan cemerlang dan merebut peluang-peluang yang ada untuk melipatgandakan pahala..aku sekadar ingin berkongsi luahan rasa Wardina Safiyyah yang aku petik dari facebook yang aku rasa boleh dijadikan panduan untuk kita lebih mencintai Al-Quran..sama-sama kita renungkan:

Ayat sebegini membuat hati saya sayu..membuat saya tertunduk layu..membuat saya bersemangat untuk bangkit kembali... Thank you Allah for the Quran! I Love you....Penawar bagi segala penyakit di dlam dada Yunus:27

Petikan dari Surah Ali 'Imran

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumiyang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" : 133

CEPAT..jangan DITANGGUH...CEPATLAH WAHAI SEMUA..LIKE NOW..YES... SEKARANG...OK, LEPAS BACA NOTA INI!

SIAPA DIA ORANG BERTAQWA ITU????

"(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan":134

LETS BE THEM!!! Mari jadi antara mereka yang bertaqwa :-

1. Bagi lah rezeki yang ada pada kita kepada orang lain walaupun hakikatnya kita tak ada...atau cuma cukup-cukup saja...

Teringat kisah cucu Rasulullah Hasan dan Husin serta Ali dan Fatimah yang masih bersedeqah walaupun berpuasa.

Mereka berpuasa nazar 3 hari - lalu datang orang miskin pada hari pertama - (Fatimah cuma ada sedikit sahaja gandum cukup untuk buat roti untuk ketiga hari tersebut) akhirnya mereka berbuka hanya minum air kosong kerana diberi makanan pada si miskin tersebut. Hari ke2 - datang anak yatim Muhajirin - mereka memberi juga hidangan yang sepatutnya disantap, berbuka lagi dengan air kosong. Hari Ke-3 - Datang tawanan Musyrik- mereka beri juga makanan yang tinggal sedikit itu... Pada hari ke3, barulah Ali membawa mereka berjumpa Rasulullah - cucu2 baginda longlai kerana 3 hari tidak makan...

ALLAH! Saya hampir menangis membaca kisah ini.. Kita makan penuh satu meja! Sungguh hebat mereka ini.... Sungguh hebat keluarga pemimpin agung ini.... tidak akan terjadi begini dewasa ini... Insaf betul saya...

2. Orang yang menahan MARAH!

Allah, saya cuba dan cuba Ya Allah..dan setelah dekat dengan Quran... memang iainya turut reda.... Apa itu menahan amarah? Iaitu bila kita rasa nak meletup...bila rasa nak marah sangat..at that point of time....WAKTU ITULAH kita Tahan dan sabar..bukan lepas..tapi sebelum, - ITULAH KEMENANGANNYA..Itulah orang yang bertaqwa... Dan tidak mungkin kita dapat kekuatan sekiranya kita tidak dekat dengan Quran... Quran itu melembutkan hati... Orang-Orang yang keras jiwanya dan hatinya, mampu dijinakkan dengan Quran tetapi kita harus benar-benar berserah dan menghadap Quran dengan penuh rendah hati dan kejujuran....

3. Maafkan lah orang yang menyakiti kita!

Ya Allah.... :) It does wonders to yourself.. I shall do this everyday.... Lets do this everybody... :) Maaf kan saja mereka yang telah menyakiti kita..lagi senang dari mengangkat beban dengki dan benci di bahu! Ya, saya maafkan anda semua dan semua yang bencikan saya...yang mencaci dan mengeji saya.... :) Maafkan segala kesalahan saya yang lalu juga ya?

4. BUAT BAIK! ALLAH WILL LOVE YOU!

Allah CINTA...bukan setakat sayang atau suka, TAPI - CINTA!! Apa dia "buat baik"? Ya Allah, terlalu mudah... senyum pada orang, tanya rakan kita yang nampak sugul dan sedih masaalahnya- dengarkan luahan hatinya, berikan sokongan padanya, angkatlah sampah yang merata di KL dan Malaysia ini, bantulah orang lain, wanita atau ibu mengandung misalnya, tau orang yang ramai anak, yang kadang-kadang ber bag-bag kena angkat...nak jaga anak lagi. Ya tolong orang lain angkat barang lepas ber'shopping' di Giant...(kadang-kadang tu banyakya barang, tak ada orang nak tolong, bukak pintu pun tak mahu), tolonglah orang-orang yang perlukan pertolongan..its endless! Terlalu banyak contoh!

Oh I so want Allah to LOVE me! You don't love me its ok, NO Problem AT ALL...I don't really mind you see... I just want Allah to love me..I'll be safe....Selamat diri ini... Allah layakanlah diriku untuk dicintamu!

"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang apat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui" :135

Allah tahu hambanya ini lemah - dhaif...kita akan melakukan kesilapan dan tergelincir... MasyaAllah...Allah is so kind..Ayat ini benar-benar membuatkan saya terduduk dan sedih, terlalu hiba rasanya...

Tatkala kita melakukan kesilapan dan dosa....(yang pasti semua kan lakukan) baik besar atau kecil. Kemudian, kita INGAT pada Allah! Kita berhenti! Kita minta maaf...kita minta ampun , kita MENYESAL...baik dalam hati sekalipun.... kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati.... Maka kita TINGGALKAN atau kita berjanji pada diri, mahu berubah.... Allah AKAN AMPUNKAN... dan balasannya ialah "syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya...":136

WHAT ELSE CAN YOU ASK FOR? NAK APA LAGI?

MasyaAllah, tell me your heart didnt skip a beat? Tak mungkin hati kita tak terusik sedikit pun apabila membaca dan cuba memahami Al-Quran....

Jangan takut dengan Quran....Ramai yang nak pegang pun ta,ut..macamlah payah sangat Quran ni...Quran BUKAN hanya untuk para Ustaz dan Ustazah..Quran ini untuk KITA SEMUA! Untuk saya dan anda..BUKALAH... its NOT that hard to understand...mungkin ada ayat-ayat yang perlukan penjelasan yang lebih mendalam, ya memang benar... NAMUN hakikatnya The Quran speaks straight to you....right at you...

Quran ini BERCAKAP dengan kita.... ianya mudah untuk difahami..pasti ada ayat yang akan meninggalkan kesan pada hati kita yang sering tercari-cari ubat dan penawar...kita pergi ke disko, pergi minum, pergi merokok..Ianya TIDAK membantu whai rakanku...sekejap mungkin 'masalah' kita hilang, kemudian hati kita yang kosong itu kembali mencari sesuatu, kita engisinya engan 'hiburan sementara' yang cuma menyakitkannya lagi, lalu esok hari dan hari-hari mendatang ianya timbul lagi dan lagi dan lagi..

Setiap kali kita buka Al-Quran (walau dah 1000 kali) ada saja ayat dan pelajaran baru yang kita dapati dari Mukjizat Agung ini. GUARANTEED!

YA! AL QURAN untuk DIBACA DAN DIHAYATI, untuk DIINGATI dan DIAPLIKASI... bukan hanya hiasan hantaran atau hiasan di dinding mahupun dibiarkan berhabuk di rak buku - takut benar kita mahu memegang Al-Quran.

Read the Quran anywhere... In the bus or plane, on a sailing ship or even a discovery trip! Under a shady tree or by the deep blue sea...Subhanallah! Read the Quran Anywhere... Bukan hanya atas sajadah selepas solat!

Thank you Allah for giving us The Quran....

Ameen.

Lets Read It. Lets UNDERSTAND it the best we can! Lets MEMORIZE it! Just DO IT!

Love,

Wardina Safiyyah