Saturday, July 30, 2011

Ramadhan datang lagi..bersediakah kita?

Terasa cepat benar masa berlalu..pejam celik, pejam celik Ramadhan datang lagi..baru sahaja aku rasa kita semua menunaikan rukun Islam ketiga ini tahun lepas, kali ini ia menjelma kembali..maka, bersediakah kita untuk merebut peluang dan kesempatan yang Allah berikan kepada kita kali ini?

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Q.S. Al-Baqarah [2]:183).

Sesungguhnya, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa..namun, puasa yang bagaimanakah yang patut kita laksanakan? Adakah berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga? Jika begitulah cara kita berpuasa, memang sia-sia kita berpuasa selama berjam-jam lamanya..

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam."

Hadis di atas jelas sekali menerangkan bahawa ramai yang berpuasa dan tidak memperolehi apa-apa disebabkan oleh kelalaian kita berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha untuk menjaga tingkah laku dan perbuatan kita..boleh jadi niat kita berpuasa itu sudah betul, tetapi kita masih mengumpat, mencaci, mengata serta membuat segala jenis kemaksiatan dan dosa yang lain..mungkin juga kita berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram atau memakan makanan yang syubhah..maka, sia-sia sahajalah sekiranya kita tonggang-tonggek beribadat dan solat malam tetapi masih juga terpedaya dengan pujuk rayu syaitan..

Alangkah ruginya sekiranya kita tidak merebut peluang yang Allah berikan selama sebulan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kembali kepada-Nya..tinggalkan segala yang dilarang..tingkatkan ibadah..jaga kelakuan dan peribadi dan berdoa semoga Allah menerima amalan kita..

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

"Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku" (Al Hadith)

"Orang yang sembahyang pada bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya" (Al hadith)

Aku yakin ramai yang sedia maklum dengan kelebihan dan fadilat bulan Ramadhan..maka, marilah sama-sama kita bersihkan diri dan tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini..moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah dan dapat kita istiqamah untuk terus menggiatkan ibadat di bulan-bulan berikutnya..

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara serta sahabat handai yang berada di Malaysia..semoga Ramadhan ini membawa keberkatan..

p/s: jangan beribadat di bulan Ramadhan sahaja, bulan-bulan lain kita kembali menjadi sahabat syaitan


Wednesday, July 20, 2011

Cara baru aku ke sekolah..

Hmm, aku sekarang dalam proses menjual kereta Daihatsu Charade berwarna turqoise aku itu..sungguh tidak ekonomikal langsung untuk aku terus menggunakan kereta itu kerana walaupun aku baru sahaja membeli dan menggunakannya hampir 5 bulan, aku telah membelanjakan sejumlah 800 dollar Australia hanya untuk kos membaiki kereta tersebut..2 minggu pertama aku guna, aku terpaksa tukar ekzos baru berserta dua tayar belakang untuk membolehkan aku melepasi ujian kelayakan kereta bagi proses penukaran nama..bulan Mei lepas, aku tukar master brake cylinder yang baru..tak pernah lah aku tau apa benda master brake cylinder tu..itu pun, spare part tersebut aku beli menerusi ebay Australia yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran..bayangkan, aku beli di ebay melalui peniaga yang berasal dari Australia dengan harga $157..semua kedai kereta yang ada di Belconnen dan sekitar city aku survey semuanya mahal..julat harga dari $280 hingga $400..itu belum termasuk upah pasang..nasib baik Uncle Lan ada pomen yang bersetuju untuk memasangkannya untuk aku..

Memandangkan kereta aku asyik buat hal (almaklumlah kereta aku ini sudah 'berusia'-dah 20 tahun umurnya), aku mengambil keputusan untuk menjual sahaja kereta ini..aku sudah tidak sanggup untuk mengeluarkan belanja yang tidak sepatutnya..kos spare part kereta di Australia sangat mahal..ini pun, kereta aku mengalami masalah alternator sekarang ini..mungkin kereta aku merajuk sebab nak kena jual..entah berapa pula kos nak baiki itu..lantas, aku membeli skuter yang harganya lebih kurang dengan harga kereta aku itu..meskipun agak mahal, skuter ini dijaga dengan baik..aku adalah owner ketiga..skuter ini akan berusia 5 tahun oktober ini..kilometer juga masih rendah..baru 13000 km..skuter juga diservis setiap 3 bulan sekali..maka, aku yakin dengan pelaburan aku membeli skuter ini, aku akan dapat berjimat untuk jangka masa panjang..lagipun aku akan berada di Canberra lagi 2 tahun..takkan aku nak habiskan wang aku hanya untuk kos membaiki kereta!

Maka, secara rasminya, aku telah membawa skuter ke sekolah pada hari Isnin buat pertama kalinya..seronok juga naik skuter..tak perlu ke tepi seperti di Malaysia..di sini, skuter atau motor dianggap mempunyai hak yang sama di jalan raya seperti pemandu kereta..aku bebas untuk menunggang di lane biasa..sejuk, memang tak payah cakaplah..aku siap memakai glove, scarf sebagai protection tambahan untuk melawan kesejukan winter di Canberra yang diakui antara negeri di Australia yang paling sejuk ketika musim winter..yang menariknya, aku baru sahaja membeli helmet baru semalam..helmet yang aku rasakan sepadan dengan jiwa aku dan sedondon juga dengan warna skuter aku..hehe..helmet yang aku dapat daripada owner sebelum ini agak besar meskipun saiznya XS..dahlah helmet tu full face, susah aku hendak memakainya..kena buka cermin mata dulu baru boleh pakai..dengan helmet baru, aku sarungkan sekali sahaja..cermin mata pun aku tak perlu buka..senang sikit..

Scooter aku yang sedondon dengan warna helmet..hehe

Meskipun sejuk untuk membawa skuter winter ini, aku tabahkan hati..lagipun tak lama lagi dah nak masuk spring..dah tak sejuk sangat nanti..yang penting, aku dapat berjimat dan tak perlu pening fikir pasal kereta..cuma sekarang ini, aku perlu mencari buyer untuk kereta aku itu..

p/s: harap-harap adalah yang berminat untuk membeli kereta Daihatsu Charade aku itu..Amin

Thursday, July 14, 2011

NCG Victoria 2011

Minggu lepas bermula dari 4-7 Julai 2011, aku bersama atlit dari ACT (Australian Capital Territory) berangkat ke Melbourne dengan menaiki bas untuk menyertai National Conference and Games..tahun lepas, Canberra menjadi tuan rumah..kali ini, giliran Melbourne pula..kembara 8 jam kami ke Melbourne dimulai dengan hiruk-pikuk atlit-atlit yang teruja untuk bertanding kali ini namun setelah sejam perjalanan, semua atlit melelapkan mata memandangkan perjalanan kami bermula seawal jam 12 pagi..seperti biasa, aku hanya mampu untuk tidur-tidur ayam..

Sesampai di RMIT, kami terus bergegas ke meja pendaftaran..selesai mendaftar, kami bersepuluh (team perempuan ACT) terus ke apartment di St Kilda Road..walaupun hanya 4 orang sahaja dibenarkan secara sah untuk mendiami bilik apartment selama 3 malam, kami sengan selamba membawa lagi 6 orang untuk berkongsi 2 bilik apartment yang berserta dengan lounge dan kitchen..

Malam 4 Julai, kami ke RMIT untuk Opening Ceremony..ada briefing untuk game keesokan harinya..kami disaji dengan nasi putih yang berlauk kari ikan untuk dinner malam tu..esok, 5 Julai adalah hari yang kami tunggu-tunggu di mana games bermula...untuk NCG kali ini, aku menyertai 4 games yakni badminton beregu wanita, bola tampar, futsal dan frisbee..sesi badminton clash dengan bola tampar..memandangkan bola tampar bermula lewat setengah jam dari badminton, aku dan partner terus bermain badminton dahulu..game pertama badminton menentang Queensland, kami kalah di set pertama dan ketiga..mana tidaknya, tangan aku menggigil bila servis..partner aku pun begitu juga..perasaan di hari pertandingan memang sangat berbeza bila dibandingkan dengan hari latihan biasa..nasib baik juga aku dan Saida berlatih bersungguh-sungguh untuk badminton kali ini, maka kami berdua saling menenangkan diri masing-masing..game kedua menentang Western Australia, kami menang kedua-dua set..namun begitu, game ketiga menentang tuan rumah, Victoria kami kalah kedua-dua set..

Aku dan Saida semasa game badminton

Di pertengahan break untuk badminton, aku dan Saida telah dipanggil untuk membantu team bola tampar..first game ACT kalah..game kedua, kapten bola tampar memanggil aku dan Saida untuk membantu..Alhamdulillah, kami membantu kemenangan ACT untuk game kedua..

6 Julai 2011: masa yang kami sangat dambakan..the moment of truth..futsal wanita berlangsung tepat jam 1.30 petang..sesi latihan futsal yang kami adakan sejak bulan Mac 2011 bakal menguji kami..aku dimasukkan dalam 5 yang pertama menentang Victoria 1..kami menang..game kedua menentang Queensland, kami menang lagi..memandangkan kami dimasukkan di dalam Kumpulan B, kami terus layak ke semi-final..aku tidak risau dengan kemampuan ACT kerana kami mempunyai striker hebat iaitu Melissa yang juga bermain soccer di Canberra..juga, kami mempunyai sub player yang hebat yang mampu menggantikan player utama sekiranya terdapat kecederaan atau keletihan..

Meskipun futsal lelaki kalah di semi-final, kami terus bersemangat untuk menggondol pingat emas..di peringkat semi-final, kami menentang Victoria 2..kami menang dan terus menempah tempat ke finals menentang Queensland yang telah kami kalahkan di peringkat kumpulan di awal pertandingan..rezeki memang berpihak kepada kami..akhirnya, ACT Futsal wanita berjaya menjadi johan di NCG 2011..berbaloi usaha kami menjalani latihan setiap minggu selama berbulan-bulan tanpa jemu..meskipun kami dianggap team underdog, kami berjaya membuktikan bahawa meskipun kami tidak mempunyai penyokong seramai tuan rumah, kami berjaya juga menjadi johan di tempat orang..kudos ACT Futsal Team! aku juga sangat kagum dengan goal keeper bidan terjun kami yang sangat kebal dan tidak bolos sebarang gol langsung sepanjang pertandingan melainkan satu penalti akibat terkena tangan pemain ACT..well done Rina!!


Kami terpaksa bergambar untuk memuaskan hati sponsor, Figos
(Thank you Figos!)




Senyum bangga selaku juara futsal wanita

Akhirnya, aku tak sempat langsung untuk bermain frisbee kerana futsal diadakan di dalam indoor court manakala frisbee dianjurkan di padang..nasib baik juga kami kalah frisbee..kalau tidak, percuma sahaja aku dapat medal..hehe..

Kesimpulannya, aku berjaya menggondol pingat gangsa untuk badminton, pingat perak untuk bola tampar dan pingat emas untuk futsal..memang berbaloi..macam-macam ada..

p/s: bangga team wanita ACT menang futsal kali ini..even team lelaki macam tak percaya kami menang..