Friday, November 11, 2011

Setelah sekian lama menyepi..

Hmm, agak bersawang blog aku ni..dah lama aku tak update dengan berita terbaru..sebenarnya aku agak sibuk sejak kebelakangan ini..bermula selepas aidilfitri 2 bulan lepas sehinggalah sekarang, ada sahaja aktiviti aku..almaklumlah, kawan-kawan aku di Canberra ini menggelar aku dengan gelaran YB (Yang Berhormat katanye..hehe) dek kerana kesibukan aku..mana tidaknya, setiap hujung minggu, aku ada event samada keluar photoshoot (aktiviti utama merangkap hobi yang aku tak pernah jemu bersama housemates), aktiviti sukan (badminton..taklah jaguh mana pun) atau pun aktiviti UCMC..kat Malaysia pun aku tak seaktif ini..hehe

Apa pun, dalam kesibukan aku beberapa bulan kebelakangan ini, sempat juga aku berjalan-jalan hujung minggu ke Sydney bersama dua housemates baru aku yang datang ke Canby ini untuk PhD..aku dan housemate aku yang seorang lagi menjadi pengurus projek percutian bajet..hehe..kami habiskan seharian berjalan dan photoshoot di Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Circular Quay, Darling Harbour, Chinatown...


Keesokan harinya kami ke The Three Sisters di Blue Mountain, salah satu tourist attraction yang paling terkenal di New South Wales..ada pakej menarik untuk melihat panorama indah di sekitar Three Sisters ini..kami memilih pakej Scenic Railway dan Scenic Skyway..Scenic Railway merupakan pengangkutan untuk membawa pelombong ke tempat perlombongan dan sangat curam (52 darjah kecuraman)..bagi mereka yang fobia tempat tinggi, dinasihatkan jangan naik..tak pasal-pasal pulak sakit jantung nanti..hehe..Scenic Skyway pula umpama cable car tetapi ada transparent glass di bahagian lantai yang mana kita boleh melihat lanskap dari tempat tinggi..Three Sisters ini takda apa yang boleh dibanggakan pun melainkan bentuk tiga batu mewakili tiga adik beradik orang asli (Aborigine) yang disumpah menjadi batu..serupa juga macam Tasik Dayang Bunting yang mana terdapat bukit berbentuk menyerupai wanita bunting..walau bagaimanapun, tempat ini memang cantik..bertambah koleksi gambar lanskap aku..hehe


tak sah berjalan kalau tak photoshoot..hehe

p/s: Dua housemate baru aku amat berpuas hati dengan projek percutian bajet ini..hehe..lepas ni boleh lah aku cari makan jadi travel agent..haha

1 comment:

  1. salam,sori ganggu.nak tanya ada x penginapan kadar murah berdekatan australian national university? motel ke murah sewa ke?kitorang kat malaysia ni ada join satu program dekat u pergi luar negara untuk 2 tahun lagi and benda tu sume kena plan dr skrg.tp sume benda dr makann ke penginapan kena carik sndiri..mintak tolong nak info sikit..nk google tp nek pening...plsz...

    ReplyDelete