Sunday, February 27, 2011

Bebas bergerak..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..minggu lepas, aku telah berjaya membeli kereta second hand atas bantuan Uncle Lan (landlord rumah yang aku sewa sekarang ini)..aku tak sangka pula dapat beli sepantas itu...mana tak nya, baru 3 hari aku di Canberra dan menyuarakan pendapat untuk membeli kereta second hand (itu sahaja yang aku mampu buat masa ini), terus pagi Sabtu lepas Uncle Lan meneliti iklan di dalam Classifieds dan terus membuat panggilan telefon..dahlah pagi Sabtu itu aku masih sedap tidur..tiba-tiba aku dikejutkan oleh Auntie Anoi dengan bunyi ketukan di pintu bilik..auntie cakap uncle nak ajak tengok kereta..aku dengan terpisat-pisat terus berjumpa uncle yang rupa-rupanya sudah membuat senarai kereta yang sesuai dengan bajet ciput aku..

Destinasi pertama kami pagi Sabtu itu adalah Spence..tak jauh pun dari rumah..kira-kira 20 minit perjalanan, kami tiba di rumah empunya kereta dengan bantuan GPS jenama Tom Tom..first time dengar brand GPS ni, nak tergelak pun ada..sebab tak pernah dengar..kalau Garmin tu memang glamor lah kan? apa pun, setibanya kami ke destinasi, seorang perempuan dalam lingkungan umur 60-an menyambut kedatangan kami..tanpa berlengah, uncle menyuruh aku memandu kereta tersebut untuk test drive..setelah 5 minit memandu, uncle pula membuat test drive..sekejap dipandu laju, sekejap dipandu perlahan..sekejap dicuba brek kecemasan..setelah berpuas hati dengan kondisi kereta, kami menanyakan harga..perempuan itu mendapat arahan dari suaminya bahawa harga hanya boleh dikurangkan setakat 50 dollar..aku menggunakan reverse psychology..aku meminta pengurangan sebanyak 100 dollar dengan alasan aku masih belajar dan perlu banyak duit untuk perbelanjaan lain..perempuan tua itu yang teragak-agak memberi kebenaran menelefon suaminya untuk meminta izin..alhamdulillah, apabila mendengar bahawa kami akan membayar secara tunai, si suami terus bersetuju..

Akhirnya, kereta tersebut menjadi milik aku dengan harga 1300 dollar..jimat aku 100 dollar..aku memang sangat beruntung kerana rego kereta itu (rego=pendaftaran kereta secara online) masih valid selama setahun..sebenarnya kalau nak diikutkan, harga kereta aku 500 dollar sahaja kerana rego kereta bernilai 752.40 dollar..memang rezeki aku..ada sesetengah empunya kereta yang menjual kereta dengan rego yang berbaki 2 -3 bulan dan menjadi tanggungjawab pemilik kereta yang baru untuk memperbaharui rego sendiri..

Senang aku pergi ke lab sekarang ini..aku sudah tidak perlu menunggu bas yang mana aku memerlukan 1 jam untuk ke school berbanding dengan 10 minit jika aku memandu kereta..aku pun boleh balik lewat dari lab tanpa perlu risau ketinggalan bas..




p/s: bergumbira dengan kereta 'baru' beli..hehe







Thursday, February 17, 2011

Setelah sekian lama..

Dah bersawang dah blog aku ini..tak sedar yang aku rupanya sudah 2 bulan lebih tak update..punyalah seronok balik Malaysia sampai aku tiada masa langsung untuk menulis..ada-ada saja rancangan bersama keluarga dan sahabat handai..mana tidaknya, balik-balik sahaja aku membantu makcik aku menyiapkan persiapan perkahwinan sepupu..memang aku sibuk..kalah pengantin..haha..majlis sebelah perempuan pada tanggal 25 Disember, yang majlis sebelah lelaki pula 1 Januari..selesai majlis, aktiviti aku sudah kurang sibuk..hanya meluangkan masa balik Melaka untuk berjumpa keluarga terutamanya mama, baby, nenek, lang dan ahli keluarga lain..sempatlah aku stay 2 minggu di Melaka..nenek dan lang pun cukup gembira bila aku tidur di rumah nenek selama 4 hari 3 malam..selebihnya, aku berjumpa saudara-mara dan juga teman rapat..sempat juga aku menjenguk anak angkat aku yang sudah semakin chubby..:D

Paling menarik, kali ini aku berpeluang bercuti bersama keluarga ke Universal Studios, Singapore..percutian yang tidak dirancang..memang betul-betul last minute..selalunya, kalau dirancang, jarang yang jadi..alhamdulillah, berbaloi percutian ini..merapatkan lagi silaturrahim antara kami sekeluarga..


Sekejap sahaja aku rasa cuti dua bulan ini..semalam, aku sudah selamat sampai di bumi Canberra, 'kampung halaman' aku untuk 2 tahun 3 bulan berikutnya..punyalah ramai manusia di Melboure Tullamarine Airport..sejam lamanya aku terpaksa berdiri untuk custom clearance..siap ada anjing pengesan yang dibawa oleh pegawai kastam kerana terlalu ramai orang mendarat serentak..nasib baik anjing itu hanya lalu di sebelah aku tanpa berbuat apa-apa..ada orang yang anjing itu jilat dan tarik beg..hikmahnya, kerana terlalu ramai orang sehinggakan pihak kastam hilang kawalan, beg aku yang mengandungi makanan seperti ikan bilis, maggi kari, shuttlecock langsung tidak diperiksa..malahan pegawai hanya mengecop kad dan membiarkan sahaja aku melepasinya tanpa bertanya apa-apa..alhamdulillah..

Harapan aku, semoga aku dapat kembali fokus kepada sampel dan projek PhD aku yang telah ku 'ignore' sepanjang aku berada di tanah air ku yang tercinta..cukup tidak suka apabila terpaksa kembali ke rutin asal menjadi pelajar..

p/s: reality check..